Interview Kenaikkan Pangkat Asp Selepas 11 Tahun
Catatan ini adalah sekadar memori untuk UN yang melalui satu proses kenaikkan pangkat dalam PDRM. Ini adalah kali pertama saya hadir dan melalui proses interview kenaikkan pangkat dari Inspektor ke ASP. Kalau PTD ianya ibarat daripada 41 ke 44. Ya, almost 10 years. Tahun 2015 UN tak hadir kerana ketika itu masih ada satu lagi Undang-undang yang tidak melayakkan UN untuk masuk interview. Redha, sebab tak semua apa kita nak kita dapat dan Allah adalah sebaik-baik perancang dalam hidup kita. Kena yakini bab ini. Rujuk pada jadual kat atas tu adalah proses yang kami kena lalui untuk melayakkan kami hadir proses kenaikkan pangkat dalam PDRM bagi Inspektor ke ASP. Interview kenaikkan pangkat ASP : kenangan sebelum ujian kelayakkan online Interview kenaikkan pangkat ASP : secara AMnya – Pertama kami hendaklah layak, iaitu lulus undang-undang tinggi dan juga bebas daripada tindakan tatatertib jabatan Kedua- mestilah cukup 6 tahun dalam perkhidmatan PDRM. Jika sebelum tahun 2015 , kelayakkan untuk masuk interview ke ASP adalah 10tahun. Kami juga mestilah mendapat markah LNPT 85% keatas. Kalau rendah sah-sahlah memang tak layak. So, sepanjang perkhidmatan memang kena jaga perkara ini. Proses interview mengambil masa. Daripada proses permohonan di HRMIS sehinggalah structure interview. Masa isi permohonan ini, jika kita layak atau tak, dah boleh tahu. Jika tak layak, akan naik pop up dalam HRMIS menyatakan sebab tidak layak. Iaitu samada tidak cukup tempoh perkhidmatan atau lain-lain hal. Selepas calon memohon, ada 2 peringkat sokongan. Iaitu daripada penyelia dan juga pegawai pemerintah. Jika UN di peringkat IPD, penyelia adalah pegawai 1 up daripada UN dan pegawai pemerintah pula adalah SUPT Sabri, Timbalan OCPD Kajang. Selesai permohonan, kami kena mohon pula untuk menduduki ujian kompetensi di HRMIS juga. Ini pun kena klik mohon dan print no index bagi melayakkan calon menduduki ujian online dan kompetensi. Ujian UN dan Suami di Maktab Cheras. Ujian online berkaitan undang-undang dan kerjaya pada hari Sabtu dan bagi ujian ini markah akan tertera setelah tamat menjawab soalan. So, bagi yang mahir mestilah dapat score markah pada ujian ini. Pada hari berikutnya, adalah ujian kompetensi. Ujian ini tiada betul dan salah. Calon mesti menggunakan kepakaran yang dimiliki untuk menyusun semula mengikut kepentingan tugas. Ini penting sebagai pegawai untuk mengatur urus organisasi dan menjawat jawatan yang lebih tinggi mengikut kemahiran yang sedia ada. ( Bagi INTERVIEW kali ini, ujian ini kami terpaksa duduki sebanyak 2 kali. yang kali pertama batal- kerana isu teknikal). Semoga ada hikmah untuk semua calon. Tadi kat atas tu , proses interview Inspektor ke ASP pada peringkat permulaan. Next, apa yang kami kena lalui adalah structured panel presentation. Bagi stuctured panel presentation, kami akan berhadapan dengan 4 orang panel di bantu seorang pegawai berpangkat DSP sebagai setiausha. DSP Azli adalah pegawai yang bertanggungjawab bagi melatih dan bagi briefing kepada calon ( sessi kontinjen Selangor). Kedudukan Calon menentukan siapa yang akan menjadi team leader. Untuk masuk berhadapan dengan panel, orang nombor satu akan masuk dan team leader adlah calon ke-5. Dalam situasi ini, saya adalah orang ke-5 yang akan berikan kata perintah semasa kawad masuk dan mohon izin untuk di interview. “Assalamualaikum Yang Berbahagia Dato, saya GXXXXX, Insp Nooraini Binti Ali, bersama 5 calon hadir bagi sessi structural panel presentation, Eksesais Kenaikkan Pangkat Inspektor ke ASP bagi tahun 2019. Siap sedia untuk di temuduga Ybhg Dato!” Ayat keramat kat atas memang UN tak hafal. Pagi di dewan baru hafal. Allahuakbar, memang tak sangka yang UN adalah team leader bagi sessi ini. Bila berperanan sebagai team leader tanggungjawab besar untuk memastikan calon lain juga dapat kawad dan berhenti sama dengan kata perintah kawad yang betul. Ini benar-benar menjadikan tangan dan kaki UN sejuk beku! Mujurlah Tuan Aizat dan team kami yang lain bantu Un buat revision semula. Ini juga ada permarkahannya. Syukur dapat buat dengan baik, wpun last minit Un revise semula bab kawad kaki ini. Sessi bermula- masuk dengan penuh rasa tawakal kepada yang esa. Kita hanya mencuba dan Allah yang menentukan samada ianya rezeki kita atau tak. Pengalaman UN – berhadapan dengan panel temuduga Ini pengalaman UN ya. Kami diberikan 15 tajuk presentation. Dan saya memilih tajuk inovasi berkaitan Unit Siasatan Lebuh Raya. Un antara yang terlibat dalam projek Inovasi JSPT bagi tahun 2018. Jadi ini menjadi salah satu bahan untuk UN aplikasikan dan bentangkan semasa sessi pembentangan. Syukur, UN di berikan kelancaran untuk bercerita mengikut format STAR. S- situation – menjelaskan apakah situasi yang bakal dibentangkan T- task – apa peranan calon dalam situasi ini? A- action – apa yang kamu lakukan? Bagaimana calon menangani situasi dan langkah-langkah spesifik yang diambil? R- Result – Apa hasilnya? Contoh pembentangan : Saya adalah salah seorang yang terlibat secara langsung dalam projek Inovasi JSPT dalam mewujudkan Unit Siasatan Lebuh Raya Saya ketika itu bertugas di Unit PRO JSPT Bukit Aman dan saya bertindak sebagai pegawai media. Sebagai pegawai media, saya mestilah memastikan kolaborasi antara JSPT dan media serta PRO PDRM adalah lancar. Saya juga mengatur urus sessi bersama Radio, Televisyen dan media cetak bagi mempromosikan USLR yang telah ditubuhkan. Hasilnya, projek ini telah dilancarkan pada OP Selamat Tahun Baru Cina tahun 2018. YDH Tan Sri IGP ketika itu menyokong baik penubuhan Unit ini dan merasmikan Unit ini pada majlis pelancaran OP Selamat ketika itu. Sokongan pada pihak PDRM amat memberikan kepuasan kepada team kami. Nota : Ini contoh yang ditaip semula. Bukan 100% apa yang disampaikan semasa presentation ya. : ) 80% sahaja sama. Sebab dah lupa 🙂 Keseluruhannya, sessi pembentangan berjalan lancar. Dan semua calon sessi 3 bersama UN dapat menjawab dengan baik. Semoga ada rezeki semua calon yang bersama-sama UN. InsyaAllah Kata hikmat seorang guru Owh ya, Puan Sha, guru English UN yang UN temui di IPD dalam satu bengkel komunikasi ada ajarkan UN satu ayat. Ya, UN berjaya ucapkannya pada akhir sessi ketika Un di soal. Un disoal – “What is your preparation for the interview?” “Dato, what i did was, i read lots, i did dome revision dan i also talk to the wall to practice what i want to present to you. blaaaa..blaaa. bla” Lastly, ALLAH knows best, if gettting the promotion is what has been planned for me, i will get it. If it is not, then i’m equally happy dan i will continue service the force”. Yes! Puas hati dengan presentation diri sendiri. Syukur dapat lalui dengan baik. Semoga semua rakan-rkan yang melalui Eksesais kenaikkan pangkat Inspektor ke ASP tahun ini berjaya. Kita dah usaha, selebihnya serah kepada Allah swt. Setakat ini sahaja catatan untuk memori Un sendiri dan mungkin bagi mereka yang bakal lalui interview ini pada masa akan datang. Thanks suami Last but not least, terima kasih suami yang sponsor Tazara Hotel, i-city untuk menginap pada malam sebelum interview. Syukur. Semoga murah rezeki suami dan anak-anak yang memberikan ruang untuk UN pada hari dan ketika tersebut. Syukur. Jumpa lagi di lain entry. terima kasih kepada yang sudi membaca.
The post Interview kenaikkan pangkat ASP ; selepas 11 tahun appeared first on UmmiNani.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://umminani.com/2019/08/interview-kenaikkan-pangkat-asp-selepas-11-tahun/