Inilah Vitamin Dan Makanan Terbaik Untuk Menambah Sel Darah Putih


Inilah Vitamin Dan Makanan Terbaik Untuk Menambah Sel Darah Putih


Sel da*rah putih atau juga dikenali sebagai leukosit berfungsi sebagai penjaga sistem ketahanan tubuh badan manusia sehingga penyakit tidak mudah untuk menyerang.


Leukosit adalah sel da*rah putih yang berjumlah diantara 6000-9000 per mm3 dan boleh berubah bentuk walaupun tidak memiliki warna. Sel da*rah putih juga dapat bertahan hidup diantara 12-13 hari sahaja. Sel ini dibuat daripada tulang merah, tulang rata, nodus limfa dan limpa.


BAHAYA KURANG SEL DA*RAH PUTIH


1. Sistem ketahanan tubuh badan menjadi lemah


Disebabkan oleh fungsinya bagi menjaga sistem ketahanan tubuh badan kita dari sebarang penyakit. Kekurangan jumlah da*rah putih secara tak langsung turut membuatkan sistem ketahanan tubuh badan seseorang itu juga akan menurun.


2. Kan*ser da*rah


Kan*ser da*rah turut dapat berlaku akibat dari kurang sel da*rah putih. Keadaan ini juga dikenali sebagai Leukopeni dimana suatu keadaan pesakit yang mengalami kekurangan sel da*rah putih. Selain menjaga sistem ketahanan tubuh badan kita, sel da*rah putih juga berfungsi untuk menyembuhkan kita dari segala penyakit.


3. Tifus


Bakteria dan virus dengan mudah dapat memasuki tubuh badan kita apabila kita tidak menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Salah satu jenis penyakit adalah seperti tifus, salah satu penyakit jangkitan dari bakteria salmonella.


4. Campak


Penyakit dengan ciri-ciri muntah, demam dan munculnya bintik-bintik merah di seluruh tubuh badan dapat menjadi lebih bahaya sekiranya seseorang itu juga mengalami masalah kekurangan sel da*rah putih. Dengan melakukan ujian da*rah dan pemeriksaan, anda biasanya dapat mengetahui keadaan penyakit campak yang dialami anda.


5. Selsema


Selsema merupakan sejenis sakit yang ringan. Ini kerana, rawatan penyembuhannya yang biasa. Pesakit biasanya hanya perlu cukup tidur dan meminum ubat. Akan tetapi, dengan adanya masalah seperti kekurangan sel darah putih, pesakit perlu mendapatkan rawatan intensif di hospital.


6. Jangkitan


Seperti yang dijelaskan di atas, kekurangan sel da*rah putih bukan hanya membuatkan kita lebih mudah diserang penyakit, akan tetapi proses penyembuhan sebarang penyakit juga akan menjadi lebih lambat.


Penting untuk kita tahu, semakin lambat proses penyembuhan sesuatu penyaktit, penyakit akan bertambah lebih teruk disebabkan oleh bakteria dan kuman yang semakin berkembang.


TIPS MENINGKATKAN SEL DARAH PUTIH


1. Diet sihat dan mentah


Pemakanan makanan mentah dapat membantu di dalam penghasilan sel da*rah putih. Antara contoh makanan mentah yang dimaksudkan adalah seperti kubis, tomato, epal, anggur dan pelbagai lagi buah-buahan dan sayur-sayuran sihat untuk diamalkan. Fokus utama bagi diet ini adalah bagi menurunkan berat badan, oleh itu pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran lebih dari makanan lainnya.


2. Minyak kelapa


Minyak kelapa adalah suatu bahan yang selamat dan sangat efektif dimanfaatkan supaya penghasilan sel-sel da*rah putih naik dengan hanya pengambilan satu sudu setiap hari. Minyak kelapa mengandungi mineral dan vitamin yang banyak sehingga tak hanya dalam mengembalikan jumlah leukosit, tapi ia juga dapat menjaga kesihatan tubuh, kulit serta rambut.


10 MAKANAN TAMBAH DA*RAH PUTIH


Dengan memastikan pengambilan berterusan 10 makanan atau vitamin dan mineral di bawah ini dalam jumlah yang cukup, seharusnya jumlah leukosit boleh kembali normal seperti biasa. Berikut ini kami telah merangkumnya untuk anda.


1. Vitamin E


Meskipun vitamin ini nampaknya tidak sebesar vitamin C, tapi vitamin E merupakan salah satu dari antioksidan paling penting dan juga pendukung sistem kekebalan tubuh. Vitamin E secara semulajadi menghasilkan apa yang disebut dengan “sel pembu*nuh”. Iaitu sel yang dapat menemui serta membasmi kuman dan sel kanser. Vitamin E juga dapat meningkatkan pengeluaran sel B, yang merupakan sebahagian dari imun tubuh yang membentuk antibodi untuk membu*nuh bakteria. Tidak begitu sukar untuk mendapatkan 60 mg vitamin E dari makanan sehari-hari. Biji-bijian mampu memberi lebih dari yang anda perlukan, tetapi kebanyakan orang sangat sukar untuk konsisten memenuhinya setiap hari. Pengambilan suplemen Vitamin E adalah pilihan tepat bagi sebahagian besar orang.


2. Zink


Mineral yang sering tidak dianggap penting ini sebenarnya memainkan peranan penting dalam penghasilan sel darah putih. Zink meningkatkan jumlah sel pembu*nuh dan membuat darah putih melepaskan lebih banyak antibodi.


Sebuah kajian menunjukkan bahawa, suplemen Zink tambahan dapat memperlambatkan pertumbuhan kan*ser dan juga melepaskan sejumlah sel T sebagai pemusnah jangkitan. Namun, perlu diketahui pengambilan Zink secara berlebihan mampu mengganggu kekebalan tubuh. Tubuh hanya memerlukan 15-25 mg zinc setiap hari.


3. Selenium


Selenium juga dapat membantu pengeluaran sel da*rah putih anda. Satu kajian oleh University of Maryland Medical Center, bahawa selenium sebenarnya dapat membantu melawan jangkitan. Kajian lain menunjukkan mereka yang mengambil suplemen zink mahupun selenium, memiliki respon imun tubuh yang lebih baik.


4. Teh Hijau


Teh hijau tidak diragui lagi adalah sumber antioksidan tinggi. Teh hijau menyokong sistem kekebalan tubuh dan membantu tubuh melawan jangkitan.


Sebuah kajian menunjukkan bahawa teh hijau membunuh beberapa jenis virus, yang pada akhirnya anda tidak akan kehilangan banyak sel da*rah putih untuk melawan virus itu sendiri. Minum teh hijau dapat membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh yang menyebabkan tubuh mencipta lebih banyak sel da*rah putih.


5. Vitamin C


Vitamin C merupakan vitamin teratas yang akan memperbaiki sistem imun tubuh dengan pantas. Vitamin C boleh ditemui secara semulajadi dalam hampir semua buah-buahan dan dalam bentuk suplemen. Vitamin C meningkatkan kekebalan tubuh dengan meningkatkan pengeluaran sel da*rah putih dan antibodi tubuh dalam melawan bakteria dan virus. Ini juga meningkatkan paras interferon, antibodi yang melapisi permukaan sel dan menghalang virus memasukinya.


6. Makan Lebih Banyak Yogurt


Orang yang mengambil probiotik tampak memiliki sistem kekebalan tubuh yang lebih kuat daripada mereka yang tidak. Boleh dikatakan probiotik juga memiliki kesan baik untuk kekebalan tubuh. Sumber probiotik yang paling umum terdapat dalam yogurt.


7. Omega 3


Omega 3 terbukti dapat memperbaiki sistem kekebalan tubuh dengan meningkatkan fagosit. Fagosit adalah sejenis sel darah pu*tih yang benar-benar dapat menentang bakteria. Zat esensial juga melindungi tubuh dari kerosakan yang terjadi akibat reaksi berlebihan terhadap jangkitan. Ikan berlemak seperti salmon dan makarel merupakan sumber omega 3 paling baik.


8. Bawang Putih


Ada banyak alasan kenapa bawang putih sering digunakan sebagai rawatan semulajadi. Salah satunya ialah kerana ia dapat membantu sistem imun tubuh yang lebih kuat. Bawang putih meningkatkan kemampuan leukosit melawan jangkitan dan menstimulasi sel imun lainnya.


Sulfida dan alicin adalah zat sulfur pada bawang putih yang dapat meningkatkan sistem imun. Bagaimanapun, dalam mana-mana juga kaedah perawatan, apa-apa saja yang diambil dengan tujuan untuk menjadi ubat, ia tidak boleh diambil secara berlebihan.


Anda juga tidak digalakkan mengambil bawang putih secara berlebihan jika ada tekanan darah rendah. Sebab, bawang putih itu sendiri bermanfaat untuk menurunkan tekanan darah dan kolesterol. Ambillah secara sederhana dan mengikut saranan jumlah pengambilan harian.


Jumlah pengambilan untuk satu hari adalah sebanyak 1 labu bawang putih. Sebaiknya dapatkan dahulu nasihat daripada doktor sekiranya mahu mengambil bawang putih untuk tujuan rawatan.


9. Vitamin A


Meningkatkan pengambilan vitamin A akan menambah jumlah limfosit da*rah putih yang dapat membunuh virus dan bakteria yang masuk dan juga sel kan*ser. Tubuh memang menghasilkan sejumlah vitamin A, tapi menambahnya dengan pengambilan suplemen vitamin A tambahan terbukti dapat meningkatkan kemampuan sistem imun tubuh.


10. Karotenoid


Seperti jenis vitamin dan mineral lainnya, Beta-karoten dapat meningkatkan jumlah sel antibodi secara semulajadi. Ia sangat baik jika dikombinasikan dengan antioksidan kuat yang membersihkan radikal bebas yang memicu kerosakan sel dan penuaan. Sumber betakaroten terdapat pada makanan seperti labu, ubi manis, bayam serta buah bit.


Semoga memberi manfaat.


Sumber : https://semuanyajdt.com/menambah-sel-darah-putih/




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2021/09/inilah-vitamin-dan-makanan-terbaik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Bayi Sihat Semasa Dilahirkan Ibu Harus Amalkan 7 Makanan Terbaik Ini

Nak Bayi Sihat Semasa Dilahirkan Ibu Harus Amalkan 7 Makanan Terbaik Ini

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 242 hits
Tempoh kehamilan merupakan saat yang amat penting bagi setiap ibu yang sedang mengandung Atas sebab itu ibu harus mengamalkan makanan awal kehamilan yang sihat supaya perkembangan ibu dan bayi berada dalam keadaan yang terbaik Makanan awal ...
6 Makanan Terbaik Untuk Mata Yang Sihat

6 Makanan Terbaik Untuk Mata Yang Sihat

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 162 hits
Assalamualaikum dan Salam Ceria Buat mereka yang mempunyai passion yang tinggi terhadap makanan tetapi dalam masa yang sama mementingkan kesihatan terutama kesihatan mata dan penglihatan Pada hari ini saya kongsikan 6 jenis makanan berkhasi...
Biarpun Hamil Enam Bulan Ernie Zakri Tekad Beri Persembahahan Terbaik

Biarpun Hamil Enam Bulan Ernie Zakri Tekad Beri Persembahahan Terbaik

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 270 hits
Penyanyi Ernie Zakri yang kini hamil enam bulan mengharapkan agar persembahannya berjalan lancar pada Konsert Patriotik Tanah Airku di Istana Budaya malam ini ARTIKEL BERKAITAN Macam Terlupa Tengah Hamil Terus Aktif Ernie Zakr
Prnmelaka Mantan Adun N01 Kuala Linggi Contoh Terbaik Berjuang Hanya Demi Umno

Prnmelaka Mantan Adun N01 Kuala Linggi Contoh Terbaik Berjuang Hanya Demi Umno

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 230 hits
Oleh Wahida Matlmat sebuat perjuangan hanyalah untuk menang Siapa sahaja yang diberi amanah untuk memimpin digalas dengan penuh rasa tanggungjawab Tauladan terbaik serta sikap terpuji yang ditunjukkan mantan ADUN N01 Kuala Linggi Datuk AR I...
10 Jenis Kurma Arab Terbaik Paling Dicari

10 Jenis Kurma Arab Terbaik Paling Dicari

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 544 hits
Terdapat kira kira 3 000 jenis buah kurma di dunia tetapi Kurma Saudi dikenali sebagai kurma terbaik ia adalah antara buah yang terbaik untuk dimakan Terdapat pelbagai jenis kurma yang terdapat di pasaran Saudi seperti kurma Ajwa safawi khu...
10 Kedai Kopi Viral Terbaik Yang Patut Anda Cuba Di Temerloh

10 Kedai Kopi Viral Terbaik Yang Patut Anda Cuba Di Temerloh

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 640 hits
Nampaknya sekarang sudah sampai trend minuman Kopi pula Setiap kedai pastinya menawarkan kopi yang menarik dan paling sedap Tidak terlepas juga di daerah Temerloh Secara jujurnya aku tidak lah minat dan obses kepada minuman kopi ni Jadi kal...
Alami Gajet Terbaik Di Samsung S New Lifestyle Roadshow

Alami Gajet Terbaik Di Samsung S New Lifestyle Roadshow

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 300 hits
Samsung Malaysia Electronics baru baru ini mengumumkan Samsung s New Lifestyle Roadshow untuk rakyat Malaysia merasai pelbagai produk gaya hidup Samsung Jelajah Gaya Hidup Baharu bermula di IOI City Mall Putrajaya dari 3 hingga 7 November d...
Eternals Catat Kutipan Minggu Pembukaan Kedua Terbaik Di Era Pandemik

Eternals Catat Kutipan Minggu Pembukaan Kedua Terbaik Di Era Pandemik

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 239 hits
Walaupun diselubungi ulasan negatif dari pengkritik filem epik adiwira terbaru Marvel Studios Eternals masih berjaya mencipta rekod minggu pembukaan kedua terbaik di seluruh dunia dalam era pandemik dengan kutipan 161 7 juta dolar lapor Dea...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023