Ikan tinggi omega 3. Makanan paling baik untuk otak.
Aneka buah, pelbagai nutrisi dan vitamin yang sangat banyak, yang penting untuk otak anak.
Seawal usia kita nak suap anak makan, pastikan makanan yang baik-baik je kita cuba cari dan beri untuk anak.
Sayur jugak wajib jadi makanan harian yang anak, supaya cukup keperluan nutrisi untuk otak anak berfungsi dengan baik.
2 biji telur pun dah cukup dengan kandungan choline sehari untuk anak umur bawah 8 tahun. Choline penting untuk memory anak lebih kuat.
Nutrisi yang seimbang, penting sangat untuk pertumbuhan otak anak yang optimum.
Ini yogurt saya buat sendiri. Yogurt ada kandungan iodin, bantu pertumbuhan tisu otak anak.
Ayam antara salah satu contoh daging yang ada sumber zat besi, pentig untuk anak kekal fokus. Cari versi yang lebih tanpa antibiotik dan hormon.
Kekacang macam ni sedap kalau panggang dulu dalam oven. Tinggi dengan protein, lemak baik, vitamin dan mineral untuk sistem saraf otak dan maintain mood anak dengan baik.
Sesuai sangat kalau bagi anak makan oat di pagu hari. Sumber tenaga pada otak gitu. Tinggi fiber, jadi bila anak makan, akan cepat kenyang. Taklah mereka mintak makan yang bukan-bukan.
Sama-sama kita cuba tambahkan stok makanan yang baik di rumah sentiasa. Supaya anak lebih kenal makanan segar real food berbanding makanan ultra processed.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |