Inkues Adib Pakar Forensik Kesal Dimalukan Di Mahkamah


Bernama Saksi yang merupakan Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr. Ahmad Hafizam Hasmi.
SHAH ALAM – Seorang saksi doktor pakar forensik menyatakan kekesalannya kerana ‘dimalukan’ di dalam mahkamah ketika memberi keterangan pada inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Pakar Forensik Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi berkata, niatnya hanya ingin membantu mahkamah untuk membuat pengiraan formula daya berhubung kecederaan dialami Muhammad Adib.

Saksi ke-24 yang dipanggil semula memberi keterangan itu juga beberapa kali menegaskan bahawa beliau bukan pakar fizik dan meminta mahkamah merujuk kepada pakar dalam bidang berkenaan untuk sebarang pengesahan berhubung pengiraaan formula daya itu.

“Saya sentiasa tegaskan saya bukan pakar fizik…mungkin saya tersalah faham (tentang permintaan membuat kiraan formula daya). Apabila diminta sesuatu oleh peguam, saya anggap saya perlu jelaskan kepada koroner.

“Ini bukan perbicaraan dan saya juga tidak sepatutnya dimalukan di mahkamah tentang pengiraan ini,” katanya pada prosiding ke-36 inkues di Mahkamah Koroner di sini, hari ini.

Terdahulu, saksi itu bertikam lidah dengan peguam Syazlin Mansor yang mewakili Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, apabila peguam tersebut mendakwa keterangannya berhubung pengiraan formula daya mengelirukan mahkamah.

Syazlin: Pengiraan daya yang doktor kemukakan di mahkamah berkenaan graviti salah, biar pakar yang bercakap tentang perkara ini. Tidak perlulah doktor nak tambah kelirukan mahkamah.

Dr Ahmad Hafizam: Saya tidak kelirukan mahkamah, semalam saya anggap saya disuruh buat pengiraan yang betul, sebab itu saya buat pengiraan baharu. Saya juga tidak sepatutnya dimalukan di mahkamah tentang pengiraan ini.

Syazlin: Sebelum ini doktor cakap pengiraan Prof Shahrom (Perunding Kanan Patologi Forensik di United Kingdom Prof Dr Shahrom Abd Wahid) salah, tetapi bila doktor tunjukkan pengiraan baru mengenai tarikan graviti saya lihat tidak betul, jadi saya tunjukkan yang doktor salah, bukan niat nak malukan cuma cakap doktor nak kelirukan mahkamah.

Menjawab soalan lain Syazlin, Dr Ahmad Hafizam berkata lebam pada badan Muhammad Adib bukan disebabkan kesan cengkaman akibat ditarik tetapi berkemungkinan berlaku ketika mangsa dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

“Dalam kes ini, mangsa meninggal dunia selepas 21 hari menerima rawatan dan dalam jangka masa rawatan ada pergerakan tertentu seperti mangsa digerakkan ke kiri, kanan sewaktu dia tidak sedarkan diri. Berdasarkan bedah siasat, kesan lebam itu tidak padan akibat ditarik,” katanya.

Saksi itu juga tidak bersetuju dengan teori Muhammad Adib ditarik pada siku kiri atau dari bahagian depan baju mangsa, berdasarkan beberapa faktor seperti situasi van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang sedang bergerak, kawasan kejadian berbahaya, mangsa ialah seorang anggota bomba yang ‘fit’ dan pemeriksaan klinikal serta dapatan bedah siasat yang telah dijalankan terhadap mayat mangsa.

Muhammad Adib yang merupakan anggota EMRS Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lalu dan menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis lalu di IJN.Prosiding inkues di hadapan Koroner Rofiah Mohamad bersambung pada 27 dan 28 Mei ini.- BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/inkues-adib-pakar-forensik-kesal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inkues Adib Tiada Struktur Segi Tiga Pada Daun Pintu Van Bomba

Inkues Adib Tiada Struktur Segi Tiga Pada Daun Pintu Van Bomba

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 416 hits
Inkues Adib Tiada struktur segi tiga pada daun pintu van bombaPosted By on May 12 2019Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur Dr Ahmad Hafizam Hasmi menyanggah keterangan saksi ke 29 bekas pensyarah forensik patologi Universiti Kebangsaan Mala...
Pakar Forensik Dakwa Saksi Salah Kira Formula

Pakar Forensik Dakwa Saksi Salah Kira Formula

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 320 hits
INKUES ADIB Pakar Bedah Forensik Hospital Kuala Lumpur Dr Ahmad Hafizam Hasmi mendakwa saksi ke 29 Prof Dr Shahrom Abd Wahid mungkin tersalah kira semasa menggunakan formula daya untuk memberi keterangan berkenaan kemungkinan Allahyarham Mu...
Kontrak Jual Tanah Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Bekas Isteri Ghafar Baba

Kontrak Jual Tanah Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Bekas Isteri Ghafar Baba

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 370 hits
Bekas isteri Allahyarham Ghafar Baba gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan berhubung saman terhadap pemaju hartanah dan isteri yang didakwanya melanggari kontrak berkaitan penjualan sebidang tanah di Jelebu Negeri Sembilan Semasa me...
Mahkamah Sahkan Abu Ain Sah Cerai Talak 2 Selepas Abu Kemukakan Fakta Tambahan

Mahkamah Sahkan Abu Ain Sah Cerai Talak 2 Selepas Abu Kemukakan Fakta Tambahan

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 635 hits
Mahkamah Rendah Syariah Klang semalam memutuskan bahawa penceraian PU Abu Sufyan dan Ain Afini tidak sah selepas mendapati lafaz cerai yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp itu tidak sah Abu dalam kenyataan awal kepada media semalam berka...
Kembali Ke Mahkamah Untuk Tambah Kenyataan Pu Abu Dan Ain Afini Sah Cerai Talak Dua

Kembali Ke Mahkamah Untuk Tambah Kenyataan Pu Abu Dan Ain Afini Sah Cerai Talak Dua

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 826 hits
Walaupun semalam ada yang merasa gembira apabila mengetahui Mahkamah Rendah Syariah Klang memutuskan perceraian Pencetus Ummah Abu Sufyan dan Ain 8216 Afini tidak sah selepas mendapati lafaz cerai melalui aplikasi WhatsApp yang dilakukan pe...
Laungan Bossku Masih Kedengaran Di Perkarangan Mahkamah

Laungan Bossku Masih Kedengaran Di Perkarangan Mahkamah

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 340 hits
KUALA LUMPUR Keadaan pekarangan kompleks yang tenang dan kurang sibuk selain daripada persekitaran biasa wajah wajah pengamal undang undang kecoh sebentar apabila kereta Perdana TN 50 berwarna hitam milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Na...
Pu Abu Sumpah Tiada Niat Mahkamah Putuskan Lafaz Cerai Tidak Sah

Pu Abu Sumpah Tiada Niat Mahkamah Putuskan Lafaz Cerai Tidak Sah

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 1329 hits
foto sumber internetKLANG 15 Mei Mahkamah Rendah Syariah di sini memutuskan lafaz cerai Pencetus Ummah Abu Sufyan terhadap isterinya tidak sah Hakim Syarie Mohd Nuruazhar Tohar membuat keputusan tersebut selepas beliau bersumpah tidak berni...
Jatuh Talak 2 Pu Abu Dan Isteri Sah Cerai Selepas Mereka Patah Balik Ke Mahkamah Kemukakan Bukti

Jatuh Talak 2 Pu Abu Dan Isteri Sah Cerai Selepas Mereka Patah Balik Ke Mahkamah Kemukakan Bukti

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 430 hits
Jatuh talak 2 PU Abu dan isteri sah cerai selepas mereka patah balik ke mahkamah kemukakan bukti
13 Habit Lelaki Yang Boleh Bawa Dia Jauh Ke Depan Dalam Diam Diam

Di Balik Layar Dakwah Yufid

Wanita Berstatus Isteri Disyaki Berkhalwat Dengan Lelaki Bujang

Education Ministry To Announce Form Six Admission Offers Tomorrow

Exploring Astral Projections Journeying Beyond The Physical Realm

Finding Your Perfect Fit The Best Yoga Mats For Your Practice

Oath Of Office A Testament To Our Founding Fathers Genius

Dari Derita Ke Kaya Raya Inilah Pkr


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Saifuddin Advises Rafizi To Stick To Party Elections Rather Than Speculations