Semarak Rasa Ramadhan Di Hotel Tower Regency Ipoh Perak Memenuhi Citarasa Hidangan Berbuka Puasa Ala Kampung


Semarak Rasa Ramadhan di Hotel Tower Regency Ipoh Perak Memenuhi Citarasa Hidangan Berbuka Puasa Ala Kampung | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Beberapa hari lepas Sha berpeluang merasai buffet Ramadhan yang disediakan oleh Hotel Tower Regency Ipoh jadi di Sha cadangkan jika bulan puasa nanti korang mencari Buffet Ramadhan di Ipoh korang bolehlah datang ke sini. Bertemakan "Semarak Rasa Ramadhan" susunan beberapa hidangan menu yang mampu mengungkap nostalgia masakan melayu lama bagi menyemarakan lagi suasana berbuka bersama keluarga, sahabat dan juga rakan sekerja


Berbuka Puasa Dengan Menu Ala Kampung Di Buffet Ramadhan Hotel Tower Regency Ipoh Perak.
Menjadi kebiasaan terutama kepada golongan wanita dan ibu akan sibuk mencari menu berbuka puasa setiap kali tiba bulan puasa, ada yang menyediakan jadual ada yang jenis mencari idea setiap hari. Mungkin dalam sebulan berpuasa pasti akan ada kita berbuka diluar atau mencari buffet ramadhan yang mampu kita ambil sebagai meraikan diri sendiri dan keluarga

Pelbagai jenis hidangan daripada pembuka selera, nasi, lauk pauk hinggalah pemanis mulut cukup untuk menarik selera kita.

Antara kuih muih tradisional yang ada di Buffet Ramadhan Hotel Tower Regency Ipoh. Paling best ada ubi kayu rebus makan dengan kelapa parut dan gula.
 
Hidangan yang ada di sana juga pelbagai kalau korang tak makan nasi, masih ada masakan panas seperti bakso dan kuew teow goreng yang sangat sedap diluar cafe di goreng panas ditepian kolam renang


Hidangan nasi terdapat 2 jenis nasi iaitu Nasi Beriani dan Nasi putih dipadankan dengan pelbagai jenis lauk pauk seperti Daging Masak Hitam, Ayam Masak Merah, Pajeri Nanas, Sambal Tumis Udang Petai, Masak Lemak Siput Sedut, Ikan Patin Masak Tempoyak, Masak Lemak Petola dan Sup Kambing Berempah. Bagi yang masih menjaga diet korang boleh dapatkan masakkan grill di bahagian luar iaitu Kambing Golek dengan Sos, Ikan Bakar dan Ayam Grill.



Selain daripada air sejuk seperti air bandung, air sirap, air oren, air peach tea dan air jagung di sini juga terdapat air teh tarik sedap cukup lemak manis.


 

 
Selain kuih muih, nasi dan lauk pauk yang pelbagai jenis di sini juga ada Cucur Udang, Pisang dan keropok lekor goreng. Memang meriah tambah pula dengan adanya jeruk buah dan rojak buah juga. Pada yang suka macam pecal, roti jala, murtabak dan bubur lambuk juga ada jadi banyak pilihan yang ada
  
Paling best adalah terdapat 5 jenis kerabu antaranya kerabu mangga, kerabu perut, kerabu kacang botol dan kerabu taugeh pucuk paku kerang. Kalau sudah namanya ala kampung ikan masin tidak dilupakan termasuklah telur masin dan pelbagai ulam-ulaman dan dipadankan dengan pelbagai sambal


Kesemua hidangan istimewa ini boleh didapati pada harga Rm 55.00 untuk dewasa dan RM 40.00 untuk kanak-kanak, manakala pada hari jumaat dan sabtu Rm 58.00 untuk dewasa dan Rm 45.00 untuk kanak-kanak. Harga promosi pembelian Awal Ramadhan baucer boleh didapati pada harga Rm 48.00 untuk dewasa dan Rm 38.00 untuk kanak-kanak bermula 6 mei hingga 12 mei 2019

Korang juga tak perlu risau untuk menunaikan solat pihak hotel juga menyediakan surau yang bersih, luasa, berhawa dingin dan selesa serta dilengkapi dengan tempat mengambil wuduk di tingkat 10 hotel

Selain hidangan buffet Ramadhan yang istimewa pihak hotel turut menawarkan harga bilik yang hebat iaitu Bilik Deluxe King dengan harga RM180.00 nett termasuk sahur dan buffet Ramadhan untuk seorang, manakala Bilik Deluxe Berkembar  RM250.00 nett termasuk sahur untuk 2 orang dan buffet Ramadhan untuk 2 orang

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian tertera di bawahh :
Puan Norhaizan - 012 628 1808Meor Suhaniz - 019 600 2078Mimi Nasir - 019 600 2417Vinoth Prasath - 019 600 2054
Atau hubungi talian terus di talian 05 208 6888 sambungan 6900 (Cafe@6) atau 6000(Sale Office).

Alamat :
Cafe@6 / Poolside, Level 6
Tower Regency Hotel & Apartments Ipoh, Perak
6-8 Jalan Dato' Seri Ahmad Said
Greentown 30450 Ipoh,Perak.

Instagram : Tower Regency Hotel Ipoh
 http://www.towerregency.com.my/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.shalimaryusof.com/2019/04/semarak-rasa-ramadhan-di-hotel-tower-regency-ipoh-perak-memenuhi-citarasa-hidangan-berbuka-puasa-ala-kampung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semarak Rasa Tower Ramadhan Buffet Di Hotel Tower Regency Ipoh

Semarak Rasa Tower Ramadhan Buffet Di Hotel Tower Regency Ipoh

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 980 hits
Semarak Rasa Tower Ramadhan Buffet di Hotel Tower Regency Ipoh Pada 16 April baru baru ni Syu berkesempatan menghadiri Ramadhan Buffet Preview di Tower Regency Hotel and Apartment Ipoh Perak Sajian yang bertemakan selera kampung yang disaji...
Pilihan Berbuka Puasa Menarik Di Semarak Rasa Tower Ramadan Buffet Tower Regency Ipoh

Pilihan Berbuka Puasa Menarik Di Semarak Rasa Tower Ramadan Buffet Tower Regency Ipoh

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 1109 hits
Pilihan Berbuka Puasa Menarik di Semarak Rasa Tower Ramadan Buffet Tower Regency Ipoh Beberapa hari yang lepas cik en berkesempatan untuk mencuba Ramadhan Buffet Preview di Tower Regency Hotel Apartment di Ipoh Perak Bertemakan Semarak Rasa...
Meraikan Adat Tradisi Hidangan Malaysia Di Bufet Cahaya Ramadhan Bangi Resort Hotel

Meraikan Adat Tradisi Hidangan Malaysia Di Bufet Cahaya Ramadhan Bangi Resort Hotel

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 519 hits
Meraikan Adat Tradisi Hidangan Malaysia Di Bufet Cahaya Ramadhan Bangi Resort Hotel Assalamualaikum Memandangkan bulan Ramadhan dah semakin hampir maka memang meriah la promosi bufet Ramadhan di mana mana sahaja Baru baru ni aku berkesempat...
Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Tempat Mesti Pergi Untuk Berbuka Puasa

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Tempat Mesti Pergi Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 850 hits
hai assalammualaikumBawa Keluarga Teman Untuk Iftar Bersama Di Buffet Ramadhan Bangi Golf ResortBawa Keluarga Teman Untuk Iftar Bersama Di Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort Salah satu tempat berbuka puasa yang menjadi kegemaran nad sekeluar...
Juadah Warisan Ramadhan Buffet 2019 Pacific Regency Hotel Suites Kl

Juadah Warisan Ramadhan Buffet 2019 Pacific Regency Hotel Suites Kl

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 814 hits
Pacific Regency Hotel Suites KL is offering Juadah Warisan Ramadhan Buffet 2019 this year Their experienced and award winning chefs are set to prepare extravagant flavors of sumptuous spread a Visit http www sinfully delicious net to contin...
Buffet Buka Puasa Ramadan Bersama Citarasa Bonda At Ve Hotel Residence

Buffet Buka Puasa Ramadan Bersama Citarasa Bonda At Ve Hotel Residence

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 731 hits
Hello lovely readers VE Hotel Residence presents you Ramadan Bersama Citarasa Bonda at the Straits Estate Inspired by Malaysia s straits heritage and rich melting pot of cultures this year s fast breaking feast aims to delight palates with ...
Jadual Waktu Imsak Berbuka Puasa Ramadhan 2019m 1440h Bagi Negeri Johor

Jadual Waktu Imsak Berbuka Puasa Ramadhan 2019m 1440h Bagi Negeri Johor

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 543 hits
Perkongsian Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Ramadhan 2019M 1440H Bagi Negeri Johor sebagai rujukan bersama menanti kemunculan Ramdhan Al Mubarak Semoga Allah panjangkan usia kita untuk
Buffet Ramadhan 2019 Shah Alam Jom Berbuka Citarasa Dua Sempadan Di Laman Kayangan Shah Alam

Buffet Ramadhan 2019 Shah Alam Jom Berbuka Citarasa Dua Sempadan Di Laman Kayangan Shah Alam

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 996 hits
hai assalammualaikumBuffet Ramadhan 2019 Shah Alam Jom Berbuka Citarasa Dua Sempadan Di Laman Kayangan Shah AlamJom Berbuka Citarasa Dua Sempadan Di Laman Kayangan Shah Alam Selain berbuka puasa di rumah kita mesti akan mencari tempat sesua...
Buffet Ramadhan 2019 Holiday Inn Hotel Bertemakan Citarasa Desa

Buffet Ramadhan 2019 Holiday Inn Hotel Bertemakan Citarasa Desa

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 966 hits
BUFFET RAMADHAN 2019 HOLIDAY INN HOTEL BERTEMAKAN CITARASA DESABaru baru ini AlongMurni mendapat jemputan ke Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie bagi meraikan rakan korporat warga kerja dan anak anak yatim dalam Majlis Citarasa Desa Bufet Re...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor