Khidmat Peguam Percuma Pantau Inkues Muhammad Adib


KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO menawarkan khidmat peguam pemerhati percuma kepada keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim bagi memantau perjalanan kes inkues untuk menentukan punca kematian anggota bomba terbabit.
Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata tawaran itu sudah dimaklumkan kepada keluarga arwah menerusi lawatan yang dibuat wakilnya baru-baru ini.
“Kita mendengar khabar angin ada unsur-unsur untuk menutup kes ini supaya tidak berpanjangan.
“Bukan hendak mengapi-apikan, tetapi kita mahu keadilan untuk arwah yang terkorban semasa membantu menjaga keamanan rakyat Malaysia,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Dalam kejadian itu, Muhammad Adib, 24, dipercayai meninggal dunia akibat kecederaan parah susulan kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25 di Seafield, USJ pada November tahun lalu.
Beliau berada dalam keadaan koma lebih sebulan dan menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Subang Jaya dan Institut Jantung Negara (IJN) di mana beliau menghembuskan nafas terakhir.
Untuk rekod, pengurusan kes inkues untuk menentukan punca kematian arwah yang meninggal dunia 17 Disember lalu ditetapkan pada 18 Januari ini.
Dalam perkembangan lain, Asyraf Wajdi berkata pihaknya akan melancarkan sekretariat pemantauan harga barang diuruskan Pemuda UMNO negeri di 13 negeri dalam usaha membantu meringankan beban sara hidup rakyat dan kempen pendaftaran ahli UMNO di universiti.
“Sekretariat ini akan pantau setiap bulan harga barang asasi rakyat yang makin tertekan akibat kenaikan harga barang yang tidak dapat dikawal.
“Tiada strategi atau mekanisme dilakukan oleh kerajaan yang menjanjikan bulan dan bintang. Dulu kata apabila jadi kerajaan harga barang jadi murah, (jadi) kita perlu menzahirkan dan tidak tipu rakyat,” katanya sambil memaklumkan hasil dapatan pemantau akan diuar-uarkan di media sosial setiap bulan.
The post Khidmat Peguam Percuma Pantau Inkues Muhammad Adib appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/politik/khidmat-peguam-percuma-pantau-inkues-muhammad-adib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inkues Adib Mungkin Sukarkan Sabitan Membunuh Kata Peguam

Inkues Adib Mungkin Sukarkan Sabitan Membunuh Kata Peguam

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 288 hits
Pihak pendakwa mungkin berdepan kesukaran yang besar untuk mendapatkan sabitan membunuh jika mereka membawa kes kematian Muhammad Adib Mohd Kassim ke mahkamah kata seorang peguam Menurut M Hafiz Zainol Abidin tanpa mendapat pengesahan tenta...
Keluarga Adib Harap Prosiding Inkues Berjalan Lancar

Keluarga Adib Harap Prosiding Inkues Berjalan Lancar

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 225 hits
Keluarga Adib harap prosiding inkues berjalan lancar Dikemas kini 20 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 15 Jan 2019 6 42
Khidmat Wi Fi Percuma Di P Pinang Dihentikan Mulai 13 Feb

Khidmat Wi Fi Percuma Di P Pinang Dihentikan Mulai 13 Feb

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 346 hits
Perkhidmatan wifi percuma di negeri ini atau Penang Free Wi fi akan dihentikan bermula 13 Feb ini berikutan kelajuan internetnya yang kurang memuaskan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Utiliti dan Tebatan Banjir negeri Zairil Khir Johari be...
15 Ngo Buat Laporan Polis Berhubung Kes Muhammad Adib

15 Ngo Buat Laporan Polis Berhubung Kes Muhammad Adib

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 334 hits
Kira kira 50 individu berkumpul di hadapan Kompleks Sogo Jalan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur sebelum membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Peguam Negara To...
Hina Nabi Muhammad Saw Aipda Saperio Menangis Dituntut 3 Tahun Bui Denda Rp 1 M

Hina Nabi Muhammad Saw Aipda Saperio Menangis Dituntut 3 Tahun Bui Denda Rp 1 M

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 250 hits
Setelah tuntutan dibacakan majelis hakim menunda sidang Persidangan dijadwalkan berlangsung Senin dengan agenda pembelaan terdakwa
Tiga Individu Hina Sultan Muhammad V Ditahan Kpn

Tiga Individu Hina Sultan Muhammad V Ditahan Kpn

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 448 hits
AKMAL AZIZ 09 Januari 2019 3 32 PM KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia telah menahan tiga individu semalam bagi membantu siasatan mengenai dakwaan mengeluarka
Megejutkan Sultan Muhammad V Meletakkan Jawatan Sebagai Agong

Megejutkan Sultan Muhammad V Meletakkan Jawatan Sebagai Agong

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 405 hits
SULTAN Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di Pertuan Agong berkuat kuasa serta merta hari ini Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dalam satu kenyataan hari ini berkata peletakan jawatan baginda itu dibuat se...
Polisi Sebut Pelaku Teror Rumah Pimpinan Kpk Laode Muhammad Syarif Berjumlah 2 Orang

Polisi Sebut Pelaku Teror Rumah Pimpinan Kpk Laode Muhammad Syarif Berjumlah 2 Orang

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 223 hits
Pelaku teror pelemparan bom molotov di rumah Wakil Ketua Komisi Pemberantasan Korupsi Laode Muhammad Syarif di Jalan Kalibata Selatan No 42C Jakarta Selatan diduga berjumlah dua orang Hal ini berdasarkan rekaman CCTV rumah Laode yang sudah ...
Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Govt Urges More Corporate Aid For Putra Heights Gas Explosion Victims

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

Kuih Raya Homemade By Nieyl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Anggota Polis Parah Tertembak Diri Sendiri

Menteri Pendidikan Tinggi Ke Turkiye Dan Arab Saudi

Dia Nak Kacau Felda Pula Sebab Tempat Melayu Kenyataan Di Atas Adalah Fitnah