Integriti Sudah Mati


PADA Jumaat lalu, seorang sahabat (bekas pengamal undang-undang) bertanya, “apakah integriti sudah mati?”
Terkejut mendengar soalannya itu. Saya tanya kembali, kenapa dia ajukan soalan yang begitu pelik kepada saya? Setelah saya dengar penjelasannya, barulah saya faham

Sahabat saya itu sudah tidak yakin lagi ‘penyakit integriti’ yang kita hadapi sekian lama ini boleh pulih kembali

Katanya, kebelakangan ini isu ‘kematian’ integriti kerap menjadi bahan laporan media melibatkan pelbagai lapisan masyarakat – bukan hanya dalam kalangan pegawai kerajaan, bahkan pekerja swasta, ahli politik, pedagang, usahawan dan orang biasa. Yang membezakan suatu kes dengan yang lain adalah skala pelanggaran integriti yang berlaku

Mengikut sahabat saya itu lagi, peristiwa paling hitam dalam naratif pelanggaran integriti ini adalah Langkah Sheraton pada Februari 2020. Walaupun dia sedia mengakui tidak semua orang sependapat dengannya, namun baginya apabila seorang wakil rakyat mengkhianati amanah diberikan kepadanya oleh pengundi, demi mengejar kepentingan peribadinya, itu bukti telah berlaku kematian integriti

Sahabat mengingatkan saya kepada kata-kata hikmat Harvey Mackay (pengarang buku Swim with the Sharks): “Kalau anda ada integriti, benda lain tak perlu. Kalau anda tak ada integriti, benda lain tak ada maknanya.”
Malangnya kebelakangan ini sudah ramai dalam kalangan masyarakat yang tidak berasa apa-apa walaupun terlibat dalam isu pelanggaran integriti seperti mencuri, penipuan, pembohongan, sogokan dan amalan rasuah. Sebaliknya, sudah menjadi satu fenomena yang trending untuk memaparkan satu sabitan jenayah itu sebagai perkara yang dibanggakan.

3 ASPEK INTEGRITI
Ada tiga aspek integriti yang berbeza – dalaman, luaran dan bersepadu. Integriti dalaman wujud apabila seseorang melakukan perkara yang betul walaupun tidak ada orang lain memerhatikan

Integriti luaran wujud apabila seseorang mengamalkan cakap serupa bikin atau dengan lain perkataan, dia sentiasa kotakan apa yang dia kata. Integriti bersepadu wujud apabila individu itu mempunyai kedua-dua sifat tersebut – integriti dalam dan integriti luaran. Ia bersih di luar dan bersih di dalam

Ada orang melakukan perkara yang betul disebabkan ‘ada pemerhati.’ Ada pemimpin yang melakukan ‘kerja amal’ supaya diambil foto atau video ketika dia melakukannya. Dengan harapan foto atau klip video itu kemudian akan disebarkan hingga tular di media sosial. Niatnya mendapatkan populariti itu juga tanda kematian integriti.

6 NARATIF MENGHALALKAN RASUAH
Mengikut Profesor Dr. Mohd. Tajuddin Mohd. Rasdi, terdapat enam naratif yang menghalalkan rasuah seperti berikut:
Naratif pertama – demi kestabilan negara.
Naratif kedua – demi ketuanan kaum.
Naratif ketiga – ijtihad halal.
Naratif keempat – demi perjuangan Islam.
Naratif kelima – demi keseimbangan ekonomi.
Naratif keenam – rasuah itu bukannya mencuri.
Naratif pertama berbunyi demikian, negara perlu mempunyai kestabilan politik agar ia tidak selalu bertukar tangan sebelum pilihan raya yang ditetapkan. Maka itu jika ada wakil Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang sanggup melompat parti dengan habuan pangkat, jawatan dan projek demi kestabilan politik negara dan negeri maka ia adalah suatu perbuatan patriotik. Oleh kerana negara ini belum lagi ada undang-undang lompat parti, maka kesemua perbuatan ini sah dan halal

Isu kematian integriti ini pernah disentuh oleh tokoh ilmu, Datuk Dr. Anis Yusal Yusoff. Kata beliau, andainya rakyat memilih untuk tidak berbuat sesuatu yang positif dan menuntut agar orang yang diberi tanggungjawab melaksanakan tugas mereka dengan penuh integriti, maka sudah pasti integriti akan dikuburi

Yang menyedihkan beliau, kini terdapat mereka yang disabitkan kesalahan (melakukan pelanggaran integriti) tapi masih lagi tidak berasa malu langsung

HATI YANG SUDAH MATIPastinya kita masih ingat lagi nasihat guru-guru agama kita mengenai tujuh tanda hati kita sudah mati, iaitu berani meninggalkan solat, tidak berasa apa-apa walaupun setiap hari melakukan maksiat, menjauhkan diri daripada al-Quran, tidak ada masa untuk agama, hidupnya suka sangka buruk dan mencari kesalahan orang, tidak suka mendengar nasihat dan tidak takut mati serta azab kubur. Barangkali antara tanda-tanda hati yang sudah mati itu boleh diaplikasikan kepada tanda-tanda kematian integriti

Seorang pemerhati politik baru-baru ini menyarankan, jika ada mana-mana parti politik dalam negara ini yang mahu kekal relevan dan diterima rakyat, parti itu hendaklah bersedia menyingkirkan mana-mana pemimpinnya yang terlibat dengan isu integriti, rasuah, pecah amanah, penyalahgunaan kuasa dan penggubahan wang haram

Andainya parti itu gagal berbuat demikian, ia tidak akan dapat bertahan lama, sebaliknya akan menggali kuburnya sendiri, tidak kira apa pun pelan transformasi dan kerjasama politik yang dilakukan olehnya

Antara pemimpin Islam tersohor yang hidup penuh integriti adalah Khalifah Umar al-Khattab. Pada suatu ketika, anaknya, Abdullah membeli beberapa ekor unta yang kurus pada harga rendah. Haiwan-haiwan itu kemudian dihantar ke padang ragut milik negara untuk digemukkan

Apabila sampai tempohnya, Abdullah dapat menjual unta-unta itu pada harga yang tinggi. Apabila perkara ini sampai ke pengetahuan Umar, dia memerintahkan keuntungan tadi dimasukkan ke dalam perbendaharaan negara disebabkan unta-unta itu telah makan di padang ragut milik negara

Pada zaman kita sekarang, ada pemimpin yang pergi bertugas di luar negara sambil membawa bersama ahli keluarga mereka dengan kos perjalanan ditanggung oleh kerajaan sepenuhnya. Tidak hairanlah kenapa ada dalam kalangan kita yang merasakan integriti sudah mati.

Oleh: Datuk Salleh Buang

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/01/integriti-sudah-mati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Magawa Tikus Pengesan Periuk Api Mati Mengejut

Magawa Tikus Pengesan Periuk Api Mati Mengejut

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 192 hits
Terdahulu pernah disiarkan kisah mengenai seekor tikus yang mendapat pingat emas keberanian tertinggi PDSA yang setaraf penghormatan kepada orang awam tertinggi United Kingdom Magawa tikus pertama terima Pingat Emas Keberanian Tertinggi PDS...
Jaksa Soal Tuntut Mati Herry Wirawan Kejahatan Serius Dan Dapat Atensi Presiden

Jaksa Soal Tuntut Mati Herry Wirawan Kejahatan Serius Dan Dapat Atensi Presiden

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 235 hits
Kepala Kejaksaan Tinggi Jawa Barat Asep N Mulyana mengungkapkan sejumlah alasan hingga akhirnya membuat tuntutan hukuman mati dan kebiri terhadap Herry Wirawan
Penjelasan Komnas Ham Soal Alasan Tolak Hukuman Mati Dan Kebiri Herry Wirawan

Penjelasan Komnas Ham Soal Alasan Tolak Hukuman Mati Dan Kebiri Herry Wirawan

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 152 hits
Jaksa pun menuntut agar seluruh aset dan kekayaan Herry disita dan dilelang untuk membiayai kebutuhan hidup para korban beserta bayi yang telah dilahirkan
Pakar Bedah Memindahkan Jantung Babi Kepada Pesakit Manusia Yang Hampir Mati

Pakar Bedah Memindahkan Jantung Babi Kepada Pesakit Manusia Yang Hampir Mati

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 212 hits
Sepasukan doktor telah berjaya memindahkan jantung daripada babi yang diubah suai secara genetik ke dalam dada seorang lelaki dari Maryland dalam usaha terakhir untuk menyelamatkan nyawanya yang tidak mempunya harapan untuk hidup Pembedahan...
Anak Penyu Ditemukan Mati Di Marang Kerana Termakan Plastik

Anak Penyu Ditemukan Mati Di Marang Kerana Termakan Plastik

papar berkaitan - pada 14/1/2022 - jumlah : 144 hits
Oleh ANAK penyu Agar yang ditemukan mati FOTO BERNAMA SEEKOR anak penyu Agar ditemukan mati dipercayai akibat termakan plastik di Pantai Pulau Kerengga dekat Marang pagi tadi Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu Ruzaidi Mamat berkat...
Penternak Selamatkan Lebih 100 Ekor Arnab Dari Mati Dalam Banjir

Penternak Selamatkan Lebih 100 Ekor Arnab Dari Mati Dalam Banjir

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 225 hits
ANAK arnab yang dilahirkan akan diasingkan dari induknya selepas berusia dua minggu MUAR Tindakan pantas Shahrizan Mansor berjaya menyelamatkan lebih 100 arnab peliharaannya daripada ditenggelami banjir ketika air Sungai Muar melimpah dan n...
Polisi Bongkar Jaringan Sabu Dikendalikan Wni Di Malaysia Pengedar Ditembak Mati

Polisi Bongkar Jaringan Sabu Dikendalikan Wni Di Malaysia Pengedar Ditembak Mati

papar berkaitan - pada 10/1/2022 - jumlah : 173 hits
Jaringan ini dikendalikan oleh seorang Warga Negara Indonesia yang tinggal di Malaysia Kepada penyidik salah satu tersangka mengaku menerima upah Rp10 juta Rencananya narkoba jenis sabu diedarkan ke Tangerang DKI Jakarta dan Bogor
Rundingan 22 Januari Tentukan Hidup Mati Muafakat Nasional Di Kelantan

Rundingan 22 Januari Tentukan Hidup Mati Muafakat Nasional Di Kelantan

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 159 hits
SHAH ALAM UMNO negeri tidak pernah menolak kerjasama dengan Pas Kelantan untuk menubuhkan gagasan Muafakat Nasional di negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia terbabit Justeru Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Ya...
Bintang Tiktok Terkenal Ditemui Mati Kongsi Video Terakhir Ketika Sedang Memasak

Bintang Tiktok Terkenal Ditemui Mati Kongsi Video Terakhir Ketika Sedang Memasak

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 354 hits
Bintang Tiktok terkenal berusia 36 tahun ditemui mati secara mengejut beberapa jam selepas mangsa berkongsi beberapa video di laman sosial berkenaan menunjukkan dia sedang memasak makan malam dan beberapa kucing miliknya Memetik laporan Dai...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik