Ini Cerita Kawan Saya Haziq Yang Dirosakkan Oleh Ahli Politik
   MINDA RAKYAT -    KHALID ISMATH 

Haziq adalah kawan lama saya. Sahabat lama yang akrab bermula tahun  2011. Selepas saya keluar daripada GAMIS, sebuah gerakan mahasiswa  Islam, saya dan haziq direkrut bersama oleh Kumpulan Aktivis Mahasiswa  Independen (KAMI).
Ketika itu, saudara Hilman (kini seorang ADUN) merupakan Pegawai Khas  kepada Azmin Ali. Beliau merupakan pemimpin KAMI sebelum itu.
Ketika saya bertugas dengan Hilman dibawah pejabat Azmin Ali untuk seketika, Haziq sedang intern di Lawyers For Liberty(LFL). 
Beliau seorang yang idealis. Kami dididik dengan semangat politik yang  garang dan pemimpin yang menasihati dan melatih KAMI ini antaranya ialah  Hishamudin Rais, Anwar Ibrahim dan pada zaman saya, saya suka membawa  tokoh-tokoh baru yang bukan berunsur politik antaranya dari Iran dan  juga aktivis rakyat seperti Mat Saman Kati dan reformis dari Indonesia.  Sesekali saya menyelitkan fahaman sosialis kerana KAMI lebih condong  kepada fahaman neoliberal sebelum saya menyertainya.
KAMI memang rapat dengan Parti Keadilan.  Hubungan mesra antara KAMI dan  pemimpin PKR tidak boleh dinafikan. Program Anwar, Rafizi, dan peminpin  muda seperti Dr Afif dan Hilman pasti KAMI akan turut serta. 
Haziq adalah seorang anak muda yang berani, garang dan liar.  Tidak  mudah dikawal pemikirannya.  Sangat progresif dan radikal.  Begitulah  juga semua yang berada didalam KAMI. 
Setiap kali Haziq ingin pulang ke kampung halaman di Sarawak, keretanya  akan ditinggal di rumah saya. Jadi, keluarga saya memang mengenali  Haziq. Saya merupakan timbalannya.  Hubungan kami baik sehinggalah pada  satu ketika, Haziq dipengaruhi semangat kebendaan. Beliau menyertai  Mahasiswa Keadilan dan meninggalkan gerakan mahasiswa yang tulen. 
Pemikiran Haziq ketika itu sudah ibarat lembu dicucuk hidung. Kami  renggang. Ramai didalam KAMI pergi meninggalkan kami dan menyertai  Mahasiswa Keadilan yang menjanjikan posisi politik  dan kerjaya politik.  
Lepas pada itu Haziq tidak macam dahulu lagi. Beliau melompat-lompat  dari satu team ke satu team.  Dari team Rafizi ke team Azmin. Kemudian  kami mendapat tahu dia menyertai BN. Menjadi orang kanan bergaji kepada  seorang menteri di Sarawak.
Kehidupannya ketika itu mewah. Dan itulah yang dia inginkan. Ketamakan  kuasa, haloba menjadikan maruahnya murah. Tidak berani lagi mengkritik,  hilang sifat radikal dan melawan. Rela menjadi orang suruhan sesiapa.
Belum sempat menjamah kemewahan didalam BN, kerajaan bertukar. Haziq  segera kembali ke pangkuan PKR. Dibawah kem Azmin. Kartel. Parti dan kem  asal yang menenggelamkan radikalisme anak muda seperti Haziq.
Haziq yang tiada apa jawatan penting dalam parti, baru sahaja melompat  kembali, secara tiba-tiba dilantik menjadi Setiausaha Sulit Kanan  seorang menteri dengan gaji asas sekurang-kurangnya RM 7000. Ini pasti  sesuatu yang mencurigakan. Orang yang tiada apa-apa pengaruh dan jawatan  dalam PKR dilantik sebagai SETIAUSAHA KANAN oleh kem Azmin. mengapa?
Sebagai rakan karib lama, yang pernah tidur sekali, sama ada di hostel  mahupun lokap,  didalam kereta atau ditepi jalan, apa yang saya lihat  ialah kes Haziq ini tidak boleh diletakkan kesalahannya kepada Haziq  semata-mata.
Didalam PKR, segelintir pemimpin yang menggunakan staff untuk kepuasan  nafsu tidak boleh dinafikan lagi. Sebelum zaman Saiful Buhari lagi,  beliau seorang staff di PKR, menjadi alat pemuasan nafsu pemimpin, dan  kini Haziq, maka pemimpin parti itu juga wajib dipertanggungjawabkan! 
Staff tidak boleh dijadikan hamba politik termasuk nafsu serakah  pemimpin. Ini bukan kali pertama atau kedua,  tetapi banyak lagi kes  staff parti dalam PKR dan lantikan kerajaan oleh pemimpin PKR yang  menjadi mangsa sebegini. 
Parti politik yang memansuhkan idealisme anak muda. Menanam barah  politik berasas harta. Mengajar menjadi tunduk, mengejar mewah, dan  berkata dusta, seterusnya menjadi hamba yang sanggup berbuat apa sahaja  untuk kemewahan dan posisi.
Nah akibatnya. Kini tidak boleh dibendung lagi. 
Semoga Haziq segera kembali ke pangkuan keluarga. Saya dimaklumkan orang  tuanya masih mencari dimana Haziq. Walaupun kemarahan saya masih belum  hilang memikirkan bagaimana Haziq meninggalkan KAMI, saya berharap  beliau tidak dipergunakan lagi. 
Ahli-ahli Pakatan Harapan yang tidak henti-henti mereka cerita dan  penerangan bagi pertahankan pemimpin mereka yang tampak suci walhal  jijik, akan menjadikan mangsa seks dalam kalangan staff parti dan  kerajaan oleh pemimpin PKR berleluasa. Akan mematikan jiwa idealis anak  muda.
Segera hukum boss-boss ini supaya tidak menjadikan anak muda bertindak  bangang dimasa hadapan. Henti mendidik anak muda dgn politik kebendaan.
 
 Ketika pertemuan dengan mahasiswa Patani Thailand. 
 
 Paling kiri. Ketika sesi bersama seorang pemimpin Iran 
 
 Paling kanan. Ketika isu mahasiswa KUIN dibuang pengajian. 
 
 Ketika protes di UIA, demontrasi membantah pemecatan Prof Aziz Bari 
 
 Duduk di kerusi berbaju putih ketika di Kelab 50B. Bangsar. Menjadi moderator program KAMI 
 
 Isu kebebasan akademik 
 
 aktivis2 KAMI ketika protes bantah akta perhimpunan aman 
 
 Ketika Hishamudin Rais merasmikan pelancaran dana KAMI 
 
 Ketika kami berdua ditahan di KL Sentral secara tiba-tiba. Zaman ini  aktivis mahasiswa diburu kerana lantang melawan kerajaan Najib. 
 
 Semasa di UPSI 
 
 Protes berkhemah tawan Dataran Merdeka tuntut pendidikan percuma
KHALID ISMATH
Sumber LINK
MR :  Pemikiran bermatlamatkan kebendaan menghasil politik hancing
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/ini-cerita-kawan-saya-haziq-yang.html