Laman Ngaji Chow Kit Tarik Gelandangan Dekati Al Quran



KUALA LUMPUR: Apabila disebut gelandangan, pasti kotak fikiran kita tidak dapat lari daripada membayangkan kelompok masyarakat yang hidup merempat dan tersisih di kaki-kaki lima dek pelbagai faktor yang menghimpit dan mendesak terutamanya yang hidup di bandar besar.
Namun, jauh di sudut hati golongan yang disisih kerana kemiskinan, masalah dadah dan sosial ini, mereka juga seperti insan lain mahu menjalani kehidupan yang normal, memiliki keluarga yang sempurna dan mendapat kesempatan mendalami agama sebagai bekalan di negara abadi nanti.
Mujurlah di sebalik hiruk-pikuk kota ini, masih ada insan yang prihatin tentang nasib golongan ini dengan menyediakan “Laman Ngaji” di sebuah premis dikenali sebagai Warung Makan Sahabat di Chow Kit di sini, yang bukan sahaja menjadi tumpuan untuk mendapatkan makanan secara percuma, tetapi juga tempat untuk mendalami asas agama khususnya pengajian al-Quran dan fardu ain.
Menerusi program yang diadakan dua kali seminggu setiap Rabu dan Khamis, golongan itu diberi peluang untuk kembali pulih supaya mereka dapat menjalani kehidupan seperti masyarakat lain.
Pengurus Warung Makan Sahabat Wan Kamariah Daud, 69, atau lebih mesra dipanggil Mak Wan berkata, idea untuk mewujudkan kelas mengaji tercetus pada 2017 semasa dia bersama Ustaz Muhamad Syafiq Husni Zain, 36, melakukan aktiviti solat berjemaah bersama gelandangan di ruang letak kereta selepas agihan makanan percuma diadakan.
“Mereka memaklumkan hendak belajar al-Quran dan fardu ain. Mereka malu hendak ke masjid kerana sudah tua dan pakaian pula kotor, tetapi hati mereka sebenarnya dahagakan ilmu agama,” kata Mak Wan yang pernah beberapa kali masuk ke pusat pemulihan dadah.
Beliau pada mulanya menjadikan rumahnya sebagai tempat kelas mengaji, namun apabila semakin mendapat sambutan, mereka mewujudkan Warung Makan Sahabat di sebuah premis di Chow Kit November lalu, yang disewa untuk mengagihkan makanan secara percuma selain dijadikan tempat belajar al-Quran yang lebih selesa.
Walaupun pada mulanya program itu difokuskan kepada gelandangan, namun ia juga mendapat sambutan daripada keluarga fakir miskin dan mualaf termasuk kanak-kanak dari kawasan sekitar untuk mendalami ilmu agama.
“Selepas waktu maghrib, kita bentangkan tikar dan sejadah untuk memberi peluang kepada mereka datang solat berjemaah dan pelajari bacaan al-Quran. Walapun kehadiran tidak ramai dan ada yang tidak konsisten, namun perubahan dapat dilihat.
“Daripada tidak tahu baca al-Fatihah, mereka sudah boleh membaca dengan betul, daripada tidak kenal huruf al-Quran, mereka sudah mula boleh baca Iqra’,” kata Mak Wan, yang lebih lima dekad bermaustatin di ibu kota selepas berpindah dari Kelantan pada 1967.
Sementara itu, bagi Muhamad Syafiq yang bertugas sebagai tenaga pengajarnya, tugas itu dilakukan secara percuma kerana mengambil tanggungjawab berdakwah.
Di Laman Ngaji, beliau menyemak bacaan al-Quran setiap peserta, membaiki aspek bersolat dan juga perkara asas lain dalam agama seperti mandi hadas, puasa yang dilakukan secara praktikal dan teori.
“Dulu kita mengajak mereka solat tepi jalan dengan tempat berubah-ubah dan orangnya (gelandangan) pun bertukar-tukar, jadi kita tak dapat bina ‘trust’ dengan mereka sebab mereka juga jarang berjumpa.
“Jadi apabila kita mempunyai satu premis tetap, mereka pun dah kenal, dari situlah ada keyakinan dan memudahkan kita menarik mereka mendekati al-Quran dan agama,” kata beliau.
Seorang peserta, Mohd Farizz Shah Mohd Zulfakar, 36, bersyukur kerana masih ada pihak yang sudi membimbing.
“Saya tiada rasa segan kerana aktiviti seperti ini dapat menyatukan komuniti Islam seperti kami dan diharap ia dapat memberi keyakinan dan semangat kembali kepada kami untuk tidak melakukan kesilapan sama,” katanya yang masih dalam proses pemulihan penagihan dadah.
Seorang mualaf Mohamad Keong, 66, pula berkata Laman Ngaji memberi pilihan lain kepada dirinya selain menerima bimbingan agama daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Jalan Ipoh, di sini.
“Dekat sini kami diajar dalam kumpulan kecil dan itu sudah banyak membantu untuk saya lebih cepat mengenali dan melancarkan bacaan al-Quran saya,” katanya yang baru setahun memeluk agama Islam.
Dalam pada itu, menurut pencetus program itu, Budiman Mohd Zuhdi, model Laman Ngaji tersebut sama seperti apa yang beliau usahakan di Sungai Besar, Selangor ketika menjadi Ahli Parlimen di kawasan itu.
Beliau juga berhasrat untuk menambah jumlah tenaga pengajar pada masa akan datang.
“Untuk menampung kos operasi, utiliti dan bahan bacaan, saya amat mengalu-alukan mana-mana pihak yang berminat untuk sama-sama membantu dari sudut kewangan bagi meneruskan kelangsungan program ini,” kata beliau.
The post Laman Ngaji Chow Kit tarik gelandangan dekati al-Quran appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/03/06/laman-ngaji-chow-kit-tarik-gelandangan-dekati-al-quran/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wak Sembang Kari Tak Berani Nak Tarik Sokongan

Wak Sembang Kari Tak Berani Nak Tarik Sokongan

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 220 hits
SHAHBUDINDemokrasi di bawah kepimpinan Muhyiddin sudah mati kata Zahid Hamidi Soalnya apakah UMNO rela terus tinggal serumah dengan pemimpin yang mematikan demokrasi itu Kenapa membiarkan orang yang mematikan demokrasi itu berkuasa lagi
Si Kembar Buat Sendiri Kek Hari Jadi Kecomelan Anak Eina Azman Tarik Perhatian Warganet

Si Kembar Buat Sendiri Kek Hari Jadi Kecomelan Anak Eina Azman Tarik Perhatian Warganet

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 467 hits
Anak kembar kepada pelakon Datin Paduka Eina Azman Ariana Aubrey dan Karl Kareef baru sahaja menyambut hari jadi mereka yang ke 5 pada 19 Februari yang lalu dalam satu majlis di kediaman mereka Semalam Datin Eina sempat memuatnaik satu vide...
Mn Makin Rapuh Pas Terus Main Tarik Tali Mat Taib

Mn Makin Rapuh Pas Terus Main Tarik Tali Mat Taib

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 280 hits
February 20 2021 UMNO perlu bersiap sedia untuk bergerak bersendirian bagi menghadapi pilihan raya umum ke 15 sekiranya Pas berterusan bermain tarik tali dalam memuktamadkan kerjasama Muafakat Nasional Penasihat UMNO Selangor Tan Sri Muhamm...
Mudahkan Proses Birokrasi Bantu Nasib Gelandangan

Mudahkan Proses Birokrasi Bantu Nasib Gelandangan

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 170 hits
Srikandi KEADILAN Selangor J Karen Kasturi menggesa pihak kerajaan supaya memudahkan proses birokrasi supaya sesiapa sahaja boleh membantu nasib gelandangan Ini kerana beliau mendapati perlu melalui beberapa proses sebelum dibenarkan memban...
Trailer Teh Tarik Economics 101 Contoh Simple Kegagalan Dasar Ekonomi Baru

Trailer Teh Tarik Economics 101 Contoh Simple Kegagalan Dasar Ekonomi Baru

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 178 hits
Hari itu Dr Mahathir telah bercakap berkenaan syarikat GLC yang sekarang membuli usahawan tempatan termasuk usahawan Melayu dalam ekonomi kita Tetapi yang hakikatnya Dr Mahathir sendiri yang telah kembangkan dan empower budaya ekonomi GLC A...
Tarik Balik Perbetulkan Fakta Sejarah Tingkatan 4 Mengagungkan Komunis Pemuda Umno

Tarik Balik Perbetulkan Fakta Sejarah Tingkatan 4 Mengagungkan Komunis Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 376 hits
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius unsur unsur fakta yang dimanipulasikan dengan mengagung agungkan pihak komunis sebagai pejuang kemerdekaan dalam silibus dan sukatan buku teks sejarah tingkatan 4 Kurikulum Standard Sekolah M...
Kesiannya Anak Mommy Nak Makan Comel Tengok Muka Geram Fatima Tarik Pinggan

Kesiannya Anak Mommy Nak Makan Comel Tengok Muka Geram Fatima Tarik Pinggan

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 385 hits
Dah nak masuk usia 5 bulan keletah Nur Fatima Aisya sentiasa menjadi perhatian peminat mommy dan daddynya Semakin hari anak dara Fattah Amin dan Fazura ni makin panjang akalnya dan mula pandai nak bermain Melalui perkongsian di instagram Fa...
Ppbm Umno Bersaing Tarik Wakil Rakyat Sabah Lompat Parti Kata Penganalisis

Ppbm Umno Bersaing Tarik Wakil Rakyat Sabah Lompat Parti Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 347 hits
Durie Rainer FongKOTA KINABALU Gabungan Rakyat Sabah mungkin mendapat manfaat daripada tindakan Ahli Parlimen pembangkang melompat parti untuk menyertainya namun penganalisis berkata ia boleh menjadi titik pertembungan dalam hubungan antara...
Tarik Balik Kenyataan Atau Saya Saman Kata Maszlee Malik

Tarik Balik Kenyataan Atau Saya Saman Kata Maszlee Malik

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 300 hits
February 25 2021 10 40 PMPETALING JAYA Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Malik menggesa Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi menarik balik kenyataan berhubung dakwaan fakta buku teks sejarah Tingkatan 4 ada unsur fakta dimanipulasikan Beliau berka...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas