Ini Salah Faham Tentang Senaman Yang Menjadi Kepercayaan


Bersenam merupakan antara gaya hidup yang terbaik untuk membantu mengurangkan tekanan di samping memperbaiki tahap kesihatan secara keseluruhan. Tetapi terdapat beberapa salah faham mengenai senaman yang menjadi ikutan.Melakukan aktiviti fizikalSelain menjadi kunci dalam membantu memberikan tahap kesihatan yang lebih baik, bersenam sebenarnya dapat meningkatkan kecergasan dan emosi gembira seseorang individu. Dalam memilih untuk melakukan sesuatu aktiviti fizikal, ia haruslah bersesuaian dengan keadaan kesihatan anda bagi mengelakkan sebarang masalah atau kesan sampingan yang tidak diingini daripada berlaku.Bagi individu yang mempunyai masalah melibatkan kesihatan, anda adalah disarankan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar kesihatan terlebih dahulu untuk mengetahui dan mengenal pasti jenis aktiviti fizikal yang boleh dilakukan berdasarkan tahap kesihatan anda.Tempoh yang terbaik untuk bersenam adalah selama 30 minit sehari. Pemilihan aktiviti yang ingin dilakukan ketika bersenam adalah bergantung kepada tahap kecergasan anda. Jika anda dalam keadaan penat, sebaiknya hindari daripada memaksa diri anda bersenam kerana ia boleh menyebabkan mudarat.Apa yang dikongsikan di atas adalah fakta ringkas bersenam. Tetapi bagaimana pula dengan salah faham umum tentang senaman yang sering kali menjadi ikutan dan amalan?Perkara mengenai senaman yang patut anda tahuTidak dinafikan ramai individu sukar untuk bersenam disebabkan kehidupan yang sibuk. Terdapat banyak sebab mengapa seseorang individu tidak bersenam dan terdapat juga banyak salah faham mengenai senaman. Berikut dikongsikan beberapa salah faham umum tersebut:Tahap kecergasan saya sudah baik, jadi tidak perlu bersenamKalaulah ia memang semudah itu, namun malangnya manfaat kesihatan bersenam tidak akan kekal lama jika anda tidak dapat melakukan rutin aktiviti fizikal anda secara berkala. Pengurangan atau penurunan kekerapan dalam bersenam boleh menyebabkan kehilangan manfaat yang ketara seperti melibatkan aspek kecergasan kardiovaskular dan ketahanan. Kunci utama untuk mengekalkan kecergasan adalah konsistensi. Gabungkan beberapa aktiviti menarik bagi membantu anda mengekalkan tahap aktiviti fizikal untuk sepanjang kehidupan. Ini kerana ia amat berkait rapat dengan tahap kesihatan yang terbaik. Berdiri tidak sama manfaat dengan bersenamBerdiri dan bergerak sepanjang hari bermakna anda mempunyai tahap aktiviti fizikal yang tinggi. Optimumkannya dengan meningkatkan intensiti aktiviti anda bagi mendapatkan manfaat kesihatan atau sekurang-kurangnya sehingga anda berpeluh sedikit.10 minit atau lebih, jika tidak sekadar membuang masaBerita baiknya, garis panduan yang mengatakan seseorang individu perlu untuk bersenam sekurang-kurangnya 10 minit telah dihapuskan. Kini tiada lagi syarat minimum untuk memperolehi manfaat kesihatan yang baik.Melakukan tugasan harian dengan aktif seperti membawa beg membeli-belah yang berat, melakukan tugasan rumah atau aktiviti bercucuk tanam yang berat, sudah dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan anda.Anda boleh cuba lakukan aktiviti fizikal ringkas seperti memanjat tangga dengan intensiti yang boleh menyebabkan anda kehilangan nafas untuk tempoh antara 30 saat hingga dua minit.Saya ada penyakit kronik, maka saya patut hindari senamanSiapa kata individu yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik tidak boleh bersenam? Sebaliknya, menjadi lebih aktif pastinya akan memberikan manfaat kepada pelbagai masalah kesihatan kronik termasuk kanser, penyakit jantung dan penyakit pulmonari obstruktif kronik.Jadilah individu yang aktif bergantung kepada tahap kesihatan anda dan sasarkan untuk melakukan sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti fizikal intensiti sederhana seminggu, sekiranya boleh. Jika keadaan kesihatan anda terlalu kompleks, dapatkan rundingan dan nasihat daripada doktor sebelum anda memutuskan untuk memulakan sebarang rutin senaman baru. Anda juga boleh dapatkan nasihat daripada ahli fisioterapi atau profesional bertauliah lain sebagai rujukan.Terlalu tua untuk bersenamIni sudah tentulah satu kepercayaan yang salah. Terdapat bukti yang mengatakan faktor usia bukanlah satu sebab utama sehinggalah anda berusia dalam lingkungan 90 tahun ke atas. Kekuatan, tenaga dan jisim otot boleh ditingkatkan walaupun anda berada dalam kelompok individu lebih berusia. Sebaiknya, gabungan aktiviti aerobik, senaman keseimbangan dan pengukuhan otot jika anda berusia 65 tahun dan ke atas.Bersenam menjadikan saya kurusTidak semestinya! Jika anda ingin menurunkan berat badan, aktiviti fizikal anda harus digabungkan dengan aspek penjagaan pemakanan seperti mengehadkan jumlah pengambilan kalori.Individu dengan matlamat untuk mengurangkan berat badan yang tinggi iaitu melebihi lima peratus daripada jumlah keseluruhan berat dan individu yang cuba mengekalkan berat badan perlu melakukan lebih daripada 300 minit aktiviti fizikal berintensiti sederhana bagi mencapai matlamat tersebut.Saya berlari seminggu sekali, tetapi ia tidak mencukupiTanpa mengira berapa kali seminggu anda berlari, walaupun mungkin hanya sekali, ia tetap memberikan kebaikan kepada tahap kesihatan anda. Jika anda tidak mempunyai masa untuk bersenam, berjalan sekurang-kurang untuk 50 minit sekali seminggu pada kadar yang perlahan dan kurang daripada 6mph (9.65km/j) tetap akan dapat membantu dalam menurunkan risiko kematian pramatang. Saya mengandung, maka saya mungkin perlu mengurangkannyaBersenam sememangnya adalah perbuatan yang baik untuk ibu mengandung. Ia merupakan satu alternatif bagi menjaga kandungan khususnya pada tempoh awal kehamilan. Setiap pergerakan yang dilakukan dapat membantu menjadikan badan dan otot ibu lebih kuat.Bersenam juga dapat membantu mengurangkan risiko pertambahan berat badan secara berlebihan serta mengurangkan kecenderungan untuk mengalami masalah diabetes gestasi semasa mengandung.Melakukan aktiviti fizikal berintensiti sederhana merupakan aktiviti yang selamat untuk dilakukan bagi individu wanita hamil yang secara umumnya sihat dan tidak memberikan sebarang kesan risiko kepada kesejahteraan janin.Walau bagaimanapun, pastikan anda mendapatkan pemeriksaan dengan doktor bagi mendapatkan rundingan dan nasihat, khususnya berkaitan manfaat dan risiko senaman yang ingin dilakukan.Saya tidak sihat dan saya tidak patut bersenamSekiranya anda mengalami demam, tidak sihat atau mengalami keadaan kesakitan atau keletihan pada tahap yang tinggi, jangan bersenam. Walaupun pada kebanyakan kes, aktif secara fizikal adalah selamat, tetapi sebaiknya dengarkan ‘suara’ badan anda dan kurangkan aktiviti bersenam jika perlu.Kesimpulan Seperti yang dinyatakan pada permulaan artikel ini, bersenam sememangnya merupakan satu aktiviti yang memberikan banyak kebaikan kepada kesihatan badan sama ada secara fizikal atau mental.Walau bagaimanapun, sebelum anda bersenam, anda harus memastikan bahawa segala aktiviti yang ingin dilakukan anda bersesuaian dengan tahap kesihatan anda. Elakkan daripada bersenam ketika anda berada dalam keadaan terlalu letih. Ini kerana memaksa diri anda untuk terus bersenam hanya akan mendatangkan keburukan berbanding kebaikan. 
Info : Hello DOKTOR Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan
SENYUM SAJA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nonasani.com/2020/01/ini-salah-faham-tentang-senaman-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya Salah Faham Mungkin Faktor Emosi Orang Mengandung

Hanya Salah Faham Mungkin Faktor Emosi Orang Mengandung

papar berkaitan - pada 27/1/2020 - jumlah : 266 hits
Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai Pencetus Ummah Abu Sufyan apabila isterinya Hana Azraa mendakwa kononnya suaminya bermain kayu tiga serta turut The post appeared first on
Kelebihan Dan Hukum Melakukan Solat Sunat Istikharah Yang Ramai Salah Faham Selama Ini

Kelebihan Dan Hukum Melakukan Solat Sunat Istikharah Yang Ramai Salah Faham Selama Ini

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 588 hits
Kelebihan Dan Hukum Melakukan Solat Sunat Istikharah Yang Ramai Salah Faham Selama Ini Pengenalan istikharah diajar oleh Rasulullah adalah sebagai meminta petunjuk daripada Allah taala dengan pilihan yang terbaik dalam setiap pekerjaan yang...
Bagaimana Cara Menjadi Ahli Jualan Untuk Para Penjual

Bagaimana Cara Menjadi Ahli Jualan Untuk Para Penjual

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 246 hits
Sekarang kami akan bahas seputar Reseller adalah pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Kalau Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan mau mempunyai penghasilan tambahan...
Pakatan Harapan Mungkin Menjadi Kerajaan Satu Penggal

Pakatan Harapan Mungkin Menjadi Kerajaan Satu Penggal

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 356 hits
Kata kata yang dikatakan oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir itu menggambarkan kekecewaan setelah Pakatan Harapan gagal dalam merampas kerusi dalam PRK Kimanis pada 18 Januari 2020 Pakatan Harapan yang telah kalah sebanyak 5 kali ...
Saat Ketua Kpk Firli Bahuri Menjadi Chef Memasak Nasi Goreng

Saat Ketua Kpk Firli Bahuri Menjadi Chef Memasak Nasi Goreng

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 178 hits
Acara dimulai dengan pembacaan doa yang dipimpin oleh Ali Fikri Tak lama kemudian Firli Bahuri diberikan kesempatan untuk memberikan sambutan Dalam sambutannya Firli menyampaikan akan memasak makanan kesukaannya nasi goreng
Realme Akan Menjadi Antara Terawal Untuk Hadir Dengan Telefon Menggunakan Snapdragon 720g

Realme Akan Menjadi Antara Terawal Untuk Hadir Dengan Telefon Menggunakan Snapdragon 720g

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 269 hits
https ift tt 2RETKyn Qualcomm hari ini telah iaitu Snapdragon 720G Selari dengannya kini pihak Realme mengumumkan yang mana mereka akan menjadi terawal memperkenalkan telefon pintar pertama berasaskan cip pemprosesan berkenaan Snapdragon 72...
Adakah Kak Wan Akan Menjadi Pm Pertama Wanita Malaysia

Adakah Kak Wan Akan Menjadi Pm Pertama Wanita Malaysia

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 289 hits
Miqdad ZakariaSelepas kak wan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 10 mei 2018 Ana sempat bertemu dengan seseorang yang mahir dalam membaca ramuan politik tanah air Beliau ada menyentuh beberapa perkara termasuklah tajuk ...
Menjadi Budak Genius Berumur 4 Tahun Termuda Dalam Persatuan Iq Tinggi Dunia

Menjadi Budak Genius Berumur 4 Tahun Termuda Dalam Persatuan Iq Tinggi Dunia

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 464 hits
Kisah luar biasa seorang budak genius Kanak kanak tersebut adalah Muhammad Haryz Nadzim Mohd Hilmy Naim baru sahaja berusia 4 tahun Muhammad Haryz memiliki tahap kecergasan minda 142 dalam ujian Standford Binet Ini menjadikannya ahli termud...
Kenali 3 Faktor Risiko Yang Bisa Membuat Seseorang Menjadi Pelaku Kekerasan Seksual

Kenali 3 Faktor Risiko Yang Bisa Membuat Seseorang Menjadi Pelaku Kekerasan Seksual

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 180 hits
Kondisi ini bisa menjadi faktor risiko yang menyebabkan seseorang menjadi pelaku Walau begitu dimungkinkan juga ada penyebab lain yang muncul dari hal ini
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Tiada Jodoh Lee Donghwi Jung Hoyeon Dah Berpisah Selepas 9 Tahun Bercinta

Pmx Bertemu Presiden Muslim Korea

Ph Umno Kedah Cabar Sanusi Dedah Nama Pihak Yang Punyai Rancangan Besar Gagalkan Pelaburan Swasta

Ketenangan Jiwa Bersama Keluarga Fattah Amin Bawa Keluarga Tunaikan Umrah

Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari