Inilah Cara Untuk Berbahagia Yang Terdapat Dalam Surah Al Insyirah


Apakah takrif bahagia? Ramai yang beranggapan untuk bahagia kita harus berjaya dan antara kejayaan yang dimaksudkan adalah dengan memiliki karier yang bagus, mempunyai pasangan yang ideal serta tempat kediaman yang nyaman dan selesa.
Pun begitu, dalam mengecapi nikmat kejayaan seperti yang dinyatakan di atas, ramai juga yang masih mengeluh dan gelisah seolah-olah masih ada sesuatu yang tidak cukup.
Disebabkan itu, mereka cenderung untuk sentiasa bekerja keras dan mencari pelbagai lagi jenis kejayaan yang ada.
Namun, semakin mereka mengejar kebahagiaan, semakin itulah mereka akan berasa tidak puas dan tidak bahagia. Malah merekacenderung untuk terus hanyut dengan takrif kebahagiaan yang terpesong itu.
‘The Power of Meaning’
Menurut Emily Esfahani Smith, penulis buku “The Power of Meaning: Crafting a Life That Matters,” kebahagiaan yang dicari itu hanyalah keseronokan yang bersifat sementara dan tidak memberi makna.
Atas dasar itulah, di negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat, meskipun taraf kehidupannya sangat bagus dengan nilai yang terbaik, namun kes kematian akibat bunuh diri adalah amat tinggi.
Menurut kajian saintifik dan tinjauan yang dijalankan, rakyat di Jepun dan Amerika Syarikat bukannya tidak bahagia tetapi mereka masih mencari makna di sebalik kehidupan tersebut.
Sebagai contoh, di Amerika Syarikat sahaja, satu perempat daripada populasinya, iaitu hampir 100 juta orang tidak mempunyai makna yang jelas dalam kehidupan.
Inilah yang sangat membimbangkan kerana tanpa makna dalam kehidupan, manusia akan hidup seperti robot, sentiasa dalam mod ‘auto-pilot’.
Hari-hari yang dilalui hanyalah untuk menyelesaikan rutin tanpa tujuan atau matlamat hidup yang memberikan makna dan bernilai kepada diri. Lama-kelamaan mereka akan mudah berasa putus asa, tertekan dan terasing.
Hidup Yang Bermakna
Jadi, bagaimana untuk hidup bahagia dengan bermakna?
Kata penulis e-book, Hakim Darno, melalui tulisannya Tujuh Resepi Bahagia, jawapan kebahagiaan ada disebut pada surah Al-Insyirah yang sangat sinonim dengan masyarakat Islam di Malaysia.
Ini kerana sifatnya yang sentiasa dilazimi dan dibaca setiap kali berdepan dengan peperiksaan atau ketika sedang berdukacita.
Keindahan surah Al-Insyirah terletak pada susunan dan pengertiannya, ditujukan kepada yang ditimpa kesempitan dan kesedihan. Hasil daripada proses tadabbur surah ini, jiwa akan tenang dan kembali bangkit untuk meneruskan kehidupan.
Syaratnya ialah dengan beramal dalam kehidupan dan bukannya sekadar membaca.
Menurut Hakim Darno lagi, proses tadabbur Al-Quran itu diumpamakan seperti membeli almari pasang siap sendiri.
Untuk setiap keping papan, cermin, pelapik kaki dan tombol yang akan menjadikannya sebagai sebuah almari yang lengkap, kita perlu membaca manual dan mengikut setiap arahan yang diberikan.
Jika manual itu hanya dibaca, adalah mustahil untuk setiap keping papan itu berubah sendiri menjadi almari.
Begitu juga halnya apabila manual itu dibaca, tetapi segala arahan yang terkandung dikhianati atau dalam erti kata lain, tidak diikuti dengan tertib, masakan almari yang terhasil akan sempurna seperti yang dimahukan.
Jadi, apakah syarat untuk bahagia berdasarkan surah Al-Insyirah?
#1 – Berlapang Dada
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
Mafhum: “Bukankah Kami melapangkan bagimu dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk).” (94:1)
Syarat pertama ialah dengan berlapang dada dengan segala ketentuan yang ditakdirkan Allah.
Jangan sempitkan dada dan pemikiran dengan hal-hal yang kita tidak mampu untuk mengawalnya.
Begitu juga, jangan mudah tergugat dengan kata-kata negatif dan kecaman yang menempa. Anggaplah ia sebagai signal untuk memperbaiki kelemahan diri dan pencetus untuk memajukan diri.
#2 – Kurangkan Dosa
وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ
Mafhum: “Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam).” (94:2)
Syarat kedua ialah kurangkan dosa. Dosa diibaratkan seperti hutang. Lagi banyak kita berhutang, lagi terbeban kita dengan tekanan untuk membayarnya.
Setiap kali kita melakukan dosa, setiap kali itu jugalah diri kita diulit rasa bersalah. Kita akan teringat-ingat akan dosa yang kita lakukan dan inilah yang akan meragut ketenangan jiwa.
Rasulullah SAW adalah seorang manusia yang sentiasa tenang dan bahagia walaupun dihimpit seribu satu masalah. Salah satu sebabnya ialah kerana sifatnya sendiri yang maksum, iaitu bebas daripada dosa.
Namun, kita hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan dosa. Disebabkan itu, kita perlu berusaha sedaya upaya untuk mengelak diri daripada terjebak dengan dosa.
Andai kata kita tersalah, cepat-cepatlah mohon ampun dan bertaubat, sama ada kepada Allah mahupun sesama manusia.
#3 – Sebut Perkara Yang Baik
وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
Mafhum: “Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat nabi dan berbagai kemuliaan).” (94:4)
Menurut penulis, ini adalah syarat terpenting untuk bahagia. Az-zikrul hasan yang bermaksud biasakan dengan menyebut perkara yang baik-baik.
Dalam segenap sudut kehidupan kita, sama ada di rumah atau di pejabat, dengan jiran dan masyarakat sekeliling, berkomunikasilah dengan perkataan yang baik.
Kata-kata yang kurang baik boleh membawa kepada tekanan. Rasulullah SAW tidak pernah rasa tertekan kerana Allah sentiasa berbicara yang baik-baik kepada Baginda.
Bagaimana mahu mendapat lisan yang baik? Berusahalah untuk menjadi baik.
#4 – Cari Bahagia Disebalik Kesusahan
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
Mafhum: “Oleh itu, maka tetapkanlah (kepercayaanmu bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (94:5-6)
Menerusi ayat ini, kemudahan yang dimaksudkan bukanlah dinikmati selepas melalui satu-satu musibah. Namun, kebahagiaan itu ditemukan ketika menghadapi kesempitan.
Menurut penulis, istimewanya orang beriman ialah mereka tidak perlu menunggu untuk mengecap bahagia di hari akhirat. Malah, di dunia juga mereka boleh beroleh bahagia.
Sebagai contoh, sepasang suami isteri kematian anaknya. Kedua-dua ayah dan ibu ini redha dengan takdir Allah. Hubungan pasangan ini semakin erat dan ujian ini juga mendekatkan mereka kepada Allah. Inilah yang dikatakan kebahagiaan dalam kesempitan.
#5 – Selesaikan Kerja
#6 – Rancanglah Dengan Baik
Untuk syarat kelima dan keenam kita akan lihat pada ayat ketujuh daripada surah al- Insyirah:
فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ
Mafhum: “Kemudian apabila engkau telah selesai, (daripada satu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain). (94:7)
Perkataan فَإِذَا فَرَغْتَ membawa maksud selesaikan pekerjaan. Bagi satu-satu tugas yang diamanahkan, sempurnakan tugas dengan penuh tanggungjawab.
Jangan menunda-nunda sebarang pekerjaan tanpa sebarang alasan yang kukuh. Akibat bertangguh, kita akan terbeban dengan lambakan tugasan yang separuh siap.
Fikiran kita akan berserabut. Jiwa tidak akan tenang.
Perkataan فَانصَبْ pula adalah kalimah yang disebut sebagai “jalail al-iltizam” yang merujuk kepada melakukan ibadah baharu.
Dalam konteks ini, kita boleh gantikan maksudnya dengan melakukan tugasan baharu. Dan syarat untuk memulakan tugasan baharu ialah dengan membuat perancangan. Mengurus kehidupan dengan merancang mampu menjadikan seseorang bahagia.
#7 – Mengadu Kepada Allah
وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَب
Mafhum: “Sentiasalah mengadu kepada Allah.” (94:8)
Lazimi lidah dengan sentiasa menyebut nama Allah. Hati akan tenang, jiwa akan jadi lapang. Bukan semestinya di dalam solat, malah di luar solat, ketika bahagia atau derita, berhubunglah dengan Allah seperti Allah itu sangat dekat dengan kita.
Kesimpulan
Ternyata resepi kebahagiaan itu sudah ada pada al-Quran. Bukankah al-Quran itu sifatnya memberi petunjuk kepada semua manusia?
Jadi, jom mulakan amalkan tujuh langkah ini. Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan orang yang berjaya di dunia dan akhirat.
 
Sumber: tzkrh.com 
The post Inilah Cara untuk Berbahagia yang Terdapat Dalam Surah Al-Insyirah appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/inilah-cara-untuk-berbahagia-yang-terdapat-dalam-surah-al-insyirah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Daftar Partner Foodpanda

Cara Daftar Partner Foodpanda

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 404 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraAnda pemilik kedai makan atau restoran dan ingin menambah pendapatan di Foodpanda berikut adalah cara cara mendaftar sebagai partner Foodpanda Sebelum itu jom kita kenal dulu dengan Foodpanda Foodpanda mer...
Tata Cara Mandi Taubat Dan Hukumnya Lengkap

Tata Cara Mandi Taubat Dan Hukumnya Lengkap

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 419 hits
Cara Mandi Taubat Mandi taubat adalah mandi yang dilaksanakan ketikan seseorang baru saja masuk islam ataupun The post appeared first on
Cara Menjaga Gigi Anak Agar Kekal Cantik Amp Sihat Rahsianya Guna Ubat Gigi Berfluorida

Cara Menjaga Gigi Anak Agar Kekal Cantik Amp Sihat Rahsianya Guna Ubat Gigi Berfluorida

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 364 hits
Kebanyakan doktor pergigian berpendapat bahawa penjagaan mulut atau gigi kanak kanak hendaklah bermula sebelum gigi pertama mereka tumbuh Hal ini kerana kerosakan atau karies gigi boleh terjadi sebaik sahaja gigi pertama tumbuh dan terdedah...
Cara Masak Mi Kari Tersedap Sungguh Menyelerakan

Cara Masak Mi Kari Tersedap Sungguh Menyelerakan

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 318 hits
Mi kari tetap menjadi pilihan kerana rasanya yang pedas berlemak digabungkan dengan rasa kenyal mi yang mampu memikat hati sesiapa sahaja yang merasainya Sesuai dihidangkan untuk seisi keluarga Mungkin agak leceh untuk menyediakan mi kari t...
Cara Buat Blueberi Cheese Tart Bajet Sedap Tak Guna Banyak Bahan

Cara Buat Blueberi Cheese Tart Bajet Sedap Tak Guna Banyak Bahan

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 512 hits
Ada ketika kita teringin nak cuba buat Blueberi Cheese Tart atau Tat Keju Bluberi tapi agak ragu ragu kerana bimbang tidak menjadi Kalau nak beli harga boleh tahan mahal juga Jika keluarga besar memang tak puas makan Bagi anda yang nak cuba...
Jangan Sepelekan Begini Cara Memakai Melepas Membuang Masker Yang Benar

Jangan Sepelekan Begini Cara Memakai Melepas Membuang Masker Yang Benar

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 289 hits
Tidak sembarangan Anda harus mengetahui bagaimana cara yang benar dalam mengenakan melepas hingga membuang masker dengan benar
Cara Mudah Tanam Pokok Daun Sup Barulah Pokok Cepat Besar

Cara Mudah Tanam Pokok Daun Sup Barulah Pokok Cepat Besar

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 316 hits
Daun sup merupakan antara tanaman yang mudah untuk ditanam dan wajib ada di rumah Sesuai ditabur di dalam masakan sup kami kongsikan cara mudah menanam pokok daun sup yang dikongsi oleh saudara Abdul Sapawi Abdullah Menariknya cara ini kera...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching