Isu Beras Tak Perlu Keluar Kenyataan Ala Lagu Bangau Oh Bangau


 
SEHARI selepas kolom pojok Belalang di BH Ahad mempersoalkan punca sebenar beras tempatan 'hilang' di pasaran, akhbar ini menyiarkan laporan eksklusif di muka depannya, semalam, menyorot setiap rantaian pengeluaran bekalan makanan ruji di negara ini dan kemungkinan wujudnya ketirisan, 'tangan ghaib' atau manipulasi pihak tertentu sehingga memberi kesan dari segi bekalan dan harga pasaran.
Ini kerana persoalan membelenggu pengguna, iaitu rakyat, apabila pihak terbabit dalam industri pengeluaran beras daripada pesawah, pengilang, pemborong dan peruncit saling menuding persis dalam reaksi setiap pemegang taruh dalam laporan itu, sekali gus mengingatkan kita kepada lagu rakyat, Bangau Oh Bangau.
Justeru, jawapan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu, semalam bahawa kekurangan bekalan beras putih tempatan itu berpunca pembelian panik dicetuskan sebuah video menyebarkan berita palsu bahawa ia bakal kehabisan dan trend pengguna terpaksa beralih kepada produk terbabit dengan tidak lagi membeli beras putih import dibimbangi hanya akan dilihat rakyat tidak lebih daripada menyambung lagu salah-menyalah atau enggan mengambil tanggungjawab sebenar.
Ini diburukkan lagi dengan dakwaan kurang koordinasi antara pengurusan tertinggi KPKM dengan pembekal, pengeluar dan pesawah, selain pegawainya dikatakan jarang 'turun bendang.'
Kita tidak memerlukan jawapan retorik, jauh sekali kenyataan menyalahkan sebuah video tular disimpulkan secara simplistik yang mencetuskan 'kegawatan beras' dalam rantaian pengeluaran sehingga menjejaskan soal berkait secara langsung dengan periuk nasi rakyat.
Kita minta kerajaan menyiasat pelbagai faktor gangguan bekalan, termasuk seperti diperincikan di muka depan akhbar ini seperti keengganan memproses dan kegagalan mematuhi kuota pemprosesan 20 peratus beras putih tempatan ekoran untung kecil atau beras putih import lebih menguntungkan, selain menukar kampit serta ketirisan di sempadan.
Hakikatnya, desakan siasat bukan mahu mencari 'kambing hitam', sebaliknya memastikan pihak 'menahan lukah di penggentingan' dibawa ke muka pengadilan, sekali gus dihukum atas keresahan dialami rakyat dan penambahan beban kewangan negara disebabkan kerajaan terpaksa mengambil langkah penyelesaian seperti mengadakan jualan Rahmah beras putih import dengan harga lebih rendah daripada pasaran dan arahan agensi kerajaan termasuk asrama sekolah menggunakan beras import.
Malah, siasatan menyeluruh dapat membantu kerajaan memastikan krisis tidak berulang dan mewujudkan pelan luar jangkaan kerana keterjaminan makanan kita mudah terkesan dengan perubahan pasaran dunia selagi tahap sara diri beras tidak mencapai sasaran selamat.
Kita juga mengulangi seruan pernah disiarkan di ruangan ini supaya KPKM mula merangka 'naratif pertanian termaju' bersifat realistik, konkrit, strategik dan holistik terutama membabitkan bekalan berkait dengan keterjaminan makanan yang sebenarnya menjadi antara komitmen kerajaan dalam Ekonomi MADANI.
Sampai masanya semua pihak daripada Kerajaan Persekutuan, negeri, industri dan rantaian pengeluaran serta pemegang taruh pelbagai institusi duduk semeja membincangkan pelan menyeluruh menyelesaikan permasalahan yang boleh dianggap sebagai isu keselamatan negara.

Dipetik dari SINI

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/10/kenyataan-ala-lagu-bangau-oh-bangau-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Beras Ini Cara Jokowi

Isu Beras Ini Cara Jokowi

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 228 hits
BARU BARU ini Presiden Jokowi pergi ke gudang beras Perum Bulog di Dramaga Kabupaten Bogor Jawa Barat untuk melihat sendiri stok beras Pada waktu yang sama beliau beri bantuan beras Kalau stoknya masih ada kita akan teruskan bantuan beras b...
Bekas Menteri Pas Tunjuk Jahil Isu Beras Tempatan

Bekas Menteri Pas Tunjuk Jahil Isu Beras Tempatan

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 317 hits
HarapanDaily comAHMAD MURSIUstaz Pas Idris Ahmad komen di Faceboook Beras tempatan 65 Beras import 35 Tiba2 beras tempatan tdk ada Luar tabi i betullah Ini satu contoh bekas Menteri Batu yang Pas pernah lahirkan Bahaya jadi Menteri apabila ...
Mahkamah Tolak Permohonan Lelaki Mahu Keluar Islam Lepas Cerai

Mahkamah Tolak Permohonan Lelaki Mahu Keluar Islam Lepas Cerai

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 452 hits
Hidir Reduan Abdul RashidMahkamah sivil telah menafikan permohonan undang undang seorang mualaf untuk meninggalkan Islam selepas perkahwinannya dengan seorang wanita Islam runtuh lapan tahun lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang tadi men...
Im Siwan Ditangkap Keluar Dating Dengan Penyanyi Wanita Popular

Im Siwan Ditangkap Keluar Dating Dengan Penyanyi Wanita Popular

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 289 hits
Im Si wan dikatakan sedang menjalinkan hubungan bersama dengan seorang penyanyi wanita Eh betul ke ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini satu siaran bertajuk Pelakon Im Si wan dan Kang Hye won didakwa sedang bercinta telah tersebar di laman komun...
Pas Nafi Keluar Arahan Tidak Pertanding Jawatan Tertinggi

Pas Nafi Keluar Arahan Tidak Pertanding Jawatan Tertinggi

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 300 hits
Sinar HarianSHAH ALAM Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menafikan tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa Pas mengeluarkan arahan untuk tidak mempertandingkan lima jawatan tertinggi parti Tuan Ibrahim berkata Pas tidak p...
Bunuh Isteri Jiran Sempat Lihat Suspek Tergesa Gesa Keluar Rumah

Bunuh Isteri Jiran Sempat Lihat Suspek Tergesa Gesa Keluar Rumah

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 222 hits
ARAU Jiran kepada lelaki yang disyaki menikam mati isterinya dengan menggunakan sebilah pisau di sini pagi tadi mengaku terkejut dengan kejadian itu Mad Radzi Ismail 41 yang tinggal bersebelahan rumah mangsa berkata pasangan dikenali sebaga...
Petua Hilangkan Batuk Tanpa Guna Ubat Kahak Pun Boleh Keluar Dengan Mudah

Petua Hilangkan Batuk Tanpa Guna Ubat Kahak Pun Boleh Keluar Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 5/10/2023 - jumlah : 201 hits
Petua Hilangkan Batuk Tanpa Guna Ubat Kahak Pun Boleh Keluar Dengan Mudah Bila anak anak batuk mulalah mama risau Ubat sudah diberi namun batuk si anak masih lagi belum pulih Paling merisaukan apabila anak batuk berkahak Bimbang jika lama l...
Jangan Nak Happy Sangat Keluar Masa Cuaca Jerebu Elak Minum Kopi Untuk Kekal Sihat

Jangan Nak Happy Sangat Keluar Masa Cuaca Jerebu Elak Minum Kopi Untuk Kekal Sihat

papar berkaitan - pada 6/10/2023 - jumlah : 242 hits
jerebu yang melanda negara tidak seharusnya dipandang ringan kerana ia boleh memberi kesan terhadap kesihatan kita Malah sekolah tadika dan taska di Malaysia turut diarahkan tutup serta merta sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara melebih...
Understand Your Target Audience

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

3 Lagu Untuk Ana

Lirik Lagu Anugerah Hati Suki Low Ft Alun Tradisi Ft Yam Tunku Zain

Abaikan Jika Tak Minat

Radiant Concord Wins Court Nod To Sue Dbkl Over Shady Malay Reserve Land Deal

India S Blusmart Caught In Gensol Probe Over Alleged Misuse Of Ev Loans


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Kek Batik Jawa

From Insight To Action The Role Of Data Science Consulting In Smarter Business Decisions

Tabung Prihatin Selangor Raih Rm4 74 Juta