Ingatan Buat Mic Pula Memalukan Jika Tak Mampu Tunai Kehendak Akar Umbi Sendiri






21 November 2025


Semalam saya telah menulis satu artikel dengan menyarankan agar BN jangan membuang masa lagi mahu bertemu dan cuba memujuk MIC supaya menukar keputusannya ingin meninggalkan gabungan tersebut.


Saya kata, biarkan saja MIC dengan keputusannya itu, lagi pun ia adalah ketetapan perwakilan akar umbi yang disuarakan dalam perhimpunan agung tahunan parti.


Ertinya, keputusan keluar BN itu adalah keputusan akar umbi MIC, bukan keinginan satu dua pemimpin tertingginya.


Secara spesifiknya juga, tulisan semalam adalah ditujukan kepada BN, khasnya kepada Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan yang dilaporkan ingin mengadakan pertemuan dengan MIC selepas PRN Sabah nanti.


Hari ini pula, saya ingin menulis artikel yang ditujukan khusus kepada MIC, khususnya  buat Presiden parti, Dr. SA Vigneswaran dan seluruh anggota CWC parti itu.


Kepada MIC, pesanan saya hampir tidak berbeza – jangan buang masa lagi untuk bertemu dengan pemimpin BN berkaitan keputusan yang sudah dibuat itu.


Abai dan tinggalkan saja BN, sebaliknya pandanglah ke hadapan dengan meluangkqn lebih masa berjumpa pemimpin-pemimpin PN bagi membincangkan hala tuju MIC yang seterusnya.


Keputusan keluar BN sebagaimana diputuskan sebulat suara minggu lalu adalah keputusan akar umbi yang diputuskan dalam perhimpunan agung tahunan  iaitu kuasa tertinggi dalam mana-mana parti.


Dengan itu, walaupun keputusan tersebut kemudiannya ditangguhkan untuk dimuktamadkan oleh Presiden dan CWC, ia bukan bererti ianya terbuka untuk dilakukan u-turn.


Penangguhan yang diberi hanyalah untuk perlaksanaan keputusan itu ditangguhkan, bukan untuk ditukar kepada keputusan lain atau keputusan sedia ada dibatalkan.


Presiden dan CWC seharusnya lebih menghormati suara dan kehendak akar umbi MIC sendiri selepas keputusan keluar BN itu diputuskan.


Sedemikian, tiada apa-apa keperluan langsung untuk MIC melapangkan masa bertemu dan berbincang dengan BN lagi.


Lupakan dan padam saja nama BN daripada hati MIC, bertemu pun untuk apa?


Apa yang penting sekarang dan supaya MIC lebih dihormati, mereka mestilah menghormati suara dan kehendak akar umbinya sendiri.


Adalah memalukan, bahkan MIC akan kehilangan kepercayaan rakyat jika ia tidak mampu melaksanakan suara akar umbinya sendiri yang selama ini merupakan nyawa kepada parti.


Lebih-lebih lagi kalau ketidakupayaan melaksanakan ketetapan akar umbi itu hanya kerana khabarnya ada sejambak bunga daripada Perdana Menteri.


Kenapa sekarang baru nak hantar bunga, hampir tiga tahun sebelum ini mengapa tak buat apa-apa? – ShahbudinHusin 21November2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/11/ingatan-buat-mic-memalukan-jika-tak-mampu-tunai-kehendak-akar-umbi-sendiri/








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/11/ingatan-buat-mic-pula-memalukan-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tefal Cookware 5pcs Cookware Periuk Non Stick Terbaik Dengan Harga Mampu Milik

Tefal Cookware 5pcs Cookware Periuk Non Stick Terbaik Dengan Harga Mampu Milik

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 197 hits
Bayangkan aroma masakan yang memenuhi ruang dapur setiap kali kuali menyentuh api itulah nikmat sebenar memasak Tapi tahu tak Rahsia masakan sedap bukan hanya pada bahan tetapi juga pada cookware yang digunakan Sama ada periuk serbaguna ata...
Penduduk Jalan Papan Pandamaran Akan Terima Kediaman Mampu Milik Mb Selangor

Penduduk Jalan Papan Pandamaran Akan Terima Kediaman Mampu Milik Mb Selangor

papar berkaitan - pada 15/11/2025 - jumlah : 179 hits
Penduduk Jalan Papan Pandamaran Akan Terima Kediaman Mampu Milik MB Selangor SHAH ALAM 14 Nov Penduduk di Jalan Papan Pandamaran Klang dekat sini yang terlibat dengan perobohan rumah bakal menerima kediaman mampu milik yang akan dibangunkan...
Slipar Tandas Keselesaan Mampu Milik Dengan Nilai Tertinggi

Slipar Tandas Keselesaan Mampu Milik Dengan Nilai Tertinggi

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 189 hits
Slipar Tandas Harga Berpatutan Tapi Nilai Sangat Tinggi Kita sanggup mengeluarkan beratus ringgit untuk kasut yang akan dipakai di luar tetapi slipar tandas yang hanya berharga kurang RM10 sering kali diabaikan Sebetulnya slipar tandas iala...
Zahid Dedah Ada Parti Agih Wang Tunai Ke Pengundi Duit Ambil Itu Rezeki Tapi Tetap Undi Bn

Zahid Dedah Ada Parti Agih Wang Tunai Ke Pengundi Duit Ambil Itu Rezeki Tapi Tetap Undi Bn

papar berkaitan - pada 23/11/2025 - jumlah : 265 hits
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuat pendedahan bahawa terdapat parti politik lain di Sabah yang didakwa agih wang tunai kepada pengundi menjelang pilihan raya negeri Agih wang tunai pancing undi Memetik lapor...
St Rosyam Mart Lancarkan Peraduan Misi Mencari Raja Konten Tawar Hadiah Wang Tunai Rm20 000

St Rosyam Mart Lancarkan Peraduan Misi Mencari Raja Konten Tawar Hadiah Wang Tunai Rm20 000

papar berkaitan - pada 20/11/2025 - jumlah : 193 hits
ST Rosyam Mart Lancarkan Peraduan Misi Mencari Raja Konten Tawar Hadiah Wang Tunai RM20 000 Kuala Lumpur 20 November 2025 Rakyat Malaysia sudah tiba masanya untuk menjadi Raja Konten Bersempena dengan pembukaan rasmi ST Rosyam Mart Jakel Sq...
Ppz Maiwp Lancar Kolaborasi Bersama Chef Kecik Galak Masyarakat Tunai Zakat Menerusi Aplikasi Myzakat

Ppz Maiwp Lancar Kolaborasi Bersama Chef Kecik Galak Masyarakat Tunai Zakat Menerusi Aplikasi Myzakat

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 209 hits
PPZ MAIWP Lancar Kolaborasi Bersama Chef Kecik Galak Masyarakat Tunai Zakat Menerusi Aplikasi MyZakat KUALA LUMPUR 21 NOVEMBER 2025 Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan hari ini mengumumkan kerjasama strategik bersama...
Guru Gunting Selipar Pelajar Tak Mampu Beli Kasut Sekolah

Guru Gunting Selipar Pelajar Tak Mampu Beli Kasut Sekolah

papar berkaitan - pada 15/11/2025 - jumlah : 215 hits
KOSMOGambar menunjukkan selipar yang digunting oleh guru berkenaan FacebookJAKARTA Seorang guru di Rokan Hilir wilayah Riau menerima kecaman orang ramai kerana didakwa menggunting selipar milik seorang pelajar yang tidak mampu untuk membeli...
Upko Lonjakkan Lagi Sentimen Sabah First Dijangka Mampu Menang Banyak Kerusi

Upko Lonjakkan Lagi Sentimen Sabah First Dijangka Mampu Menang Banyak Kerusi

papar berkaitan - pada 15/11/2025 - jumlah : 259 hits
11 November 2025Semalam Perdana Menteri menyifatkan tindakan Presiden Upko Ewon Benedick meletakkan jawatan menteri sebagai keputusan terburu buru Ini kerana menurut Anwar Ibrahim kerajaan masih belum membuat keputusan sama ada mahu merayu ...
Lara Hussein Kini Pengerusi Ytar Kpn Yakin Mampu Perkukuh Tadbir Urus

Lara Hussein Kini Pengerusi Ytar Kpn Yakin Mampu Perkukuh Tadbir Urus

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 176 hits
Kementerian Perpaduan Negara mengalu alukan pelantikan YM Datin Sri Sharifah Menyalara Hussein sebagai Pengerusi Yayasan Tunku Abdul Rahman berkuat kuasa 14 November 2025 Pengerusi YTAR selain menteri yang pertama Pelantikan ini selaras den
Chinese Muslim Food Festival Anjuran Pasar Eatai Membuktikan Makanan Halal Tak Semestinya Mahal

Perubahan Besar Kwsp Untuk Tahun 2026 Apa Yang Perlu Tahu

Attorney For Car Accident In Houston Expert Support

Rumah Mesra Rakyat 2026 Semakan Permohonan

Lelaki Indonesia Kongsi Hal Yang Buatnya Faham Tentang Malaysia

Rekomendasi Film Bioskop Januari 2026 17 Film Paling Dinanti Dari Horor Brutal Sampai Drama Bikin Nangis

Tahun Baru Harapan Baru Tak Perlu Drastik Pun Janji Konsisten

Parit Warijo Tetap Di Hati


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kesilapan Kewangan Awal Tahun 2026 Jangan Ulang Silap Yang Sama

Kenapa Kerja Freelance Perlu Dibayar Bukan Dianggap Kerja Amal

Hadiah Dari Etuza

Why Plump Feels Different Trust Technology And Tasteful Game Design

Pertarungan Mendebarkan Kelana United Fc Tewaskan Kuala Lumpur Dalam Liga Wanita Nasional 2025

Greater Inclusivity Membangunkan Strategi Untuk Kesejahteraan Ekonomi Di Malaysia