Nak Bayi Sihat Semasa Dilahirkan Ibu Harus Amalkan 7 Makanan Terbaik Ini


Tempoh kehamilan merupakan saat yang amat penting bagi setiap ibu yang sedang mengandung. Atas sebab itu ibu harus mengamalkan makanan awal kehamilan yang sihat supaya perkembangan ibu dan bayi berada dalam keadaan yang terbaik.

Makanan awal kehamilan ini bukan menyalurkan nutrisi kepada bayi dalam kandungan sahaja, tetapi turut memberikan tenaga dan nutrien kepada ibu.
Jadi apakah makanan awal kehamilan yang perlu diambil dalam diet pemakanan seharian? Ikuti artikel ini.

Makanan awal kehamilan yang bagus untuk ibu
Produk tenusu
Ketika hamil, ibu perlu mengambil lebih protein dan kalsium untuk memenuhi keperluan tumbesaran fetus.
Produk tenusu merupakan sumber makanan terbaik semasa kehamilan yang mengandungi kalsium dan membekalkan khasiat yang tinggi iaitu fosforus, pelbagai jenis vitamin B, magnesium dan zink.
Yogurt antara produk tenusu yang memberikan banyak manfaat dan mengandungi lebih banyak kalsium berbanding produk tenusu yang lain. Sesetengah yogurt turut mengandungi beberapa jenis bakteria probiotik, yang menyokong kesihatan sistem pencernaan.
Makan telur
Telur merupakan sumber terbaik bagi protein, ia adalah bahagian penting dalam diet pemakanan ketika hamil. Asid amino yang menghasilkan protein merupakan blok bangunan sel dalam badan anda dan bayi.
Telur turut mengandungi banyak vitamin dan mineral, termasuklah kolin (choline) yang berfungsi membantu perkembangan otak dan saraf tulang belakang bayi.
Bahkan, ia juga dapat mencegah kecacatan tiub neural yang menyebabkan keabnormalan pada otak dan tulang belakang bayi.

Ubi keledek
Kaya dengan beta-kerotin iaitu sebatian yang akan bertukar kepada vitamin A di dalam badan. Vitamin A penting untuk pertumbuhan bagi kebanyakan sel dan tisu sihat.
Ubi keledek juga mengandungi serat – yang membuatkan perut lebih kenyang, mengurangkan kenaikan gula dalam darah dan mempertingkatkan kesihatan sistem pencernaan.
Oat
Makanan yang kaya dengan serat, vitamin B, zat besi dan pelbagai mineral. Bersama dengan karbohidrat kompleks lain, serat yang terkandung di dalam oat dapat membantu mencegah masalah sembelit.
Brokoli dan sayuran berdaun hijau
Selain mengandungi nutrien penting untuk kesihatan ketika hamil, brokoli dan sayuran berdaun hijau, seperti bayam turut kaya dengan serat, pelbagai jenis vitamin, zat besi, kalium dan antioksidan yang membantu mencegah penyakit.
Sayuran hijau ini dapat membantu badan anda menyerap zat besi daripada makanan yang dimakan. Serat yang tinggi dapat mencegah sembelit yang merupakan masalah utama wanita hamil.
Salmon
Asid lemak omega-3 adalah penting untuk perkembangan sihat bagi tumbesaran otak dan mata janin serta dapat membantu meningkatkan mood ibu sewaktu mengandung.
Salmon adalah pilihan makanan rendah merkuri yang digalakkan pengambilannya setiap minggu dalam jumlah 8 ke 12 auns.

Daging merah
Daging lembu dan ayam adalah sumber terbaik untuk kandungan protein berkualiti tinggi. Daging lembu kaya dengan zat besi, kolin dan vitamin B iaitu nutrisi yang diperlukan dalam jumlah yang tinggi ketika tempoh kehamilan.
Zat besi adalah mineral penting yang digunakan oleh sel darah merah sebagai hemoglobin. Di mana ia penting untuk pengedaran oksigen kepada sel di seluruh badan.
_
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Nak Bayi Sihat Semasa Dilahirkan, Ibu Harus Amalkan 7 Makanan Terbaik Ini appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/nak-bayi-sihat-semasa-dilahirkan-ibu-harus-amalkan-7-makanan-terbaik-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Tolak Sayur Ayam Cuma Nak Nasi Dengan Kicap Dari Kecil Kena Kenalkan Makanan Sihat Baru Anak Tak Memilih Makan

Anak Tolak Sayur Ayam Cuma Nak Nasi Dengan Kicap Dari Kecil Kena Kenalkan Makanan Sihat Baru Anak Tak Memilih Makan

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 532 hits
Ibu saya nak makan nasi dengan kicap je taknak sayur dan ayam Ada pengalaman tak anak anak anda memilih makanan atau pernah terjumpa anak yang memilih makan Berikut adalah tips untuk kita mulakan daripada awal supaya anak kita lebih mudah u...
Nak Anak Kembar Ni Makanan Untuk Dapat Anak Kembar Yang Boleh Cuba Amalkan

Nak Anak Kembar Ni Makanan Untuk Dapat Anak Kembar Yang Boleh Cuba Amalkan

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 652 hits
Terjumpa satu video di Tik Tok dari seorang mama yang ada anak kembar Ada orang tanya dengan mama kembar ni ada genetik ke dia dapat kembar Dia ada buat apa apa rawatan ke K fiezz berhenti scroll kat video mama ni sebab dia kongsi makanan u...
Guna Kaedah Psikologi Mendidik Anak Dengan Tegas Semenjak Bayi Ibu Muda Harus Praktik

Guna Kaedah Psikologi Mendidik Anak Dengan Tegas Semenjak Bayi Ibu Muda Harus Praktik

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 360 hits
Guna Kaedah Psikologi MENDIDIK anak dengan Tegas Semenjak Bayi tanpa memukul Ibu Muda harus praktik Memang tak mudah untuk mendidik anak tambah tambah pula dengan sikap anak kecil yang tidak mendengar kata dan suka melawan menyebabkan ibuba...
Nak Masak Sendiri Tapi Tak Cukup Masa Ini Cara Mudah Sediakan Makanan Bayi 6 Bulan Ke Atas Mama Kena Tahu

Nak Masak Sendiri Tapi Tak Cukup Masa Ini Cara Mudah Sediakan Makanan Bayi 6 Bulan Ke Atas Mama Kena Tahu

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 397 hits
Menyediakan sendiri makanan untuk bayi memang rasa puas hati Bukan saja dapat kawal kandungan bahannya bahkan dapat berikan makanan kaya nutrisi buat anak Jika bijak merancang masa dan tahu tip mudahnya ibu dapat sediakan makanan berkhasiat...
Vide0 Terp4ksa Kembali Bekerja Lepas Habis Cuti P4ntang Ibu Seb4k Hantar Tiga Bayi Kembar Ke Taska

Vide0 Terp4ksa Kembali Bekerja Lepas Habis Cuti P4ntang Ibu Seb4k Hantar Tiga Bayi Kembar Ke Taska

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 282 hits
Tak dinafikan menghantar anak anak ke pusat jagaan atau tabika merupakan perkara yang suk4r digambarkan Dari situlah ibu bapa menyedari mereka terp4ksa berpisah untuk seketika daripada anak mereka Senyap je ingat orang nak bawak pergi jalan...
Ajal Dalam Pantang Bayi Berusia 14 Hari Meninggal Dunia Dalam Pangkuan Ibu

Ajal Dalam Pantang Bayi Berusia 14 Hari Meninggal Dunia Dalam Pangkuan Ibu

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 343 hits
Seorang bayi lelaki yang masih dalam pantang berusia 14 hari maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dengan lori muatan tanah di Kampung Gelung Gajah Bakar Bata Ayer Tawar Perak pada Rabu Kejadian berlaku ketika kereta jenis Perodua...
Pro Kontra Tindik Telinga Pada Bayi Perempuan Para Orang Tua Harus Tahu

Pro Kontra Tindik Telinga Pada Bayi Perempuan Para Orang Tua Harus Tahu

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 217 hits
Banyak yang bilang menindik hingga bayi menangis sama saja memaksakan kehendak pada anak yang belum mengerti apa apa
Hiburan Bukan Sebab Duit Ibu Kes Tertukar Bayi Teruskan Saman Terhadap Sebuah Hospital Swasta

Hiburan Bukan Sebab Duit Ibu Kes Tertukar Bayi Teruskan Saman Terhadap Sebuah Hospital Swasta

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 199 hits
Sekitar bulan Jun lalu tular di media sosial mengenai insiden tertukar bayi di antara Siti Suriani dan Diana Hanani yang sekaligus menjadi tumpuan rakyat Malaysia ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementTerbaru kedua ibu tersebut dilaporkan akan ter...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas