Magawa Tikus Pengesan Periuk Api Mati Mengejut
Terdahulu pernah disiarkan kisah mengenai seekor tikus yang mendapat pingat emas keberanian tertinggi PDSA yang setaraf penghormatan kepada orang awam tertinggi United Kingdom (UK).
Magawa tikus pertama terima Pingat Emas Keberanian Tertinggi PDSA
Pautan : https://www.simiey.info/2020/09/magawa-tikus-pertama-terima-pingat-emas.html
Magawa, tikus yang berasal dari Tanzania, banyak berjasa kerana membantu membersihkan periuk api dari kawasan tanah kira-kira 225,000 meter persegi, bersamaan saiz 42 padang bola sepak, sepanjang perkhidmatannya.
Selepas mengesan lebih 100 periuk api dan bahan letupan lain, Magawa bersara pada Jun tahun lalu.
Badan amal, Pembangunan Pengesanan Periuk Api Anti-Personel (APOPO) yang melatih tikus itu dalam satu kenyataan memaklumkan, Magawa mati pada usia lapan tahun.
"Kami semua di APOPO merasai kehilangan Magawa dan kami bersyukur atas kerja luar biasa yang ia lakukan," katanya.
APOPO berkata, Magawa berada dalam keadaan sihat dan menghabiskan sebahagian besar pada minggu lalu dengan bermain seperti biasa.
"Menjelang hujung minggu, pergerakan Megawa mula perlahan, lebih banyak tidur siang dan kurang minat terhadap makanan pada hari-hari terakhirnya," kata badan amal itu.
APOPO melatih Magawa untuk mengesan sebatian kimia dalam bahan letupan, dengan memberi haiwan itu ganjaran makanan kegemarannya iaitu pisang dan kacang tanah.
Magawa akan memberi amaran kepada pemusnah periuk api dengan mencakar tanah berdasarkan deria baunya yang menakjubkan.
Tugas Magawa dapat meliputi kawasan sebesar gelanggang tenis dalam masa hanya 30 minit.
Sebagai perbandingan, penggunaan kaedah konvensional dengan pengesan logam memerlukan empat hari bagi keluasan sama.
Pada September tahun lalu, tikus itu diberikan penghormatan awam tertinggi oleh Britain kerana kebolehannya yang luar biasa untuk mengesan periuk api dan bahan letupan yang tidak meledak.
Ia menjadikan Magawa adalah tikus pertama yang menerima pingat daripada badan amal veterinar British , People's Dispensary for Sick Animals (PDSA) dalam tempoh 77 tahun.
Ada jutaan periuk api diletakkan di Kemboja ketika perang saudara hampir tiga dekad di negara itu.
Tikus 'wira' pengesan periuk api, mati
Pautan : https://www.hmetro.com.my/global/asia/2022/01/799418/tikus-wira-pengesan-periuk-api-mati
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.simiey.info/2022/01/magawa-tikus-pengesan-periuk-api-mati.html