Ini Tanda Kucing Akan Pergi Tinggalkan Kita Yang Perlu Kita Tahu


INI TANDA KUCING AKAN PERGI TINGGALKAN KITA YANG PERLU KITA TAHU.




Buat pemilik kucing, saat kehilangan haiwan kesayangan ini merupakan satu detik yang sangat memilukan. Cik Rose sendiri ada pengalaman kehilangan anak bulus. Sejujurya, ia sakit. Sakit memikirkan perpisahan itu, tak sanggup sebenarnya. Lama Cik Rose ambil masa nak tenangkan hati, nak belajar menerima permergian mereka. 


Orang yang belum alami, mungkin belum mengerti rasa nya bagaimana. Namun, percayalah tiada siap yang sanggup untuk memikirkan dan merasainya. Sebagaimana besara pun kita menolak, kita harus  bersedia. Kita perlu tahu beberapa tanda kucing kesayangan kita itu akan pergi meninggalkan kita.


Kebiasaannya, sebelum kucing mati, ia akan menghilangkan diri daripada rumah dan ramai percaya ia berbuat demikian kerana tidak mahu orang kesayangannya berasa sedih dan meratapi kematiannya. Kebiasaannya ini terjadi jika kucing anda jenis yang bebas keluar masuk rumah. Namun, jika kucing indoor bagaimana?



Jom, Cik Rose kongsikan beberapa tanda fizikal, perubahan tingkah laku dan tanda akhir kematian anak bulus. Cik Rose ambil dari beberapa website. Terima kasih banyak untuk empunya info yang sudi berkongsi ilmu ini. 







Tanda tanda fizikal:



·         Pernafasan tersekat dan berbunyi kuat. Sangat sedih untuk melihat keadaan anak bulus jika pernafasannya seakan tersekat. Tak sanggup melihat ia dalam keadaan yang sakit. 


·         Bulu yang tidak terurus. Kebiasaannya, bulu menjadi tidak terurus, seakan-akan kusut. Keadaan ini     kerana mereka dah tak larat menguruskan diri sendiri. 


·         Hilang selera makan dan minum. Tiada lagi selera nak makan dan minum. Hatta makanan kegemaran pun mereka tidak jamah.       


·         Kekurangan berat badan. Badan nampak susut dek kerana sakit dan juga kurang/tidak makan dan minum.



·         Sawan. Sesetengah anak bulus akan diserang sawan. 



·         Lebih banyak tidur. Anak bulus menjadi tidak aktif untuk bergerak atau bermain. Lebih banyak masa dihabiskan dengan tidur.


·         Kekerapan kencing dan buang najis. Mereka lebih kerap terasa nak kencing dan buang air besar. Perubahan ni memang kena alert. Ini antara tanda besar anak bulus kita tak sihat. 



·         Masalah kawalan kencing yang lemah. Sekejap-sekejap rasa nak kencing. Sama ada mereka kencing merata atau kerap pergi ke pasir. 



·         Berbau. Kucing yang tidak sihat selalunya ada satu bau yang tidak enak, cepatlah bertindak.



·         Penurunan suhu badan. Badan mereka akan menjadi sejuk. Anggota pertama  yang terjejas dengan perubahan suhu adalah telinga.



Perubahan tingkahlaku:



·         Menyembunyikan diri. Mereka lebih suka menyembunyikan diri dari pemiliknya. Menyorok di suatu tempat yang gelap dan suka dilihat oleh pemiliknya. Contohnya bawah meja, tepi sudut almari, dan lain-lain. 



·         Perubahan dalam fungsi kognitif seperti keliru. Seakan-akan blur. Kita boleh nampak riak wajah mereka seolah-eolah keliru dengan sekeliling. 



·         Kurang bersosial dan suka berdekatan dengan pemilik. Ada juga kucing yang tak menyorok. Tapi, lebih suka berdamping dengan pemiliknya. Duduk di atas riba atau baring di sebelah pemiliknya. 



·         Hilang minat terhadap apa sahaja. Kalau kita ajak bermain pun, mereka dah tak nak. Bagi treats/jajan kegemaran mereka, tak nak juga. 



·         Menangis. Ada sesetengah kucing yang akan mengalirkan air mata Aduhai, sedihnya. 

 

Tanda akhir kematian:



·         Tiada nadi

·         Tiada denyutan jantung

·         Tubuh sejuk

·         Mata tidak bergerak

·         Anak mata membesar dan tidak respon kepada cahaya

·         Kelopak mata buka sedikit

·         Rahang yang rileks

·         Pengeluaran air kencing dan najis

 




Walau apa pun keadaanya, kita harus bersabar dan tabah untuk menguruskan anak bulus kita. Cepat atau lambat, kita tetap akan diuji dengan KEHILANGAN. Moga yang baik-baik sahaja buat diri kita dan juga anak-anak bulus kita. 








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2024/01/ini-tanda-kucing-akan-pergi-tinggalkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Buat Vlog Bersiap Pergi Mahkamah Lafaz Talak Dikritik Kemaruk Publisiti Siap Menggeliat Menguap

Lelaki Buat Vlog Bersiap Pergi Mahkamah Lafaz Talak Dikritik Kemaruk Publisiti Siap Menggeliat Menguap

papar berkaitan - pada 28/1/2024 - jumlah : 183 hits
Tindakan seorang lelaki merakamkan satu video atau vlog tentang aktivitinya meraih perhatian dan mengundang pertikaian warganet di media sosial Mana tidaknya ia bukanlah vlog seperti kebiasaan yang dilihat tetapi video tersebut mempamerkan ...
Pergi Sekolah Buang Masa Hanya Untuk Diri Sendiri As Ad Motawh Lebih Suka Homeschooling

Pergi Sekolah Buang Masa Hanya Untuk Diri Sendiri As Ad Motawh Lebih Suka Homeschooling

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 221 hits
Penyanyi As ad Motawh mengakui timbul salah faham dengan kenyataannya sebelum ini yang didakwa pergi ke sekolah adalah perkara yang membuang masa Menurut As ad atau nama sebenarnya penuh As ad Ahmad Muhammad Motawh kenyataan yang sebenar ad...
Suami Hantar Pergi Kerja Hari Ini

Suami Hantar Pergi Kerja Hari Ini

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 256 hits
Assalamualaikum Hari ni SA merasa suami hantar pergi kerja impian SA setelah sekian lama kebetulan suami ada urusan peribadi kat Subang so suami cakap nak hantar ke tempat kerja Insha Allah balik nanti pun dengan dia urusannya ambil masa sa...
Pergi Kerja Naik Ktm Komuter

Pergi Kerja Naik Ktm Komuter

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 116 hits
Assalamualaikum Hari ni SA pergi kerja naik train Memandangkan ada istiadat Keberangkatan Pulang Yang Dipertuan Agong XVI dan jalan babyak tutup hari ni so SA x nak amik risiko SA buat keputusan naik train je 5 38am SA dah melangkah masuk s...
Tempat Tempat Menarik Di Perlis Yang Maha Dan Kawan Kawan Pergi Bercuti Tahun Ni

Tempat Tempat Menarik Di Perlis Yang Maha Dan Kawan Kawan Pergi Bercuti Tahun Ni

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 262 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Kali ni Maha nak kongsi kepada korang percutian dalam negara iaitu sebuah negeri yang paling utara semenanjung Malaysia Mana lagi ka...
Noh Dakwa Selamatkan Musa Dari Mizz Nina Kau Tak Pernah Jaga Musa Tinggal Dia Pergi Us Dating Yang Jaga Bibik

Noh Dakwa Selamatkan Musa Dari Mizz Nina Kau Tak Pernah Jaga Musa Tinggal Dia Pergi Us Dating Yang Jaga Bibik

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 166 hits
Pagi ini prosiding kes di antara Mizz Nina dan bekas suami Noh Salleh berhubung hak penjagaan anak angkat Musa menjadi tular di media sosial Mizz Nina dilihat hadir bersama suami Essam Abdullah manakala Noh tidak ditemani sesiapa namun soal...
Mak Mak Punya Teguran Ni Permaisuri Pahang Tegur Gadis Pakai Seluar Pergi Masjid Raih Perhatian

Mak Mak Punya Teguran Ni Permaisuri Pahang Tegur Gadis Pakai Seluar Pergi Masjid Raih Perhatian

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 196 hits
Keluarga Sultan Pahang sememangnya merupakan keluarga Diraja yang sangat disanjungi serta disukai oleh rakyat jadi dimana mana acara yang mereka hadiri pasti akan 8216 full house 8217 Permaisuri Pahang tegur seorang gadis Baru baru ini tula...
Isteri Tak Boleh Jadi Imam Ellie Suriaty Nasihat Aman Graseka Tak Payah Bawa Isteri Pergi Set Penggambaran

Isteri Tak Boleh Jadi Imam Ellie Suriaty Nasihat Aman Graseka Tak Payah Bawa Isteri Pergi Set Penggambaran

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 236 hits
Beberapa hari lalu nama pelakon Aman Graseka hangat diperkata ramai lagi lagi selepas rakan selebriti Ellie Suriaty berkata isteri aktor terbabit yang selama ini menghalang Aman untuk kembali berlakon akibat cemburu Tiada niat buka aib Aman...
Pensyarah Ipts Sanggup Tinggalkan Kerjaya Dan Jadi Cleaner Di Singapura Berbaloi Dapat Gaji Cecah Rm10k

Pensyarah Ipts Sanggup Tinggalkan Kerjaya Dan Jadi Cleaner Di Singapura Berbaloi Dapat Gaji Cecah Rm10k

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 100 hits
Seorang pensyarah di sebuah institut pengajian tinggi swasta sanggup meninggalkan kerjayanya Dan berhijrah ke Singapura untuk bekerja sebagai tukang cuci demi mendapatkan gaji lebih berbaloi Tidak menyesali keputusan yang dibuat individu it...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord