Lelaki Indonesia Disyaki Daish Cuba Balas Dendam Kematian Anggota Bomba Adib



Tiga warga asing antara empat orang disyaki pengganas Daish yang merancang untuk melakukan pembunuhan individu berprofil tinggi serta serangan bom berskala besar di beberapa lokasi di negara ini ditahan dalam serbuan dijalankan Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas.

Semua suspek itu ditahan dalam empat serbuan di Kuala Berang, Terengganu, Kuala Lumpur dan di Subang Jaya, Selangor pada 5 Mei hingga 7 Mei lalu.


Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, empat suspek berkenaan membabitkan seorang lelaki tempatan serta seorang lelaki Indonesia dan dua lelaki Rohingnya pemegang kad Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) berusia antara 20 tahun hingga 49 tahun.

Beliau berkata, antara rancangan mereka adalah membunuh beberapa individu berprofil tinggi serta serangan bom di rumah ibadat bukan Islam dan di pusat hiburan sekitar Lembah Klang.

Katanya, serangan dirancang turut bertujuan bagi membalas dendam terhadap kematian pegawai bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang parah dalam insiden rusuhan di sebuah kuil di Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

“Susulan penahanan suspek, polis turut menemui enam unit bom ‘improvised explosive device’ serta sepucuk pistol CZ buatan Czechoslovakia bersama 15 butir peluru yang akan digunakan dalam serangan dirancang.

“Keempat-empat suspek ini bergerak sebagai satu sel ‘wolf pack’ Daish yang dipercayai berhubung dengan rangkaian Daish di Syria dan merancang untuk melakukan serangan pada minggu pertama Ramadan,” katanya pada sidang media, hari ini.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah E8 Cawangan Khas Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Abdul Hamid berkata, suspek pertama ditahan di Kuala Berang pada 5 Mei lalu membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun dipercayai bertindak sebagai perancang utama serangan.

Beliau berkata, dalam serbuan itu polis merampas enam bom serta sepucuk pistol daripada suspek.

“Susulan itu, polis membuat tangkapan kedua membabitkan seorang lelaki Rohingya pemegang kad UNHCR berusia 20 tahun di Kuala Lumpur pada 7 Mei lalu.


“Suspek kedua mengaku menganggotai sel pengganas itu dan menyokong kumpulan pengganas Arakan Rohingnya Salvation Army (ARSA) turut merancang serangan di Kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur dan berjihad di Rakhine,” katanya.

Abdul Hamid berkata, tangkapan ketiga membabitkan seorang lelaki Indonesia berusia 49 tahun di Subang Jaya pada hari sama.

Katanya, suspek bekerja di sebuah kilang membuat zink dan merancang untuk berjihad di Syria.

“Suspek keempat lelaki warga Rohingnya berusia 25 tahun pula ditahan di Kuala Lumpur pada hari sama dan mengaku terbabit dengan kumpulan berkenaan.

“Semua suspek ditahan mengikut Akta 574 Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747),” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://riziqin.blogspot.com/2019/05/lelaki-indonesia-disyaki-daish-cuba.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Balas Dendam Kematian Adib Antara Rancangan Pengganas Daish

Balas Dendam Kematian Adib Antara Rancangan Pengganas Daish

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 381 hits
EMPAT pengganas Daish yang merancang untuk melakukan pembunuhan individu berprofil tinggi serta serangan bom berskala besar di beberapa lokasi di negara ini ditahan dalam serbuan dijalankan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Balas Den...
2 Anggota Militer Indonesia Tewas Ditembak Tentara Pembebasan Nasional Papua Barat

2 Anggota Militer Indonesia Tewas Ditembak Tentara Pembebasan Nasional Papua Barat

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 399 hits
TPNPB Tewaskan Dua Anggota TNI Di Distrik Derakma Ndugama Papua Jumat 10 Mei 2019 Siaran Perss KOMNAS TPNPB OPM Per 11 Mei 2019 TPNPBNEWS Hari ini Sabtu tanggal 11 Mei 2019 Markas Pusat Komando Nasional Tentara Pembebasan Nasional Papua Bar...
Inkues Adib Tiada Struktur Segi Tiga Pada Daun Pintu Van Bomba

Inkues Adib Tiada Struktur Segi Tiga Pada Daun Pintu Van Bomba

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 423 hits
Inkues Adib Tiada struktur segi tiga pada daun pintu van bombaPosted By on May 12 2019Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur Dr Ahmad Hafizam Hasmi menyanggah keterangan saksi ke 29 bekas pensyarah forensik patologi Universiti Kebangsaan Mala...
Zuraida Mahu Sop Ambil Anggota Bomba Wanita Dikaji

Zuraida Mahu Sop Ambil Anggota Bomba Wanita Dikaji

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 295 hits
Zuraida Kamaruddin mahu proses dan ujian fizikal agar pengambilan golongan wanita dipermudah Foto oleh Shafwan ZaidonIPOH 13 Mei Prosedur operasi standard pengambilan anggota bomba wanita akan diperbaharui bagi memberi peluang lebih ramai g...
Saya Hanya Tahu Mangsa Adalah Adik Saya Selepas Melihat Kad Pengenalannya Luluh Hati Anggota Bomba

Saya Hanya Tahu Mangsa Adalah Adik Saya Selepas Melihat Kad Pengenalannya Luluh Hati Anggota Bomba

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 717 hits
Luluh hati seorang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut mendapati individu yang meninggal dalam kemalangan maut yang dikendalikan oleh pasukannya di Kilometer 14 Jalan Jerantut Temerloh di Kampung Tebing Tinggi Jerantut ad...
Kebiasaan Balas Dendam Saat Buka Puasa Malah Bisa Buat Tubuh Semakin Gemuk

Kebiasaan Balas Dendam Saat Buka Puasa Malah Bisa Buat Tubuh Semakin Gemuk

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 291 hits
Triyani Kresnawan Dietisien Instalasi Gizi Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo mengatakan bahwa saat buka puasa seringkali kita dihidangkan dengan banyak makanan yang membuat seseorang lapar mata Ini membuat orang rentan makan berlebihan
Jentera Bomba Terbalik Tiga Anggota Parah

Jentera Bomba Terbalik Tiga Anggota Parah

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 488 hits
IPOH Tiga anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik dilaporkan parah selepas jentera dinaiki terbabas dan terbalik di KM11 Jalan Raya Timur Barat Gerik Jeli pagi tadi
Lebih Ramai Wanita Berpeluang Sertai Kerjaya Anggota Bomba

Lebih Ramai Wanita Berpeluang Sertai Kerjaya Anggota Bomba

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 424 hits
Penilaian teknikal syarikat baju kalis api dalam peringkat akhirIPOH Prosedur operasi standard pengambilan anggota bomba wanita akan diperbaharui bagi memberi peluang lebih ramai golongan hawa menyertai pasukan penyelamat itu kata Menteri P...
Inilah Kecanggihan Kri Tjiptadi 381 Milik Tni Al Yang Tak Balas Kapal Vietnam

Inilah Kecanggihan Kri Tjiptadi 381 Milik Tni Al Yang Tak Balas Kapal Vietnam

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 246 hits
TNI AL miliki kapal canggih KRI Tjiptadi 381 Kapal perang ini miliki banyak kelebihan
Cara Pelajar Universiti Menabung Dalam Simpanan Emas Public Gold

Biodegradable E Textiles Weaving Sustainability Into Wearable Tech

Ju Haknyeon Didepak Dari The Boyz Oleh Agensi Begini Kronologinya

High Court Discharges Najib In Rm27m Src Case Stalled Since 2019 Does Not Acquit

Elmegheny Feat Reham Husen Eshna Ad Eih Chord

Maxwel Franklin Saran Chelak Jari Tua Chord

Editing Tools For Drawing

Hiburan Pernah Ke Kami Bertindak Kosong Caprice Dakwa Ada Bukti Naim Daniel Terlibat Kes Amang Seks Al


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


9 Ciri Boyfriend Material Yang Wanita Akan Respek Dan Rasa Selamat

Iran Serang Kilang Penapisan Minyak Haifa Di Hari Ke 4

Beli Iphone Murah Bawah Rm2000 Di Malaysia Refurbished Vs Second Hand Mana Lebih Berbaloi

Serawa Buah Bachang

Iddin Ramli Sembang Dari Imam Masjid Ke Empayar Naseehat Trauma Kejayaan

Compartment Food Box Custom Solusi Ideal Untuk Makanan Seimbang Menarik