Ini Kata Kata Dr Ismail Tambi Pakar Sakit Tuan
Ini Kata-Kata Dr Ismail Tambi Pakar Sakit Tuan. Kuala Lumpur: 'Usah takut jumpa doktor tuan-tuan, jangan nanti menyesal bila 'ketajaman' hilang, 'tumpul' yang datang. Tindakan 'penyudah' itu penting," itu pesan Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Tambi kepada lelaki yang mula 'goyah' dengan prestasi masing-masing ketika bersama isteri.
Menurut Dr Ismail yang juga Perunding Klinikal Andrologi Damai Service Hospital Kuala Lumpur, beliau didatangi ramai lelaki yang mula menyedari 'kegarangan' mereka ketika bersama isteri mula pudar sejak setahun kebelakangan ini.
Ini Kata-Kata Dr Ismail Tambi Pakar Sakit TuanKata beliau, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut menjadi faktor situasi ditakuti lelaki ini menjelma.
"Sebahagian besar yang datang bertemu saya bagi mendapatkan nasihat berkaitan kemampuan ereksi mereka lingkungan 30-an.
"Mereka ini semuanya sihat, tiada penyakit, malah sebahagian besarnya adalah golongan profesional," katanya.
Cuma, tahap kesihatan tidak menyeluruh memandangkan mereka kurang atau tidak langsung melakukan aktiviti fizikal, sebaliknya sebahagian besar masa hanya berada dalam rumah.
Menurut Dr Ismail, golongan ini mengadu, kehidupan intim mula berubah sepanjang PKP.
Dr Ismail berkata, mereka mengatakan, ia menyebabkan mereka mula berasa kurang mesra dengan pasangan, kurang intim selain agak bosan.
"Apabila bekerja di rumah, ada dalam kalangan mereka mula hilang rasa teruja terhadap pasangan. Mereka juga mengadu, jika berjauhan untuk seketika seperti ketika bekerja di pejabat, rasa teruja serta seronok untuk bertemu pasangan pada waktu tertentu itu kembali segar," katanya.
Menurut Dr Ismail, ia menyebabkan lelaki gagal melaksanakan tanggungjawab terhadap isteri walaupun mereka sihat.
Beliau berkata, lelaki seperti ini mampu berereksi dengan baik dan cergas namun gagal untuk mengekalkan ereksi ketika melakukan hubungan intim bersama pasangan.
"Kelesuan bagi mengekalkan ereksi ini menyebabkan lelaki mudah gementar untuk bersama pasangan kerana bimbang gagal melaksanakan tanggungjawabnya.
"Apabila berlaku perkara seperti ini, lelaki mula bosan dan akhirnya, mereka akan menyendiri sebelum beralih kepada perkara lain seperti pornografi untuk memuaskan diri sendiri sedangkan ia mampu melemahkan syahwat. Ia cukup tidak baik untuk hubungan rumah tangga," katanya.
Menurut Dr Ismail, ramai lelaki hidup dalam dunia fantasi jika berdepan masalah ini dan mereka merasakan ia bukan masalah sebaliknya isu biasa.
Beliau berkata, realitinya, jika isu itu tidak diambil tindakan, ia akan berubah menjadi isu yang boleh menggoncang kerukunan rumah tangga.
"Ketepikan ego, bertemu dengan doktor untuk mendapatkan nasihat. Memang sukar untuk meluahkannya kepada doktor, namun ia sesuatu yang perlu dihadapi dan ditangani," katanya.
Menurut Dr Ismail, sejak hampir setahun ini, puluhan suami atau pasangan bertemunya bagi mendapatkan nasihat berkaitan isu ini.
"Ada yang malu dan datang berseorangan. Mereka mengadu mengalami kesukaran ini dan saya beri nasihat selain cadangan untuk difikirkan.
"Ada juga yang datang bersama isteri dan ia cukup bagus kerana kedua-duanya berterus terang, bersikap terbuka serta nampak kesungguhan untuk menyelesaikan isu berkenaan secara bersama," katanya.
Menurut Dr Ismail, dalam keadaan pandemik ini, ada juga yang hilang kerja selain berdepan masalah kewangan dan ia menimbulkan tekanan daripada segi mental.
Kata beliau, masalah ini turut memberi kesan kepada hubungan intim suami isteri.
"Tekanan yang dialami lelaki ini boleh mencemaskan sistem syahwat seterusnya mengakibatkan masalah ereksi.
"Oleh itu, lelaki dinasihati supaya tidak gementar dengan situasi ini. Bincang dengan isteri, berusaha untuk tingkatkan ekonomi diri. Semoga keadaan kembali tenteram dan semua boleh kembali kepada kehidupan asal," katanya.
Pada masa sama, Dr Ismail menasihati lelaki supaya tidak mengambil jalan mudah dengan membeli 'pil mengarut' kononnya mampu meningkatkan kemampuan seksual dan pelbagai lagi.
"Jangan kita jadikan pil seperti ini sebagai sumber utama menyelesaikan masalah dihadapi. Pil ini semua belum tentu sesuai dan ada kemungkinan, isu dihadapi menjadi semakin parah.
"Perkara utama ialah, bertemu dengan doktor dan dapatkan nasihat atau rawatan sesuai," katanya. - hmetro
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://beritaomg.blogspot.com/2021/12/ini-kata-kata-dr-ismail-tambi-pakar.html