Inkues Zara Qairina Biar Mahkamah Tentukan Saksi


Inkues Zara Qairina: Biar Mahkamah Tentukan – Saksi
KOTA KINABALU, 4 Sept (Bernama) — Saksi pertama dalam prosiding inkues kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir berkata terpulang kepada pertimbangan Mahkamah Koroner untuk menentukan keputusannya.
Dr Jessie Hiu, 58, yang menjalankan bedah siasat terhadap jenazah Zara Qairina di Hospital Queen Elizabeth (HQE), di sini, pada 10 Ogos lepas berkata demikian menjawab soalan daripada peguam Datuk Ram Singh, yang mewakili seorang remaja yang didakwa dalam kes buli Zara Qairina.
Ram: Sekiranya bukan disebabkan kemalangan atau didorong ketika berdiri atau duduk di atas penghadang, adakah kemungkinan si mati jatuh sendiri? Dr Hiu menjawab, “Ia terpulang kepada mahkamah untuk menentukannya.”
Ram: Pendek kata, mengikut apa sahaja definisi sekalipun, adakah situasi yang melibatkan si mati ini boleh dianggap sebagai bunuh diri, memandangkan tiada kemalangan atau tolak? Saya bertanya kerana anda seorang pakar.
Dr Hiu: Jawapan saya tetap sama, terpulang kepada mahkamah untuk menentukannya.
Ditanya mengenai bau mayat yang mereput, Dr Hiu mengakui “ia berbau busuk”, bagaimanapun pasukan peguam yang mewakili ibu Zara Qairina membantah soalan terbabit kerana ia tidak relevan. Koroner Amir Shah Amir Hassan turut membenarkan bantahan itu.
BACA: Zara Qairina Tidak Mungkin Terjatuh Atau Ditolak – Pakar Patologi Terdahulu, satu patung bersaiz kanak-kanak dibawa masuk ke mahkamah untuk membantu pakar perubatan menerangkan kecederaan yang ditemukan pada si mati.
Dr Hiu, pakar patologi yang telah berkhidmat di Jabatan Perubatan Forensik, HQE sejak 1998, menandakan enam bahagian pada patung terbabit yang sepadan dengan kecederaan ditemukan pada badan Zara Qairina iaitu belakang kepala, tapak tangan, belakang lengan bawah, belakang siku, buku lali kanan dan kaki kiri.
Pendengaran inkues akan bersambung Isnin.
Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di HQE pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi, 16 Julai.
Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan polis.
Pada 8 Ogos, AGC turut mengarahkan kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan.
BACA: Mustahil Untuk Masukkan Zara Qairina Ke Dalam Mesin Basuh – Pakar Patalogi
Sumber: BERNAMA
The post Inkues Zara Qairina: Biar Mahkamah Tentukan – Saksi appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/04/inkues-zara-qairina-biar-mahkamah-tentukan-saksi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inkues Arwah Zara Qairina Kali Terakhir Dilihat Di Tandas Tingkat 3 Saksi

Inkues Arwah Zara Qairina Kali Terakhir Dilihat Di Tandas Tingkat 3 Saksi

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 2535 hits
Izwan Abdullaham hmetro com myKota Kinabalu Mahkamah Koroner diberitahu Allahyarham Zara Qairina Mahathir dipercayai kali terakhir dilihat di tandas tingkat tiga asrama sebelum ditemui tidak sedarkan diri di tingkat bawah bangunan berkenaan...
Mahkamah Koroner Ingatkan Orang Awam Jangan Sebar Eksibit Inkues Zara Qairina

Mahkamah Koroner Ingatkan Orang Awam Jangan Sebar Eksibit Inkues Zara Qairina

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 2818 hits
KOTA KINABALU Mahkamah Koroner hari ini mengeluarkan amaran kepada orang awam supaya tidak berkongsi atau menyiarkan sebarang eksibit atau barang kes yang dikemukakan dalam inkues kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir meneru...
Inkues Zara Qairina Peguam Ibu Hormati Keputusan Mahkamah

Inkues Zara Qairina Peguam Ibu Hormati Keputusan Mahkamah

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 3358 hits
Kehilangan seorang anak adalah ujian yang paling berat untuk mana mana ibu bapa Itulah yang sedang dilalui oleh keluarga kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir pelajar berusia 13 tahun yang meninggal dunia di asrama sekolahnya Sejak tra...
Inkues Kes Kematian Zara Qairina Bermula Esok

Inkues Kes Kematian Zara Qairina Bermula Esok

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 3657 hits
Inkues Kes Kematian Zara Qairina Bermula Esok KOTA KINABALU 2 Sept Inkues bagi menentukan punca kematian Pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir akan bermula esok di Mahkamah Koroner di sini Inkues selama 19 hari yang dijadualkan berla...
Inkues Kematian Zara Qairina Pakar Patologi Laporkan Ubat Antisawan Di Kesan Dalam Tisu Buah Pinggang

Inkues Kematian Zara Qairina Pakar Patologi Laporkan Ubat Antisawan Di Kesan Dalam Tisu Buah Pinggang

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 6303 hits
KOTA KINABALU Bedah siasat terhadap jenazah Allahyarham Zara Qairina Mahathir tidak mengesan sebarang dadah dalam anggota tubuh arwah Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth Dr Jessie Hiu berkata bagaimanapun terdapat Phenytoin dikesan dala...
Jabatan Peguam Negara Sebanyak 70 Saksi Termasuk Pakar Patologi Akan Beri Keterangan Inkues Kematian Zara

Jabatan Peguam Negara Sebanyak 70 Saksi Termasuk Pakar Patologi Akan Beri Keterangan Inkues Kematian Zara

papar berkaitan - pada 30/8/2025 - jumlah : 2978 hits
KUALA LUMPUR Sebanyak 70 orang saksi termasuk pakar patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas jenazah pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir akan dipanggil untuk memberi keterangan pada prosiding inkues berhubung kematian remaja ...
Perkembangan Prosiding Inkues Kes Zara Qairina Agc

Perkembangan Prosiding Inkues Kes Zara Qairina Agc

papar berkaitan - pada 30/8/2025 - jumlah : 1459 hits
Perkembangan Prosiding Inkues Kes Zara Qairina AGC Jabatan Peguam Negara maklum dan menyedari mengenai perhimpunan No Justice No Merdeka yang dikatakan akan berlangsung pada hujung minggu ini di Negeri Sabah berhubung kematian Zara Qairina ...
Kurang Pasti Tentang Kecederaan Berjalur Kod Bar Tumpuan Untuk Selamat Zara Qairina Saksi

Kurang Pasti Tentang Kecederaan Berjalur Kod Bar Tumpuan Untuk Selamat Zara Qairina Saksi

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 2831 hits
Kurang Pasti Tentang Kecederaan Berjalur Kod Bar Tumpuan Untuk Selamat Zara Qairina Saksi KOTA KINABALU 9 Sept Pegawai perubatan yang pertama memeriksa Allahyarham Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini beliau t...
Zara Terjun Atau Tidak Pakar Serah Mahkamah Koroner Tentukan

Zara Terjun Atau Tidak Pakar Serah Mahkamah Koroner Tentukan

papar berkaitan - pada 5/9/2025 - jumlah : 1518 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth Dr Jessie Hiu menyerahkan kepada Mahkamah Koroner menentukan sama ada Zara Qairina Mahathir terjun dari asrama atas kehendak sendiri atau sebaliknya Beliau berkata demikian ...
Jenis Jenis Teknik Berkebun Yang Sesuai Di Malaysia

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Majlis Khatam Hafazan Perdana

Happy Deepavali 2025

Bakat Amp Bplant Hasilkan Produk Kelio Inisiatif Bantu Ekonomi Keluarga Atm

Penumpang Menjerit Kabin Pesawat Terbakar Disebabkan Power Bank

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Clean Walkways In Sabah Sparks Debate On Civic Culture