Inilah Syurga Kami 6 Beranak Datang Bila Pun Rumah Tanah Ni Sentiasa Bersih
Secara luaran rumah yang didiami 6 beranak ini kelihatan uzur kerana hanya berdindingkan buluh, zink terpakai dan separuh batu bata. Namun siapa sangka di sebalik kesusahannya itu, bila jejak kaki ke dalam rumah pastinya buat ramai yang kagum.
Walaupun dalam rumah hanya berlantaikan tanah tetapi sikap pasangan suami isteri ini yang sangat pembersih wajar dipuji. Dengan susun atur setiap barang dalam rumah yang begitu kemas, tiada sampah dibuang merata-rata dan bahagian dapur yang bersih serta tiada bauan, mengambarkan bahawa kemiskinan bukan satu alasan untuk mereka.
Pendawaian elektrik tidak selamat. Disambung dengan plug dari rumah sebelah.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang sukarelawan, Puan Natipah Abu beliau begitu kagum dengan sikap ahli keluarga ini walaupun mempunyai anak yang masih kecil.
“Mereka susah bukanlah kerana sikap’
Boleh dikatakan ini antara salah sebuah rumah yang begitu bersih walaupun secara fizikalnya bukan kediaman yang sempurna.
Walaupun berlantaikan tanah, keadaan dapur rumah pasangan ini kemas dan tersusun rapi
“Datanglah pada bila-bila masa pun, rumah ini memang sentiasa bersih dan kemas. Jadi mereka susah bukanlah kerana sikap …”
Inilah syurga pasangan muda yang mempunyai empat orang cahaya mata berumur diantara 9 , 7 , 3 dan 1 tahun.
Kita setuju dengan pendapat komuniti setempat yang telah memanjangkan kisah keluarga ini kepada kita. Jarang sekali kita temui rumah yang daif sebersih ini.
Tudung saji ditutup dengan kain untuk mengelakkan habuk masuk
Dapur berlantaikan tanah, sangat bersih
Biarpun dapur cuma berlantaikan tanah namun dijaga bersih. Ada ruang basuhan di hujung dapur tetapi tiada sebarang bauan yang kurang menyenangkan pun.
Ruang ibu rumah, rumah batu dibuat sendiri seadanya dan hanya langsir menjadi pemisah bilik. Apa yang ada di dalam rumah ini juga pemberian orang. Diterima dengan besar hatinya oleh pasangan suami isteri ini.
Tiada sebarang bau daru ruang basuhan ini.
Guna bahan terpakai siapkan rumah
Pasangan ini mengambil keputusan menyiapkan ruang dapur rumah mereka dengan bahan yang ada di sekeliling seperti kayu batang pinang, zink terpakai, buluh dan lain-lain kerana tidak mampu lagi membayar sewa rumah yang mahal.
Mereka membuat keputusan berpindah ke rumah yang didirikan di atas tanah orang tua ini hampir setahun yang lalu.
Si suami baru saja dua minggu bekerja di sebuah kedai welding dengan gaji hari. Sebelum ini, beliau bekerja di sebuah kedai welding di bandar dan dibayar RM50 sehari. Tidak tahan berulang alik berjam-jam setiap hari dengan motosikal, beliau nekad berhenti kerja dan bekerja di kampung saja.
Bilik air hanya ditutup dengan plastik kanvas
Bila ditanya tentang gaji di tempat baru beliau menjawab dengan nada yang perlahan
“ Jujur saya cakap … saya takut nak tanya tentang gaji. Takut nanti tauke tak mahu terima saya pula…”
Hajat dipanjangkan untuk kita membantu menyiapkan ruang dapur rumah pasangan ini termasuk pendawaian dan penyambungan bekalan elektrik. Mujurlah tiada bil untuk bekalan air bersih kerana datangnya dari bukit dan disalurkan ke kampung di bawah projek “air muafakat”.
Bilik tidur hanya dipisahkan dengan almari dan langsir. Kain baju terusun elok, tilam disandar di dinding. Ada sejadah juga terampai di situ.
Sekiranya ada yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh salurkan ke akaun Maybank Natipah Abu – 552107617521.
Mudah-mudahan dengan berkat sedekah kita ini akan memberikan kediaman yang lebih selesa buat Encik Mohd Fitri Bin Md Kassim sekeluarga.
Kita permudahkan orang, InshaAllah satu hari akan ada insan yang Allah SWT kirim untuk mempermudahkan kita kelak.
Sumber: Natipah Abu
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
The post “Inilah Syurga Kami 6 Beranak”. Datang Bila Pun, Rumah Tanah Ni Sentiasa Bersih appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/inilah-syurga-kami-6-beranak-datang-bila-pun-rumah-tanah-ni-sentiasa-bersih/