Peka B40 Semakan Kelayakan Tuntutan Manfaat Senarai Klinik


Berita baik untuk golongan B40, anda boleh menerima pelbagai manfaat melalui Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Skim ini bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).
Jom ketahui lebih lanjut tentang PeKa B40 dan semak kelayakan anda sekarang!
Apakah PeKa B40? PeKa B40 ini merupakan:
Inisiatif Kerajaan melalui KKM bertujuan menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memfokuskan penyakit tidak berjangkit (NCD). Layak kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan pasangan yang berumur 40 tahun dan keatas. Hanya kad pengenalan diperlukan semasa berurusan Makluman buat seluruh rakyat Malaysia!!
ProtectHealth Corporation Sdn Bhd sukacita ingin memaklumkan tentang pengemaskini data kelayakan penerima Skim Peduli Kesihatan untuk kumpulan B40 atau PeKa B40 bagi tahun 2023 berdasarkan data Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) tahun 2022 daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Senarai yang berstatus aktif dan penerima BKM bagi tahun 2022 adalah layak secara automatik untuk menerima PeKa B40 untuk tahun 2023.
4 Manfaat Skim Peka B40 Melalui skim ini, anda boleh menerima pelbagai manfaat seperti berikut:
Saringan Kesihatan PERCUMA Bantuan Alat Perubatan sehingga RM20,000 (tertakluk kepada julat harga bagi setiap kategori) Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser sebanyak RM1,000 Insentif Tambang Pengangkutan sehingga RM1,000 (khusus untuk penerima Manfaat 2 dan/atau 3) Rujuk perincian manfaat seperti di bawah:
Manfaat 1 : Saringan Kesihatan Percuma (Medical Check Up) Penerima perlu menjalani Saringan Kesihatan (Manfaat 1) untuk layak mendapatkan manfaat Bantuan Alat Perubatan (Manfaat 2), Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser (Manfaat 3), dan Insentif Tambang Pengangkutan (Manfaat 4).
Saringan kesihatan boleh dilakukan oleh doktor di mana-mana klinik swasta yang berdaftar dengan PeKa B40.
Saringan kesihatan merangkumi:
pengambilan sejarah kesihatan dan penyakit individu dan keluarga termasuk faktor risiko kesihatan saringan kesihatan mental pemeriksaan fizikal pemeriksaan klinikal payudara untuk penerima wanita, dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki yang berisiko ujian darah dan ujian air kencing Spesimen darah dan air kencing akan diambil dan dihantar ke makmal untuk ujian sel darah, ujian kawalan gula darah, ujian paras kolesterol, ujian fungsi buah pinggang dan ujian air kencing.
Penerima manfaat tidak perlu berpuasa untuk menjalani ujian-ujian tersebut.
Penerima manfaat tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan ujian makmal dalam pakej PeKa B40 ini.
Sekiranya penerima memerlukan rawatan, boleh dirujuk kepada Klinik Kesihatan atau jika penerima sendiri bersetuju untuk dirawat oleh Klinik Swasta, penerima PeKa B40 perlu membayar kos rawatan itu sendiri.
Buat masa ini, skim PeKa B40 belum termasuk sebarang kos rawatan atau ubat.
Manfaat 2: Bantuan Alatan Perubatan (Sehingga RM20,000) Manfaat ini melibatkan bantuan peralatan perubatan yang diperlukan dalam prosedur/ rawatan dan tidak diberikan subsidi kos alat di hospital-hospital KKM.
Had maksimum sebanyak RM20,000 diberikan dalam bentuk alat perubatan.
Manfaat 2 ini merangkumi alat-alat perubatan di dalam kategori berikut:
Stent untuk jantung Alat sendi tiruan Alat bantuan pendengaran Perentak jantung Prostesis dan implan untuk tulang belakang Prostesis dan ortosis tulang anggota Kanta mata intraokular Alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator Bantuan sokongan nutrisi Kerusi roda Saringan Kesihatan (Manfaat 1) perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum penerima PeKa B40 boleh menikmati manfaat ini.
Manfaat ini hanya terpakai apabila penerima PeKa B40 dirawat di hospital KKM sahaja, di mana permohonan perlu dilakukan oleh pakar-pakar perubatan KKM bagi pihak pesakit yang penerima PeKa B40.
Manfaat 3: Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser (Bernilai RM1,000) Manfaat 3 ini adalah bertujuan untuk mendorong pesakit kanser, lebih-lebih lagi mereka yang di peringkat awal rawatan dan tahap permulaan penyakit, untuk melengkapkan pelan rawatan mereka seperti mana yang telah dirancang oleh pakar kanser KKM.
RM1,000 dibayar kepada pesakit kanser yang melengkapkan rawatan di Hospital KKM.
Saringan Kesihatan (Manfaat 1) perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum penerima PeKa B40 boleh menikmati manfaat ini.
Insentif dipecahkan kepada dua (2) kali:
RM300 dibayar setelah penerima memulakan rawatan kanser RM700 dibayar setelah melengkapkan rawatan kanser. Pembayaran insentif adalah secara terus kepada penerima PeKa B40 yang layak melalui akaun bank yang telah pun didaftarkan.
Permohonan dan perakuan kelayakan Manfaat 3 perlu dilakukan oleh doktor atau pakar perubatan KKM bagi pihak pesakit yang penerima PeKa B40.
Baca juga: Permohonan Bantuan Kuarantin NADMA RM100/Hari, Maksimum 14 Hari
Manfaat 4 : Insentif Tambang Pengangkutan (Sehingga RM 1,000) Manfaat ini bertujuan untuk meringankan beban membayar kos pengangkutan apabila penerima mendapatkan rawatan di hospital KKM. Ianya tidak bertujuan untuk merangkumi keseluruhan kos perjalanan.
Penerima Manfaat 2 (Bantuan Alat Perubatan) atau/ dan Manfaat 3 (Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser) sahaja akan mendapat manfaat tambang pengangkutan ini.
Had maksimum bantuan yang boleh diterima:
RM500 untuk Semenanjung Malaysia RM1,000 untuk Sabah/ Sarawak/ Labuan Jumlah insentif tambang yang akan diberikan adalah tertakluk kepada jarak antara hospital dan rumah penerima dan pada kadar yang telah ditetapkan.
Permohonan dan perakuan kelayakan Manfaat 4 perlu dibuat oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan atau pegawai perubatan yang merawat.
Pembayaran insentif adalah secara terus kepada penerima melalui akaun bank yang telah pun didaftarkan.
Baca juga: MySalam B40 & M40: Permohonan, Semakan Status & Proses Tuntutan
Semakan Kelayakan Peka B40 Prosedur Mendapatkan Manfaat PeKa B40
Langkah 1 : Semak kelayakan.
Langkah 2 : Sekiranya layak, lawati Klinik PeKa B40 terdekat yang boleh dikenalpasti dengan pelekat logo PeKa B40. Pastikan anda membawa MyKad untuk pengesahan.
Langkah 3 : Pemeriksaan kesihatan akan dilakukan semasa lawatan pertama di klinik.
Langkah 4 : Lawatan kali kedua untuk mengetahui keputusan makmal daripada doktor dan juga tindakan susulan sama ada rujukan ke Fasiliti KKM atau Program Sihat Cergas KKM.
Tiada pendaftaran diperlukan untuk menyertai skim ini.
Semak kelayakan anda melalui pautan berikut:
https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan
Senarai Klinik PeKa B40 Sila rujuk senarai klinik di bawah skim PeKa B40 melalui senarai di pautan ini https://bms.pekab40.com.my/provider
Maklumat Lanjut Peka B40 dikendalikan oleh ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh ProtectHealth Malaysia, ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari website PeKa B40 di https://protecthealth.com.my/peka-b40/ atau hubungi +603-8687 2525.
Sila hubungi saluran berikut untuk maklumat lanjut tentang skim ini:
TALIAN UTAMA
+603-8687 2525
8:30pagi – 5:30petang (Isnin – Jumaat)
9:00pagi – 4:00petang (Sabtu & Ahad)
EMEL
[email protected]
[email protected] [email protected]
[email protected]
ALAMAT
F01 & F02, Tingkat 1, Blok 2300,
Century Square, Jalan Usahawan,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan​
LAMAN WEB
https://protecthealth.com.my/peka-b40/
MEDIA SOSIAL
ProtectHealth Corporation


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/peka-b40/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=peka-b40

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Program Payung Rahmah Senarai Inisiatif Kos Sara Hidup B40

Program Payung Rahmah Senarai Inisiatif Kos Sara Hidup B40

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 268 hits
Payung Rahmah bantu B40 tangani isu kos sara hidup Kerajaan akan memperkenalkan program Payung Rahmah bagi membantu golongan B40 bersedia mendepani isu kos sara hidup yang dijangka lebih serius tahun ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan...
Semakan Tuntutan Wang Tidak Dituntut Bulan Januari 2023

Semakan Tuntutan Wang Tidak Dituntut Bulan Januari 2023

papar berkaitan - pada 2/1/2023 - jumlah : 276 hits
Semakan Tuntutan Wang Tidak Dituntut Bulan Januari 2023 Makluman untuk rakyat Malaysia kini anda boleh segera dengan mudah membuat tuntutan wang anda yang masih belum dituntut di Jabatan Akauntan Negara Melalui portal rasmi eGUMIS Melalui s...
Pejabat Tanah Dan Galian Selangor Senarai Perkhidmatan Alamat

Pejabat Tanah Dan Galian Selangor Senarai Perkhidmatan Alamat

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 259 hits
Pejabat Tanah dan Galian Selangor komited dalam mentadbir urus tanah negeri Selangor selaras dengan Dasar Dasar Kerajaan melalui perkhidmatan yang cekap dan inovatif kepada pelanggan Ikuti perkongsian kami untuk ketahui maklumat lanjut sert...
Jungkook Bts Iu Muncul Dalam Senarai Rolling Stone 200 Penyanyi Terhebat Sepanjang Zaman

Jungkook Bts Iu Muncul Dalam Senarai Rolling Stone 200 Penyanyi Terhebat Sepanjang Zaman

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 160 hits
Baru baru ini majalah Amerika Rolling Stone telah mengeluarkan senarai 200 penyanyi pop terhebat sepanjang zaman menjangkau beberapa dekad dan pelbagai genre ARTIKEL BERKAITAN Tahniah buat IU dan Jung kook BTS kerana menjadi satu satunya pe...
Senarai Filem Dan Drama Best Di Netflix Malaysia Bulan Januari 2023

Senarai Filem Dan Drama Best Di Netflix Malaysia Bulan Januari 2023

papar berkaitan - pada 4/1/2023 - jumlah : 548 hits
Tahun lepas banyak drama dan filem best yang ditayangkan dekat Netflix dan sekarang ini pun masih banyak yang aku belum tengok tapi dah masuk tahun baru Cepat betul masa berlalu Drama dan filem apalah agaknya yang menarik untuk tahun 2023 d...
Senarai Perjalanan Yang Telahku Tempohi

Senarai Perjalanan Yang Telahku Tempohi

papar berkaitan - pada 2/1/2023 - jumlah : 186 hits
Berikut senarai lokasi perjalanan yang telah ditempuhi sepanjang tahun 2023 02 Januari 2023 Malaysia Thailand Halal Food Festival 2023
Senarai Filem Melayu 2023 Jom Support Filem Tempatan

Senarai Filem Melayu 2023 Jom Support Filem Tempatan

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 277 hits
Sepertinya senarai filem filem melayu tempatan yang bakal ditayangkan sepanjang tahun 2023 ni bukan kaleng kaleng dan bukan biasa biasa nampaknya Jom support filem lokal Tahun 2022 kita dikejutkan dengan filem yang berjaya mengumpul penjual...
Senarai Kolej Matrikulasi Kpm

Senarai Kolej Matrikulasi Kpm

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 300 hits
Senarai kolej Matrikulasi terkini 2023 serta nama alamat laman web dan lokasi GPS setiap kolej Juga disenaraikan kolej Matrikulasi berdasarkan aliran jurusan yang ditawarkan Program Matrikulasi merupakan satu program pendidikan prauniversit...
Klinik Pakar Pergigian Pediatrik Dental Valet Shah Alam

Klinik Pakar Pergigian Pediatrik Dental Valet Shah Alam

papar berkaitan - pada 1/1/2023 - jumlah : 269 hits
KLINIK PAKAR PERGIGIAN PEDIATRIK DENTAL VALET SHAH ALAM Assalammualaikum semua Selamat Tahun Baru 2023 Apakah resolusi tahun baru korang Tahun baru mestilah gigi cantik bersih kan Barulah senyuman kita indah Dulu rawatan gigi memang tiada d...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran