Wan Islahuddin Legasi Tukang Besi Pesisir Sungai Pahang


PEKAN, 28 Jun  — Pernah terkena percikan api di mata ketika proses menempa besi pada awal penglibatannya sebagai tukang besi, Wan Islahuddin Ali, tidak patah semangat dan kini sudah lali demi minatnya terhadap nilai estetika pembuatan senjata tradisional Melayu terutamanya keris.
Lebih dikenali dengan nama Pak Teh dalam kalangan penduduk setempat dan berasal dari Kampung Salong, Chini dekat sini, sebuah perkampungan tradisi di pesisir Sungai Pahang, bukanlah individu asing dalam kalangan tukang besi di Pahang terutama di Daerah Pekan.
Sebelum mengambil keputusan terbabit dalam seni pertukangan itu, Wan Islahuddin pernah bekerja sebagai jurukimpal hampir 10 tahun di sebuah syarikat minyak dan gas (O&G).
Seni pertukangan senjata diminatinya sejak kecil lagi, namun bapa kepada tiga anak ini mula serius menceburkan diri dalam bidang itu tujuh tahun lalu setelah bertekad pulang dari ibu kota pada 2013 untuk berbakti menjaga ibunya di kampung halaman.
Pada mulanya dengan masa terluang beliau menghidupkan kembali minatnya dengan berguru daripada seorang pakar pembuat seni senjata tradisional di Kuantan, dan tidak menyangka seni berkenaan boleh bertukar kepada perniagaan komersial.
“Mempelajarinya perlu seiring dengan minat mendalam dan menuntut kesabaran yang cukup tinggi, barulah hasil kerja kita akan kemas dan sempurna,” katanya kepada Bernama.
Hasil kerja beliau mendapat permintaan ramai serta mempunyai keunikan tersendiri memandangkan beliau antara pembuat senjata Melayu yang masih menggunakan kaedah tradisional dalam menghasilkan senjata yang melambangkan kekuatan orang Melayu zaman dahulu kala.
Harga sebilah keris tanpa sarung dijual antara RM350 hingga RM2,000, bergantung pada jenis, besi, saiz serta ukiran seninya.
Wan Islahuddin, 41, berkata proses membuat keris melibatkan proses menempa, membentuk, mengikir, menyepuh dan mengukir pada keris, dan untuk membuat sebilah keris yang berkualiti, prosesnya memakan masa bergantung kepada saiz, keluk dan pamor.
“Minimum anggaran masa dalam dua minggu menyiapkan satu bilah keris yang mudah, tapi ada jenis keris,  orang Pahang kata ‘cendeng’ (sukar dan bermasalah) kadang-kadang boleh sampai tujuh bulan nak siapkan sebilah keris sahaja.
“Senjata lain seperti pisau dan parang lebih mudah untuk dihasilkan kerana ia adalah bagi kegunaan harian, yang lazimnya memadai dengan reka bentuk asas,” katanya, yang sedikit kabur sebelah penglihatan gara-gara percikan api di matanya sekitar tahun 2015.
Wan Islahuddin berkata keris yang sering dihasilkannya adalah jenis keris Melayu terdiri daripada Keris Lurah, Sepukal Lurut, Tulang Bulat dan Sepukal Tulang, yang mempunyai perbezaan dari segi saiz, keluk dan pamor.
Selain pembuatan keris, beliau juga membuat bilah lelawi ayam, badik, pedang, kerambit serta tumbuk lada dan beliau turut menerima tempahan dalam talian menerusi Instagram dan Facebook.
Beliau mahu mewariskan seni pembuatan keris kepada generasi seterusnya agar pembuatan keris yang dipercayai telah wujud lebih 700 tahun lalu tidak ditelan zaman.
Di samping itu, beliau yang masih menggunakan cara tradisional menempa besi turut memohon pihak tertentu membantunya mendapatkan mesin menempa yang dianggarkan berharga RM70,000, sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan setempat.
“Memang boleh jadi sumber pendapatan, contoh dengan penambahan mesin boleh digajikan dua tiga orang membantu. Kemungkinan mereka ini boleh jadi pelapis tukang keris sebab setakat ini tukang mahir cuma ada tiga empat orang sahaja di Pahang,” katanya.
Sumber: BERNAMA
The post Wan Islahuddin Legasi Tukang Besi Pesisir Sungai Pahang appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/28/wan-islahuddin-legasi-tukang-besi-pesisir-sungai-pahang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Di Restaurant Mek Siam Sungai Besi

Makan Di Restaurant Mek Siam Sungai Besi

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 872 hits
Bagi aku disinilah tempat untuk makan bertemakan thailand tomyam paling sedap pernah aku rasa setakat ini Rasa dan aromanya sangat siam Secukup rasa dan teramat menyelerakan hingga ke hirupan terakhir Kebanyakan menu yang dijual adalah seca...
Lebih 89 Peneroka Felda Di Pahang Terima Surat Hakmilik Tanah Kata Wan Rosdy

Lebih 89 Peneroka Felda Di Pahang Terima Surat Hakmilik Tanah Kata Wan Rosdy

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 408 hits
Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail berkata kerajaan negeri mengorbankan tanah bernilai lebih RM40 bilion melalui pemberian surat hakmilik kepada peneroka Felda di negeri itu PEKAN Kira kira 38 600 atau 89 6 daripada 43 126 peneroka d...
Lapan Budak Dilaporkan Mati Lemas Selepas Terjun Ke Sungai Untuk Selamatkan Rakan

Lapan Budak Dilaporkan Mati Lemas Selepas Terjun Ke Sungai Untuk Selamatkan Rakan

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 280 hits
Arus kuat yang berlaku di Sungai Fu China telah menyaksikan seorang kanak kanak menghadapi masalah sebelum sekumpulan kanak kanak lain cuba menyelamatkannya Sebelum kejadian mereka telah bermain di tepi tebing sungai dekat Chongqing di prov...
Tawau Wanita Maut Dibaham Buaya Ketika Mandi Sungai

Tawau Wanita Maut Dibaham Buaya Ketika Mandi Sungai

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 375 hits
Seorang wanita yang berusia sekitar 50 an maut dibaham buaya di Sungai Tuda Kalabakan Tawau pada Khamis Sebelum kejadian kira kira jam 10 50 pagi mangsa Nurhayati Talib dikatakan sedang mandi sungai sebelum diserang reptilia ganas tersebut ...
Adun Pkr Sungai Acheh Akan Melompat Ke Kem Pembangkang

Adun Pkr Sungai Acheh Akan Melompat Ke Kem Pembangkang

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 457 hits
Spekulasi mengenai Adun Sungai AchehTimbul spekulasi yang Adun Sungai Acheh daripada PKR Zulkifli Ibrahim akan melompat ke kem pembangkang dengan mengisytiharkan dirinya mesra Perikatan Nasional Baru baru ini Zulkifli dilantik sebagai ahli ...
Lagi Pergolakan Dalaman Pkr Adun Sungai Acheh Sahkan Berjumpa Afif

Lagi Pergolakan Dalaman Pkr Adun Sungai Acheh Sahkan Berjumpa Afif

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 374 hits
Adun Sungai Acheh Zulkifli Ibrahim mengesahkan beliau menghadiri mesyuarat bersama anggota PKR yang digantung keanggotaannya ketika ini Dr Afif Bahardin semalam Ketika dihubungi Zulkifli memberitahu mesyuarat tersebut turut melibatkan beber...
Air Jernih Bak Kristal Keindahan Sungai Rambai Di Melaka Ini Pasti Buat Korang Terpegun

Air Jernih Bak Kristal Keindahan Sungai Rambai Di Melaka Ini Pasti Buat Korang Terpegun

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 1731 hits
small Cover image via Twitter faisalhussamuddin span span small Melaka sememangnya menjadi salah satu destinasi pelancongan yang sering dikunjungi oleh rakyat Malaysia dan juga warga asing Mana tidaknya negeri ini cukup dikenali dengan kesa...
Tasekgelugor Beberapa Agensi Berkaitan Diarah Siasat Punca Pencemaran Sungai

Tasekgelugor Beberapa Agensi Berkaitan Diarah Siasat Punca Pencemaran Sungai

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 382 hits
Beberapa agensi yang berkaitan telah diarah mengenal pasti punca sebenar masalah pencemaran sungai di Tasek Gelugor Seberang Perai Utara yang dikaitkan dengan pembuangan sisa kumbahan khinzir oleh pengusaha ladang ternakan di kawasan itu Pe...
Coba Selamatkan Anak Johan Malah Hanyut Di Sungai Dan Meninggal Dunia

Coba Selamatkan Anak Johan Malah Hanyut Di Sungai Dan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 423 hits
Niat Johan Kanda Arifin menolong anaknya yang tercebur ke sungai berujung maut Pria yang tidak bisa berenang ini justru hanyut dan meninggal dunia
Mykad Madani Memudahkan Bantuan Kerajaan Menyejahterakan Rakyat Malaysia

Hati Hati Dengan Scam Pengeluaran Kwsp Akaun 1 Tak Pasti Jangan Kongsi Biarbe

Environmental Group Criticises S Gor For Skipping Zero Waste Day

No Lessons Learnt Hindu Temple Row Leaves Only A Bitter Aftertaste

Persiapan Aidilfitri Sebuah Keluarga Peneroka Di Felda Jengka 7 Musnah Kediaman Hangus Terbakar

Suspek Larikan Kereta Bersama Budak Dicekup Selepas Ditemui Sedang Tidur

Four Injured After Floor Collapses During Aidilfitri Celebration In Sarawak

Siti Kasim To Madani Gov T Patriotism Will Get Us Nowhere If Our Education Is In Shambles


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Building An Online Marketing Plan

Update Kebakaran Saluran Gas Di Putra Heights

Jemaah Penanggal Kampung Lenggong

Luna Maya Dilamar Maxime Bouttier Di Tokyo Ini Perjalanan Cinta Mereka

Masak Makan Di Pagi Raya Pertama

What S So Hard About Building Trains