Menyasarkan Najib Semata Mata Tidak Menjamin Keadilan Dapat Ditegakkan




Berikutan akuan bersumpah atau SD oleh Azilah Hadri, salah seorang pesalah dalam kes pembunuhan Altantuya Sharibuu yang mendakwa beliau diarahkan oleh Najib Razak untuk melakukan pembunuhan itu, semalam seluruh negara gempar jadinya dengan hampir semua orang bercakap dan mengulas perkara itu.

Rata-rata menuding jari kepada bekas Perdana Menteri itu, lebih-lebih lagi SD yang dibuat oleh Azilah ternampak lengkap dengan urutan peristiwa beserta tarikh-tarikhnya sekali.

Tidak kurang yang mengatakan “habislah Najib kali ini”, manakala bekas Perdana Menteri itu tidak mengambil masa yang lama untuk mengaitkan wujudnya SD itu sebagai perancangan kerajaan PH untuk segera memasukkannya dalam lokap tanpa boleh diikat jamin.

Dalam apa juga kes jenayah, motif adalah perkara paling penting sekali dan daripada motif itulah dapat diselongkar segala kebenaran.

Walaupun SD bukan semestinya betul dan 100 peratus boleh diterima sebagai bahan bukti di mahkamah, setidak-tidaknya dengan adanya SD Azilah itu, ruang lebih terbuka untuk melihat kes pembunuhan Altantuya dibuka semula dan keadilan ditegakkan.

Tetapi, dalam hal ini, menyasarkan Najib semata-mata tidak menjamin keadilan dapat ditegakkan dalam erti kata yang sebenarnya.

Memang Najib ketika kejadian pembunuhan Altantuya berlaku, beliau adalah Timbalan Perdana Menteri, namun sewaktu penyiasatan, perbicaraan dan proses hukuman melalui mahkamah, banyak pihak telah terlibat sehingga akhirnya Azilah dan Sirul dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Sementara hukuman gantung dijatuhkan pada 2015, Azilah kini diletakkan di Penjara Kajang, manakala Sirul telah melarikan diri ke Australia.

Maka itu, kita boleh bersetuju dengan kenyataan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng yang mahu semua pihak yang disyaki terlibat, bukan setakat Najib saja, harus dibawa sama ke muka pengadilan.

Untuk pasukan penyiasat polis yang menyiasat kes pembunuhan Altantuya itu, mengapakah pegawai pengiring Najib, DSP Musa Safri misalnya, tidak pernah disiasat dan diambil keterangannya?

Bukankah DSP Musa adalah ketua kepada Azilah dan Sirul dalam tugas mereka menjaga keselamatan Najib?

Begitu juga dengan Pejabat Peguam Negara, bagaimanakah mereka boleh membuat pendakwaan terhadap Azilah dan Sirul, meskipun tanpa ada keterangan daripada saksi seperti DSP Musa?

Apakah Pejabat Peguam Negara ketika itu cuai, diberikan tekanan atau  dengan sengaja melakukan pendakwaan, walaupun ada keterangan penting tidak dimasukkan?

Lebih parah, bagaimana pula hakim ketika menjatuhkan hukuman mati kepada Azilah dan Sirul, boleh menyimpulkan kedua-dua anggota UTK itu sebagai bersalah dengan mengatakan, motif pembunuhan tidak penting untuk diketahui?

Bukankah semua kejadian mesti ada motif dan tujuan, sedangkan Azilah dan Sirul tidak pun mengenali Altantuya itu?

Selain itu, mengapakah apabila rakan karib Najib, Abdul Razak Baginda yang kemudian didapati tidak bersalah kerana bersuhabat dalam pembunuhan Altantuya, tetapi Pejabat Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan?

Jika dalam kes Rafizi Ramli, ramai yang bising apabila Pejabat Peguam Negara menarik balik rayuan terhadap pembebasannya, bukankah tidak merayu sama sekali dalam kes Abdul Razak Baginda lebih parah keadaannya?

Kesimpulannya, jika kerajaan PH benar-benar ingin menegakkan keadilan, mereka tidak harus hanya menyasarkan kepada Najib seorang saja.

Abdul Razak Baginda, pasukan penyiasat polis, Pejabat Peguam Negara dan hakim yang mendengar perbicaraan kes Altantuya dulu hendaklah diseret sekali ke muka pengadilan demi keadilan yang sebenar-benarnya. (Shahbudin Husin 17/12/2019)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/12/menyasarkan-najib-semata-mata-tidak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Semata Mata Rekaan Kata Najib

Ini Semata Mata Rekaan Kata Najib

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 429 hits
MALAYSIAKINI Najib Razak menafikan bekas anggota pasukan Unit Tindakan Khas polis Azilah Hadri bahawa beliau mengarahkan pembunuhan Altantuya Shaariibuu Bercakap kepada Malaysiakini bekas perdana menteri juga mempersoalkan mengapa maklumat ...
Najib Calm And Composed As He Takes The Stand

Najib Calm And Composed As He Takes The Stand

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 280 hits
KUALA LUMPUR All eyes were on the witness stand at the High Court as Datuk Seri Najib Razak took his oath before testifying in the SRC International Sdn Bhd trial making him the first former prime minister of Malaysia to take the stand as a...
Najib Mangsa Konspirasi Jho Low

Najib Mangsa Konspirasi Jho Low

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 475 hits
Najib Razak merupakan mangsa kepada ahli perniagaan Low Taek Jho empat lelaki misteri Arab kata pasukan pembelaan bekas perdana menteri hari ini Peguam belas utama Muhammad Shafee Abdullah berkata Low yang dikenali sebagai Jho Low ialah ket...
Najib Mangsa Tipu Jho Low 4 Lelaki Arab Pembelaan

Najib Mangsa Tipu Jho Low 4 Lelaki Arab Pembelaan

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 426 hits
Diterbitkan Hari ini 7 05 malamBERITAKES SRC NAJIB Najib Razak merupakan mangsa kepada ahli perniagaan Low Taek Jho empat lelaki misteri Arab kata pasukan pembelaan bekas perdana menteri hari ini Peguam belas utama Muhammad Shafee Abdullah ...
Najib Bersetuju Pada Surat Mohon Pinjaman Src

Najib Bersetuju Pada Surat Mohon Pinjaman Src

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 735 hits
KUALA LUMPUR 6 Rabiulakhir 1441H Selasa Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengaku di Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau telah meminitkan perkataan Bersetuju pada sepucuk surat daripada SRC International Sdn Bhd yang memohon kelulusan d...
Najib Begitu Mahir Siapa Jho Low

Najib Begitu Mahir Siapa Jho Low

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 398 hits
The former prime minister says he retained the businessman in 1MDB as he portrayed himself as an individual of influence in the Middle East
Saya Tidak Sangka Husni Rendahkan Dirinya Sehingga Tahap Office Boy Najib

Saya Tidak Sangka Husni Rendahkan Dirinya Sehingga Tahap Office Boy Najib

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 205 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menyangka Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang pernah berjawatan Menteri Kewangan II sebelum ini menanggap dirinya tidak lebih...
Tidak Selesa Banyak Wang Dalam Akaun Najib Pulang Sejumlah Besar Derma Tak Dibelanja

Tidak Selesa Banyak Wang Dalam Akaun Najib Pulang Sejumlah Besar Derma Tak Dibelanja

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 318 hits
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu beliau berasa tidak selesa mempunyai wang yang banyak di dalam akaun kerana bimbang akan diputarbelit di luar konteks dari segi politik sekiranya maklumat tersebut bocor Loading Justeru bekas Perdana M...
Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Pakej Percutian Turki

100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jahil Menteri Besar Kelantan Dikecam Dakwa Tiada Tanah Adat Di Semenanjung

China Latih Kanak Kanak Tentang Ai Seawal Usia 6 Tahun Mahu Lahirkan Lebih Ramai Pakar Di Masa Akan Datang

3ce Etude Amp Banyak Lagi Jenama Kosmetik Terkenal Dah Masuk Watsons Jom Pergi Sekarang

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Buasir Otak Tv Rambut Tak Basah Bila Berlari Dalam Hujan Be Like

Dulu Aku Boss Dia Hari Ini Aku Belajar Dari Dia