Jkom Eloklah Ditutup Atau Serah Saja Kepada Umno


 
JKOM – ELOKLAH DITUTUP ATAU SERAH SAJA KEPADA UMNO!!

7 October 2024

Jkom Oh Jkom…sudah hampir dua tahun berlalu, masa terbazir dan wang pembayar cukai habis begitu saja tetapi hasil kerjanya tak pernah kelihatan sampai sekarang.

Sudah banyak PRK dan dalam pelbagai isu yang timbul, termasuk sebahagian besarnya melibatkan hentaman kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, kewujudan JKom langsung tidak dirasai.

Kalau apa pun “hasil kerja” terkait Jkom yang jadi sebutan hanyalah tentang “video Wahab” yang hasil siasatannya masih disembunyikan hingga sekarang.

Dalam tempoh hampir dua tahun ini, Jkom dikira agensi paling malang kerana terpaksa melantik dua Ketua Pengarah dan kedua-duanya pula ditamatkan perkhidmatan di tengah jalan.

Salah yang dilantik atau salah pihak yang melantik?

Dalam perkembangan terbaru sebagaimana dilaporkan media semalam, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, fungsi Jkom akan diteliti semula terutama dari sudut organisasi dan perjawatan.

“Dalam masa yang sama kita berhasrat memindahkan secara fizikal pejabat Jkom ke Kementerian Komunikasi (sekarang ini pejabat Jkom terletak di Kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya).

“Selain itu, fungsi Jkom juga akan diteliti semula,” katanya.

Fahmi juga berkata, pihaknya masih belum menentukan bila perlantikan Ketua Pengarah Jkom yang baharu, selepas perkhidmatan Mohd Khairuddin Othman ditamatkan, akan dilakukan semula.

“Kita belum lagi ke arah itu,” tambahnya.

Adoiiii…apa ni Fahmi, sudahlah belum ada ketentuan bila Ketua Pengarah baharu akan dilantik, sekarang fungsi Jkom pula mahu dikaji semula.

Kenapa setelah hampir dua tahun terbentuk kerajaan madani dan sudah dua Ketua Pengarah dilantik, baru sekarang mahu dikaji semula fungsi Jkom?

Kenapa tidak dibuat kajian di peringkat awal lagi atau sebelum Ketua Pengarah pertama, Dr Agus Yusof dilantik dahulu?

Nak buat kajian tu berapa lama pula?

Enam bulan? Setahun? Dua tahun?

Lepas tu nak pindahkan lagi pejabat Jkom ke Kementerian Komunikasi yang sudah tentu akan mengambil masa berbulan-bulan juga lamanya.

Bermakna, ada tiga perkara masih membelenggu Jkom sekarang – ketiadaan Ketua Pengarah, kajian semula fungsinya dan cadangan pindah pejabat.

Akhirnya, mungkin setahun lagi Jkom akan kekal terkangkang tidak berfungsi sebagaimana sekarang.

Apa pun, gagalnya Jkom berfungsi selama ini bukan saja memperlihatkan kegagalan Fahmi selaku menteri yang bertanggungjawab, malah juga menyerlahkan kegagalan kerajaan madani pimpinan Anwar.

Dipendekkan cerita, jika beginilah gayanya, lebih baiklah tutup saja Jkom ini.

Daripada kewujudannya menyakitkan hati penyokong-penyokong PH yang selalu mengecam atas kegagalan agensi itu berfungsi, baiklah ia dihantar ke tempat persemadian untuk dikebumikan.

Atau pun jika Jkom masih mahu dikekalkan juga, lebih wajar rasanya ia diserah kepada UMNO untuk mengendalikannya.

Menteri-menteri UMNO barangkali lebih pandai berbanding Fahmi untuk menjadikan Jkom benar-benar berkesan mempertahankan kerajaan. – ShahbudinHusin 07Oktober2024.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/10/jkom-eloklah-ditutup-atau-serah-saja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sabah Umno Holds Key To United Front For State Elections Analyst Says

Sabah Umno Holds Key To United Front For State Elections Analyst Says

papar berkaitan - pada 6/10/2024 - jumlah : 218 hits
Key personalities in the Sabah elections Shafie Apdal of Warisan Hajiji Noor of GPS and Bung Moktar Radin of Sabah Umno PETALING JAYA Despite its decline in prominence Sabah Umno remains a key factor in forming electoral alliances for the n...
Terkini Umno Digesa Hukum Nur Jazlan Jaga Isu Sensetif Raja Sultan

Terkini Umno Digesa Hukum Nur Jazlan Jaga Isu Sensetif Raja Sultan

papar berkaitan - pada 6/10/2024 - jumlah : 189 hits
Antara yang menarik extra hari ini 1 UMNO Selangor bidas Altimet tidak pernah minta kuota lebih jawatan 2 Media Singapura lapor Ringgit berpotensi cecah RM2 90 untuk 1 SGD 3 BN dakwa DAP belum mampu tarik pengundi Cina 4 KKM yakin Akta 852 ...
Many Umno Linked Appointees Still In Office Pn Leader Claims

Many Umno Linked Appointees Still In Office Pn Leader Claims

papar berkaitan - pada 7/10/2024 - jumlah : 148 hits
A Perikatan Nasional leader has claimed that the relatively low number of political appointments made under Prime Minister Anwar Ibrahim was misleading This was due to the continued presence of appointees from previous administrations parti...
Mahathir Mula Bantu Keluarga Malaysia Kuasai Umno

Mahathir Mula Bantu Keluarga Malaysia Kuasai Umno

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 130 hits
Mahathir Mula Bantu Keluarga Malaysia Kuasai UMNO Dr Mahathir kini betul betul dalam keadaan yang tersepit Kedua dua anak beliau Mirzan dan Mokhzani terpaksa akur untuk mengisytiharkan harta kepada SPRM Pengisytiharan harta Mirzan dan Mokhz...
Mahkota Win Doesn T Mean Dap Umno Have Buried Hatchet Says Analyst

Mahkota Win Doesn T Mean Dap Umno Have Buried Hatchet Says Analyst

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 400 hits
James Chin of the University of Tasmania says one swallow does not make a summer and that animosity has neither increased not decreased An analyst has played down the impact of the unity government s landslide win at the recent Mahkota by e...
Pemuda Umno Johor Kecewakan Semua Orang Cina Kata Tiong

Pemuda Umno Johor Kecewakan Semua Orang Cina Kata Tiong

papar berkaitan - pada 3/10/2024 - jumlah : 198 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 2 2024 Parti Demokratik Progresif menyifatkan Ketua Pemuda Umno Johor Noor Azleen Ambros sebagai tidak tahu bersyukur apabila memperkecilkan sumbangan pengundi Cina dalam PRK DUN Mahkota baru baru ini Merujuk...
Pergeseran Umno Dengan Dap Boleh Membawa Padah

Pergeseran Umno Dengan Dap Boleh Membawa Padah

papar berkaitan - pada 3/10/2024 - jumlah : 215 hits
Pergeseran UMNO Dengan DAP Boleh Membawa Padah Sememangnya dari mula kita sudah menjangkakan kerjasama antara UMNO dan DAP tidak akan mendapat jalan yang mudah Berdekad lamanya pemimpin dan akar umbi UMNO diindoktrinasikan oleh Dr Mahathir ...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Tragedi Pilu Anak Lelaki 6 Tahun Mati Akibat Didera Ibu Sendiri

Umur Berkurang Setiap Masa

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye