Main Petanque


 Assalamualaikum WBT 


SETENGAH harian hari ini Sk berada di luar pejabat. Pagi tadi, seperti yang dirancang oleh Kelab Rekreasi & Sukan, kami ada latihan untuk persaingan pertandingan petanque. Kami dibahagikan kepada empat kumpulan dan Sk berada dalam kumpulan merah. Tahu tak, Sk sejak sekolah dulu suka sangat nak masuk kumpulan merah tapi tak pernah tersenarai. Kumpulan merah selalu nampak hebat di mata Sk tapi Sk dulu rumah kuning masa sekolah kebangsaan dan rumah hijau masa sekolah menengah. Tak samgka, sebelum menutup mata, dapat jugak jadi ahli rumah merah, hahaha.



Sebelum ke gelanggang petanque yang terletak di Taman Tampoi Utama, sarapan dulu di pejabat. Sk beli mihun goreng dan yang dalam tupperware pink tu tomyam dari rumah yang tak habis makan, hehehe. Syukur, dah wassalam dah tomyam, dia kalau tak buat macam ni memang tak makan la tomyamnya



Team wanita rumah merah yang dapat datang pagi tadi. Ramai yang ada kelas dan komitmen lain


Dengar penerangan tentang permainan dulu. Sk dulu pernah main sekali aje kot, lepas tu tak main dah




TUTORIAL LANGKAH DEMI LANGKAH DALAM PERMAINAN PETANQUEPosted on December 24, 2019 by zuraida




Permainan ini menggunakan bola yang dibuat daripada campuran logam yang disebut ‘boule’ dan sebiji bola kecil yang disebut sebagai ‘jack’ yang di perbuat daripada kayu. Boules berukuran 7.05 hingga 8.00 cm dan berat antara 650 hingga 800 gram


Berat boule ditunjukkan 680 grams

TARGET PERMAINANMelontar bola paling hampir dengan jack berbanding pasukan lawan

KOMPOSISI PASUKAN
Permainan petanque boleh dimainkan dengan 3 cara:
1. Tiga  pemain melawan tiga pemain (triples), setiap pemain menggunakan dua boules

2. Dua pemain melawan dua pemain (doubles), setiap pemain menggunakan tiga boules

3. Seorang pemain melawan seorang pemain (single), setiap pemain menggunakan tiga boules

PENENTUAN MEMULAKAN PERMAINAN

Permainan boleh dimulakan dengan melambung syiling untuk menentukan pemain atau pasukan yang akan melontar jack dahulu

Sebagai contoh pemain pasukan biru menang lambungan syiling dan mereka akan memulakan permainan

MEMULAKAN PERMAINAN
Pemain daripada pasukan biru akan melakar bulatan berukuran (35 – 50 cm ‘dimeter’) di dalam gelanggang. Pemain akan melontar jack dengan jarak 6 – 10 meter daripada bulatan itu. Semasa melontar jack atau boules, kedua-dua kaki mesti berada di dalam bulatan tanpa mengangkat kedua-dua kaki sehingga boules pemain menyentuh gelanggang

LONTARAN BOLA PERTAMAPasukan biru akan melontar bola pertama kearah jack seberapa dekat yang boleh



Pemain pertama daripada pasukan merah pula masuk kedalam bulatan untuk membuat lontaran boules ke arah jack untuk cuba mengatasi pasukan lawan

POINTING
Pemain melontar bola secara pointing   (sama ada rolls, half lob, high lob dan lob penuh) mengikut skill untuk mendekatkan boules mereka dengan jack berbanding pihak lawan

SHOOTINGKaedah memukul (shoots) boules pihak lawan yang berada dekat jack supaya beredar jauh dari jack

JIKA BERJAYASekiranya pasukan merah berjaya mengubah kedudukan, pasukan biru pula akan membuat lontaran

JIKA TIDAK BERJAYAPemain pasukan merah akan memainkan bola lagi sehingga kedudukan berubah dan selagi bola masih ada. Setelah habis bola untuk dimainkan, pasukan lawan pula mengambil tempat untuk mengutip seberapa bayak mata sehingga habis “end”

PENENTUAN MATA
Pasukan akan mendapat mata berdasarkan bilangan bola pasukannya berada dekat jack berbanding pasukan lawan. (Paling kurang 1 mata dan maksimum 6 mata)


Pasukan yang menang “end” tersebut akan melakar bulatan bagi memulakan permainan seterusnya. (Gelanggang biasanya dah siap gelung untuk kedudukan pemain semasa melontar)

AKHIR PERMAINAN (PEMENANG)Pasukan yang dahulu mendapat 13 mata adalah dikira pemenang. (Sumber)


Tak sahlah pulak kalau tak ada makan-makan, kan. Member siap buat live station buat sandwich pulak kat situ, hihi



Seronoklah jugak dari hari-hari duduk mengadap PC, kan



Penat jugaklah nak habiskan sampai nak dapat 13 mata tu. Ketibas.. keticam.. dan rasa bau matahari, hahaha. Jadi, Sk balik rumah mandi-manda dulu la, belengas rasa



Sebelum balik, singgah tapau nasi kerabu di Warung Kak Yah Nasi Kerabu Kampung Pasir



Tapi tu la, lauk daging bakar dah habis, Sk ambil lauk Ikan Caru Berlado. Lepas mandi baru makan



Nampak pulut dengan kelapa ni terliur jugak. Ada ikan tu Sk tak pasti ikan apa, rasanya tu ikan rebus goreng sebab tak ada masin-masin macam rasa ikan masin. Yang ni makan sebelum mandi, hihihi. Tak sabar nak tunggu competition petanque yang betul-betul. Rasa macam dah pandai baling tu kononnya, hahaha


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/12/main-petanque.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Main Golf Ni Tak Mahal Mana Pun Sekali Sekala Saja

Main Golf Ni Tak Mahal Mana Pun Sekali Sekala Saja

papar berkaitan - pada 2/12/2025 - jumlah : 143 hits
Hebat seorang pegawai menteri dan sorang peg timbalan menteri dah pandai main golf orang lain pun main golf juga x ada la nak tunjuk2
Noh Tu Kata Kena Bijak Jangan Dok Main Emosi Saja Kiok La

Noh Tu Kata Kena Bijak Jangan Dok Main Emosi Saja Kiok La

papar berkaitan - pada 8/12/2025 - jumlah : 76 hits
Tuan tanah di negeri jiran sedang beria menuntut tunggakan cukai ladang sawit Bagus lah Memang itu pun yang sepatutnya Kalau tak mana nak dapat hasil negeri Lama dah patut buat Dalam pada sibuk mereka bertempur dengan tokey ladang tak semen...
Jadual Sukan Sea 2025 Team Malaysia

Krisis Ulasan Palsu Mengancam Kepercayaan Digital Di Malaysia

Pemahaman Dan Impak Penawaran Awam Permulaan Di Malaysia

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung Amat Baik Untuk Kesihatan Dan 100 Semula Jadi

Char Kuey Teow Sedap Resipi Paling Padu Mudah Yang Buat Ramai Ketagih

Pu Rahmat Ikhsan Tular Di Aceh Momen Sebak Sukarelawan Malaysia Santuni Mangsa Banjir

Trump Powell Atau Hasset Siapakah Yang Mengawal Pasaran Dan Apakah Senario Yang Menanti Dolar

Yummy Shin Of Beef Curry Recipe


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pizza Roket Roti Pelangi Cuti Umum Bersama Syabil Syarif

Cara Aktivasi Coretax Pribadi Bagi Yang Sudah Memiliki Npwp

Rrsepi Sup Ekor Ala Thai

Ganti Bms Ke Daly 100balance Smart Bms

5 Kesilapan Biasa Dalam Reka Bentuk Packaging Yang Perlu Dielakkan

Kes Sulu Mahkamah Rayuan Paris Sahkan Keputusan Arbitrator Sepanyol