Antara Politik Longkang Dan Ahli Politik Berperangai Macam Longkang




Shahbudin Husin 14 June 2019 Politik Semasa        Apabila tersebar video semburit yang didakwa melibatkan Azmin Ali dengan Haziq Aziz, sekali lagi ramai yang bercakap mengenai politik longkang.


Mereka melihat penyebaran video tersebut sebagai satu lagi taktik kotor untuk menjatuhkan seseorang yang bergelar pemimpin.


Jika diimbas, bermula dengan Vijindran, Chua Soi Lek, Anwar Ibrahim dan terkini Azmin, penyebaran video seks untuk menjatuhkan seseorang bukanlah perkara asing lagi.


Yang tidak asing hanyalah pemimpin politik di negara kita seolah-olah tidak pernah belajar daripadanya dan bagaimana untuk mengawal nafsu mereka daripada melakukan sesuatu yang kotor, terlarang dan memungkinkan mereka jatuh ke dalam longkang.


Memang secara umumnya kita menolak amalan politik longkang iaitu menjatuhkan seseorang dengan mendedahkan keaiban mereka kepada umum, baik melalui gambar, video dan sebagainya.


Keaiban seseorang seharusnya dilindungi, bukan didedahkan.


Tetapi, dalam waktu yang sama, hendaklah juga disedari bahawa pemimpin politik adalah milik masyarakat. Dekatnya soal kehidupan mereka dengan masyarakat tidak boleh dijarakkan dengan mudah.


Oleh itu, selain ahli politik bercakap soal yang baik-baik dan menyeru kepada kebaikan, kehidupan biasa mereka juga seharusnya sentiasa baik. Ini kerana semuanya akan jadi perhatian umum.


Bagaimana rumah mereka, apa kereta yang dipandu, bagaimana isteri mereka bergaya, kehidulan anak-anak dan sebagainya, semuanya adalah sasaran teropongan rakyat.


Bermakna, jika hal-hal biasa pun menjadi perhatian, apa lagi kalau melibatkan aksi dalam bilik tidur atau di atas katil.


Sebagai idola masyarakat, pemimpin politik tidak akan terlepas daripada perhatian mengenai apa saja yang mereka lakukan.


Dalam hal ini, apa yang penting, siapa juga yang menjadi pemimpin politik, mereka haruslah menjadi individu yang mampu mengawal diri dan nafsu.


Sebagaimana mereka selalu bercakap mengenai perkara-perkara baik dan menyeru kepada kebaikan, prinsip yang sama seharusnya dipraktikkan dalam diri mereka terlebih dahulu.


Jika mereka bercakap mengenai perkara-perkara baik dan menyeru kepada kebaikan, sedangkan diri mereka sendiri bergelumang dengan kekotoran secara sembunyi-sembunyi, bermakna mereka adalah hipokrit, berpura-pura dan bukan jenis pemimpin yang baik.


Mereka yang seperti itu tidak layak menjadi pemimpin. Pemimpin politik tidak boleh punya dua wajah. Wajah mereka mesti satu saja iaitu mesti sama, tidak kira ketika di rumah, bersama penyokong, bersama kawan-kawan rapat, ketika menginap sendirian di hotel atau ketika berada di luar negara.


Sebab itu, apabila terdedah keburukan seseorang pemimpin, pilihan yang terbaik dan biasa bagi mereka ialah meletakkan jawatan dan mengundur diri. Bermaksud, orang yang kotor tidak layak menjadi pemimpin.


Lebih-lebih lagi dalam era media sosial dan kamera boleh disembunyi di mana-mana ketika ini, pemimpin politik seharusnya lebih mampu mengawal diri dan nafsu mereka.


Episod yang melanda Azmin adalah satu lagi detik malang, bukan saja dalam era Malaysia Baru, tetapi juga kepada negara.


Jika seseorang itu ingin menjadi pemimpin politik dan dalam masa yang sama mahu juga melayan nafsu serakah dan terghairah kepada perkara pelik-pelik, lebih baiklah jangan jadi pemimpin politik. Jadilah orang biasa saja.


Ini kerana jika terdedah sebarang video mengenai mereka, diri sendiri, keluarga, isteri, anak menantu dan penyokong juga yang akan malu akhirnya.


Memanglah mudah menyalahkan penyebaran video, baik melibatkan hubungan seks dengan wanita atau sejenis sebagai politik longkang, tetapi politik longkang tidak akan berlaku jika ahli politik tidak berperangai macam longkang.


Punca politik longkang adalah daripada kelakuan ahli politik itu sendiri yang macam longkang. Kalau mereka tidak berperangai macam longkang, politik longkang tidak akan wujud sama sekali.
Maka, untuk menghindarkan politik longkang, buanglah dulu apa-apa perangai macam longkang yang ada dalam diri setiap pemimpin. (Shahbudindotcom 14/06/2019)





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/06/antara-politik-longkang-dan-ahli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Politik Macam Longkang Usah Alih Perhatian Ke Politik Longkang

Ahli Politik Macam Longkang Usah Alih Perhatian Ke Politik Longkang

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 542 hits
Laman blog ini ada mengulas tentang amalan politik menghalalkan cara aka politik longkang sebelum ini Kalau di pentas politik dunia Bapa Politik Longkang ialah Niccolo Machiavelli Tapi di Malaysia siapakah pula pengasas atau pembawa budaya ...
Rekod Sprm 1 300 Ditangkap 30 Ahli Politik Vvip 13 Ceo 137 Pegawai Pengurusan Profesional

Rekod Sprm 1 300 Ditangkap 30 Ahli Politik Vvip 13 Ceo 137 Pegawai Pengurusan Profesional

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 440 hits
Malaysia mencapai kadar sabitan rasuah sebanyak 91 peratus dan tangkapan tinggi dalam tempoh setahun ketika SPRM diterajui oleh Mohd Shukri Abdull sebagai ketua pesuruhjayanya Bagi tempoh Mei 2018 hingga Mei 2019 agensi itu membuat tangkapa...
Pemimpin Pas Pelakon Politik Macam Orang Lain Husam

Pemimpin Pas Pelakon Politik Macam Orang Lain Husam

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 559 hits
Tidak ada apa apa kelebihan pada pemimpin PAS berbanding ahli politik lain kata Naib Presiden Amanah Husam Musa Menurut Husam pemimpin PAS aktor politik yang menggunakan agama dalam percaturan mereka manakala Umno pula menggunakan isu Melay...
Badan Dia Sekarang Tak Besar Macam Dalam Video Rakan Politik Dakwa Fb Haziq Digodam

Badan Dia Sekarang Tak Besar Macam Dalam Video Rakan Politik Dakwa Fb Haziq Digodam

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 822 hits
Susulan viral video hubungan sejenis yang melibatkan pemimpin Parti Keadilan Rakyat Ketua PKR Cabang Santubong Ahmad Nazib Johari tampil menafikan bahawa individu dalam video pengakuan bersumpah itu kononnya adalah Haziq Abd Aziz Menurut Ah...
Ini Cerita Kawan Saya Haziq Yang Dirosakkan Oleh Ahli Politik

Ini Cerita Kawan Saya Haziq Yang Dirosakkan Oleh Ahli Politik

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 577 hits
Haziq adalah kawan lama saya Sahabat lama yang akrab bermula tahun 2011 Selepas saya keluar daripada GAMIS sebuah gerakan mahasiswa Islam saya dan haziq direkrut bersama oleh Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen Ketika itu saudara Hilman m...
Mau Ahli Jualan Terapkan Panduan Jitu Ini

Mau Ahli Jualan Terapkan Panduan Jitu Ini

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 309 hits
Pembahasan kita sekarang yakni Reseller yaitu pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Kalau Anda ingin berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan ingin punya pendapatan tambahan mak...
Ini Dia Beberapa Prinsip Penting Entrepreneur Ahli Jualan

Ini Dia Beberapa Prinsip Penting Entrepreneur Ahli Jualan

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 343 hits
Di artikel ini kami akan ulas tentang Reseller ialah pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Kalau Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan mau memiliki penghasilan tamba...
Apa Aja Kunci Jitu Ahli Jualan Untuk Entrepreneur

Apa Aja Kunci Jitu Ahli Jualan Untuk Entrepreneur

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 440 hits
Topik kita sekarang yaitu Reseller ialah pihak yang membeli produk dari produsen suplier dan menjual kembali produk tersebut Bila Anda mau berbisnis tanpa modal besar tanpa pusing mikir produk dan mau memiliki pendapatan tambahan maka resel...
Nilai Ahli Ibadah Dan Seorang Yang Baik Akhlaknya

Nilai Ahli Ibadah Dan Seorang Yang Baik Akhlaknya

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 5918 hits
Seorang Guru Sufi ditanya tentang 2 keadaan manusia 1 Manusia rajin sekali ibadahnya namun sombong angkuh dan selalu merasa suci 2 Manusia yang sangat jarang ibadah namun akhlaknya begitu mulia rendah hati santun lembut dan cinta dengan ses...
Gaslighting With Education Quota System

Pasar Saloma Di Padang Mpaj Pandan Indah

Irfan Harris Tak Dapat Menahan Sebak Lihat Kakak Amira Othman Selamat Bergelar Isteri Fattah Amin Adik Paling Manja

Jangan Cetuskan Drama Tidak Perlu Anzalna Berharap Amira Othman Tidak Dibandingkan Dengan Sesiapa

Mayat Bayi Ditemukan Di Pesisir Sungai Air Kala Gerik

Dapat Beli Adidas Slyn Sandal Pujaan Hatiku

Bencana Tanah Runtuh Di Sabah Ragut 12 Nyawa

Aku Perhati Siapa Bawa Dulang Even Minat Gila Jadi Pengapit Untuk Amira Othman Amp Fattah Netizen Ugut Nak Unfollow


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Afc Champions League Elite 2025 2026 Buriram Vs Jdt

Join Jb Car Free Morning Di Mbjb Jalan Dato Onn

Drama Puteri Kelas Atas

Mungkin Orang Anggap Aku Sekadar Mengarang Cerita

Breaking News After A 33 Year Hiatus Lancia Returns To Wrc With New Toy Ypsilon Rally2 Hf Integrale

10 Momen Perjalanan Cinta Tasya Farasya Dan Ahmad Assegaf Dari Awal Hingga Kabar Gugatan Cerai