Hari Raya Aidilfitri 2020 Kita Back To Basic


Insya Allah pada hari Ahad kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, hari kemenangan umat Islam setelah menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Tetapi disebabkan kita masih berada dalam serangan makhluk yang tak nampak dek mata kasar (Coronavirus), maka Hari Raya kita akan jadi jauh berbeza berbanding sebelum ini. Tiada lagi meraikan Raya secara budaya Melayu yang meriah, tetapi kita masih boleh meraikan Raya menurut syariat Islam. Kita back to basic!

Sambutan Hari Raya Aidilfitri Menurut IslamAntara perkara-perkara ibadah sunat yang dituntut untuk kita lakukan pada Hari Raya Aidilfitri adalah seperti berikut :Bertakbir sebaik sahaja selepas terbenamnya matahari pada malam raya sehingga sebelum mendirikan solat sunat Hari Raya. Tak tau atau malu-malu nak bertakbir? Buka je YouTube cari 'Takbir Raya Aidilfitri'. Lepas tu kita ikut bertakbir sama.Menghidupkan malam Hari Raya dengan zikir, solat sunat. Bukan menghidupkan malam raya dengan masak tak siap-siap atau bermain mercun sampai nak terbakar bumbung rumah jiran. Tak salah sibuk memasak atau main bunga api untuk bergembira, tapi jangan lupa buat ibadah sunat jugak ya.Niat mandi sunat Aidilfitri pada pagi Hari Raya. Kita mandi macam biasa, cuma tambah niat 'Sahaja aku mandi sunat Aidilfitri kerana Allah'.Memakai pakaian yang paling baik kita ada. Bukan mesti pakai pakaian yang baru dibeli tau, kena faham tu. Jadi jangan sedih kalau tak ada baju baru ya.Makan (walaupun sedikit) sebelum menunaikan solat sunat Hari Raya.Menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri. Hukumnya sunat muakkad (sangat dituntut).
Menunaikan Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah Masing-MasingBuat pertama kali dalam sejarah hidup kita, tiada solat sunat Aidilfitri di masjid. Ini kalilah...semua ketua keluarga bakal beraksi sebagai imam di rumah masing-masing. Inilah antara hikmah wabak yang melanda. Walaupun hukumnya sunat, tapi rugilah kita tak tunaikan solat yang hanya boleh dibuat bila tiba 1 Syawal saja. Solat sunat ini ditunaikan sebagai tanda kita meraikan Hari Raya Aidilfitri.
Bagi diri saya, sebelum ini sudah agak biasa mendirikan solat sunat Aidilfitri secara sendirian. Kerana pada masa dulu di Johor bukanlah satu budaya bagi orang perempuan ikut menunaikan solat sunat Hari Raya di masjid. Kalaupun bukan di seluruh Johor, tapi begitulah budaya di tempat saya dan tempat suami. Orang lelaki je yang pergi dan kami orang perempuan dengan kesibukan sendiri (siapkan makanan, sibuk isi balang kuih). Bila makin dewasa dan tau keutamaan solat sunat tersebut, saya mula melakukannya sendirian. Nak berjemaah dengan ahli keluarga perempuan yang lain agak sukar, masing-masing sibuk sendiri

Alhamdulillah...entah mulai tahun bila, budaya tersebut perlahan-lahan berubah. Mula-mula sikit je jemaah perempuan yang ikut solat sunat di masjid. Dan lama-lama bertambah ramai dan meriah. Itu pengalaman saya yang dibesarkan di Pontian, Johor dan kemudiannya berkahwin dengan orang Batu Pahat, Johor. Maka kemudiannya dapatlah saya bersama suami dan mak/mak mertua beriringan ke masjid, kenangan yang indah


Tatacara Solat Sunat Aidilfitri Di Rumahwaktu solat sunat Hari Raya bermula selepas terbit matahari sehingga gelincir matahari. Cakap mudahnya, kita di Malaysia boleh mula solat sunat bermula pukul 8 pagi sehingga sebelum masuk waktu Zohor.solat sunat Hari Raya dilakukan sebanyak 2 rakaat sahaja.sunat membaca سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَر diantara selang lafaz takbir yang dibaca sebanyak 7 kali pada rakaat pertama dan 5 kali pada rakaat kedua.niat dalam hati : 'Sahaja aku solat sunat hari raya aidilfitri dua rakaat imam/makmum kerana Allah Ta'ala'.untuk rakaat pertama : sunat membaca doa iftitah → lafaz takbir 7 kali → membaca surah al-Fatihah → membaca surah pilihan (sunat membaca surah al-A'la) → teruskan solat hingga selesai rakaat pertama.untuk rakaat kedua : lafaz takbir 5 kali (selain takbir perpindahan dari sujud ke qiam /berdiri tegak) → membaca surah al-Fatihah → membaca surah pilihan (sunat membaca surah al-Ghaasyiah) → teruskan solat hingga selesai rakaat kedua.
Solat Sunat Aidilfitri Tanpa Khutbah...Bolehkah?Boleh, solat sunat kita tadi tu tetap SAH walaupun tak baca khutbah. Jadi apakah hukum membaca khutbah raya
jika solat secara berjemaah, hukumnya sunat bagi imam membaca khutbah hari raya (sebanyak dua khutbah sama seperti khutbah Jumaat dari sudut rukun dan perkara sunat dalam khutbah).jika solat sendirian, tidak dituntut membaca khutbah.
Panduan khutbah hari raya : selesai solat, imam berdiri menghadap makmum dan menyampaikan dua khutbah → khutbah dimulakan dengan lafaz takbir 9 kali berturut-turut pada khutbah pertama dan 7 kali berturut-turut pada khutbah kedua. Tak perlu mimbar dan tongkat ya, sebab di rumah. Cuma sediakan kerusi atau tempat duduk bagi imam duduk sebentar antara dua khutbah

Bagi yang nak membaca khutbah hari raya, boleh dapatkan teks khutbah Aidilfitri 1441H yang disediakan oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) DI SINI.
Nak baca Kit Panduan Sambutan Aidilfitri di Rumah Semasa PKP COVID-19 oleh JAKIM? Boleh klik DI SINI.
Untuk sahabat blogger semua..



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2020/05/hari-raya-aidilfitri-2020-kita-back-to.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salam 2 Syawal 2020 Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam 2 Syawal 2020 Selamat Hari Raya Aidilfitri

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 655 hits
Genap 15 tahun arwah ayah tinggalkan kami Salam 2 Syawal 2020 buat semua Hari ini 25 05 2020 genap 15 tahun arwah ayah dah tinggalkan kami Rindu sangat rasanya macam baru semalam ayah pergi Alfatihah Tahun ni kami tak dapat raya jenguk kubu...
Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Jais Teks Khutbah Raya 2020 Mufti

Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri Jais Teks Khutbah Raya 2020 Mufti

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 1955 hits
Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri JAIS Teks Khutbah Raya 2020 Ringkas Lengkap Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Ye esok Raya InshaaAllah jika diizinkan Allah dapat kita menyambut hari lebaran Eidul Fitri 1 Syawal 1441H 24 M...
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020 Family Potret

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020 Family Potret

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 826 hits
Selamat Hari Raya AidilFitri 2020 Tak terlambat lagi rasanya untuk umi ucapkan Selamat Hari Raya kat korang kan Baru The post appeared first on
Persiapan Hari Raya Aidilfitri 2020

Persiapan Hari Raya Aidilfitri 2020

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 653 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraDah lama jugak aku tak bersiaran di blog ni Beberapa hari kebelakangan ni agak sibuk menguruskan urusan dirumah terutamanya persiapan Aidilfitri Ketika entri ini ditulis masih lagi berbaki beberapa hari la...
Koleksi Free E Card Kad Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020

Koleksi Free E Card Kad Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 10871 hits
Koleksi E Card Kad Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2020 FREE DOWNLOAD Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua One more dayyyyyy Ramadan Allahu pantasnya masa berlalu Lusa dah 1 Syawal 1437H InshaaAllah Ahad ni 24 Mei 2020 kita menya...
Ini 10 Iklan Hari Raya Aidilfitri 2020 Yang Akan Naikkan Semangat Raya Korang Tahun Ini

Ini 10 Iklan Hari Raya Aidilfitri 2020 Yang Akan Naikkan Semangat Raya Korang Tahun Ini

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 610 hits
Lagu lagu raya sudah mula dimainkan di radio radio dan juga televisyen itu bermakna tak lama lagi kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri Seperti kebiasaan kita pasti disajikan dengan iklan raya dari syarikat syarikat besar yang sangat kr...
Permohonan Baru Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri Pekebun Kecil Risda 2020

Permohonan Baru Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri Pekebun Kecil Risda 2020

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 597 hits
PERMOHONAN BARU BANTUAN KHAS HARI RAYA AIDILFITRI PEKEBUN KECIL RISDA 2020 Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri 2020 Kepada Pekebun Kecil RISDA Berikutan Penularan Wabak Covid 19 Bantuan ini diwujudkan bagi membantu pekebun kecil RISDA yang te...
Aidilfitri Tahun 2020 Di Perantauan Covid 19 Mengubah Cara Raya Kita

Aidilfitri Tahun 2020 Di Perantauan Covid 19 Mengubah Cara Raya Kita

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 520 hits
As Salam Salam Aidilfitri Dari Perantauan Alahuakbar Allahuakbar Allahuakbar Alhamdulillah Bersyukur atas segala kurniaan Allah yang tidak bertepi buat saya dan anda semua atas segala kesihatan tubuh badan rezeki yang melimpah kekuatan meng...
Bantuan Hari Raya Felda 2020 Lebih Rendah Dari 2019

Bantuan Hari Raya Felda 2020 Lebih Rendah Dari 2019

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 1736 hits
Bantuan Hari Raya Aidilfitri bagi peneroka Felda tahun ini mungkin lebih rendah daripda yang diberi kerajaan Pakatan Harapan tahun lalu Pada tahun lalu PH memberi duit raya RM300 beserta tunggakan Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil k...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Persatuan Badan Berkanun Malaysia

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

How To Find Undervalued Domains

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Biasalah Pemimpin Pas Taklah Secerdik Mana Pun

Pembangkang Saran Beras Kartel Diperkenal Dalam Kadar Zakat

Proses Bedah Siasat Pegawai Kastam Masih Berlangsung

Video Zarina Anjoulie Dedah Cerita Sebenar Buat Pembedahan Hidung Di Vietnam Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

Tolonglah Jangan Normalisasikan Benda Ini Mona Allen Nasihat Suami Isteri Jangan Terlalu Kongsi Hal Rumah Tangga

Memang Semua Orang Mahu Selamatkan Perkahwinan Namun Saya Linda Hashim Nekad Mahu Bercerai