Lebih Banyak Pilihan Lebih Murah Di Hsa Cheaper Mart
Hello pembaca kesayangan,
Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang produk keluaran tempatan iaitu produk Sherwanis keluaran syarikat HSA Trading Capital Berhad.
Baru-baru ini Misz-ella.blogspot.com telah diundang untuk sessi perkongsian bersama pengasas syarikat iaitu Y Bhg Datuk Muhamad Riduwan Safrizal.
Bermula dari bulan Januari 2020, produk Sherwanis akan lebih mudah didapati oleh penggemar-penggemarnya iaitu dengan pembukaan pasaraya HSA Cheaper Mart yang pertama di Ukay Perdana.
Menurut Y Bhg Datuk Muhamad Riduwan, kerja-kerja penyiapan telahpun memasuki fasa terakhir dan pasaraya sulung HSA Cheaper Mart ini dijangka akan dibuka secara rasmi pada 5hb Januari 2020.
HSA Cheaper Mart adalah penjenamaan semula bagi Sherwanis Mart yang pada satu ketika dahulu pernah mempunyai 10 cawangan di seluruh Malaysia.
Y Bhg Datuk Muhamad Riduan
Tujuan penjenamaan semula tersebut adalah untuk membuka peluang kepada produk-produk keluaran Muslim yang lain agar dapat berada di bawah satu bumbung kerana HSA Cheaper Mart bukan sahaja akan memasarkan produk Sherwanis yang sememangnya telah berada di pasaran sejak tahun 2007 lagi.
HSA Cheaper Mart menyeru agar pengusaha-pengusaha produk IKS mengambil peluang untuk turut serta mempromosi dan menawarkan produk mereka kepada pengguna kerana setiap pasaraya akan menempatkan hampir 10,000 barangan dan strategi pasaran HSA Cheaper Mart adalah berkonsepkan 60/40 iaitu 60% ruang perniagaan dikhususkan untuk produk usahawan Muslim manakala 40% lagi dibuka kepada produk runcit yang lain.
Ini bakal menjadikan HSA Cheaper Mart lebih istimewa dan unik berbanding pasaraya-pasaraya terkemuka yang lain kerana ia mempunyai lebih banyak pilihan produk keluaran Muslim dan harga barangan pun lebih murah.
Bersama produk Sherwanis yang juga diasaskan oleh beliau
Berkongsi pengalaman beliau di dalam industri pembangunan dan pemasaran produk makanan ini, Datuk Muhamad Riduan bukanlah orang baru di dalam industri ini kerana telah melalui beberapa fasa "jatuh bangun" sepanjang beliau terlibat di dalam industri makanan ini tetapi berkat kesabaran dan kecekalan, beliau terus teguh mengukuhkan produk Sherwanis dan HSA Cheaper Mart adalah bukti kecekalan dan kesungguhan beliau di dalam bidang ini. Saya mensasarkan pembukaan 200 cawangan HSA Cheaper Mart di seluruh negara, kata Datuk Muhamad Riduan.
Selain dari perniagaan makanan dan rangkaian HSA Cheaper Mart, Datuk Muhamad Riduan juga turut melabur sebanyak RM2.8 Juta untuk membeli sebuah rumah banglo di Taman Melawati untuk dijadikan pusat tahfiz yang menawarkan pelajaran percuma kepada mereka yang memerlukan.
Misz-ella dan rakan-rakan bersama rangkaian produk Sherwanis
Buat usahawan-usahawan yang berminat untuk memasarkan produk mereka di bawah rangkaian HSA Trading Capital Berhad dan di 7,000 outlet runcit di seluruh negara, boleh menghubungi no. telefon 019-4008966 dan 013-9272499.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://misz-ella.blogspot.com/2020/01/lebih-banyak-pilihan-lebih-murah-di-hsa.html