Ingkar Pkp Seramai 367 Lagi Didakwa Ada Dipenjara Didenda


siti hafidah  Jogging, menyamar polis, melepak antara kesalahan dilakukanKUALA LUMPUR, – Jogging ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, menyamar polis sehingga menahan orang awam dan melepak dengan rakan antara kesalahan yang dilakukan 367 individu yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen di beberapa negeri hari ini

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dan juga denda terhadap pesalah ini selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan kepada mereka. Kesalahan itu dilakukan antara 24 Mac hingga 29 Mac lepas

Antara pertuduhan yang dikemukakan ialah menghalang tugas penjawat awam dalam menjalankan fungsi mereka ketika tempoh PKP mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya dan menyamar polis mengikut Seksyen 170 kanun sama membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan

Mereka juga didakwa gagal mematuhi PKP dengan bergerak dari satu tempat ke tempat lain dalam mana-mana tempat jangkitan di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara enam bulan dan denda RM1,000 atau kedua-duanya

Seramai 15 lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini termasuk sembilan warga asing dan dua warga tempatan yang ditahan ketika berjoging di Jalan Mont Kiara dan Jalan Desa Kiara di sini

Warga asing itu terdiri daripada warganegara Britain Jamie Bubb Sacklyn, 28; warganegara Korea Selatan Woo Yum Sik, 54, Lee Jong Young, 50, dan Kwang Suk Lee, 51; warganegara Jepun Koichi Itano, 60, Tanakatohishiko, 61, Mitsuhiru Takayanagi, 51, dan Taichi Okubo, 36; dan warganegara India, B. Vikram, 48

Dua lagi ialah warga Malaysia S. K. Ramani, 56, dan Au Yong Vooi Loon, 31. Mereka masing-masing didenda RM1,000 atau penjara empat minggu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan ingkar PKP

Dua lelaki lain pula dihukum penjara lapan bulan selepas mengaku bersalah menyamar polis dan melanggar PKP

Penarik kereta, Muhammad Nur Saddiq Isham Marzuki, 24 dan penganggur, Mohamed Nazrin Shah Kamal Bachah, 25, dihukum penjara tujuh bulan bagi pertuduhan menyamar polis dan ketika menyamar mereka telah menahan seorang lelaki serta penjara empat minggu bagi kesalahan melanggar PKP. Hukuman itu berjalan berasingan

Di Mahkamah Majistret Selayang, pemandu lori P. R. Yugendran, 26, dihukum penjara sebulan kerana ‘melepak’ bersama rakannya dalam kawasan tempat jangkitan tanpa sebarang alasan munasabah di Jalan SJ 17, Gombak di sini pada 1.10 pagi, 28 Mac

Penganggur, Noor Azman Ahmad Cibi, 45, didenda RM800 atau dua bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Ampang, kerana cuba meloloskan diri dalam sekatan jalan raya Ops COVID-19 di Ampang dan juga berada dalam kawasan jangkitan tanpa sebarang tujuan

Di Selangor, sejumlah 61 individu didakwa di Mahkamah Sesyen Klang kerana melanggar PKP antaranya tanpa alasan sah telah bergerak ke kawasan jangkitan, berada di bawah pokok dan berkumpul beramai-ramai

Tertuduh masing-masing didenda antara RM800 hingga RM1,000 dan boleh dipenjarakan antara satu atau dua bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan

Semua tertuduh berumur lingkungan 18 hingga 50 tahun itu ditahan secara berasingan pada 25 hingga 28 Mac di sekitar daerah ini antaranya di Meru, Kapar, Bukit Raja, Taman Sentosa dan Bandar Sultan Sulaiman

Di Johor, seramai 23 individu termasuk tujuh remaja mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, Kota Tinggi, Johor, terhadap pertuduhan mengingkari PKP

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM1,000 atau penjara 15 hari terhadap 16 tertuduh manakala bagi kes tujuh remaja, mahkamah menetapkan 11 Mei untuk sebutan bagi mendapat laporan akhlak sebelum menjatuhkan hukuman

Remaja itu dibebaskan dengan ikat jamin RM1,000 sementara menunggu dijatuhkan hukuman. Semua tertuduh, yang berusia antara 15 tahun hingga 37 tahun itu, sebelum ini ditahan dalam beberapa serbuan di sekitar daerah Kota Tinggi antara 26 Mac hingga 28 Mac

Di Pahang, 19 individu termasuk dua warga Bangladesh dan seorang wanita dihukum penjara dan denda selepas mengaku bersalah melanggar PKP di Mahkamah Majistret Kuantan

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara antara dua hingga 14 hari dan denda sekitar RM200 dan RM400 atau sebulan penjara, terhadap tertuduh berusia antara 19 hingga 47 tahun manakala bagi tiga remaja berumur 17 dan 18 tahun dibebaskan dengan jaminan RM500 sementara sebutan kes pada 5 Mei bagi mendapatkan laporan sosial bagi menjatuhkan hukuman

Di Pulau Pinang, seramai 183 individu termasuk 21 orang warga asing dihadapkan di tiga Mahkamah Majistret berasingan di negeri ini kerana ingkar PKP

Sejumlah 33 individu didakwa di Mahkamah Majistret George Town, Butterworth (73 orang) dan Bukit Mertajam (77 orang) dan semua mereka berumur antara 15 hingga 66 tahun itu ditahan dalam Ops COVID-19 yang dijalankan di seluruh negeri ini antara 24 hingga 29 Mac lepas

Seramai 151 orang daripada jumlah itu mengaku bersalah dan dikenakan hukuman denda RM1,000, dan juga penjara serta Perintah Kehadiran Wajib (PKW) kerana bergerak ke suatu kawasan jangkitan
Beberapa tertuduh juga menghadapi pertuduhan menghalang tugas penjawat awam

Bagi tertuduh yang mengaku tidak bersalah, Mahkamah Majistret George Town dan Bukit Mertajam masing-masing menetapkan 12 Mei dan 14 Mei ini untuk sebutan semula kes

Di Melaka, 17 individu termasuk tiga warga asing dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini kerana berada di kawasan jangkitan tanpa alasan munasabah. Semua tertuduh yang berumur antara 18 dan 43 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan masing-masing

Lima tertuduh termasuk seorang warga Nepal dihukum penjara antara sebulan hingga tiga bulan manakala 12 tertuduh termasuk dua warga Nigeria didenda dari RM800 hingga RM1,000 dan jika gagal bayar akan dipenjara antara satu bulan dan tiga bulan

Di Negeri Sembilan, seramai 38 individu berumur antara 16 hingga 57 didakwa di beberapa buah Mahkamah Majistret di negeri ini kerana gagal mematuhi PKP dan menghalang tugas penjawat awam

Di Mahkamah Majistret Seremban, beberapa lelaki dijatuhi hukuman penjara sebulan dan enda RM1,000 kerana berada dalam satu kawasan jangkitan dan beberapa yang lain tidak mengaku bersalah atas tuduhan itu

Di Mahkamah Majistret Port Dickson seorang kelindan lori berumur 19 tahun dan seorang remaja berusia 16 tahun mengaku tidak bersalah atas tuduhan melanggar arahan pihak berkuasa dan berada di kawasan jangkitan

Di Mahkamah Majistret Bahau, tiga lelaki berumur 29 hingga 43 tahun dipenjara sebulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit itu manakala dua lagi tertuduh berumur 33 dan 24 tahun dihukum penjara masing-masing tujuh hari dan denda RM500 atau 14 hari penjara atas kesalahan sama

Di Mahkamah Majistret Kuala Pilah, penghantar barang dihukum penjara 25 hari dan denda RM3,000 kerana menghalang tugas penjawat awam

Di Perlis, tujuh lelaki termasuk remaja lelaki berumur 13 tahun masing-masing didenda RM1,000 atau penjara sebulan kerana berada dalam kawasan jangkitan pada 27 dan 28 Mac di sekitar daerah Arau iaitu Taman Cempaka, Kampung Seri Gelam Tambun Tulang dan Kampung Teluk

Empat penganggur berumur 21 dan 32 tahun pula mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan sama. – Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/ingkar-pkp-seramai-367-lagi-didakwa-ada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Ingkar Pkp Dipenjara 4 Hari

Lelaki Ingkar Pkp Dipenjara 4 Hari

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 231 hits
Tertuduh dinasihati mohon bantuan Ketua Kampung ADUNTAWAU Seorang lelaki dihukum penjara empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Majistret Dzul Elmy Yunus menjatuhkan h...
Ingkar Pkp Majikan Didenda Rm800

Ingkar Pkp Majikan Didenda Rm800

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 226 hits
TAWAU Seorang majikan didenda RM800 selepas mengaku bersalah atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan di Mahkamah Majistret Tawau di sini hari ini Tertuduh Simon Tiong Hang King 34 didakwa melakukan kesalahan itu di Kilometer 50 Ch...
Ingkar Pkp Ketika Keluar Memancing Dua Sahabat Rela Dipenjara 3 Bulan Kerana Tiada Wang Bayar Denda Rm1000

Ingkar Pkp Ketika Keluar Memancing Dua Sahabat Rela Dipenjara 3 Bulan Kerana Tiada Wang Bayar Denda Rm1000

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 422 hits
Dua lelaki dari Sungai Siput Perak begitu terkesan teruk akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan memilih untuk dipenjarakan selama 3 bulan kerana tidak mampu membayar denda selepas mereka ditangkap bersama kerana melanggar perintah ...
Seramai 742 Individu Ditahan Semalam Kerana Ingkar Pkp Berkurang Dari Hari Sebelumnya Ismail Sabri

Seramai 742 Individu Ditahan Semalam Kerana Ingkar Pkp Berkurang Dari Hari Sebelumnya Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 227 hits
Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media yang diadakan sebentar tadi mengesahkan bahawa seramai 742 individu berjaya ditahan semalam kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Menurutnya jumlah individu yang ditah...
Padah Ingkar Pkp Dua Lelaki Dipenjara Buat Ramai Insaf

Padah Ingkar Pkp Dua Lelaki Dipenjara Buat Ramai Insaf

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 242 hits
Gara gara ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan Ini padah buat dua lelaki insaf Baca selanjutnya Padah Ingkar PKP Dua Lelaki Dipenjara Buat Ramai Insaf
Ingkar Pkp 19 Individu Termasuk Pemain Bola Sepak Didenda Rm900

Ingkar Pkp 19 Individu Termasuk Pemain Bola Sepak Didenda Rm900

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 232 hits
ALOR GAJAH Seorang pemain bola sepak Kuala Lumpur antara 19 individu yang didenda RM900 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Jumaat lalu Tertuduh Abdul Azim Rahim 23 dan tiga ...
Bilangan Individu Ditahan Ingkar Pkp Meningkat

Bilangan Individu Ditahan Ingkar Pkp Meningkat

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 223 hits
Sepertimana semua tahu Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020 sejak 18 Mac lalu Namun sehingga hari ini masih ada lagi yang mengingkar perintah yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyidd...
30 Individu Ingkar Arahan Pkp Ditahan Di Petaling Jaya

30 Individu Ingkar Arahan Pkp Ditahan Di Petaling Jaya

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 239 hits
SHAH ALAM 29 MAC Polis menahan 30 individu dalam Op Covid 19 kerana ingkar arahan kerajaan dengan berada di luar kediaman tanpa alasan munasabah Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata penahanan ya...
Ini Jumlah Terkini Individu Ditahan Ingkar Pkp Di Johor

Ini Jumlah Terkini Individu Ditahan Ingkar Pkp Di Johor

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 320 hits
SEHINGGA semalam seramai 526 individu ditahan di negeri ini kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Ini Jumlah TERKINI Individu Ditahan Ingkar PKP Di Johor
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut