Ini Kronologi Isu Kontrak Beras Rm100 Juta



ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, melahirkan rasa kesal terhadap laporan tanpa fakta tepat sehingga memberi gambaran seolah-olah Kedah menjadi punca negara kekurangan beras tempatan.
Beliau berkata, laporan disebarkan itu seolah-olah kejadian itu baru berlaku di bawah pentadbirannya sedangkan tiada sebarang tindakan mahkamah diambil untuk membawa mereka yang didakwa terbabit ke muka pengadilan dalam kes berkenaan.
Sanusi yang hanya dilantik sebagai Menteri Besar Kedah ke-14 pada Mei 2020, mendedahkan pada 2 Mac 2016, Kedah Agro Holdings Bhd (KAHB) menandatangani perjanjian kontrak pembuatan dan bekalan bersama Syarikat Prolink Marketing Sdn. Bhd (Prolink).
Jelas beliau, berdasarkan rekod, perjanjian itu ditandatangani Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KAHB, Allahyarham Datuk Ahmad Zaini Japar, yang ketika itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam bersama wakil syarikat Prolink iaitu C. Pubendran dan C. Kuganeswaran sebagai saksi.
Katanya, projek membabitkan pemasaran beras keluaran KAHB yang merangkumi tiga jenis beras iaitu Beras Agro Super Special Tempatan, Beras Agro Super Spesial Import dan Beras Agro Sona Mahsuri dalam pek berkapasiti lima kilogram (kg) dan 10kg dengan nilai RM102,480,000 bersamaan 28,800 tan.
"Perjanjian ini adalah kontrak bagi perniagaan beras di mana Prolink membekalkan beras kepada KAHB. Manakala KAHB pula menjualkannya kepada Syarikat Central Regional Distribution Center Sdn Bhd (CRDC)...yang ini tiada sebarang perjanjian atau kontrak yang mengikat di antara KAHB dan CRDC.
"Transaksi jualan dan belian bermula November 2016 sehingga November 2017 dengan jumlah transaksi keseluruhan seperti berikut iaitu jualan Prolink kepada KAHB RM54,085,75; jualan KAHB kepada CRDC RM54,900,030 dan jumlah margin atau komisen RM 814,280," katanya pada sidang media selepas mesyuarat EXCO di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, sehingga Februari 2018, KAHB menerima sebanyak RM11,066,400 bayaran dari CRDC dan KAHB melunaskan bayaran kepada Prolink sebanyak RM10,785,000 dengan margin keuntungan berjumlah RM281,400.
Katanya, baki bayaran yang belum terima daripada pihak CRDC dan belum dibayar kepada pihak Prolink oleh KAHB adalah seperti berikut.
"Pemiutang, Prolink RM43,833,630; penghutang, CRDC RM43,300,750 manakala jumlah margin atau komisen RM532,880," jelas beliau.
Muhammad Sanusi berkata, ketika Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Laporan Ketua Audit Negara Bilangan Satu 2019 yang diadakan pada 17 Januari 2019 di Cyberjaya, Ketua Pegawai Eksekutif memaklumkan bahawa semua urus niaga pemasaran beras dihentikan.
Katanya, atas nasihat Jawatankuasa Tindakan Laporan Ketua Audit Negara, laporan polis dibuat oleh pihak Kedah Agro melalui Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Agro, Zulkifli Ahmad Rashidi, pada 13 Mac 2019.
"Kemudiannya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bahagian Kawalselia Padi dan Beras juga membuat siasatan dan memanggil pegawai-pegawai yang berkenaan untuk dirakamkan kenyataan.
"Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah juga telah melakukan Audit Khas pada 18 April 2019 berhubung isu pemasaran beras agro," katanya.
Beliau berkata, Kedah Agro menerima surat yang ditandatangani pengarah-pengarah Prolink berserta Resolusi Pengarah Prolink yang disahkan setiausaha syarikat berkenaan bertarikh 24 Januari 2019.

Katanya, resolusi itu adalah berkenaan perakuan pembatalan invois berjumlah RM43,300,750 yang telah dikemukakan Prolink kepada Kedah Agro berkaitan dengan transaksi pembekalan beras kepada Kedah Agro bagi tahun berakhir Disember 2016 sehingga Disember 2017.
"Perkara ini telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah pada 27 Mei 2019 menjelaskan implikasi ke atas kedudukan kewangan syarikat bagi transaksi berkenaan.
"Setelah dibincangkan, lembaga pengarah bersetuju menghapus kira amaun yang tertunggak dari transaksi jualan dan belian beras bagi tempoh 1 Disember 2016 sehingga 31 Disember 2017 seperti yang dikemukakan.
"Seterusnya melalui Mesyuarat Tindakan Bagi Paparan Susulan Laporan Ketua Audit Negara pada 10 Februari 2020 yang diwakili Tuan Hasnida Ludin dan Hasriadee Mohd Wasis juga telah memaklumkan bahawa Projek Pemasaran Beras Agro sudah tidak dilaksanakan dan kes tersebut telah diambil alih oleh SPRM," katanya.
Muhammad Sanusi berkata, mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah yang bersidang pada 24 Disember 2019, dimaklumkan bahawa siasatan oleh SPRM telah selesai dan fail kes telah dihantar ke pejabat Peguam Negara untuk tindakan seterusnya.
Katanya, pada 11 Oktober 2021, Kedah Agro menerima makluman isu audit yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2017 berstatus selesai (hijau).
"Jadi kes ini selesai dan perjanjian RM100 juta itu tak berlaku, kes dari 2016 hingga 2017 takkanlah beras tempatan takdak 2023.
"Masuk akal dak, jadi kalau nak sebar berita pun bagi masuk akal, bila ada jawapan lagu ni kantoilah, malulah, kalau nak serbu, serbu elok-elok, pakai 'helmet'," katanya - BH



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/10/ini-kronologi-isu-kontrak-beras-rm100.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Bongkar Penipuan Pembekalan Beras Bernilai Rm100 Juta

Sprm Bongkar Penipuan Pembekalan Beras Bernilai Rm100 Juta

papar berkaitan - pada 9/10/2023 - jumlah : 161 hits
Astro AwaniOktober 9 2023 16 55 MYTPengarah Kanan Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan siasatan kes tersebut mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 Gambar failKUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membongkar keg...
Percepat Produksi 35 Juta Ton Beras Kementan Dan Jasindo Sepakat Perluas Jangkauan Asuransi Pertanian

Percepat Produksi 35 Juta Ton Beras Kementan Dan Jasindo Sepakat Perluas Jangkauan Asuransi Pertanian

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 107 hits
Kementan dan PT Jasindo bersatu tangan memperluas cakupan dan realisasi asuransi pertanian guna mempercepat produksi 35 juta ton beras
Malaysia Sasar Sumbang Rm100 Juta Bantu Palestin

Malaysia Sasar Sumbang Rm100 Juta Bantu Palestin

papar berkaitan - pada 15/10/2023 - jumlah : 277 hits
MALAYSIA menyasarkan untuk memberikan sumbangan RM100 juta bagi membantu serta mendukung perjuangan rakyat Palestin kata Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi Beliau berkata sebagai permulaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika membe...
Kerajaan Peruntuk Rm100 Juta Bagi Manfaat Stem Di Peringkat Sekolah

Kerajaan Peruntuk Rm100 Juta Bagi Manfaat Stem Di Peringkat Sekolah

papar berkaitan - pada 20/10/2023 - jumlah : 142 hits
Sering kali kita mendengar perkataan STEM yang merupakan akronim merujuk kepada bidang Sains Teknologi Kejuruteraan dan Matematik yang mula digunakan oleh National Science Foundation USA sejak 2001 Baru baru ini Perdana Menteri Datuk Seri A...
Kenyataan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Berkenaan Isu Kenaikan Harga Beras Adalah Tidak Benar

Kenyataan Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Berkenaan Isu Kenaikan Harga Beras Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 281 hits
SEBENARNYA Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ingin menarik perhatian semua bahawa poster yang sedang diviralkan ketika ini adalah fitnah dan tidak betul Pihak Pejabat Menteri telah melaporkan perkara ini kepada
Isu Beras Tak Perlu Keluar Kenyataan Ala Lagu Bangau Oh Bangau

Isu Beras Tak Perlu Keluar Kenyataan Ala Lagu Bangau Oh Bangau

papar berkaitan - pada 3/10/2023 - jumlah : 283 hits
SEHARI selepas kolom pojok Belalang di BH Ahad mempersoalkan punca sebenar beras tempatan hilang di pasaran akhbar ini menyiarkan laporan eksklusif di muka depannya semalam menyorot setiap rantaian pengeluaran bekalan makanan ruji di negara...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Jihad Membela Fitnah Pas

Lembaga Kursus Untuk Profesional Guna Meningkatkan Teknik Komunikasi

Kaya Homemade Sukatan Untuk Stok Seminggu

Surah Adh Dhuha