Ingatkan Kudis Ibu Terkejut Tengok Badan Anak Rupa Rupanya
Seekor nyamuk pun mesti ibu bapa takkan bagi hinggap di pipi anak-anak, inikan pula benda serius macam kena dera, terjatuh, ataupun jangkitan penyakit seperti HFMD (penyakit kaki dan mulut). Confirm tak menang tangan untuk uruskan anak-anak tambahan apabila anak jatuh sakit. Nak mandi dan makan pun tak tenang.
Lain pula cerita yang dikongsi @zatyyanuar melalui akaun Twitternya bersama beberapa keping gambar menunjukkan kesan bintik-bintik merah di belakang badan anaknya. Cuba check anak korang sekarang, mana nak tahu ada kesan yang sama
“Luruh jantung mama”
Sebaik sahaja si abang menunjukkan bintik merah di badan adiknya itu lah reaksi si ibu. Memang buat orang risau weh.
Memang power adik ni prank mak dia. Nampak real macam kudis atau allergic reaction.
Takde apa-apa, Iyaad enteng (conteng) je”
Taktahu nak rasa geram atau ketawa lepas bila tahu benda tu contengan marker merah semata, bukan kudis atau benda lain yang serius. Awal-awal dah cuak, sekali tengok kena game. Tapi confirm lega terus lepas tu. Nasib baik tak bawa ke hospital, kalau tak memang kena gelak je lah.
Future make up artist ni
Future make up artist ni
Kecik-keck dah power buat effect luka. Ini waktu besar ada potensi cerah nak jadi make up artist. Si adik pun redha innocent je abang buat sebagai bahan kajian untuk diconteng. Korang ada ke pengalaman yang sama macam ni? Siapa yang jadi mangsa keadaan?
Memang betul la orang kata orang kidal atau left handed ni memang kreatif. Yang kidal tapi tak berapa nak berseni tu jangan risau, korang ada lagi bakat terpendam yang lain.
Jantung kami pun luruh tengok abang ‘enteng’ badan adik. Kalau yang ada darah tinggi tu, boleh terkejut pengsan tengok ni, dik. Jangan macam-macam.
Ada yang ingat kena dera. Dan ada jugak yang sangkakan dicakar kucing. Hebat betul “enteng” sampai sekali tengok nampak macam luka real.
Nasib baik bukan benda yang tak diingini berlaku. Ish kalau kena cakar kucing mesti budak tu dah meraung kesakitan dah tu.
Harap si ibu akan terus bersabar layan kerenah comel anak-anak. Kenangan macam ni lah suatu nanti akan diingati apabila semua dah besar, tinggal berjauhan daripada ibu bapa untuk belajar dan bekerja. Cuma yang penting kena dipantau anak-anak supaya tak menggunakan barang bahaya lah.
sumber
The post “Ingatkan kudis” – Ibu Terkejut Tengok Badan Anak, Rupa-Rupanya… appeared first on InfoJe.Com.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://infoje.com/ingatkan-kudis-ibu-terkejut-tengok-badan-anak-rupa-rupanya/