Itu Bukan Haziq Kata Kawan Kawannya



RAKAN karib Muhammad Haziq Abdul Aziz, yang merupakan graduan undang-undang di Universiti Malaya (UM), mengatakan mereka tidak pernah mengetahui rakannya itu adalah gay.

Dua rakan karib, yang juga merupakan kenakan keluarga Muhammad Haziq, 27, berkata, mereka mengenali Haziq lebih sedekad dan sepanjang perkenalan itu, rakannya itu tidak pernah menjadi gay dan menjalinkan hubungan yang baik dengan seorang wanita selama bertahun-tahun. 

"Dia mempunyai teman wanita sebelum ini. Mereka menjalinkan hubungan lama sebelum saya mendapat tahu mereka telah berpisah, baru-baru ini," kata seorang rakan.

Seorang rakan Muhammad Haziq yang sama-sama belajar di Sekolah Sains Alam Shah di Cheras berkata, dia seorang yang kuat agama dan aktif dalam persatuan pelajar Islam di sekolah.

"Dia seorang yang kuat agama semasa zaman sekolah dan dia pernah mendedahkan seorang budak lelaki lain yang 'menyentuh' pelajar junior semasa mereka sedang tidur. Dia amat tegas pasal hal tu.

"Saya tahu dia dah lama ada teman wanita. Dia datang dari keluarga yang baik-baik dan dihormati di Kuching. Dia begitu rapat dengan keluarganya.

"Saya yakinkan ibunya untuk izinkan dia ambil jurusan undang-undang selepas SPM. Kami bersama-sama pergi ke Toulon, Perancis untuk kursus kepimpinan.

"Kami bersama mengasaskan Mahasiswa Keadilan Malaysia. Kemudian kami membawa haluan masing-masing kerana saya mula melakukan kerja-kerja NGO manakala dia lebih kepada parti politik," ujar seorang rakan.

Sejak Selasa, video yang memaparkan dua lelaki melakukan hubungan seks dengan salah seorangnya mirip menteri tersebar di media sosial.

Pada Rabu, Muhammad Haziq membuat pengakuan di Facebook bahawa dia merupakan lelaki di dalam video seks itu.

Dia juga menyebut nama menteri yang didakwa bersama dalam rakaman itu dan menyelarnya tidak layak menjadi pemimpin.

Muhammad Haziq juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat menteri tersebut kerana rasuah. - The Star


Sementara itu FMT melaporkan Ketua Cabang Santubong turut menafikan individu yang mengaku dirinya itu adalah Haziq..

KUCHING: Ketua PKR Cabang Santubong, Ahmad Nazib Johari berkata, lelaki dalam video dimuat naik ke Facebook yang mengaku dirinya mengadakan hubungan seks sejenis dengan seorang menteri bukan Ketua Pemuda bahagiannya, Muhammad Haziq Aziz.  “Haziq bukan macam ini. Rambutnya tidak seperti ini apabila saya jumpa dia 4 hari lalu,” kata NazibDalam rakaman video selama 30 saat yang dimuat naik awal pagi tadi, Haziq yang dikatakan selalu ke gim mengaku dirinya ialah lelaki dalam beberapa klip video seks sejenis yang tersebar di WhatsApp sejak semalam.  Beliau menamakan seorang menteri kanan yang juga pemimpin PKR sebagai pasangan seksnya. Tetapi, Nazib menafikan itu ialah Haziq yang bercakap. “Dia sudah lama tidak pergi ke gim, badannya tidak sebesar dalam video itu.”
Kesimpulannya... Ini adalah pengajaran buat pemimpin-pemimpin PH khususnya PKR yang kelihatan lebih selesa mengangkat macai-macai UMNO/BN untuk berkhidmat di bawahnya setelah menguasai Kerajaan..

Serba sikit tentang mamat tu..

Kecewa bila cita-citanya untuk menjadi Exco AMK Pusat tidak tercapai, mamat ini dikatakan telah membawa diri ke US selama lebih kurang 6 bulan..

Setelah pulang ke Malaysia beliau menyambung pelajarannya di UM, kemudiannya beliau pulang ke Sarawak.

Beliau menyertai PBB dengan cita-cita untuk menjadi Calon dalam Pilihanraya Negeri, oleh itu beliau berkhidmat dengan YB Nancy Shukry Ahli Parlimen Batang Sadong.

Malangnya BN tumbang kepada PH pada PRU14 yang lalu dan beliau tidak lagi boleh bergantung kepada BN untuk survival politiknya..

Biarpun ketika bersama YB Nancy dari BN, Haziq antara individu yang lantang mengutuk KEADILAN dirinya tetap beruntung kerana telah dikutip oleh YB Samsul Iskandar yang telah melantiknya sebagai Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama.

Untungkan jadi macai?

Percaya sangat dengan macai tu... padan muka..




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/06/itu-bukan-haziq-kata-pemimpin-pkr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aku Cuma Mangsa Situasi Je Rakan Dedah Perbualan Whatsapp Dengan Haziq Nafi Buat Kerja Terkutuk Itu Tetapi

Aku Cuma Mangsa Situasi Je Rakan Dedah Perbualan Whatsapp Dengan Haziq Nafi Buat Kerja Terkutuk Itu Tetapi

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 613 hits
The ReporterSelepas Ketua PKR Cabang Santubong tampil mempertahankan rakannya Haziq Abd Aziz yang didakwa melakukan hubungan sejenis dengan seorang menteri tampil pula rakan Haziq berkongsi serba sedikit mengenai Setiausaha Sulit Kanan kepa...
Tak Ambil Tindakan Pada Haziq Cemar Nama Pkr Kata Penasihat Azmin

Tak Ambil Tindakan Pada Haziq Cemar Nama Pkr Kata Penasihat Azmin

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 506 hits
News Diterbitkan Hari ini 4 53 petang Khalid Jaafar yang merupakan penasihat Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali mengkritik PKR kerana tidak mengambil tindakan terhadap Ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz Menurut Kh...
Haziq Aziz Mahu Ke Manila Kata Pengarah Jsj Bukit Aman

Haziq Aziz Mahu Ke Manila Kata Pengarah Jsj Bukit Aman

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 346 hits
Haziq Abdullah Abdul Aziz dijadual berlepas ke Manila berdasarkan tiket penerbangannya sebelum ditahan Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR 15 Jun Haziq Abdullah Abdul Aziz lelaki yang mengaku sebagai individu dalam video lucah dengan mengai...
Haziq Rapat Dengan Kem Rafizi Kata Timbalan Ketua Amk Sabah

Haziq Rapat Dengan Kem Rafizi Kata Timbalan Ketua Amk Sabah

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 389 hits
KUALA LUMPUR Muhammad Haziq Abdul Aziz individu yang mengaku dalam video intim bersama seorang lelaki mirip menteri Kabinet didakwa rapat dengan kem Reformasi 20 tahun dibawah bekas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli semasa pemilihan PKR tah...
Retaining Talent For Startup Growth

Seminar Kenegaraan Malaysia Madani Pelajar Prauniversiti Ppd Bachok

Jamuan Makan Kecil Untuk Kawan

Papagomo Apologises To Igp Over Defamatory Remarks

Japanese Seaweed Guide Common Types How To Use Them

Saya Takut Tak Pandai Jadi Ayah Kenangan Khir Rahman Dengan Arwah Abah Masa Dapat Anak Sulung

3 Cara Menghilangkan Objek Di Foto Tanpa Install Program Atau Aplikasi Dulu

Who Is Really Behind Lim Seong Hai The Company That Took Menara Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mca Reminds Bn Leaders To Focus On Coalition S Survival Revival Instead Of Relying On Others

Deferred Prosecution Agreement Tabling Amendments In 2026 Azam

Siti Kasim I Ll From Now On Mercilessly Track Down Detractors To The Wormhole For Slandering Me

Sebar Kandungan Palsu Libatkan Institusi Diraja Pempengaruh Media Sosial Disiasat

Tahniah Anakku Untuk Kejayaan Cemerlang Dalam Spm 2024

Adik Waniey Di Sana Kasihku Di Sini Cintaku Chord