Ini Tips Tanam Nanas Sehingga Berjaya Untung Jutaan Ringgit


Oleh : Azuan Abdullah

Tips Tanam Nanas MD2 : Tahun Pertama Tanam 3,000 Pokok, Lepas 4 Tahun Boleh Tanam 54,000 Pokok Dengan Penjimatan Kos RM81,280.00”
 

 
Saya masih ingat lagi pesan sifu saya dua tahun lepas. Kata beliau, tanam nanas MD2 ni boleh buat kita jadi kaya jika betul caranya. Tak kena gaya, papa kedana kita dibuatnya. Buat dulu sikit – sikit, bermula dengan apa yang ada ditangan.

Dalam pertanian ni, tiada jalan pintas untuk kita berjaya. Hang ingat aku buat terus berjaya ke? 10 tahun lebih penat jerih aku selama ini, baru aku ada ladang seluas ini. (Untuk makluman, beliau ada 100 ekar lebih nanas MD2).

Wan, ko tengok je dia selekeh macam tu, tapi duit berkepuk-kepuk tau. Dua minggu lepas baru je bayar 4 unit bangunan rumah kedai. Tak silap aku, 1 unit harga dia RM700,000.00 lebih, kawan baik beliau menyampuk perbualan kami.

Mata aku terkebil – kebil dengar cerita tu. Bila RM700,000.00 di darabkan dengan 4 unit, maknanya RM2,800,000.00 beliau laburkan beli asset untuk jangka masa panjang.

Saya rasa was-was. Terus saya tanya, semuanya hasil duit nanas ke? Ya jawab beliau spontan. Hang jangan ghairah sangat dengan cerita tu, yang aku rugi 2-3 juta dia tak nak cerita pulak.

Rugi 2-3 juta? Biar betul tanya saya sekali lagi nak kepastian.

Betul. Masa tu ladang kena serangan penyakit yang teruk. Tak dapat nak dipulihkan. Kita sedap berkira-kira nak dapat duit. Sekali Allah hantar ujian sikit, apa yang kita boleh buat? Redha je. Ada sebab la tu Allah tarik rezeki masa tu.

Hang nak tahu tak macam mana nak berjaya dengan nanas MD2 ni?

Mestilah nak, ilmu yang super mahal ni jawab saya spontan.

Baik. Dengar elok-elok ye.

1. Belajar tanam dalam kuantiti yang sedikit dulu, antara 1,000 hingga 3,000 pokok. Guna modal apa yang ada ditangan, jangan berhutang. Tak perlu tamak kira-kira, kayuh slow-slow.

2. Dalam tempoh tu, belajar betul – betul pasal pokok nanas MD2. Kenal apa yang pokok nak dan tahu apa risiko yang bakal kita hadapi. Jadikan ia sebagai panduan untuk masa akan datang.

3. Jaga pokok betul-betul biar sihat dan subur. Target supaya 95% daripada pokok yang kita tanam dapat buah gred A. Jaga buah supaya berkualiti, manis dan cantik bentuknya. InsyaAllah bila orang cuba sekali, mereka akan nak repeat lagi.

4. 3,000 pokok tu plan jual buah secara runcit je dulu kepada kawan-kawan. Kita hormone 500 pokok seminggu. Sambil – sambil tu bina la hubungan dengan seramai yang mungkin. Simpan database. Tujuannya untuk memudahkan urusan pemasaran bila tanam banyak – banyak nanti. Boleh jual buah dan anak benih sekali.

Kenapa aku suruh hang tanam sikit dulu, tak tanam terus 1 ekar?

1. Lebih 50% dari kos tanaman nanas adalah kos belian benih. Jika tanam 1 ekar dengan kepadatan 14,688 pokok dan anggaran harga benih adalah RM1.50 / pokok. Maka kos belian anak benih adalah sebanyak RM22,032.00.

2. Maksudnya, 1 ekar nanas MD2 perlukan kos lebih kurang RM40,000.00 dan lebih.

3. Bayangkan jika pokok kita tu kena serangan penyakit, kena bencana atau hasil tak boleh jual. Berapa banyak kerugiaan yang kita terpaksa tanggung. Masa ni la kita sibuk duk canang cerita bahawa tanam nanas MD2 ni merugikan. Kita yang bodoh sombong, tak pasal-pasal nanas MD2 yang disalahkan.

4. Jika projek gagal, kerugian yang ditanggung lebih kurang RM9,000 sahaja berbanding RM40,000.00 jika kita tanam 1 ekar terus.

Mesti hang fikir, kalau macam tu lambat la nak kaya. Sama tak apa yang aku cakap ni dengan apa yang hang fikir dalam kepala tu?

Ye la, tanam 3,000 pokok je, bila nak kaya soal saya lagi.

Macam aku cakap tadi, tanam nanas ni bukannya kita tanam hari ini, esok lusa boleh terus kaya. Tunggulah lepas lima tahun, insyaAllah kita akan senang.

Kenapa 5 tahun?

1. Tahun pertama tanam 3,000 pokok. Modal beli benih sekali je kita keluarkan. Anggaran benih RM1.50/pokok, maka kosnya adalah RM4,500.00

2. Lepas 1 tahun, kita dapat hasil. Andaikan 85% daripada pokok tersebut boleh keluarkan anak benih. Setiap pokok boleh hasilkan 5 anak benih. Maka kita akan dapat benih 12,750 pokok, dah dekat 1 ekar kita boleh tanam tu.

3. Tahun kedua kita tanam 12,750 pokok. Kita dah dapat jimatkan kos anak benih sebanyak RM19,125.00

4. Masuk hujung tahun ketiga kita dah dapat kutip buah daripada 12,750 pokok tu. Lepas kutip buah, mesti kita akan dapat anaknya pula. Andaikan 5 anak untuk satu pokok dengan perkiraan 85% daripada jumlah pokok. Maka, anak benih yang kita dapat adalah, 5 x 0.85 x 12,750 = 54,187 pokok.

5. Jadi, pada tahun keempat kita dapat tanam nanas MD2 sebanyak 54,187 @ 3.6 ekar dengan penjimatan kos belian benih sebanyak RM81,280.00

Boleh nampak kan, dengan bermula hanya 3,000 pokok pada tahun pertama, selepas 4 tahun usaha kita, akhirnya tahun keempat dah ada 54,187 pokok nanas MD2 dengan anggaran penjimatan kos belian anak benih sebanyak RM81,280.00

Wan, aku ada dua pesanan untuk hang.

1. Setiap orang Allah kurniakan cara fikir tak sama. Ada orang yang positif dan ada juga yang negative. Berkawanlah dengan orang yang positif dan tinggalkan mereka yang negative. Usah buang masa berdebat dengan mereka. Jalan terus atas padang kita.

2. Bila orang datang kebun, bagilah mereka rasa hasil kebun kita, jangan kedekut. Banyakkan memberi. Percayalah, ianya tak rugi. Pasti Allah akan gandakan lebih banyak lagi dalam pelbagai bentuk yang tak terfikir dengan akal kita.

Mintak tolong sebarkan info yang bermanfaat ini kepada yang lain SEBAB info ini akan sangat bermanfaat bagi orang lain juga.

p/s : Boleh follow Azuan Abdullah & Set See First ye supaya tak terlepas kisah inspirasi dan pengalaman dalam pertanian ini.

** Satu pokok induk nanas MD2 boleh hasilkan lebih 10 anak benih jika ianya diuruskan dengan betul.

Azuan Abdullah
Baru Belajar Step Satu

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/05/ini-tips-tanam-nanas-sehingga-berjaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Juruterbang Myanmar Berjaya Lakukan Pendaratan Pesawat Tanpa Tayar Hadapan

Juruterbang Myanmar Berjaya Lakukan Pendaratan Pesawat Tanpa Tayar Hadapan

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 280 hits
Semalam Lapangan Terbang Mandalay digemparkan dengan pendaratan pesawat tanpa tayar hadapan dan seorang juruterbang Myanmar berjaya memastikan pesawat berkenaan mendarat dengan selamat selepas gear pendaratan jet terbabit gagal berfungsi Mi...
Good Job Anaqi Netizen Puji Anaqi Berjaya Puasa Buatkan Nota Sendiri Untuk Bangun Sahur

Good Job Anaqi Netizen Puji Anaqi Berjaya Puasa Buatkan Nota Sendiri Untuk Bangun Sahur

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 497 hits
Pengalaman pertama kali anak berpuasa memang mengujakan Sedikit mencabar minda ibu tetapi ada maniskan untuk dikenangkan Inilah yang dilalui pelakon Shera Ayob buat anak handsomenya Nadi Anaqi Baru pertama kali belajar berpuasa penuh namun ...
Pahang Berjaya Gunakan Semangat Liverpool Untuk Tewaskan Terengganu 4 0

Pahang Berjaya Gunakan Semangat Liverpool Untuk Tewaskan Terengganu 4 0

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 266 hits
Nampaknya semangat pasukan Liverpool yang diambil oleh skuad Pahang membuahkan hasil apabila berjaya menewaskan Terengganu FC 4 0 pada suka akhir kedua yang sekaligus melayakkan Pahang mengisi slot ke separuh akhir Piala FA Perlawanan pada ...
James Cameron Ucap Tahniah Kepada Pasukan Avengers Kerana Berjaya Karamkan Titanic

James Cameron Ucap Tahniah Kepada Pasukan Avengers Kerana Berjaya Karamkan Titanic

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 309 hits
James Cameron yang merupakan seorang pengarah dan penerbit filem Hollywood terkemuka memberikan ucapan tahniahnya kepada filem terbaharu MCU Avengers Endgame Filem Avengers sebelum ini telah berjaya memintas filem Titanic yang ditayangkan p...
Target Turun Berat Berjaya Puteri Sarah Dah Buang 13 Kg Lepas Lahirkan Sumayyah

Target Turun Berat Berjaya Puteri Sarah Dah Buang 13 Kg Lepas Lahirkan Sumayyah

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 363 hits
Isteri pengarah popular Syamsul Yusof Puteri Sarah Liyana yang telah selamat melahirkan bayi perempuan dan juga anak kedua mereka pada 16 Mac lalu bersyukur tempoh berpantang berjalan lancar View this post on Instagram A post shared by on M...
Cari Panduan Untuk Berjaya Sertai Program Keusahawanan Nak Ubah Hidup 2019

Cari Panduan Untuk Berjaya Sertai Program Keusahawanan Nak Ubah Hidup 2019

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 634 hits
Setiap tahun kita pasti berazam untuk berjaya dalam hidupkan tapi selalu terbabas tak tau hala tuju dan matlamat Kita inginkan hidup yang bebas dari masalah kewangan tekanan kehidupan perniagaan dan peribadi tapi tak tahu macam mana menguru...
Pleno Kpu Ibas Berjaya Budiman Sudjatmiko Tenggelam Di Dapil Vii Jatim

Pleno Kpu Ibas Berjaya Budiman Sudjatmiko Tenggelam Di Dapil Vii Jatim

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 206 hits
Sementara dari hasil rekapitulasi caleg yang kemungkinan gagal lolos ke Senayan adalah politisi Budiman Sujatmiko Dengan 48 806 suara Politisi PDIP ini sulit untuk melenggang ke Senayan
Bila Bawa Anak Keluar Ajar Dia Ini Sayur Apa Warna Apa Aunty Cina Kongsi Tip 2 Anaknya Berjaya Sehingga Master

Bila Bawa Anak Keluar Ajar Dia Ini Sayur Apa Warna Apa Aunty Cina Kongsi Tip 2 Anaknya Berjaya Sehingga Master

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 334 hits
Ilmu keibubapaan sebenarnya sangat luas anda boleh belajar dari ramai orang terutama sekali orang orang tua Pendidikan yang mereka terapkan dalam diri anak anak masih relevan untuk diguna pakai di zaman millennia ini Baca Selanjutnya Puan N...
Filem Detective Conan Berjaya Pintas Kutipan Avengers Endgame Hanya Dalam Masa Seminggu

Filem Detective Conan Berjaya Pintas Kutipan Avengers Endgame Hanya Dalam Masa Seminggu

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 316 hits
Jika kebanyakan negara seluruh dunia menunjukkan jumlah kutipan yang sangat tinggi buat filem MCU Avengers Endgame lain pula ceritanya di Jepun Apa yang lain Korang tentu sudah tahu yang Jepun merupakan sebuah negara yang sangat kaya dengan...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris

Akmal Sokong Mb Johor Tularkan Isu Kesesakan Tambak Johor

Tanding Solo Pilihan Akhir Jika Umno Mahu Kembali Tadbir Sabah Kata Penganalisis

Netizen Sebak Tengok Anak Lap Air Mata Bella Astillah Ayden Macam Dah Biasa Mesti Mak Dia Selalu Nangis