Budak Perempuan Diculik Selepas Keluar Berjalan Ke Rumah Anak Jiran 200 Meter Dari Rumahnya




Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dilaporkan hilang dipercayai diculik di hadapan kediaman mereka dalam kejadian di Taman Teratai, Iskandar Puteri, Johor Bahru, petang semalam. 


Mangsa, Nur Damia Qaleesya bagaimanapun ditemui selamat oleh orang awam di belakang barisan rumah kedai, tidak jauh dari rumahnya selepas dilaporkan hilang selama enam jam. 


Bapa mangsa, Mohd Khairul Nizam Shafii, 34, berkata, kebiasaannya anak sulungnya akan keluar bermain dengan anak jirannya di hadapan rumah. Sebelum kejadian itu, mangsa sempat memaklumkan mahu bermain di rumah rakannya itu yang hanya terletak 200 meter dari rumah mereka jam 4.30 petang semalam. 


Lebih kurang jam 5 petang, anak keduanya, Nur Rania Qaisarah, 5, pulang dalam keadaan menangis memaklumkan Nur Damia Qaleesya menaiki kenderaan yang dipandu oleh lelaki yang tidak dikenali. 


Panik dengan hal itu, Mohd Khairul Nizam dan isterinya, Nur Aida R Mohd Thair, 34, terus keluar mencari Nur Damia Qaleesya di sekitar kawasan perumahan tetapi gagal menemuinya. Pasangan itu kemudian pergi membuat laporan polis. 


Enam jam kemudian mereka dihubungi polis yang memaklumkan anak mereka telah ditemui penduduk kira-kira jam 10.30 malam. Kes kehilangan kanak-kanak itu juga viral di media sosial sejak tengah malam semalam. 


Mohd Khairul Nizam bersyukur anaknya berjaya ditemui dalam keadaan selamat. Dia dan isterinya bergegas mendapatkan anak sulung mereka di lokasi. 


"Alhamdulillah anak perempuan saya berjaya ditemui selepas hilang hampir enam jam. Terima kasih kepada semua yang bantu cari anak saya selepas kisahnya diculik tular.


"Saya dan isteri menangis sebelum memeluk erat Damia. Tuhan saja tahu perasaan kami ketika itu. Tiada kata-kata lain selain ucapan syukur kerana Damia selamat walaupun dia dilihat memakai pakaian berbeza berbanding ketika keluar petang semalam. 


Individu yang menemui mangsa, Aliffi Abd Rahim, 28, berkata, dia tidak menyangka gerak hatinya untuk makan di sebuah restoran yang baru dibuka di kawasan perumahan itu menemukannya dengan kanak-kanak berkenaan. 


Aliffi sebelum itu mengambil maklum mengenai posting kehilangan mangsa yang tular di media sosial dan sewaktu dalam perjalanan menuju ke restoran berkenaan, dia ternampak kelibat kanak-kanak perempuan di sebalik tembok di belakang deretan kedai di situ. 


"Saya turun dari kereta dan melihat lebih dekat wajah kanak-kanak perempuan itu. Kelihatannya sama seperti gambar wajah kanak-kanak yang dilaporkan culik yang kisahnya tular di media sosial. 


"Dia dalam keadaan bingung sebelum beritahu nama dia Damia. Saya cuba memujuk dengan beritahu akan membawanya pulang bertemu dengan ibu bapanya. Tetapi dia berkata, dia sedang menunggu seorang pakcik membelikan aiskrim untuknya. Akhirnya dia mengikut saya dan abang untuk dihantar pulang ke rumah," katanya.


Aliffi kemudian menyerahkan mangsa kepada anggota polis yang membuat kawalan di sekitar kediaman ibu bapa mangsa sebelum diambil keterangan untuk membantu siasatan. 


Sementara itu, Ketua Polis Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai kes itu. 


Di media sosial pula, netizen turut memanjatkan rasa bersyukur mangsa berjaya ditemui semula. Dalam masa yang sama mempersoalkan tindakan sesetengah ibu bapa yang sewenang-wenangnya membiarkan anak yang masih kecil keluar dari rumah tanpa sebarang pengawasan. 


"Berapa ramai mak bapak yang aku tengok main lepas jer anak camtu. Kalau masuk mall tu dah macam taman permainan. Lari sana sini, sembunyi sana sini, sikit pun mak bapak tak hairan. Aku pula yang terlebih risau, duk tanya mana mak bapak diorang," kata Illa Mohd. 


"200 meter ke rumah kawan, jauh tu bagi budak kecik. Anak saya nak keluar pagar rumah pun saya tanya buat apa. Anak saya nak pergi mana-mana pun saya hantar. Seram dengan situasi sekarang," kata Ezlin Razak. 


"Entahlah, jangan yakin sangat biar anak main jauh-jauh. 200 meter jau htu. Anak aku pun 20 langkah dari aku pun aku dah menjerit. Lantaklah, anak-anak main depan mata, dalam rumah 24 jam rumah bersepah, janji anak sentiasa ada depan mata," kata Safura Ismail. 


Sumber: Harian Metro, Sinar Harian


source https://www.thereporter.my/2021/12/budak-perempuan-diculik-selepas-keluar.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2021/12/budak-perempuan-diculik-selepas-keluar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tunggu Pak Cik Beli Aiskrim Selepas 6 Jam Diculik Jumpa Anak Belakang Kedai

Tunggu Pak Cik Beli Aiskrim Selepas 6 Jam Diculik Jumpa Anak Belakang Kedai

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 180 hits
Enam jam selepas anak diculik sepasang suami isteri bersyukur anak sulung mereka yang berusia tujuh tahun ditemui selamat di belakang rumah kedai yang terletak kira kira 1 5 kilometer dari rumahnya Mangsa Nur Damia Qaleesya dipercayai dicul...
Anak Perempuan Wajib Bertanggungjawab Kepada Ibu Bapa Selepas Bergelar Isteri Orang

Anak Perempuan Wajib Bertanggungjawab Kepada Ibu Bapa Selepas Bergelar Isteri Orang

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 463 hits
Sedikit Renungan untuk diri Sendiri Kalau suami tak izin berkerja tanggungjawab membantu ibu bapa sudah jatuh ke tangan suami Menantu lelaki pun ada tanggungjawab kepada mertua Lagi lagi mertua yg miskin Jangan cakap ibu mertua itu bukan ta...
11 Ribu Anak Di Semarang Siap Terima Vaksinasi Dinkes Baru Siapkan 200 Dosis

11 Ribu Anak Di Semarang Siap Terima Vaksinasi Dinkes Baru Siapkan 200 Dosis

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 197 hits
Pelaksanaan vaksinasi anak usia 6 sampai 11 tahun itu akan dilaksanakan di setiap SD sederajat di Semarang
Suka Bantu Buat Kerja Rumah Anak Membesar Jadi Orang Berjaya Bagusnya

Suka Bantu Buat Kerja Rumah Anak Membesar Jadi Orang Berjaya Bagusnya

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 222 hits
Benar kata orang kalau melentur buluh biarlah dari rebungnya Kita mengimpikan anak anak membesar menjadi individu yang ringan tulang dan boleh diharap maka sejak kecil nilai murni harus diterapkan dalam diri mereka Sumber foto www shutterst...
Tak Cukup Bawa Lari Budak Perempuan Lelaki Arah Oku Rakam Aksi Amang Seksual

Tak Cukup Bawa Lari Budak Perempuan Lelaki Arah Oku Rakam Aksi Amang Seksual

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 300 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Tidak cukup dengan membawa lari seorang budak perempuan dan menyamun remaja orang kurang upaya seorang lelaki tergamak mengarah mangsa yang disamun merakam perbuatan amang seksual yang dilakukannya terhadap kanak ...
Remaja Menggelupur Histeria Atas Jalan Selepas Ayah Lempar Telefonnya Kerana Kecewa Tahu Si Anak Sedang Bercinta

Remaja Menggelupur Histeria Atas Jalan Selepas Ayah Lempar Telefonnya Kerana Kecewa Tahu Si Anak Sedang Bercinta

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 353 hits
Aksi seorang remaja perempuan yang menangis histeria sehingga berbaring di atas jalan menjadi tular di media sosial Difahamkan bahawa remaja itu menangis kerana telefon bimbitnya telah dibuang oleh ayahnya sendiri Dalam video yang dikongsik...
Anak Lelaki Bermain Lebih Agresif Berbanding Perempuan 10 Tahun Juga Kena Hadap Perangai Mereka

Anak Lelaki Bermain Lebih Agresif Berbanding Perempuan 10 Tahun Juga Kena Hadap Perangai Mereka

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 243 hits
Siapa yang punya anak lelaki pasti tahu bukan mudah nak kawal mereka Lebih lebih lagi bila anak dah capai usia 2 tahun ke atas Lasaknya bukan biasa biasa Tapi itu petanda mereka sedang membesar dengan sihat Berbeza pula dengan anak perempua...
Ajal Sewaktu Bercuti Di Bentong Remaja Didakwa Meninggal Terkena Serangan Jantung Selepas Masuk Rumah Hantu

Ajal Sewaktu Bercuti Di Bentong Remaja Didakwa Meninggal Terkena Serangan Jantung Selepas Masuk Rumah Hantu

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 428 hits
Seorang remaja lelaki didakwa meninggal dunia akibat serangan jantung selepas memasuki rumah hantu dipercayai ketika bercuti bersama ahli keluarga di sebuah pusat peranginan di Bentong Pahang pada tengah hari Rabu lalu Pengasas dan Sukarela...
Tinggal Di Rumah Yang Ada Balkoni Ibu Bapa Perlu Alert Ini Jika Sayangkan Anak

Tinggal Di Rumah Yang Ada Balkoni Ibu Bapa Perlu Alert Ini Jika Sayangkan Anak

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 284 hits
Apabila bercakap mengenai penjagaan kanak kanak terutamanya anak kecil ia turut melibatkan keselamatan di rumah dan bukan hanya semasa di luar Jom ketahui asas keselamatan yang perlu dititikberatkan di dalam rumah Keselamatan di rumah untuk...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa

Myhelp Kkm Sistem Aduan Buli Warga Kerja Kkm