Pakar Perlembagaan Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata kerajaan sewajarnya menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan tafsiran sama ada sesuatu perbuatan atau kenyataan boleh dianggap "menghina" di bawah Akta Hasutan.Jelas Shamrahayu, parlimen akan mengehadkan kuasa mahkamah sekiranya kerajaan mengambil alih penakrifan perbuatan atau kenyataan yang diangga menghina."Pada pandangan saya, jika kerajaan mahu huraikan (takrif maksud penghinaan) ia akan mengehadkan kuasa mahkamah, kerana mahkamah menentukan tafsiran penghinaan mengikut keadaan kes."Jika mahkamah yang menentukan maka kuasa mahkamah lebih luas, tetapi jika Parlimen (kerajaan) memperincikan ia akan mengehadkan kuasa mahkamah."Sebab itu dalam hal ini kerajaan perlu teliti dengan sebaik mungkin dan bagi saya adalah lebih baik mahkamah menilai (menentukan) maksud penghinaan mengikut situasai semasa."Dalam hal ini, pihak polis juga dapat melakukan siasatan mereka dengan lebih luas dan ini tidak bermakna kita menyekat kebebasan bersuara," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata, kerajaan akan menjelaskan takrifan mengenai sesuatu perbuatan atau kenyataan yang boleh dianggap menghina sebagai panduan kepada agensi penguatkuasa undang-undang.Mengulas penahanan tiga individu di bawah Akta Hasutan baru-baru ini, Mahathir berkata pihak berkuasa pada masa ini tidak memahami tindakan atau perbuatan yang boleh dianggap menghina."Pada masa ini pihak penguatkuasaan tak faham apa yang dianggap sebagai menghina. Jadi kita perlu 'spell out' (menjelaskan) apa sebenarnya perbuatan atau perkataan yang dianggap sebagai menghina"."Saya telah nyatakan di Malaysia sekarang ini kita amalkan kebebasan bersuara dan kebebasan bersuara ini kalau dia bercakap sesuatu perkara yang factual (berfakta), dia tak boleh disalahkan," kata Mahathir.
Sementara itu Shamrahayu berkata, cadangan untuk mewujudkan akta baru setiap kali berdepan isu baru adalah tidak relevan.Beliau berkata, adalah memadai dengan memperkasakan lagi undang-undang sedia ada.Memberi contoh, beliau berkata, hukuman yang dikenakan terhadap individu yang menghina institusi diraja sehingga tujuh tahun penjara adalah memadai.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |