Invest Sasar 3 000 Syarikat Sertai Hab Niaga Dalam Masa Setahun


KUALA LUMPUR, 11 SEPT: Invest Selangor Bhd menyasarkan 3,000 perniagaan termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menyertai inisiatif pendigitalan yang baharu dilancarkannya, Hab Perniagaan Selangor dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Dato’ Hasan Azhari Idris berkata hab itu akan menyediakan platform rangkaian maya untuk perniagaan di negeri ini dan membendung penguncupan ekonomi akibat pandemik Covid-19.
“Hab Perniagaan Selangor dijangka menyediakan satu lagi saluran komunikasi kepada perniagaan untuk turut serta dan menjalin rangkaian dengan pihak yang berkepentingan, khususnya di rantau ini, walaupun wujud sekatan pergerakan akibat pandemik itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan hab itu di sini hari ini.
Beliau berkata hampir 300 PKS dari 10 negara telah mendaftar dan membuka reruai pameran maya di hab berkenaan.
EXCO Pelaburan Dato’ Teng Chang Khim berkata inisiatif itu menunjukkan Selangor sentiasa mempunyai perancangan masa depan untuk memudahkan peralihan PKS menjalankan perniagaan dalam norma baharu.
“Selangor tidak berdiam diri dan menunggu krisis ini berakhir. Kami bercadang meningkatkan rantaian nilai, menerajui pendekatan untuk keluar daripada pandemik ini dengan menggunakan pendigitalan sebagai alat,” katanya dalam ucapan pembukaan.
Hab itu merangkumi tiga komponen.
Komponen pertama ialah Program Promosi Pelaburan Invest Selangor, portal yang menjadi hos kepada semua webinar dan persidangan maya anjuran Invest Selangor dan mesyuarat maya dengan rakan kongsi yang berpotensi atau para pelabur di seluruh rantau ini.
Komponen kedua ialah Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor secara maya yang merupakan format alternatif dalam talian bagi Sidang Kemuncak Tahunan Perniagaan Antarabangsa Selangor, merangkumi Ekspo Antarabangsa Selangor, Persidangan Perniagaan Asean Selangor dan Bandar Pintar Selangor dan Konvensyen Ekonomi Digital.
Komponen ketiga ialah Hab Maya Majlis Teknologi Maklumat dan e-dagang Selangor, hab maklumat dan webinar bagi program yang dijalankan oleh majlis itu bagi mengembangkan capaiannya kepada audiens antarabangsa.
Teng berkata inisiatif itu bersesuaian dengan Selangor untuk mencapai visinya sebagai negeri pintar yang utama di Asean menjelang 2025.
“Kira perlu menerima realiti bahawa pandemik ini telah mewujudkan kesan domino kepada ekonomi Asean serta di seluruh dunia.
“Bagaimanapun, kerajaan negeri akan terus memudahkan dan membantu syarikat-syarikat di Selangor ketika ketidaktentuan ini untuk mengekalkan kehadiran mereka di negeri ini dan mengembalikan keyakinan mereka,” katanya.
-BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/09/invest-sasar-3000-syarikat-sertai-hab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Itu Bukan Syarikat Musa Saya Tak Lulus Permohonan Tanah 20 000 Ekar Kata Bekas Pengarah

Itu Bukan Syarikat Musa Saya Tak Lulus Permohonan Tanah 20 000 Ekar Kata Bekas Pengarah

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 505 hits
Surat permohonan tanah seluas 20 000 ekar di Tongod yang didakwa dimohon syarikat milik Musa Aman pada 1997 yang tersebar di media sosial KOTA KINABALU Bekas pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah Osman Jamal menafikan beliau pernah melulusk...
Lebih 10 000 Usahawan Disasar Sertai Seldec Tiga Tahun Lagi

Lebih 10 000 Usahawan Disasar Sertai Seldec Tiga Tahun Lagi

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 451 hits
BAYAN LEPAS 11 SEPT Kerajaan Negeri menyasarkan lebih 10 000 usahawan mikro berdaftar dengan Rantaian E Bekalan Digital Selangor dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi EXCO Usahawan Rodziah Ismail berkata sasaran mampu dicapai sekiranya us...
Pulau Pinang Sasar Wujudkan 100 Hab Kebun Komuniti Menjelang 2025

Pulau Pinang Sasar Wujudkan 100 Hab Kebun Komuniti Menjelang 2025

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 311 hits
Sumber Facebook Chow Kon Yeow GEORGE TOWN Kerajaan negeri Pulau Pinang menyasarkan untuk mewujudkan 100 hab kebun komuniti berkonsepkan pertanian bandar di seluruh negeri dalam tempoh lima tahun akan datang Ketua Menteri Chow Kon Yeow berka...
Sebanyak 14 000 Unit Poco X3 Terjual Dalam Masa 24 Jam

Sebanyak 14 000 Unit Poco X3 Terjual Dalam Masa 24 Jam

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 310 hits
Poco X3 adalah peranti terbaru dari Pocophone iaitu sebuah peranti kelas pertengahan dengan cip Snapdragon 732G Ia juga adalah peranti Poco tersendiri pertama yang mana bukan dijenama semula dari Redmi Peranti turut menggunakan bateri 5160m...
Avalon Fresh Pilih Malaysia Sebagai Hab Eksport Asia Tenggara

Avalon Fresh Pilih Malaysia Sebagai Hab Eksport Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 372 hits
Avalon Fresh penanam organik dari Mexico sedang membuat penerokaan pertama di luar Amerika Syarikat dengan menjadikan Malaysia sebagai hab eksport di Asia Tenggara berikutan kedudukannya yang agak strategik Pengarah Operasi Antarabangsa Pat...
Mahathir Kencing Lagi Kononnya Anak Tak Niaga Dalam Negara Semasa Dia Jadi Pm

Mahathir Kencing Lagi Kononnya Anak Tak Niaga Dalam Negara Semasa Dia Jadi Pm

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 240 hits
Sebab Tun Mahathir fitnah Allahyarham ayahanda saya serta membohong lagi semalam bahawa anak anak dia tak pernah meniaga dalam Malaysia semasa dia PM saya dedahkan lagi perniagaan perniagaan keluarga dia semasa dia PM dan cara mereka main s...
Terkenal Feminin Ini 8 Potret Masa Lalu Putri Diana Yang Tomboi Tetap Cantik

Terkenal Feminin Ini 8 Potret Masa Lalu Putri Diana Yang Tomboi Tetap Cantik

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 474 hits
Tanpa sepatu hak tinggi gaun mewah atau tas mahal Diana sukses memukau semua orang
Goldman Sachs Bebas Tuduhan Urus Niaga Bon 1mdb

Goldman Sachs Bebas Tuduhan Urus Niaga Bon 1mdb

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 269 hits
162 total views 162 views today KUALA LUMPUR 4 Sept Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan Goldman Sachs International Ltd dan dua entitinya di Asia daripada pertuduhan berkaitan kes terbitan bon 1Malaysia Development Berh...
Kos Besar Sangat Klopp Tak Nampak Kemungkinan Messi Sertai Liverpool

Kos Besar Sangat Klopp Tak Nampak Kemungkinan Messi Sertai Liverpool

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 236 hits
Pengurus Liverpool Jurgen Klopp menyatakan beliau sebenarnya berminat untuk membawa masuk kapten Barcelona Lionel Messi ke kelabnya tetapi melihat kemungkinan tersebut agak tipis kerana melibatkan kos yang besar Messi mengejutkan dunia bola...
Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Perkeso Carsome Kerjasama Lancar Inisiatif Bantu Pencari Kerja

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis

Time Management For Entrepreneurs

Lima Individu Pukul Lelaki Oku Di Kemaman Didenda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton


Pelajar Tingkatan Lima Meninggal Dunia Rebah Ketika Merentas Desa

Ramadan Is Coming

Legoland Malaysia Resort Sets New Standard For Accessibility As First Certified Autism Center In Malaysia

Kelebihan Berkahwin Dengan Pasangan Anak Sulung

Info Yang Korang Kena Tau Mengenai Masalah Tiroid Yang Pelbagai

Ai Chat Bot Python 10