Ini Gerakan Terancang Untuk Gulingkan Dr Mahathir Kata Khairuddin



KUALA LUMPUR – Kenyataan Nurul Izzah Anwar mengenai kepayahan beliau bekerja di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkan sebagai bekas diktator yang telah banyak merosakkan negara dan keluarganya mendapat reaksi dari rakan-rakan Pakatan Harapan.
Antara yang menyelar kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu malam tadi adalah Penyelaras Parlimen Jasin, Khairuddin Abu Hassan dan bekas Naib Presiden PKR, N. Surendran.
Khairuddin menyifatkan pandangan Nurul Izzah yang dilontarkan semasa temuramah dengan Straits Times Singapura itu sebagai amat emosional dan tidak rasional selain tidak beretika.
“Memberi komen-komen negatif terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad di luar negara amat tidak wajar!! Ini cukup tidak beretika!!
“Di dalam negara; kita semua lafaz sokongan pada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia tetapi bila berada di luar negara kita beri gambaran negatif pula terhadap beliau!!” katanya dalam hantaran di laman Faebook.
Nurul Izzah dalam temuramah yang disiarkan semalam turut membuat rumusan kerajaan Pakatan Harapan sebagai dangat mencabar dan huru-hara menyebabkan beliau patah hati untuk terus berada dalam kerajaan.
Mengulas lanjut, Khairuddin turut secara tidak langsung mempertikaikan keikhlasan Nurul Izzah apabila anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menggunakan platform luar negara sedangkan beliau boleh meluahkan rasa tidak puas hati itu kepada Dr Mahathir.
Beliau juga mempersoalkan mengapa Nurul Izzah terus mengungkit kisah-kisah silam di saat semua sudah berikrar untuk berganding bahu secara erat bagi membina semula negara yang beliau dakwa rosak teruk di bawah kerajaan sebelum ini.
“Inilah masalah di antara rakan-rakan dalam Pakatan Harapan!! Segelintir daripada mereka tidak ikhlas sesama sendiri!!
“Sekiranya inilah sikap tidak ikhlas dan tiada semangat kesetiakawanan sesama kita; macam mana tun dr mahathir mohamad nak kemudi negara ke era lebih gemilang dan cemerlang?” soal beliau.
Maruah negara
Beliau juga percaya bahawa Nurul Izzah yang matang dalam politik turut bersetuju pandangan yang dilontarkan terhadap perdana menteri di Singapura sebagai amat tidak beretika dan bakal mengaibkan imej Dr Mahathir serta mencemar maruah negara.
“Ini adalah satu gerakan yang dirancang secara terancang untuk menjatuhkan kredibiliti tun dr mahathir mohamad seterusnya menggulingkan beliau dari jawatan Pedana Menteri Malaysia!!” katanya.
Khairuddin juga merumuskan apa yang berlaku adalah gerakan untuk menggulingkan Dr Mahathir sebagai perdana menteri Malaysia yang masih digerakkan oleh pihak tertentu demi mencapai agenda politik mereka.
Beliau turut menasihatkan perdana menteri supaya berwaspada di antara bulan Mac sehingga November tahun ini.
“Seandainya kalangan parasit ini bersikap keterlaluan; saya akan perangi mereka secara habis-habisan walaupun terpaksa lawan seorang diri!!
“Alang-alang seluk pekasam; biar sampai ke pangkal lengan!!’ Pantang anak melayu berundur sebelum melawan!!” katanya.
Sementara itu bekas Naib Presiden PKR, N. Surendran di laman Twitternya juga mempertikaikan kenyataan Nurul Izzah dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima.
“Adakah ini boleh diterima? Ketika ada pertikaian tentang perjanjian air dan konflik wilayah, ahli parlimen PH menyatakan bahawa perdana menteri sebagai “bekas diktator yang menyebabkan banyak kerosakan’ dalam wawancara akhbar harian utama Singapura.
“Masa, ruang dan cara ia disampaikan, semuanya tidak betul,” kata Surendran.
Dalam temuramah itu, Nurul Izzah yang meletak jawatan dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) juga membangkitkan tindakan Pakatan Harapan menerima masuk wakil rakyat Barisan Nasional yang melompat parti. – MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mediaterjah.com/2019/03/ini-gerakan-terancang-untuk-gulingkan-dr-mahathir-kata-khairuddin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Mahathir Negarawan Islam Kata Pm Pakistan Imran Khan

Dr Mahathir Negarawan Islam Kata Pm Pakistan Imran Khan

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 356 hits
Perdana Menteri Pakistan Imran Khan menyifatkan rakan sejawatnya Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai negarawan Islam yang telah merubah Malaysia menjadi sebuah model teladan untuk dunia Islam Beliau berkata Pakistan ber...
Hadi Tak Bodek Mahathir Kata Pas

Hadi Tak Bodek Mahathir Kata Pas

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 397 hits
Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob tampil mempertahankan kenyataan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bukan seorang bekas diktator tetapi hanya seorang yang tegas Ahmad ...
Pakistan Juga Berdepan Masalah Bekas Pemimpin Rasuah Kata Dr Mahathir

Pakistan Juga Berdepan Masalah Bekas Pemimpin Rasuah Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 396 hits
Dr Mahathir Mohamad menamatkan lawatan kerja 3 hari ke Pakistan pada Sabtu ISLAMABAD Banyak bidang kerjasama boleh diterokai Pakistan dan Malaysia yang mampu memberi kelebihan buat kedua dua negara kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad M...
Malaysia Hadi Tak Bodek Mahathir Kata Pas

Malaysia Hadi Tak Bodek Mahathir Kata Pas

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 358 hits
Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob tampil mempertahankan kenyataan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bukan seorang bekas diktator tetapi hanya seorang yang tegas Ahmad ...
Sekarang Saya Boleh Minta Wang Dari Mokhzani Kata Dr Mahathir

Sekarang Saya Boleh Minta Wang Dari Mokhzani Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 487 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menolak dakwaan nepotisme selepas anaknya Mokhzani dilantik untuk mengetuai persatuan sukan permotoran negara Orang tuduh kita macam macam kerana sebab politik dan praktikal katanya selepas pelan...
Semua Penjawat Awam Perlu Ikat Perut Zaman Pakatan Harapan Ini Kata Mahathir Viralhancing

Semua Penjawat Awam Perlu Ikat Perut Zaman Pakatan Harapan Ini Kata Mahathir Viralhancing

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 398 hits
KUALA LUMPUR 25 Mac Semua penjawat awam diminta ikat perut buat sementara waktu sehingga kerajaan dapat mengatasi masalah kewangan negara yang dicipta oleh kerajaan terdahulu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pada waktu ini ke...
Tidak Mahu Berdiam Diri Inilah Kata Kata Tun Mahathir Yang Di Tunggu Seluruh Dunia Islam

Tidak Mahu Berdiam Diri Inilah Kata Kata Tun Mahathir Yang Di Tunggu Seluruh Dunia Islam

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 427 hits
Trump Ratu Elizabeth kutuk serangan masjid di New Zealand WASHINGTON Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengutuk serangan dan pembonuhan beramai ramai di dua masjid di New Zealand ketika solat Jumaat hari ini sehingga meng0rbankan 49 or...
Jet Pejuang Malaysia Masih Berfungsi Baik Kata Pm Dr Mahathir

Jet Pejuang Malaysia Masih Berfungsi Baik Kata Pm Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 831 hits
Dr Mahathir menaiki Jet Embraer s E190 E2 ketika lawatan di Tarmec sempena LIMA 19 edisi ke 15 Foto NSTP Eizairi Shamsudin LIMA LANGKAWI Pesawat tempur milik negara masih lagi berfungsi dengan baik dan mampu digunakan untuk beberapa tahun l...
Takaful Malaysia Catat Prestasi Berdaya Tahan Dengan Pendapatan Rm1 85 Bilion

Kotak Packaging Barang Kemas Custom Eksklusif Elegan Tingkatkan Nilai Produk Anda

Aktiviti Avocake Pukis Delight By Elegance Group Lancar Produk Hiliran Terbaharu Berasaskan Santan Ppim 22 08 2025

How To Spot Genuine Free Money Offers In The Casino World

Sukan Sea Pekak 2025 Pelari Pecut Negara Sapu Bersih Acara 100m Berita Harian

Aktiviti Seminar Scamproof Safeguarding Malaysia Consumers Financial Future Ppim 20 08 2025

Monolog Khas Jumaat 22 Ogos 2025

Masih Ramai Tak Tahu Ini 14 Kategori Barangan Sara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


5 Questions Akmal Must Answer

Rise Of The Phoenix Instead Of Subduing Him Has Charging Rightist Akmal In Court Lifted Him As A Martyr

Koci Kuih Kacang Hitam Sarapan Pagi Hari Ini

Yummy Beef Meatball Recipe Blw

Schizzo Redux Walzwerk S Made To Order Bmw R 12 Caf Racer

Penumpang Cemas Flap Sayap Pesawat Patah