Inikah Politik Saudi Sepak Bola Atau Sepak Israel



Barisan pemain Newcastle United. (FOTO: WorldFootball.net)
1. Pengambilalihan Newcastle United dikuasai Putera Mahkota Saudi?
LONDON: Bekas pengarah Newcastle United, Amanda Staveley memberi amaran bahawa ‘Putera Mahkota (Arab Saudi) sudah hilang kesabaran’ ketika Baginda berjuang untuk mendapatkan pengambilalihan kontroversi kelab bola sepak tersohor itu.

Perkara itu didedahkan oleh senarai mesej WhatsApp yang disiarkan melalui pendedahan oleh The Telegraph menunjukkan bahawa Putera Mahkota Mohammed bin Salman, pemerintah de facto Arab Saudi, secara peribadi mengawal pengambilalihan kelab tersebut yang bernilai £305 juta melalui Dana Pelaburan Awam Saudi (PIF).
Terdahulu, Staveley bertanggungjawab dalam perjanjian itu yang menyaksikan taikun Britain, Mike Ashley menjual Newcastle kepada PIF Gulf Kingdom pada Oktober 2021.
Staveley yang pernah menolak lamaran perkahwinan daripada Putera Andrew, meninggalkan kelab itu selepas menjual sahamnya pada awal tahun ini, sebelum beliau telah dikaitkan dengan pembelian kepentingan dalam Tottenham Hotspur.
Namun mesej baharu WhatsApp yang bocor kepada umum itu telah menjadikan pengambilalihan itu kembali menjadi tumpuan kerana pendedahan itu menunjukkan bahawa Putera Mahkota, yang dituduh mengarahkan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi pada 2018, telah menandatangani keputusan penting semasa rundingan berkenaan Newcastle Utd diadakan.
Apabila cuba meneruskan perjanjian itu, Staveley dalam satu mesej memberi amaran kepada pasukan Ashley bahawa ‘Putera Mahkota semakin hilang kesabaran’.  
Pengambilalihan Newcastle United mendapat sambutan positif daripada peminat.
(Ikuti selanjutnya 'Pengambilalihan Newcastle United dikuasai Putera Mahkota Saudi?' -Agensi/–HARAKAHDAILY 21/10/2024)


2. Arab Saudi tidak akan jalin hubungan dengan Israel tanpa Palestin - Putera Mahkota 
Kerajaan Arab Saudi tidak akan menjalin hubungan dengan Israel sehinggalah sebuah negara Palestin diwujudkan, sebagai tamparan kepada usaha Amerika Syarikat untuk memeterai perjanjian normalisasi, kata Mohammed Bin Salman. - Gambar fail AP
RIYADH: Kerajaan Arab Saudi tidak akan menjalin hubungan dengan Israel sehinggalah sebuah negara Palestin diwujudkan, sebagai tamparan kepada usaha Amerika Syarikat (AS) untuk memeterai perjanjian normalisasi."Kami memperbaharui penolakan kerajaan dan mengutuk keras terhadap jenayah pendudukan Israel terhadap rakyat Palestin," kata Putera Mahkota Mohammed bin Salman pada sesi pembukaan Majlis Syura penasihatnya."Kerajaan Arab Saudi juga tidak akan menghentikan usahanya untuk menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka dengan Baitulmaqdis timur sebagai ibu kotanya dan kami menegaskan bahawa kerajaan Arab Saudi tidak akan menjalin hubungan diplomatik dengan Israel tanpa Palestin," tambah baginda.(Sila lihat selanjutnya 'Arab Saudi tidak akan jalin hubungan dengan Israel tanpa Palestin - Putera Mahkota' -Agensi (BH September 19, 2024)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa, beginikah politik Saudi? Jom kita sama-sama lihat?(i). Hubungan Saudi-Israel ada tarikh luput? Putera Mohammad Bin Salman ketika mengadakan pertemuan dengan Abbas Araqchi di Arab Saudi. (FOTO: MNA)Selepas melawat Qatar, Lubnan, dan Syria dalam lawatan asing yang tergesa-gesa, Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi tiba di ibu negara Arab Saudi, Riyadh pada Rabu.Walaupun hubungan Iran-Saudi semakin lemah sejak akhir-akhir ini, namun kunjungan singkat Araqchi di Saudi tidak tertumpu pada hubungan dua hala kedua-dua negara.Walaupun Iran dan Saudi […] (Sila rujuk HarakahDaily)(ii) Iran, Arab Saudi setuju jalin semula hubungan diplomatik Menteri Negara Saudi dan Penasihat Keselamatan Negara, Musaed Mohammed Al-Aiban bertemu Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Tertinggi, Laksamana Muda Iran Ali Shamkhani dan Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Pusat China, Wang Yi, di Beijing, China pada 10 Mac 2023. - Foto REUTERSDi Tehran, Iran dan Arab Saudi semalam membuat langkah mengejutkan apabila bersetuju memulihkan hubungan dan membuka semula misi diplomatik.  Pengumuman hasil rundingan yang dikendalikan China itu dilihat bakal meninggalkan pelbagai kesan di seluruh Asia Barat. Dalam satu kenyataan trilateral, Iran dan Arab Saudi memaklumkan akan membuka semula kedutaan dan misi diplomatik dalam tempoh dua bulan dan melaksanakan perjanjian kerjasama keselamatan dan ekonomi yang ditandatangani lebih 20 tahun lalu.a. Susulan beberapa rundingan, Iran dan Arab Saudi bersetuju untuk menjalin semula hubungan diplomatik dan membuka semula kedutaan dan misi dalam tempoh dua bulan. Kenyataan bersama itu, diterbitkan dalam media rasmi kedua-dua negara. Riyadh memutuskan hubungan dengan Tehran selepas penunjuk perasaan Iran menyerang misi diplomatik Arab Saudi pada 2016, susulan negara itu menjalankan hukuman mati terhadap ulama Syiah, Nimr al-Nimr, serta beberapa pertembungan lain.b. Pengumuman semalam itu hasil rundingan selama lima hari di Beijing dan beberapa siri dialog di Iraq dan Oman, menyimpulkan penjajaran dan usaha untuk mengurangkan ketegangan di rantau itu. Pengenduran ketegangan antara Arab Saudi, negara pengeksport minyak terbesar dunia dan Iran, yang di pulau negara Barat kerana program nuklearnya, berpotensi membentuk semula hubungan di seluruh Asia Barat yang sinonim dengan ketegangan sejak berpuluh tahun lalu.c. Iran dan Arab Saudi menyokong pihak bertentangan dalam beberapa zon konflik termasuk Yaman, di mana pemberontak Huthi disokong Tehran, manakala Riyadh mengetuai kerjasama ketenteraan menyokong kerajaan. Kedua-dua negara itu juga bergelut untuk memegang pengaruh di Syria, Lubnan dan Iraq. Jurucakap Kumpulan Krisis Antarabangsa, Dina Esfandiary, menyifatkan pengumuman itu bakal menjadi titik mula untuk dua kuasa besar Asia Barat itu untuk menyelesaikan isu masing-masing.d. Masalah yang mungkin timbul adalah jika mereka mengagih-agihkan rantau itu dan membuat keputusan hanya sesama mereka, dan kita akan kehilangan konteks serantau serta isu sebenar. Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian menyambut baik pengumuman itu dan memaklumkan Tehran akan menyediakan beberapa inisiatif serantau lain secara aktif. Pemulihan hubungan antara Tehran dan Riyadh membawa potensi besar kepada kedua-dua negara, rantau ini dan dunia Islam.e. Iraq, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar dan Majlis Kerjasama Negara Teluk turut menyambut baik pengumuman berkenaan. Rumah Putih turut mengalu-alukan perkara itu, namun memaklumkan masih belum jelas sama ada Iran akan 'mematuhi janji mereka'. Di M'sia, tanggungjawab pelihara alam sekitar, jangan main politik. Timbalan Presiden PAS, yang juga mantan Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.Di KL, Sempena Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2024 pada hari ini (21 Oktober) yang disambut setiap tahun, Lajnah Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (LASPI) PAS mengajak seluruh rakyat Malaysia memperbaharui tekad bagi memulihara alam sekitar.

Pengerusinya, Dr Mohd Zuhdi Marsuki berkata, tema sambutan HASN pada tahun ini, masih lagi seperti tahun-tahun sebelumnya iaitu Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama.  Jelas sekali, tema tersebut mengajak seluruh rakyat Malaysia menggembeling azam dan tenaga untuk memastikan alam sekitar kita sentiasa lestari.a. Sempena dengan HASN 2024, LASPI PAS ingin menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia melihat kejadian-kejadian berkaitan bencana alam yang melanda negara kita mutakhir ini. Beberapa tempat di Malaysia baru sahaja dilanda banjir menyebabkan kerugian harta yang besar. Sebelum ini, di ibu kota berlaku kejadian tanah jerlus sehingga mengorbankan satu nyawa. Kita juga sudah beberapa kali menyaksikan kejadian kepala air, dan yang terbaru di Slim River, Perak.b. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Telah zahir kerosakan di daratan dan di lautan akibat dari tangan-tangan (tindak-tanduk) manusia, supaya Allah merasakan sebahagian akibat dari tindak tanduk mereka, moga-moga mereka kembali.”  (Al-Rum:41)Kejadian-kejadian yang berlaku ke atas kita, bukanlah medan untuk kita mencari salah antara satu sama lain. Sebaliknya, semua pihak seharusnya merenung seterusnya melakukan islah bermula dengan diri sendiri, ahli keluarga, masyarakat setempat dan rakyat keseluruhannya ke arah memulihara alam sekitar bersama.c. Tanggungjawab memulihara alam sekitar tidak wajar dipolitikkan, sebaliknya ia menjadi titik temu bagi seluruh rakyat Malaysia berganding bahu. Maka, LASPI mengucapkan tahniah kepada Jabatan Alam Sekitar yang mewakili Kerajaan Malaysia dan juga agensi-agensi Kerajaan Negeri Kedah, yang telah bekerjasama erat menjayakan sambutan HASN di Langkawi. Pemilihan Langkawi sebagai tapak sambutan mengingatkan kita semula kepada Deklarasi Langkawi 1989. d. Ia adalah simbolik untuk memperbaharui tekad kita bersama. LASPI juga, tidak ketinggalan akan turut menganjurkan sambutan HASN pada 10 November 2024 di Selangor. Sambutan HASN ini akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, yang juga mantan Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man. LASPI menjemput seluruh rakyat Malaysia khususnya di Selangor menyertai sambutan HASN ini yang melibatkan kegiatan ‘kudah’ (kutip sampah sambil riadah) serta kegiatan-kegiatan lain yang memupuk kesedaran alam sekitar.Sekian, itu saja. Wallahu 'aklam....

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2024/10/inikah-politik-saudi-sepak-bola-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Kutuk Israel Israel Serang Saudi

Pas Kutuk Israel Israel Serang Saudi

papar berkaitan - pada 19/10/2024 - jumlah : 223 hits
1 PAS mengutuk Israel atas pembunuhan Yahya SinwarPAS strongly condemns Israel on the assasination of Yahya SinwarPAS President s Media StatementAllah says Among the believers are men who have proven true to what they pledged to Allah Some ...
Lindungi Telefon Apple Samsung Atau Google Anda Dengan Diskaun 20 Untuk Case Latercase

Lindungi Telefon Apple Samsung Atau Google Anda Dengan Diskaun 20 Untuk Case Latercase

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 174 hits
Promosi Oktober Prime Day sudah berakhir tetapi masih ada beberapa tawaran dan diskaun yang boleh kamu ambil Jika baru saja membeli telefon baru kamu pasti tidak mahu terlepas tawaran menarik ini dari Amazon Latercase menawarkan casing yang...
Buah Moringa Atau Drumstick

Buah Moringa Atau Drumstick

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 184 hits
First time tau zaza tengok dan tahu kewujudan Buah Moringa zaza tahu pun sebab rajin tengok video masakan seorang auntie dari India Suka tengok dia masak masak dengan vibes kampung Cara dia masak tu terus rasa teringin nak try dan cara dia ...
Pertembungan Mahathir Dengan Muhyiddin Atau Hamzah Dengan Azmin Dalam Pemilihan Ppbm

Pertembungan Mahathir Dengan Muhyiddin Atau Hamzah Dengan Azmin Dalam Pemilihan Ppbm

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 180 hits
Pertembungan Mahathir Dengan Muhyiddin Atau Hamzah Dengan Azmin Dalam Pemilihan PPBM Pemilihan PPBM bulan depan dijangka menjadi perang proksi antara Hamzah Zainudin dan Azmin Ali Kedua dua pemimpin PPBM itu dilihat bersaing untuk mengemban...
Jkom Eloklah Ditutup Atau Serah Saja Kepada Umno

Jkom Eloklah Ditutup Atau Serah Saja Kepada Umno

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 153 hits
JKOM ELOKLAH DITUTUP ATAU SERAH SAJA KEPADA UMNO 7 October 2024 Jkom Oh Jkom sudah hampir dua tahun berlalu masa terbazir dan wang pembayar cukai habis begitu saja tetapi hasil kerjanya tak pernah kelihatan sampai sekarang Sudah banyak PRK ...
Mana Lebih Baik Berjalan Kaki Atau Berjogging

Mana Lebih Baik Berjalan Kaki Atau Berjogging

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 220 hits
Bezanya aktiviti jalan atau jogging mana lebih baik Ada orang lebih suka jogging manakala ada juga yang suka berjalan kaki perlahan lahan sambil menghirup udara segar Terutamanya apabila berjalan perlahan lahan atau berjalan pantas pada wak...
Doa Dapat Membezakan Benar Atau Fitnah

Doa Dapat Membezakan Benar Atau Fitnah

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 192 hits
Zaman penuh dengan fitnah dan cabaran sehingga sukar kita kenal pasti mana satu kebenaran dan kebatilan Bacalah doa ini Ya Allah tunjukkan kami sebenar benar kebenaran dan rezekikan kami untuk mengikutinya Dan tunjukkan kami sebenar benar k...
Peniaga Warga Asing Keras Kepala Atau Peruntukan Undang Undang Yang Ada Tak Cukup Kuat Dan Penguatkuasa Tak Amanah

Peniaga Warga Asing Keras Kepala Atau Peruntukan Undang Undang Yang Ada Tak Cukup Kuat Dan Penguatkuasa Tak Amanah

papar berkaitan - pada 13/10/2024 - jumlah : 183 hits
Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalidkhairil ashraf hmetro com myTINJAUAN semula mendapati peniaga warga asing masih melakukan aktiviti berniaga di lokasi yang pernah diserbu pihak berkuasa FOTO Ahmad UkasyahKuala Lumpur Warga asing di Jalan ...
Harga Emas Cecah Rm409 Gram Hari Ini Nak Beli Atau Jual

Harga Emas Cecah Rm409 Gram Hari Ini Nak Beli Atau Jual

papar berkaitan - pada 21/10/2024 - jumlah : 198 hits
Hari ini harga emas telah mencecah paras tertinggi iaitu RM409 gram di Malaysia Ini berita penting bagi penyimpan emas yang fokus pada gram emas dan pelabur emas yang lebih melihat peluang keuntungan dalam bentuk Ringgit Namun persoalannya ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa