Inisiatif Pantri Komuniti Ayambersamamu Tular Di Pahang


Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu Tular di Pahang! |  Sukarelawan Kongsi Kemeriahan Hari Raya dengan Rumah Kebajikan yang Menguruskan Projek Pantri dengan Hidangan Masakan Ayam Brand. Walaupun sambutan Hari Raya tahun ini agak terjejas oleh wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kemurahan hati rakyat Malaysia telah meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik menerusi inisiatif pantri #AyamBersamaMu di 13 buah komuniti


Di Pahang, Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna Kuantan berganding bahu bersama Ayam Brand mengurus pantri komuniti setempat yang mengguna pakai konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’. Pantri kalis cuaca tersebut dibekalkan dengan barangan keperluan harian seperti bekalan produk Ayam Brand. Ia dipasang di luar kawasan halaman untuk membolehkan penjarakan sosial, dan terbuka kepada umum 24 jam

Para petugas dan penduduk setempat berkongsi maklumat mengenai stok atau apa yang diperlukan dalam kumpulan komuniti menerusi media sosial dan aplikasi mesej. Usaha mereka telah menularkan inisiatif ini

Para sukarelawan membalas jasa baik mereka dengan menyediakan hidangan masakan ala rumah terbuka menggunakan produk Ayam Brand™. Antaranya adalah seperti hidangan tradisional Roti Jala dengan kari sardin dan salad buah makaroni


Nur Fakhira Binti Mohd Rosli turut menawarkan diri untuk memasak buat kanak-kanak sebagai sumbangan beliau kepada pantri komuniti tersebut

“Terdapat banyak mesej dalam aplikasi WhatsApp secara berkumpulan oleh penduduk setempat berkenaan pantri makanan tersebut dan barangan yang diperlukan. Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna Kuantan telah banyak membantu penduduk di sini. Menyediakan hidangan ala rumah terbuka buat mereka adalah sumbangan ikhlas saya. Saya ingin berikan yang terbaik buat mereka. Penggunaan santan Ayam Brand menjadikan penyediaan makanan lebih mudah. Kanak-kanak gemar Pulut Kuning dan Rendang Cili Api Ayam” jelas Nur Fakhira

“Saya berbangga dapat menyumbang terhadap inisiatif ini kerana ia menunjukkan semangat #KitaJagaKita yang telah membantu Malaysia mengharungi wabak Covid-19,” tambah beliau.  


Desas-desus mengenai pantri komuniti AyamBersamaMu ini telah memperkenalkan Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna Kuantan kepada lebih ramai penduduk di sekitar daerah. Ini membawa kepada lebih banyak sumbangan buat pantri makanan, serta kanak-kanak di rumah kebajikan tersebut

“Komuniti kami berpakat untuk menerapkan semangat #KitaJagaKita dan menjadikan Hari Raya kali ini sesuatu yang akan dikenang. Orang ramai memaklumkan kepada golongan kurang bernasib baik tentang bantuan barangan keperluan yang ditawarkan di sini. Ramai juga yang menyumbang barang. Sukarelawan seperti Nur Fakhira menyediakan hidangan lazat buat kanak-kanak. Apabila kita memberi dengan ikhlas, amal yang baik akan dibalas baik. Pantri #AyamBersamaMu telah menyatukan komuniti kami dan membina ikatan yang berkekalan. Kami sedia berkongsi dengan organisasi lain bagaimana untuk memulakan dan menguruskan pantri komuniti,” jelas pentadbir Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna Kuantan, Puan Zuraida Binti Ismail


Sehingga kini lebih 5,000 produk Ayam Brand telah diambil dari pantri makanan di seluruh negara dan ribuan barangan lain telah disumbangkan oleh individu, syarikat dan NGO bagi membantu mereka yang dalam kesusahan

“Orang ramai memberi reaksi berlainan terhadap pantri ini. Ada yang hanya mengambil barang pada lewat malam kerana berasa segan atau malu. Ada yang bertanya dahulu sebelum mengambil, dan ada pula yang ingin berborak dan berkongsi kesukaran yang mereka hadapi. Ada juga penderma rahsia yang meninggalkan barangan di dalam pantri, sementara yang lain berkongsi tujuan mereka memberi. Kita ada kanak-kanak yang memberi gula-gula untuk kanak-kanak lain. Para peniaga menghantar telur, beras dan minyak masak. Ibu bapa menghantar lampin, susu bayi dan mainan, malah baju raya yang baru. Kami hargai semuanya,” tambah beliau

Projek pantri komuniti AyamBersamaMu kini mampu berdiri dengan sendiri setelah banyak permintaan untuk memulakan program yang sama diterima di lokasi lain, menurut Nathan Deverre, Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia

“Respons terhadap pantri komuniti ini amat menggalakkan. Petugas Ayam Brand amat berbangga dengan inisiatif ini dan telah menguar-uarkannya agar lebih ramai dapat menerima bantuan dan lebih ramai menyumbang. Konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’ ternyata diterima dalam kalangan masyarakat tempatan. Jenama Mission telah menyertai kami dalam inisiatif ini. Kami berharap jenama lain akan turut serta momentum baik ini dapat dikekalkan,” ujar Daverre

Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 22,500 orang dari 538 buah organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu



Jadi sebahagian daripada gerakan untuk menerima dan menderma barang-barang keperluan pada musim Raya ini. Berikut adalah senarai lengkap lokasi-lokasi Pantri Komuniti Ayam Brand :  
📌 KUALA LUMPUR: Anjung Singgah Lot 28-32 Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur  📌 PAHANG: Rumah Anak Yatim Dan Fakir Miskin Baitul Husna, Lot 132 Kampung Pelindung, 26100 Beserah, Kuantan  📌 TERENGGANU: Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Hijrah Lot 4972, Taman Alam Perdana Binjai, 24000 Kemaman  📌 KELANTAN: Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan Lot 723 Seksyen 49, Mukim Langgar, 15000 Kota Bharu 📌 PERAK: Pertubuhan Baitul Aini Ipoh PT 232242, Jalan Kuala Pari Hilir, Kg. Kuala Pari Hilir, 30100 Ipoh 📌 PENANG: The Children's Protection Society No. 118-A, Jalan Scotland, 10450 Penang 📌 KEDAH: Pusat Jagaan Insan Kesayanganku No.852 Taman Mahsuri Jitra, 06000 Jasmina 📌 PERLIS: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis No. 45, Lorong Haroom Bunga, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar 📌 NEGERI SEMBILAN: Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Istimewa Harapan Negeri Sembilan No. 43, Jalan TTJS 3/4, Taman Tuanku Jaafar, 71450 Sungai Siput, Seremban  📌 JOHOR: Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Shafar, No 15, Jalan Limau, Kampung Pasir, Tampoi, 81200 Johor Bahru 📌 SELANGOR: Pusat Jagaan Rumah Kasih Nurul Hasanah No 1, Jalan Pimping Kanan, Ukay Height, 68000 Selangor 📌 SARAWAK: Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Murni, No 22, Lot 1365, Lorong Field Force 8e, Taman Green Field, 93250 Kuching 📌 SABAH: Rumah Anak Kesayangan, No. 22, Lot 151, Jalan Mat Salleh, Taman Sempelang Sembulan, 88100 Kota Kinabalu
Untuk maklumat lebih lanjut mengenail inisiatif pantri komuniti #AyamWithYou, layari: https://www.ayambrand.com.my





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.leaazleeya.com/2020/06/inisiatif-pantri-komuniti-ayambersamamu-tular-di-pahang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pahang Benarkan Semua Jenis Perniagaan Beroperasi

Pahang Benarkan Semua Jenis Perniagaan Beroperasi

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 254 hits
Asrol AwangSEMUA jenis perniagaan di Pahang dibenarkan beroperasi sehingga 12 tengah malam berkuat kuasa serta merta Bagaimanapun Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata peniaga tertakluk kepada prosedur operasi standard pence...
Pitis Kesulatan Pahang Sultan Mahmud Shah 1515 1530

Pitis Kesulatan Pahang Sultan Mahmud Shah 1515 1530

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 408 hits
Pitis Kesulatan Pahang Sultan Mahmud Shah Ibni Al Marhum Sultan Ahmad Al Mu azzam Shah adalah Sultan Pahang moden kedua yang memerintah Negeri Pahang dari tahun 1515 sehingga 1530 Gambar Pitis kredit Awang Sharul Temerloh Pahang
Adun Ketari Ajak Warga Bentong Pahang Desak Kerajaan Hapuskan Tol

Adun Ketari Ajak Warga Bentong Pahang Desak Kerajaan Hapuskan Tol

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 835 hits
Young Syefura Othman ADUN Dewan Undangan Negeri Ketari Young Syefura Othman mengajak rakyat Bentong dan warga Pahang termasuk penyokong Perikatan Nasional bersamanya untuk mendesak kerajaan menghapuskan tol Anggota DAP itu berkata sebagai w...
Chini Memilih Pembuat Keris Pahang Ambil Kesempatan Peluang Perniagaan Dalam Talian

Chini Memilih Pembuat Keris Pahang Ambil Kesempatan Peluang Perniagaan Dalam Talian

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 471 hits
Astro Awani Pembuat keris Pahang Wan Islahuddin Ali 41 mengharapkan agar pengusaha sepertinya diberi bantuan dalam mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan Gambar Astro Awani PEKAN Ketika bahang politik kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Unda...
Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang

Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 539 hits
Bg murid tingkatan 1 sehingga 6 yg belajar di sekolah bantuan kerajaan Negeri Pahang anda kini blh memohon Biasiswa Sekolah Menengah melalui Yayasan Pahang BSM telah diperkenalkan sejak thn 1983 oleh Kerajaan Negeri Pahang yg diberikan kepa...
Kuatkan Antibodi Badan Dengan Vitamin C Pahang Pharma

Kuatkan Antibodi Badan Dengan Vitamin C Pahang Pharma

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 508 hits
Hai pembaca kesayangan Nak tau tak rahsia kuatkan antibodi badan supaya kita tak kena batuk demam atau selsema selama bertahun tahun lamanya Cara paling mudah jimat dan selamat ialah dengan mengambil Vitamin C setiap hari Vitamin C keluaran...
Wan Islahuddin Legasi Tukang Besi Pesisir Sungai Pahang

Wan Islahuddin Legasi Tukang Besi Pesisir Sungai Pahang

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 240 hits
PEKAN 28 Jun Pernah terkena percikan api di mata ketika proses menempa besi pada awal penglibatannya sebagai tukang besi Wan Islahuddin Ali tidak patah semangat dan kini sudah lali demi minatnya terhadap nilai estetika pembuatan senjata tra...
Psap Sokong Anak Muda Tapi Kecewa Calon Bn Bukan Anak Jati Pahang

Psap Sokong Anak Muda Tapi Kecewa Calon Bn Bukan Anak Jati Pahang

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 325 hits
PEKAN Pertubuhan Suara Anak Pahang menyifatkan calon BN Mohd Sharim Md Zain merupakan pengiktirafan kepada anak muda Presidennya Haslihelmy DM Zulhasli berkata pimpinan UMNO dan BN begitu bermakna dan dianggap sebagai pembaharuan dalam poli...
Mb Pahang Benar Kanak Kanak Warga Emas Makan Di Premis Perniagaan

Mb Pahang Benar Kanak Kanak Warga Emas Makan Di Premis Perniagaan

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 466 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang membenarkan kanak kanak dan warga emas untuk masuk dan makan di premis perniagaan serta kawasan rehat dan rawat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan berkuat kuasa serta merta Menteri Besar Da...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi