Ini Punca Trafik Laman Web Anda Rendah


Spamdexing: Pencurian Trafik Laman Web Di Tengah Jalan Menguruskan laman web sendiri bukan sesuatu yang mudah. Banyak masa, tenaga, malah wang ringgit perlu dihabiskan. Bayangkan, anda telah menghabiskan masa dan tenaga dalam usaha untuk meletakkan kedudukan laman web pada kedudukan utama di enjin carian melalui amalan SEO yang baik. Lebih parah lagi, anda juga telah membayar penyedia SEO premium yang secara bulanan untuk laman web anda.
Namun, anda menyedari bahawa seseorang telah mencuri trafik laman web anda dengan memasukkan spam kata kunci mereka sendiri. Ini menjadikan laman web anda tidak terpapar langsung di muka pertama hasil carian di enjin carian seperti Google, Bing, Brave dan DuckDuckGo.
Itulah dia yang dipanggil sebagai ‘spamdexing’ (SEO spam malware). Spamdexing bukan benda baru. Tetapi ia berevolusi mengikut peredaran zaman. Spamdexing akan melakukan spam kepada proses enjin carian mencari laman web anda di internet yang dikenali umum sebagai indexing.
Enjin carian akan membaca segala kandungan yang ada di seluruh internet dan menunjukkannya di halaman hasil carian. Satu proses yang kedengaran mudah tetapi sebenarnya memerlukan kuasa pemprosesan dan algoritma yang sangat kompleks dalam pengaturcaraan komputer.
Contohnya, jika anda ingin mengisi borang Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), anda cuma perlu menaip ‘BPR’ di enjin carian pilihan anda seperti Google Search. Enjin carian ini pula akan ‘berfikir’ dan cuba meneka apakah laman web yang anda mahukan daripada berbilion kata ‘BPR’ di internet. Dengan serangan spamdexing, carian ‘BPR’ anda mungkin tidak akan berada di halaman pertama hasil carian dan halaman pertama enjin carian akan membawa anda kepada laman web-laman web sampah dan salah.
Secara mudahnya, spamdexing boleh ditakrifkan sebagai;- laman web yang telah dioptimumkan untuk algoritma enjin carian dalam pengindeksan yang optimum/maksimum. Laman web spam ini akan dinilai oleh enjin carian sebagai laman web yang lebih penting dan patut berada di muka utama hasil enjin carian berbanding laman web anda yang asli.
Di zaman ini, tidak perlu lagi menunggu di dark web untuk menjadi mangsa penggodam atau ‘threat actor‘. Di atas permukaan pun sentiasa berlegar ancaman mencari kambing hitam untuk keuntungan diri sendiri.
Perbuatan spam SEO ini membolehkan laman-laman web spam mendapat lebih banyak pendedahan daripada apa yang selayaknya mereka perolehi untuk kata kunci yang diguna di enjin carian utama. Hasilnya, laman web spam lebih menonjol di halaman pertama berbanding laman web sebenar di hasil enjin carian (SERP).
Keracunan enjin carian (Search Engine Poisoning/SEP) menyalahgunakan algoritma kedudukan  laman web dan membawa pengunjung ke laman yang tidak ingin mereka lawati. Ini akan mengelirukan pengguna laman web dan mendorong mereka untuk klik dari satu laman web spam ke laman web spam yang lain tanpa berjaya untuk ke laman web sebenar yang mereka ingini.
Dalam beberapa kes, laman web dibuat dengan sempurna untuk menipu algoritma enjin carian. Manakala di banyak kes yang lain pula, mereka mengeksploitasi laman web yang sah. Pengguna akan menyangka mereka telah melawat laman web yang mereka kehendaki, tapi hakikatnya laman web yang mereka lawati adalah laman web palsu!
Biasanya, perbuatan ini dilakukan oleh individu yang mahukan duit mudah melalui iklan-iklan yang ekstrem di laman web spam mereka. Dalam sesetengah kes juga, motif serangan juga berpunca daripada sabotaj terhadap laman web yang disasarkan seperti cubaan menghalang pengaruh politik individu yang memiliki laman web tersebut. Motif lain juga termasuk mencuri data peribadi dengan menyamar sebagai laman web rasmi sesebuah organisasi.
Malware ini terdapat dalam pelbagai bentuk. Ia biasanya digunakan oleh penggodam untuk memanfaatkan kedudukan baik laman web terkemuka bagi menyebarkan pautan mereka sendiri kepada sebanyak mungkin pengguna.
The post Ini Punca Trafik Laman Web Anda Rendah appeared first on OMG! Hackers?.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/ini-punca-trafik-laman-web-anda-rendah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kini Anda Boleh Mendaftar Untuk Suntikan Imunisasi Covid 19 Melalui Laman Web Dan Panggilan Telefon

Kini Anda Boleh Mendaftar Untuk Suntikan Imunisasi Covid 19 Melalui Laman Web Dan Panggilan Telefon

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 234 hits
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin hari ini telah mengumumkan bahawa rakyat Malaysia kini mempunyai dua lagi cara untuk mendaftar slot suntikan imunisasi COVID 19 bermula hari ini Selain daripada pend...
4 Laman Web Yang Memberi Inspirasi Uiux

4 Laman Web Yang Memberi Inspirasi Uiux

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 273 hits
Kerja kerja rekaan grafik tidaklah seindah yang disangka Tugasan yang melibatkan kreativiti ini seringkali memberi cabaran yang hebat kepada saya apabila ia melibatkan janaan idea idea untuk diimplementasikan pada projek projek baru Disebab...
Laman Web Dipaparkan Deceptive Site Ahead

Laman Web Dipaparkan Deceptive Site Ahead

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 240 hits
Pernah atau tidak anda melayari laman web kemudian dipaparkan Deceptive site ahead seperti diatas ketika menggunakan browser Google Chrome Terdapat pelbagai jenis amaran yang dikeluarkan oleh Google Safe Browsing diantaranya Deceptive sites...
Laman Bluetooth Sig Menyenaraikan Peranti Misteri Asus Yang Mungkin Adalah Rog Phone 7

Laman Bluetooth Sig Menyenaraikan Peranti Misteri Asus Yang Mungkin Adalah Rog Phone 7

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 236 hits
Asus ROG Phone 5 baru sahaja dilancarkan semalam Buat pertama kalinya Asus tidak menggunakan cip buatan khas atau edisi sebaliknya menggunakan cip peranti mercu yang sama dengan pesaing iaitu Snapdragon 888 Asus memperkenalkan tiga variasi ...
Kenapa Sprm Timbulkan Tawaran Rm10 Juta Kepada Mp Sekijang Sedangkan Ia Hanya Coretan Laman Facebook Saja

Kenapa Sprm Timbulkan Tawaran Rm10 Juta Kepada Mp Sekijang Sedangkan Ia Hanya Coretan Laman Facebook Saja

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 238 hits
Sebagai respon kepada laporan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Sekijang Natrah Ismail berhubung cubaan merasuah beliau untuk menyokong kepimpinan Muhyiddin Yassin SPRM petang ini mengeluarkan kenyataan media dengan tajuk SPRM SIASAT KEBENARAN...
Laman Ngaji Chow Kit Tarik Gelandangan Dekati Al Quran

Laman Ngaji Chow Kit Tarik Gelandangan Dekati Al Quran

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 292 hits
KUALA LUMPUR Apabila disebut gelandangan pasti kotak fikiran kita tidak dapat lari daripada membayangkan kelompok masyarakat yang hidup merempat dan tersisih di kaki kaki lima dek pelbagai faktor yang menghimpit dan mendesak terutamanya yan...
Buat Tanah Kompos Dari Rumput Rampai Yang Tumbuh Melata Di Laman Kebun Tepi Rumah

Buat Tanah Kompos Dari Rumput Rampai Yang Tumbuh Melata Di Laman Kebun Tepi Rumah

papar berkaitan - pada 27/2/2021 - jumlah : 528 hits
Seperti yang diketahui aku sekarang ini gigih bercucuk tanam di laman kebun tepi rumah Setelah pindah ke rumah tanah lot ni tak berhenti aku menanam pokok pokok sayuran Kebanyakannya aku tanam di dalam pasu dan polibeg memandangkan tanah di...
11 Pesalah Trafik Disaman Kena Tazkirah

11 Pesalah Trafik Disaman Kena Tazkirah

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 160 hits
Polis menahan 11 remaja dalam Ops Khas Kesalahan di Jalan Kampung Liku di Tanah Merah Kelantan dari pukul 5 30 petang hingga 8 00 malam semalam antaranya bagi kesalahan menunggang motosikal tanpa lesen dan tidak memakai topi keledar Ketua P...
Dia Bukan Polis Trafik Buat 039 Part Time 039

Dia Bukan Polis Trafik Buat 039 Part Time 039

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 321 hits
Kluang Polis menafikan gambar seorang penghantar makanan dengan tajuk Buat Partime Kah yang tular di Facebook adalah anggota trafik daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang hari ini Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Low Hang Seng...
Resepi Bbq Kambing

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Buasir Otak Tv Kenapa Ayam Masa Hidup Satu Nama Bila Mati Banyak Nama Be Like

Halal Certification Is A Non Muslim Issue

Sebatan Syariah Daripada Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia

Pelbagai Kaum Makan Budu Dalam Pinggan Sama


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Hina Agong Wajar Dihukum Penjara Bukan Denda Rm5 000

Crescent Petroleum Targets Nioc Assets And Frozen Funds In Escalating Legal Dispute

A Short Interior Painters Guide To Color Psychology And Perceived Size

Ptptn Encourages Savings Plans To Reduce Reliance On Education Loans

Wet Cny For Sabah Sarawak With Continuous Rains Expected Says Metmalaysia

Eleven Masked Men Break Into Puchong Home Two Seriously Injured