Ini 8 Sajian Mi Bihun Yang Sedap Korang Boleh Cuba Sebab Senang Je Masaknya


Asyik makan nasi je, apa kata sekali sekala kita tukar pada mi atau bihun untuk hidangan utama keluarga.Malah ini idea bagus untuk hidangan tetamu yang berkunjung ke rumah. Tambahan pula semua menu ini disukai oleh ramai rakyat Malaysia. Berikut RASA kongsikan lapan menu mi yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia.  Anda boleh cuba salah satu  kerana kesemua menu ini sangat sedap dan mudah disediakan.
MI GORENG MAMAK
BAHAN-BAHAN:
1kg mi kuning40gm bawang merah kisar30gm bawang putih kisar20gm cili boh30gm kuah kacang segera100gm bebola ikan hiris100gm fish cake | hiris100gm isi ayam potong dadu50gm udang1 keping tauhu | goreng hiris nipis3 biji telur50gm tauge50 sawi | potongMinyak masak secukupnyaBAHAN  KUAH KACANG:
300gm kacang tanah500gm bawang merah kisar300gm bawang putih kisar30gm udang kering500gm cili boh3 liter airGaram dan gula secukupnyaMinyak masak secukupnya CARA MEMASAK:
Untuk memasak kuah kacang; kacang tanah disangai dan dibuang kulit. Kemudian dikisar halus bersama udang kering.Tumis bawang merah dan bawang putih hingga terbit bau.Masukkan cili boh dan tumis hingga masak. Masukkan kacang yang dikisar tadi dan air. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. KetepikanPanaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih sehingga masak.Masukkan cili boh satu sudu makan dan tumis sehingga masak.Masukkan kuah kacang yang telah dimasak tadi dan masak sehingga sedikit kering. Masukkan mi kuning bebola ikan, fish cake dan isi ayam.Pastikan bahan-bahan mentah sudah masak.Masukkan tauhu goreng, tauge dan sawi.Pecahkan tiga biji telur di tengah kuali, biar seketika barulah digaul sekata.Angkat dan sedia dinikmati panas-panas.
CHAR KUETIAU
BAHAN-BAHAN:
1kg kuetiau150gm udang50gm bawang putih kisar50gm cili boh30ml kicap cair10gm lada putih2 biji telur30gm tauge50gm kucaiMinyak masak secukupnya CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masuk udang dan ditumis sebentar. Masukkan bawang putih, terus masukkan kuetiau untuk digaul bersama.
2. Semasa gaul, pastikan kuetiau tidak melekat antara suatu sama lain.
3. Masukkan cili boh, lada putih dan kicap cair, gaul sehingga rata.
4. Pecahkan telur di tengah kuali dan kacau sehingga sedikit kering dan gaulkan bersama kuetiau.
5. Masukkan kucai dan tauge.
6. Hidangan siap dihidangkan.

MI SOTO AYAM
BAHAN-BAHAN:
1kg mi kuning | celur1liter air2gm bunga lawang5 helai daun limau purut |kisar2gm biji pelaga2gm kulit kayu manis50gm bawang merah | kisar30gm bawang putih | kisar5gm halia1/2 paket rempah sup1 batang serai | titik5gm jintan manis5gm jintan putih5gm serbuk lada hitam50gm isi ayam20gm serbuk ketumbar10ml minyak masak400gm nasi impit | rebus100gm bawang goreng | hiasan30gm tauge | hiasanSedikit hirisan cili merah | hirisanGaram dan perasa secukupnyaBAHAN  SAMBAL KICAP CILI PADI:

20gm cili padi merah/cili api5gm bawang putih150ml kicap lemak manis5ml air limau nipis CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan tiga sekawan iaitu buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai, daun limau purut yang telah dikisar sehingga naik bau.
3. Masukkan rempah sup, serbuk ketumbar dan serbuk lada hitam dan tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air biar sehingga mendidih. Masukkan isi ayam dan perasakan dengan garam secukup rasa.
5.Biar mereneh dan tutup api.
6. Untuk membuat sambal kicap, kisar semua bahan. Seimbangkan rasanya.
7. Untuk menghidang, masukkan mi ke dalam bekas. Masukkan potongan nasi impit. Tuang kuah soto dan hiaskan dengan bawang goreng,hirisan cili merah, tauge di atasnya. Sedia dinikmati.

BIHUN SINGAPORE
BAHAN-BAHAN:
1kg bihun | rendam dan tos10ml minyak masak50gm bawang merah kisar30gm bawang putih kisar5gm lada putih5gm lada hitam100gm isi ayam potong dadu100gm udang100gm sotong50gm lobakmerah hiris panjang10gm daun bawang hiris panjang1 biji telur10gm cili merah hirisSedikit daun kucai | hirisSedikit taugeGaram dan perasa secukupnyaCARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak, tumis bawang merah, bawang putih sehingga masak
2. Masukkan lada putih dan lada hitam. Masukkan isi ayam, udang dan sotong. Masak dan pastikan bahan-bahan tersebut masak sepenuhnya.
3. Masukkan mihun dan pecahkan telur di tengah kuali dan gaul sekata.
4. Masukkan sayur-sayuran dan gaul sehingga sebati.

MI LADNA
BAHAN-BAHAN:
1kg mi kuning | celur10gm halia kisar30gm bawang putih kisar100gm isi ayam50 sotong50gm udang50gm sawi5 biji cili padi | belah dua50gm lobak | hiris50gm bunga kobis | potong4 biji cendawan butang dalam tin | hiris500 liter air30ml sos tiram5ml minyak bijanSedikit tepung jagungMinyak masak secukupnyaGaram dan perasa secukupnya CARA MEMASAK:
1. Tumis halia,bawang putih yang dihiris halus.
2. Masuk kan isi ayam, udang dan sotong. Biarkan sehingga masak.
3. Tambahkan sos tiram, gaul sehingga sebati dan masukkan air.
4. Pekat kan sos ladna dengan tepung jagung.
5. Biar sehingga mendidih, kemudian masukkan semua sayur.
6. Tambah sedikit minyak bijan untuk memberi aroma.
7. Masukkan garam secukup rasa.
8. Angkat, tuangkan ke atas mi dan sedia dihidangkan.

BIHUN TOMYAM
BAHAN-BAHAN:
1kg bihun | celurMinyak masak secukupnyaBAHAN PES:
30gm bawang merah20gm bawang putih20gm cili merah30gm cili kering10gm lengkuas2batang serai | ketuk8gm udang kering5 helai daun limau purut10gm belacan | bakar30ml air asam jawaGula dan garam secukupnya5 liter airBAHAN SUP:
100gm ayam100gm udang50gm sotong15gm bawang besar hiris10gm bawang putih hiris10gm lengkuas1 biji buah tomato | belah empat10ml sos ikan5ml limau nipis10 biji cili padi | belah dua15gm daun ketumbar | racik50gm bunga kubis | potong50gm lobak | potong5 biji cendawan butang dalam tin | hirisGaram dan gula secukupnya CARA MEMASAK:
1.Semua bahan pes tom yam dikisar kecuali serai, air asam jawa, daun limau purut, garam dan gula.
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar bersama serai, air dan daun limau purut.
2. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
3. Masak sehingga menjadi pes tom yam.
4. Masukkan air.
5. Kemudian masukkan bahan-bahan untuk sup tom yam. Biarkan mendidih.
6. Tuang kuah tomyam ke atas bihun yang siap dihidang.

MI HAILAM
BAHAN-BAHAN:
1kg mi kuning | celur20gm bawang putih | kisar30gm bawang merah | kisar100gm isi ayam100gm udang50ml kicap pekat5gm lada hitam30ml sos tomato30ml sos tiram500ml  air10gm cili merah | hiris nipis40gm bawang goreng1 biji telur50gm bunga kubis | potong30gm sawi | potongSedikit tepung jagungMinyak masak secukupnyaGaram dan gula secukupnya CARA MEMASAK:
1. Panaskan air dan celur mi kuning. Angkat dan toskan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah kisar sehingga naik bau. Masukkan ayam dan udang. Kacau sehingga separuh masak.
3. Masukkan air secukupnya, kicap, sos tomato, sos tiram, lada hitam, bunga kubis dan masak sehingga kuah mendidih.
4. Tambah bancuhan tepung jagung dan didihkan sehingga kuah pekat. Masukkan sawi dan pecahkan telur. Tambah garam dan gula secukup rasa.
5. Tuang kuah di atas mi dan hiaskan dengan cili merah, sawi, bawang goreng.

MI BAKSO
BAHAN-BAHAN:
1kg mi kuning | celur30gm bawang merah | kisar20gm bawang putih | kisar20gm halia kisar2 helai daun limau purut | kisar2 batang serai | kisar1 liter air50gm rempah sup5 biji cili merah | hiris5gm lada putih10gm serbuk lada hitam500gm bebola daging50gm daun bawang | potong halus50gm taugeMinyak masak secukupnyaGaram dan perasa secukupnyaCARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis barang yang dikisar sehingga pecah minyak
2. Masukkan rempah sup, lada hitam dan lada putih dan tambah air. Tunggu sehingga mendidih.
3. Masukkan bebola daging, biarkan sehingga mendidih.
4. Tambahkan garam secukup rasa.
5. Masukkan mi yang telah dicelur ke dalam bekas dan tuang kuah di atasnya. Hias dengan hirisan cili merah dan tauge.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2018/11/ini-8sajian-mi-bihun-yang-sedap-korang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menu Udang Idea Masak Yang Mudah Sedap Mak Mak Boleh Cuba Ni

Menu Udang Idea Masak Yang Mudah Sedap Mak Mak Boleh Cuba Ni

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 434 hits
Mak mak kalau rasa kelam kabut kerana banyak hal perlu disetelkan tetapi tak mau culas masak Ini RASA kongsikan dua menu udang yang sangat mudah dan cepat boleh disediakan untuk anak anak dan suami TUMIS UDANG BERSAMA DAUN KETUMBARBAHAN BAH...
Perkongsian Menu Berasaskan Mangga Dari Chef Megat Sedap Boleh Cuba Ni

Perkongsian Menu Berasaskan Mangga Dari Chef Megat Sedap Boleh Cuba Ni

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 524 hits
Ini 4 Menu Berasaskan Mangga Perkongsian Dari Chef MegatMangga bukan hanya enak dimakan mentah dijadikan jus ataupun jeruk tetapi mangga juga enak diolah sebagai makanan Malah rasanya juga tidak mengecewakan enak dengan rasa masam manis Tak...
Nak Tau Cara Nak Buat Sagu Gula Melaka Paling Senang Tapi Sedap Jom Cuba Resepi Ini

Nak Tau Cara Nak Buat Sagu Gula Melaka Paling Senang Tapi Sedap Jom Cuba Resepi Ini

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 2080 hits
Nak tau cara nak buat sagu gula melaka paling senang tapi sedap Jom cuba resepi ini Assalamualaikum wbt Pagi pagi dah share resepi ehhh Haha Takpelah Mana tau korang nak buat breakfast kan Cikla rasa resepi kuih sagu adalah resepi paling se...
Idea Hidangan Sihat Yang Sedap Boleh Cuba Menu Pindang Singgang

Idea Hidangan Sihat Yang Sedap Boleh Cuba Menu Pindang Singgang

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 707 hits
Anda mahu makan sedap bahan sedang cari dan mudah masak Hah ini dia empat resipi pindang dan singgang yang sangat sedap Kena gaya makan nasi boleh bertambah tambah Sedapnya hirup kuahnya yang masam manis dan pedas ni memang berbaloilah masa...
Masak Ekspres Dengan Pes Tumis Homemade Mak Mak Sibuk Boleh Cuba Buat Stok

Masak Ekspres Dengan Pes Tumis Homemade Mak Mak Sibuk Boleh Cuba Buat Stok

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 750 hits
Ingin jimat masa di dapur dan tidak mahu berkincah semasa memasak Idea buat pes untuk seminggu ini mungkin boleh membantu Bahan sedia ada di dapur dan cara memasak pun mudah Jadi manfaatkan hujung minggu ini untuk sediakan pes tumis yang bo...
Well Done Percubaan Pertama Menjadi Kek Coklat Kukus Cheese Leleh Paling Senang Sedap Dan Menyelerakan

Well Done Percubaan Pertama Menjadi Kek Coklat Kukus Cheese Leleh Paling Senang Sedap Dan Menyelerakan

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 1414 hits
Well done percubaan pertama menjadi Kek coklat kukus cheese leleh paling senang Sedap dan menyelerakan Assalamualaikum wbt Ini kisah throwback sebenarnya Hal semalam Bila balik rumah mak memang ada saja projek yang nak dibuat Kalau tak shop...
Info Sihat Nak Rosakkan Buah Pinggang Boleh Cuba Cara Ini

Info Sihat Nak Rosakkan Buah Pinggang Boleh Cuba Cara Ini

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 758 hits
NAK ROSAKKAN BUAH PINGGANG BOLEH TRY CARA NI Ingat lagi pengalaman saya masa bertugas di klinik kencing manis dulu Dalam masa 2 tahun peningkatan bilangan pesakit diabetes naik lebih 2 kali ganda Serius memang berganda ganda dari tahun ke t...
Resepi Donut Lembut Dan Gebu Yang Paling Senang Dan Sedap

Resepi Donut Lembut Dan Gebu Yang Paling Senang Dan Sedap

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 868 hits
RESEPI DONUT LEMBUT DAN GEBU YANG PALING SENANG DAN SEDAP Petang semalam buat donut untuk minum petang anak anak Dah lama jugak tak buat donut Malas nak menguli Tengok la sampai dinut saya ni tak de pusat sebab malas punya pasal Jangan risa...
Dengan Rm99 Sebulan Boleh Ke Korang Penuhi Kehendak Yang Mahal Tanpa Ketepikan Barangan Keperluan

Dengan Rm99 Sebulan Boleh Ke Korang Penuhi Kehendak Yang Mahal Tanpa Ketepikan Barangan Keperluan

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 558 hits
Cadangan Tajuk 1 Dengan RM99 Sebulan Boleh Ke Korang Penuhi Kehendak Yang Mahal Tanpa Ketepikan Barangan Keperluan 2 Apa korang boleh dapat dengan RM99 sebulan 3 Logik ke dengan RM99 sebulan boleh miliki iPhone XS Max yang berharga Hampir R...
Saka Bapak Kau

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Movie Jangan Pandang Belakang 2

Samarinda Lara Kasih

Daging Goreng Belengas

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Apabila Musuh Mengerumuni Umat Islam Seperti Hidangan

Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk