Sumbangan Tunai Rahmah Str Ganti Bantuan Keluarga Malaysia Bkm
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Ganti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
Assalamualaikum, Hi korang. Apa khabar. Dah dengar mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) . Dah tahu apa itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) . Kalau belum jom baca sama sama perkongsian Kakya pada kali ini berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Oh ya sebelum terlupa Kakya nak bagitahu pada korang, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah nama baru yang dijenamakan semula daripada nama sebelum ini iaitu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
Jadi sekarang ini bantuan kerajaan 2023 akan dikenali dengan nama Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Untuk pengetahuan semua, sebelum dikenali dengan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), bantuan tunai dari kerajaan ini turut dikenali dengan nama Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Prihatin Nasioal (BPN) dan juga Bantuan Sara Hidup (BSH) oleh kerajaan sebelum ini.
Apa Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan tunai tahunan daripada kerajaan Malaysia yang diperuntukkan kepada rakyat yang kurang berkemampuan dalam mendepani dan menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2023 Mula Diagihkan
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 untuk golongan B40 telah diawalkan kepada bulan Januari 2023 berbanding perancangan awal pada bulan Mac 2023 bagi meringankan beban sara hidup rakyat
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 kepada 8.7 juta kepada golongan B40 bernilai RM1.67 bilion mula dikreditkan kepada akaun bank penerima yang berdaftar didalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 17 Januari 2023.
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1
Tarikh pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 adalah seperti berikut;
Ada Akaun – Bayaran mulai 17 Januari 2023 secara berperingkat
Tiada Akaun – Penunaian di kaunter Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023
Jumlah Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1
Jumlah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 adalah seperti tertera;
Kategori Isi Rumah - Kahwin- Ibu bapa tunggal mempunyai anak
- RM300
Kategori Warga Emas Tiada Pasangan
- RM100
Kategori Bujang
- RM100
Syarat kelayakan penerima adalah daripada rujukan penerima Bantuan Keluarga Malaysia BKM 2022 yang berdaftar.
Cara Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023
Semakan Status kelayakan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 boleh disemak bermula 17 Januari 2023.
Semakan status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 boleh dibuat secara online di laman web rasmi STR seperti di bawah. Untuk cara semakan status STR sila ikuti langkah langkah ini;
- Sila layari https://bantuantunai.hasil.gov.my.
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan nombor Kad Pengenalan pemohon- Pengesahan kata kunci keselamatan- Masukkan kata laluan
- Klik menu semakan pembayaran fasa 1
- Maklumat yang akan dipaparkan1) Nama pemohon2) Nombor Kad Pengenalan pemohon
3) Status permohonan
4) Maklumat pembayaran fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)
Alhamdulillah sekian dahulu perkongsian Kakya mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Semoga perkongsian ini dapat membantu pencarian pembaca di luar sana dan dapat memberi manfaat buat semua. Terima kasih sudi luangkan masa membaca perkongsian Kakya. Kita jumpa lagi di masa akan datang. InsyaAllah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akifimtiyaz.com/2023/01/sumbangan-tunai-rahmah-str-ganti-bantuan-keluarga-malaysia-bkm.html