Ingin Tampil Sihat Berseri Ikuti 4 Petua Kecantikan Mudah Oleh Wanita Korea
Baik perempuan mahupun lelaki, semuanya pasti mempunyai keinginan untuk tampak anggun dan sihat, kan?
ARTIKEL BERKAITAN
Song Hyekyo Pernah Pakai! ‘Rubber Face Mask’ Ini Boleh Tambah Seri & Lembutkan Kulit Muka
Ramai harus mengakui bahawa wanita Korea memang amat dicemburui oleh semua yang menginginkan bentuk muka yang sempurna dan kulit muka mulus bak bayi. Untuk pengetahuan, sebahagian daripada sebab mengapa ramai wanita Korea mempunyai kulit yang menakjubkan adalah kerana industri kecantikan Korea telah berdekad-dekad mendahului keluk dari segi pembangunan kosmetik serta petua penjagaan kulit mereka yang menarik!
Kalau korang ingin mendapatkan kulit muka yang cerah dan berseri serta bentuk muka ‘V-Shape’, boleh la cuba untuk ikuti antara petua yang biasa diamalkan oleh wanita di Korea Selatan. Jom!
Minum teh
Minuman teh mempunyai banyak manfaat. Bukan sahaja memberi manfaat untuk kulit muka malahan dapat menyihatkan tubuh badan. Antara teh yang sering diminum oleh wanita Korea adalah Teh Ginseng dan Teh Hjau.
Apa yang menariknya, dengan meminum teh, ianya mampu mengurangkan atau mengekalkan berat badan, kerana teh hijau mampu menambah metabolisme dalam badan. Bukan itu sahaja, ianya juga mampu mencegah jerawat di muka dan melancarkan peredaran darah. Tapi kena ingat, jangan tambah gula berlebihan pulak tau!
Senaman yoga muka
Biasanya, kita seringkali dengar bahawa senaman yoga dilakukan untuk badan sahaja, kan? Tapi kalau anda nak tahu, wanita di Korea kerap melakukan senaman yoga di muka juga. Sebab itulah bukan sahaja kulit mereka cantik malahan bentuk muka mereka pun ‘perfect’!
Antara kaedah yang paling senang korang boleh cuba ialah – AEIOU. Caranya senang sahaja, anda hanya perlu menyebut vokal tersebut dengan kuat dengan cara yang berlebihan, memfokuskan pada setiap huruf. Ulang-ulang je sebut A – E – I – O – U, secara perlahan dan lancar. Kalau anda lakukannya hari-hari dengan kerap, pasti akan nampak perubahan!
‘Tap’ produk penjagaan kulit anda
‘Tap’ atau menepuk ialah apabila anda menggunakan produk penjagaan kulit muka dengan menyebarkannya ke seluruh tapak tangan anda, perlahan-lahan menepuk tangan pada muka dan tahan selama beberapa saat sebelum menekan ke kawasan lain di muka (kawasan utama untuk ditepuk ialah pipi, dahi, dagu dan leher).
Caranya ialah menepuk muka dengan tekanan ringan, hanya menggunakan jari anda dan bukannya seluruh tangan. Dengan cara ini, produk kulit muka itu akan serap dengan lebih baik ke dalam muka dan akan menjadi lebih efektif!
Pakai ‘Rubber Face Mask’ 2 hingga 3 kali seminggu
Korang tahu tak, selain ‘sheet mask’, ‘rubber mask’ juga merupakan salah satu produk yang popular dalam kalangan wanita Korea, kerana ia mampu menyamarkan pori-pori, melembapkan kulit muka dan banyak lagi manfaat. Kalau ingin tahu lebih lanjut, sebelum ini, Kimchi Daily pernah berkongsi informasi dan cara untuk menggunakan produk tersebut. Semuanya ada di SINI!
Haa..mudah je tau nak ikut semua petua ni. Korang jangan lupa cuba!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/ingin-tampil-sihat-berseri-ikuti-4-petua-kecantikan-mudah-oleh-wanita-korea/