Inkues Adib Mungkin Sukarkan Sabitan Membunuh Kata Peguam



(Malaysiakini) – Pihak pendakwa mungkin berdepan kesukaran yang besar untuk mendapatkan sabitan membunuh jika mereka membawa kes kematian Muhammad Adib Mohd Kassim ke mahkamah, kata seorang peguam.
Menurut M Hafiz Zainol Abidin tanpa mendapat pengesahan tentang punca kematian Muhammad Adib itu, peluang untuk pihak pendakwa memenangi kes berkenaan akan menjadi tipis.
Kata peguam terbabit langkah mengadakan proses inkues sekarang membayangkan ahli patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas mayat Muhammad Adib tidak menemui punca kematian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terbabit.
“Hal ini akan banyak mempengaruhi perbicaraan kes jenayah itu pada masa depan – jika ada – berhubung dengan tindakan menyalahkan sesuatu pihak kerana membunuh Adib.
“Ia tidak mustahil, tetapi ia akan mencabar,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Muhammad Adib ialah anggota JBPM yang mengalami kecederaan parah semasa bertugas di kawasan kuil Sri Maha Mariamman di Seafield, Subang Jaya pada 27 Nov 2018.
Selepas 21 hari dirawat, dia akhirnya menghembus nafas terakhir di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur.
Perlu buktikan punca kematian
Muhammad Adib, 24, didakwa cedera selepas diserang sekumpulan individu yang merusuh di kawasan kuil berkenaan.
Seorang ahli patologi menjalankan bedah siasat ke atas jenazah Muhammad Adib tetapi Menteri Dalam Negeri Muhyiddn Yassin – pada 27 Dis tahun lalu – mengumumkan bahawa suatu inkues akan diadakan bagi mengenal pasti kematian anggota JBPM itu.
Mahkamah Koroner Shah Alam hari ini menetapkan inkues berkenaan akan dimulakan pada 11 Feb ini.
M Hafiz berkata laporan bedah siasat menjadi keterangan yang penting – selain bukti lain – dalam sesebuah perbicaraan.
“Apabila sesuatu kes bunuh dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, pendakwa terlebih dulu perlu membuktikan mangsa mati akibat kecederaan dilakukan oleh suspek.
“Masih ada kemungkinan inkues itu akan mendapati Muhammad Adib meninggal dunia akibat serangan, namun pihak pembelaan masih boleh berhujah menggunakan laporan bedah siasat jika ia menunjukkan pemeriksa tidak dapat merumuskan punca kematian tersebut,” katanya.
M Hafiz yang mempunyai pengalaman selama 12 tahun sebagai peguam bela berkata, satu lagi kemungkinan daripada inkues itu ialah, mahkamah koroner boleh membuat keputusan terbuka.
Dalam keadaan itu katanya mahkamah boleh memutuskan punca atau keadaan kematian Muhammad Adib tetap tidak diketahui atau dapat dijelaskan.
“Kalau mahkamah memberikan penghakiman terbuka, ia akan jadi lebih sukar untuk pendakwa mendapatkan sabitan membunuh, malah untuk sabitan membunuh tanpa niat,” katanya.
Sambil menegaskan ia masih suatu hipotesis dan bukan garis panduan awam, M Hafiz berkata, ada kemungkinan yang besar untuk perbicaraan jenayah melibatkan kematian Muhammad Adib hanya setakat pendakwaan membunuh tanpa niat.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/01/19/inkues-adib-mungkin-sukarkan-sabitan-membunuh-kata-peguam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khidmat Peguam Percuma Pantau Inkues Muhammad Adib

Khidmat Peguam Percuma Pantau Inkues Muhammad Adib

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 482 hits
KUALA LUMPUR Pergerakan Pemuda UMNO menawarkan khidmat peguam pemerhati percuma kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim bagi memantau perjalanan kes inkues untuk menentukan punca kematian anggota bomba terbabit Ketuanya Datuk ...
Sudah 37 Hari Bapa Muhammad Adib Harap Inkues Disegerakan Demi Keadilan

Sudah 37 Hari Bapa Muhammad Adib Harap Inkues Disegerakan Demi Keadilan

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 347 hits
Aor Setar Bapa kepada anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim berharap prosiding inkues bagi menentukan punca kematian anaknya dapat disegerakan demi mendapatkan keadilan buat anggota keluarganya Sudah 37 Hari Bapa Muhammad Adib...
Keluarga Adib Harap Prosiding Inkues Berjalan Lancar

Keluarga Adib Harap Prosiding Inkues Berjalan Lancar

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 228 hits
Keluarga Adib harap prosiding inkues berjalan lancar Dikemas kini 20 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 15 Jan 2019 6 42
Majlis Sosial Ketua Hakim Peguam Negara Memalukan Kata Pemuda Umno

Majlis Sosial Ketua Hakim Peguam Negara Memalukan Kata Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 343 hits
Majlis sosial ketua hakim peguam negara memalukan kata Pemuda Umno nbsp Dikemas kini 21 minit yang lalu middot Diterbitkan
Takrif Menghina Parlimen Tak Patut Ambil Kuasa Mahkamah Kata Pakar Perlembagaan

Takrif Menghina Parlimen Tak Patut Ambil Kuasa Mahkamah Kata Pakar Perlembagaan

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 477 hits
Pakar Perlembagaan Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata kerajaan sewajarnya menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan tafsiran sama ada sesuatu perbuatan atau kenyataan boleh dianggap menghina di bawah Akta Hasutan Jelas Shamrahayu ...
Kata Sembang Bisnes Juta Juta Pergilah Sewa Seminar Room Netizen

Kata Sembang Bisnes Juta Juta Pergilah Sewa Seminar Room Netizen

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 775 hits
Kata Sembang Bisnes Juta Juta Pergilah Sewa Seminar Room Netizen Viral di media sosial seorang wanita dengan nada suaranya yang tinggi memarahi beberapa individu di dalam kumpulannya menarik perhatian orang ramai Dalam insiden yang berlaku ...
Psikologis Kata Mom Cation Bagus Untuk Ibu 2 Hari Pun Dah Cukup Untuk Rehat

Psikologis Kata Mom Cation Bagus Untuk Ibu 2 Hari Pun Dah Cukup Untuk Rehat

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 492 hits
Siapa tidak mahukan percutian Percutian bagi ibu ibu amat penting untuk meregangkan kembali keadaan Malah psikologis juga mencadangkan mom cation ibu ibu bercuti supaya boleh menjalankan tugas dengan baik Ibu ibu didapati tidak mendapat reh...
Pakatan Sukar Menang Di Prk Cameron Highlands Kata Wan Azizah

Pakatan Sukar Menang Di Prk Cameron Highlands Kata Wan Azizah

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 327 hits
Pakatan sukar menang di PRK Cameron Highlands kata Wan Azizah Dikemas kini 20 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 13 Jan
Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Kempen Ladang Babi Pn Gagal Sekat Madani Psm Ganda Undi

Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Paul Rudd Kembali Bersama Nintendo Dalam Iklan Switch 2 Terbaru

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Kafe 28 Studio Kl Taman Setapak Indah

Navigating The Mortgage Zone Understanding The Factors That Impact Mortgage Eligibility


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


11 Tahun Tergendala Pm Anwar Mahu Pembinaan Sekolah Sukan Perlis Disegerakan

Muhyiddin Yassin Risau Kerjasama Bn Amp Ph Makin Diterima Rakyat Asyraf Wajdi

Senarai Hotel Di Lorong Malaysia Ho Chi Minh Vietnam

Shahirah Natasha Pasang Chord

Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage