Inkues Adib Tiada Struktur Segi Tiga Pada Daun Pintu Van Bomba



Inkues Adib: Tiada struktur segi tiga pada daun pintu van bombaPosted By: Pentadbiron: May 12, 2019 Print EmailPakar Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Hafizam Hasmi menyanggah keterangan saksi ke-29, bekas pensyarah forensik patologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shahrom Abd Wahid dalam pendengaran kes kematian anggota bomba, allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim di hadapan Mahkamah Koroner Shah Alam hari ini.Dr Ahmad Hafizam yang dipanggil sekali lagi untuk memberi keterangan berkata mustahil lebam berbentuk segi tiga pada lengan kanan bahagian atas arwah disebabkan oleh struktur pada daun pintu van EMRS.“Ia adalah struktur lekukan (pada daun pintu EMRS), tak ada dinding kiri, dinding kanan, dan tapak seperti (corak) kecederaan (pada lengan Adib).“Tapi jika diletakkan gambar segi tiga ini, dan diambil gambar (daun pintu van) dari satu arah untuk menunjukkan (seolah-olah ada segi tiga), ia memang boleh mengelirukan.“Sebagai pakar yang melakukan bedah siasat, saya rasa menjadi tanggungjawab saya untuk memberikan penjelasan, puan koroner,” katanya memberitahu mahkamah.Menurut beliau lagi berdasarkan pemeriksaan semula dan eksperimen ke atas van EMRS pada 12 April 2019, langsung tiada struktur berbentuk segi tiga pada daun pintu hadapan sebelah kiri van tersebut yang boleh mendatangkan kesan kecederaan seperti terdapat pada lengan arwah Adib.Pada 17 April lalu, Shahrom ketika memberi keterangan di hadapan koroner mencadangkan lebam berbentu segi tiga pada lengan Adib sesuai dengan ‘tombol getah berbentuk segi tiga’ pada daun pintu EMRS, dan disebabkan impak pintu yang ditendang, melantun, dan ditendang sekali lagi oleh penyerang.Menurut Shahrom (gambar, bawah) tidak mustahil anggota bomba itu ditarik keluar dari van EMRS dalam tempoh lima hingga lapan saat ketika rusuhan di Kuil Seafield akhir tahun lalu.Ketika memberi keterangan di hadapan Koroner Rofiah Mohamad hari ini, Hafizam memberi penjelasannya dengan bantuan slaid.Beliau turut menunjukkan slaid gambar yang digunakan Shahrom, yang menunjukkan gambar kecederaan berbentuk lebam segi tiga yang diletakkan bersebelahan dengan gambar daun pintu hadapan sebelah kiri EMRS, yang dilukiskan sebentuk segi tiga berwarna merah.Hafizam selaku saksi ke-24 hadir memberi keterangan selepas Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada 30 April membenarkan permohonan pegawai pengendali inkues memanggil semula dirinya bagi prosiding berkenaan.Hafizam merupakan doktor yang bertanggungjawab mengendalikan bedah siasat ke atas arwah Adib.Mengulas lanjut, Hafizam menjelaskan, dalam eksperimen dijalankan, kesan segi tiga itu turut tidak kelihatan apabila daun pintu yang diwarnakan dihimpit pada badan seorang model mempunyai berat dan ketinggian hampir sama dengan arwah Adib.Dakwanya, sekiranya benar kecederaan Adib disebabkan terhimpit antara daun pintu dan jenang, maka kesan yang lebih besar dan panjang sepatutnya kelihatan pada bahagian depan dan belakang tubuh arwah.Malah, kesan yang terhasil daripada panel di sebelah dalam pada badan pintu sepatutnya lebih kelihatan kerana lebih tertonjol berbanding lekukan pada daun pintu, seperti yang kelihatan pada corak yang terhasil ketika eksperimen.“Kita dapati, jika tersepit daun pintu kiri, kecederaannya lebih besar, dan panjang berbanding ini (kecederaan Adib).” Eskperimen Prof Dr Shahrom sendiri (terhadap patung) menunjukkan kecederaan sampai bawah, tetapi yang diukur (dalam laporannya) sampai sini (sebahagian daripada corak).“Apa bezanya warna hitam ini (sebahagian atas) dengan hitam yang bawah ini? Kedua-duanya menghasilkan kecederaan, tapi yang diukur hanya struktur (corak) yang menarik minat sahaja, tanpa memberikan justifikasi.“Oleh itu, jika teori ini (terhimpit) hendak diguna pakai, kecederaannya dari atas sampai abdomen, tapi gambar klinikal jelas, di bawah ini, tiada sebarang kecederaan. Kecederaan hanya tertumpu atas dada kanan, tidak melibatkan puting kanan atau bdomen atas atau bawah,” jelasnya lagi.Hafizam turut menunjukkan gambar Adib ketika pemeriksaan dijalankan yang menunjukkan tiada luka kelihatan pada bahagian belakang badannya.“Stuktur jenang (yang dikatakan menghimpit bahagian belakang arwah) bukan nipis seperti hujung daun pintu. Struktur ini keras dan lebar, tapi tak ada (kesan).“Tak ada sebarang kecederaan luaran, sama ada di kiri atau kanan (belakang badan), kecuali satu lukar calar melintang pada kiri, yang telah diperstujui disebabkan sagat struktur plat dasar (strike plate) sebelah kiri,” katanya lagi.Pegawai pengendali inkues yang melakukan pemeriksaan ialah Faten Hadni Khairuddin.Memandangkan kesuntukan masa, koroner Rofiah memutuskan inkues disambung pada hari Selasa sehingga Jumaat minggu depan.Adib meninggal dunia pada 17 Disember, 9.41 malam di Institut Jantung Negara setelah kecederaan yang dialaminya pada malam rusuhan.Inkues diadakan berikutan terdapat dua versi yang timbul berhubung punca kematian Adib.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/05/inkues-adib-tiada-struktur-segi-tiga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Indonesia Disyaki Daish Cuba Balas Dendam Kematian Anggota Bomba Adib

Lelaki Indonesia Disyaki Daish Cuba Balas Dendam Kematian Anggota Bomba Adib

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 466 hits
Tiga warga asing antara empat orang disyaki pengganas Daish yang merancang untuk melakukan pembunuhan individu berprofil tinggi serta serangan bom berskala besar di beberapa lokasi di negara ini ditahan dalam serbuan dijalankan Bahagian Cou...
Forensic Expert Recalled In Inquest Rebuts Theory That Adib Was Pulled Out Of Van

Forensic Expert Recalled In Inquest Rebuts Theory That Adib Was Pulled Out Of Van

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 285 hits
Forensic expert Dr Ahmad Hafizam Hasmi leaves the Shah Alam court after testifying today SHAH ALAM The Coroner s Court holding an inquest into the death of fireman Muhammad Adib Mohd Kassim today recalled forensic expert Dr Ahmad Hafizam Ha...
Recalled Witness Reiterates Van Door Not Cause Of Adib S Injuries

Recalled Witness Reiterates Van Door Not Cause Of Adib S Injuries

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 262 hits
ADIB INQUEST Kuala Lumpur Hospital forensic expert Dr Ahmad Hafizam Hasmi today disputed the theory put forth by another expert witness that the triangular bruising on deceased firefighter Muhammad Adib Mohd Kassim s arm was caused by an em...
Jentera Bomba Terbalik Tiga Anggota Parah

Jentera Bomba Terbalik Tiga Anggota Parah

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 441 hits
IPOH Tiga anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik dilaporkan parah selepas jentera dinaiki terbabas dan terbalik di KM11 Jalan Raya Timur Barat Gerik Jeli pagi tadi
Acuan Kerangka Tiga Iphone 2019 Tertiris Lagi Mengesahkan Bonjol Kamera Berbentuk Empat Segi

Acuan Kerangka Tiga Iphone 2019 Tertiris Lagi Mengesahkan Bonjol Kamera Berbentuk Empat Segi

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 292 hits
Tinggal empat bulan sahaja lagi sebelum model terkini iPhone 2019 akan dilancarkan secara rasmi Pelbagai maklumat mengenai fungsi spesifikasi dan imej pengolokan tiga peranti ini telahpun tertiris Hari ini tiga acuan untuk kerangka iPhone t...
Inkues Adib Pakar Forensik Kesal Dimalukan Di Mahkamah

Inkues Adib Pakar Forensik Kesal Dimalukan Di Mahkamah

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 435 hits
Saksi yang merupakan Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur Dr Ahmad Hafizam Hasmi SHAH ALAM Seorang saksi doktor pakar forensik menyatakan kekesalannya kerana dimalukan di dalam mahkamah ketika memberi keterangan pada inkues kematian anggota...
Anda Tahu Daun Ini Daun Dari Buah Ini Mampu Merawat Darah Tinggi Ini Caranya

Anda Tahu Daun Ini Daun Dari Buah Ini Mampu Merawat Darah Tinggi Ini Caranya

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 446 hits
Tekanan darah tinggi merupakan pem bu nuh senyap Kira kira 1 daripada 3 orang dewasa akan mengalami tekanan darah tinggi Sistem peredaran darah di dalam badan membekalkan nutrien penting dan oksigen ke semua sel sel dan organ organ dalam ba...
Kuih Papudak Selak Pintu

Kuih Papudak Selak Pintu

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 618 hits
Selera bulan Ramadan memang pelik Macam macam jenis makan timbul musim puasa yang biasa tidak dipeduli pada bulan bulan lain Bubur lambuk tahi itik jala mas buah tanjung lompat tikam serabe kerbau berguling dan macam macam lagi Satu lagi ku...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik

Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti