Inilah 20 Tanda Tanda Awal Kanser Menyerang Ketahui Sebelum Terlambat





Satu Masa dulu, kita jarang mendengar orang di sekeliling kita menghidap penyakit kanser. namun pada hari ini, penyakit yang digeruni ini semakin dekat dengan diri kita. Rakan-rakan di sekeliling dan juga ahli keluarga sudah ada yang disahkan menghidap kanser. 
Kerap juga kita mendengar penyakit kanser payudara, kanser rahim, paru-paru dan sebagainya yang baru disedari oleh mereka rupa-rupanya sudah berada di tahap kritikal dan tidak boleh dirawat lagi. Menakutkan tapi inilah yang banyak berlaku

Memang selalu berlaku penghidap kanser hanya menyedari diri menghidap kanser apabila penyakitnya sudah berada pada tahap akhir. Pengesanan pada tahap kritikal ini amatlah lewat.   
Sakit Biasa Mungkin KanserSebenarnya pada peringkat awal kanser menyerang tubuh, tanda-tanda penyakit ini sudah ada tetapi kita sering memgendahkannya. Kita mengandaikan tanda-tanda itu suma sakit biasa sahaja. 
Berikut adalah tanda-tanda amaran kanser yang perlu diambil perhatian

1. Sakit perut atau senak perut. Salah satu tanda-tanda awal penyakit kanser kolon ialah berulang kali mendapat atau mengalami sakit perut tanpa sebab.  
2. Sakit seperti sesuatu menusuk masuk ke pankreas mungkin tanda kanser pankreas    
3. Perut kejang dan sakit perut berterusan. Petanda kepada kanser hati, mungkin juga leukemia kerana pada ketika ini, limpa sedang dibesarkan, menekan sebelah kiri perut yang sedikit rendah.  
4. "Asid Perut" kronik atau rasa perut penuh selepas makan yang sedikit. Tanda awal yang paling lazim untuk kanser perut adalah kesakitan di bahagian abdomen atas atau pertengahan perut. Anda merasa bagaikan perut anda dipenuhi gas dan selalu rasa pedih hulu hati. Ia mungkin terjadi selepas anda makan dan rasa kenyang biarpun anda baru makan sedikit sahaja. Oleh kerana rasa sakit ini boleh dihilangkan jika anda makan ubat mengandungi antasid, anda mungkin mengabaikan sahaja kesakitan itu.  
5. Kehilangan berat badan. Anda seorang yang tidak aktif tetapi jika berat badan anda turun tanpa dapat dijelaskan. Ketahuilah bahawa ini adalah petanda awal kanser kolon.        
6. Jaundis atau demam kuning. Barah pankreas, satu lagi salah satu 'pembunuh senyap' sering ditemui apabila seseorang menghidap jaundis. Jaundis adalah kuning kulit atau kuning kornea mata tetapi air kencing menjadi lebih gelap daripada biasa yang bukan disebabkan dehidrasi, najis berwarna merah tanah liat malah penyakit kuning juga boleh menyebabkan kegatalan akibat garam hempedu yang terlepas memasuki aliran darah.        
7. Berdehit atau sesak nafas. Sesak nafas, sakit dada atau darah keluar bersama air ludah adalah tanda-tanda kanser testis yang sudah merebak ke paru-paru.     
8. Batuk yang kronik atau sakit dada. Beberapa jenis kanser, termasuk tumor, leukemia dan kanser paru-paru boleh menyebabkan gejala yang meniru batuk atau bronkitis yang teruk.     
9. Kerap demam atau terkena jangkitan. Ini boleh menjadi tanda-tanda leukemia, kanser sel darah yang bermula dalam sum-sum tulang. Leukemia menyebabkan sum-sum tulang menghasilkan sel darah putih yang tidak normal yang mengerumuni sel darah putih yang sihat, mengurangkan daya tahan atau keupayaan melawan jangkitan kuman.   
10. Kesukaran menelan. Ia sering dikaitkan dengan kanser esophageal atau tekak. Kesukaran menelan kadang-kadang salah satu daripada tanda-tanda awal kanser paru-paru juga.   
11. Bengkak muka. Sesetengah pesakit kanser paru-paru mengalami keadaan bengkak atau kemerahan di muka. Ini terjadi kerana sel tumor  kecil menghalang saluran darah di dada, mencegah darah daripada mengalir dengan bebas daripada kepala dan muka.  
12. Nodus limfa yang bengkak di kawasan-kawasan lehar, ketiak atau pangkal paha (ketulan). Pembesaran limfa di leher atau ketiak kadang-kadang ialah tanda tiroid, kanser otak atau kanser tekak. Bengkak yang tidak menyakitkan pada peher, ketiak atau pangkal paha ialah juga tanda awal leukemia.   
13. Lebam teruk atau pendarahan yang tidak berhenti. Gejala tidak normal pada platelet dan sel darah merah boleh menjadi tanda-tanda leukemia. Tanda-tandanya ialah gusi berdarah semasa menggosok gigi dan lebam di tempat-tempat seperti jari dan tangan.   
14. Sembelit, cirit-birit dan perubahan dalam najis boleh menjadi tanda-tanda kanser. Seperti dengan banyak gejala lain, cara untuk memberitahu jika ini adalah perkara yang membimbangkan ialah jika ia berlaku pada lebih daripada beberapa hari tanpa sebab yang jelas seperti flu atau keracunan makanan.    Mereka yang didiagnosis menghidap kanser kolon sering memberitahu bahawa mereka lebih kerap membuang air besar dan masih tidak merasa lawas. Salah satu tanda-tanda awal kanser pankreas adalah najis berminyak, besar tetapi lebih pucat daripada biasa dan berbau sangat busuk kerana badan tidak menyerap makanan seperti sepatutnya.     
15. Sukar membuang air kecil. Tanda-tanda awak kanser prostat ialah anda tidak boleh kencing walaupun anda berasa hendak kencing. Bila sudah kencing pula anda susah hendak berhenti.   
16. Masalah ereksi. Sukar mendapat atau mengekalkan  ereksi adalah juga tanda anda mnghidap kanser prostat.   
17. Sakit pada pangkal paha, pinggul atau abdomen.  Satu tanda lain kanser prostat ialah lelaki kerap sakit di bahagian pinggang, paha atau bahagian paling rendah di belakang. Kanser prostat yang telah merebak ke nodus limfa merupakan ketidakselesaan dalam pelvis atau bengkak di kaki.     
18. Sakit belakang yang tidak diketahui puncanya. Sakit belakang boleh bermakna segala macam perkara. Sakit belakang pinggang dan lebih rendah boleh menjadi tanda kanser prostat, manakala kesakitan di bahagian belakang atas tanda kanser paru-paru. Sakit di bahagian abdomen atas dan belakang dalah salah satu daripada beberapa tanda-tanda awal kanser pankreas.  
19. Kanser kulit merujuk kepada kesakitan kulit atau kulit yang tidak sembuh, menjadi berkerak atau berdarah dengan mudah. Kebanyakan kita tahu bahawa tahi lalat mungkin menunjukkan anda ada kanser kulit tapi cari juga tanda-tanda lain seperti ketulan kecil yang berlilin atau sisik kering.   Biasakan diri anda dengan pelbagai jenis kanser kulit - melanoma, sel basal karsinoma dan karsinoma sel skuamus dan periksa kulit dengan teliti di seluruh tubuh untuk mengesan pertumbuhan yang kelihatan ganjil atau bintik.  
20. Perubahan pada kuku. Perubahan yang tidak dapat dijelaskan pada kuku boleh manjadi tanda beberapa jenis kanser. Coretan coklat atau hitam atau titik di bawah kuku boleh menunjukkan kanser kulit. Jika ada pembesaran hujung jari, dengan bahagian hujung kuku melengkung ke bawah boleh menjadi tanda kanser paru-paru


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2023/01/inilah-20-tanda-tanda-awal-kanser.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Shuk Ajak Sera Tunai Umrah Sebelum Terima Keputusan Mahkamah

Shuk Ajak Sera Tunai Umrah Sebelum Terima Keputusan Mahkamah

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 168 hits
Perkongsian pelawak Shuk Sahar yang mengerjakan umrah bersama isterinya Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau biasa disapa Sera telah membuatkan warganet berasa gembira Mereka juga dilihat tenang berada di sana dan Shuk sendiri meluahkan r...
Erdogan Mungkin Bertemu Assad Sebelum Pilihan Raya Presiden Turkiye

Erdogan Mungkin Bertemu Assad Sebelum Pilihan Raya Presiden Turkiye

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 147 hits
PRESIDEN Turkiye Recep Tayyip Erdogan mungkin akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Syria Bashar al Assad sebelum pilihan raya presiden Turkiye yang dijangkakan pada Mei lapor Sputnik Pertemuan antara pemimpin itu merupakan sebahagian d...
Gaun Putri Diana Yang Dipakai Sebelum Meninggal Akan Dilelang Ini Harganya

Gaun Putri Diana Yang Dipakai Sebelum Meninggal Akan Dilelang Ini Harganya

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 99 hits
Putri Diana memakai gaun tersebut dalam foto resmi kerajaan pada 1991 dan acara Vanity Fair pada 1997 tidak lama sebelum kematiannya
Kejam Kanak Kanak Oku Dibunuh Disumbat Ke Dalam Guni Sebelum Dibuang Dalam Semak

Kejam Kanak Kanak Oku Dibunuh Disumbat Ke Dalam Guni Sebelum Dibuang Dalam Semak

papar berkaitan - pada 8/1/2023 - jumlah : 159 hits
Tindakan gila seorang lelaki membelasah seorang kanak kanak kurang upaya berusia 6 tahun yang merupakan anak kepada kekasihnya berakhir dengan tragedi apabila kanak kanak itu ditemui maut Menakutkan mayat kanak kanak malang itu dicampak di ...
Shafie Dijangka Cuba Singkirkan Hajiji Sebelum 10 Jan

Shafie Dijangka Cuba Singkirkan Hajiji Sebelum 10 Jan

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 208 hits
Fion Yap Shakira BuangSituasi politik di Sabah kembali bergolak di tengah tengah spekulasi bahawa bekas ketua menteri Mohd Shafie Apdal berusaha menyingkirkan penggantinya Hajiji Noor Sumber Warisan dan Pakatan Harapan mendakwa kedua dua pe...
Singgah Beli Makanan Di Auntie Anne S Klcc Sebelum Masuk Klcc Park

Singgah Beli Makanan Di Auntie Anne S Klcc Sebelum Masuk Klcc Park

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 168 hits
Auntie Anne s KLCCSebelum aku lepak lepak dengan famili aku di KLCC Park singgah dulu sekejap beli makanan di autie s anne Dekat je dengan pintu keluar ke KLCC park di tingkat bawah Standard la Auntie Anne ni kat mana mana mall terutamanya ...
Segera Validasi Nik Sebelum Lapor Spt Ini Caranya

Segera Validasi Nik Sebelum Lapor Spt Ini Caranya

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 90 hits
SPT merupakan surat yang diberikan kepada wajib pajak yang digunakan untuk melaporkan perhitungan dan pembayaran pajak objek pajak harta kewajiban Laporan SPT Tahunan dibuat setiap tahun untuk membayar pajak tahun sebelumnya Seperti contoh ...
Tok Mat Lupa Ph Pun Lawan Masa Pru 15 Sebelum Tidur Sebantal

Tok Mat Lupa Ph Pun Lawan Masa Pru 15 Sebelum Tidur Sebantal

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 149 hits
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan kata parti lawan menanam sentimen UMNO parti rasuah kotor dan gila kuasa Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan terlupa bahawa bukan Perikatan Nasional sahaja parti lawan ketika Pilih...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord

Harga Tiket Zoo Taiping Night Safari Waktu Operasi Dan Fasiliti