Infrastruktur Air Ketinggalan 20 Tahun Punca Gangguan Bekalan Di Kedah


 
Kedah memerlukan sekurang-kurangnya tiga tahun lagi bagi membangunkan semula infrastruktur berkaitan bagi menangani masalah gangguan bekalan air di negeri itu, kata Menteri Besar Sanusi Md Nor.PETALING JAYA: Infrastruktur bekalan air di Kedah yang ketinggalan antara 15 hingga 20 tahun, selain kebanyakan loji rawatan air (LRA) dalam keadaan uzur menyumbang kepada gangguan bekalan air di negeri berkenaan.
Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor, berkata kerajaan Kedah memerlukan sekurang-kurangnya tiga tahun lagi bagi membangunkan semula infrastruktur berkaitan bagi menangani masalah gangguan bekalan air di negeri itu.
Katanya, sehubungan itu, masalah bekalan air mencetuskan rasa kurang selesa dalam kalangan penduduk terutamanya di daerah Kuala Muda, Sik dan Baling, ketika Aidilfitri.
“Kebanyakan masalah yang berlaku ini adalah di hujung sistem bekalan yang menyebabkan tekanan air menjadi rendah, memang kita jangka berlaku peningkatan penggunaan sehingga 30% atau lebih 1,000 juta liter sehari (MLD) berbanding kebiasaan kira-kira 700MLD.
“Kita memang tidak dapat tampung kerana infrastruktur yang ada dibina sejak puluhan tahun lalu, kerajaan negeri mula bangunkan semula infrastruktur air pada 2010, tetapi ia memerlukan masa untuk diselesaikan. Jadi sama seperti saya yang bersabar, orang ramai juga perlu sabar menunggu semua infrastruktur siap,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Sanusi berkata, ketika ini pembinaan lima LRA baharu juga sedang dilakukan membabitkan kos RM931 juta dan proses penggantian sistem bekalan air pula membabitkan kos RM970 juta.
Katanya, berikutan kos keseluruhan yang terlalu besar, kerajaan negeri terpaksa mencari syarikat swasta bagi melabur dalam projek berkaitan penggantian sistem perpaipan yang mengakibatkan kehilangan air tanpa hasil (NRW) sehingga 50%.
“Kita sudah mendapat kebenaran Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan hanya menunggu kelulusan menteri alam sekitar dan air di mana syarikat swasta akan melabur selama 15 tahun bagi mengatasi masalah NRW yang disasarkan turun kepada 25%.
“Kita perlu ganti sistem perpaipan kerana sekiranya LRA siap dibina dalam tempoh tiga tahun, ia akan mengepam lebih banyak air dan menyebabkan kita kehilangan lebih banyak NRW. Penjimatan daripada NRW ini kemudian akan dikongsi bersama pelabur terbabit,” katanya.
Beliau menjelaskan, SADA juga tidak boleh beroperasi dalam keadaan rugi berterusan kerana syarikat itu perlu terus melabur dalam meningkatkan infrastruktur bekalan air sedia ada.
“Pada 2019, SADA mengalami kerugian sehingga RM36 juta, pada 2020 SADA mula catat keuntungan dan pada tahun lalu kita catat keuntungan sebanyak RM27 juta. Semua lebihan ini kita guna untuk pertingkat infrastruktur air demi rakyat.
“Orang ramai perlu faham bahawa masalah bekalan air ini buka berlaku di Kedah sahaja, negeri maju seperti Selangor juga hadapi masalah sama. Kita sedang usaha selesaikan semua masalah ini dalam tiga tahun, sementara itu semua pihak perlu bersabar,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/05/infrastruktur-air-ketinggalan-20-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perubahan Kerajaan Negeri Bantut Rancangan Naik Taraf Loji Rawatan Air Kedah Kata Mb

Perubahan Kerajaan Negeri Bantut Rancangan Naik Taraf Loji Rawatan Air Kedah Kata Mb

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 165 hits
Masalah gangguan bekalan air bukan isu baru malah berlarutan sejak bertahun tahun lalu kata Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor PETALING JAYA Masalah gangguan bekalan air bukan isu baru malah berlarutan sejak bertahun tahun lalu susu...
Budak 2 Tahun Maut Kebakaran Belum Pasti Punca Bunga Api Atau Sebab Lain

Budak 2 Tahun Maut Kebakaran Belum Pasti Punca Bunga Api Atau Sebab Lain

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 134 hits
Seorang kanak kanak lelaki berumur dua tahun ditemukan rentung manakala lima cedera dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Jalan Permatang Badak Perdana 2 Kuantan awal pagi Khamis Menerusi laporan Metro Penolong Pengarah Operasi Jabatan B...
472 Kawasan Di Lembah Klang Terjejas Bekalan Air

472 Kawasan Di Lembah Klang Terjejas Bekalan Air

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 140 hits
472 kawasan di Lembah Klang terjejas bekalan air Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 3 May 2022 2 59PM
Kelantan Muram Gagal Padam Kebakaran Disebabkan Tekanan Rendah Cukupkah Bekalan Air Di Kelantan Ketika Hari Raya

Kelantan Muram Gagal Padam Kebakaran Disebabkan Tekanan Rendah Cukupkah Bekalan Air Di Kelantan Ketika Hari Raya

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 145 hits
1 Tragedi malang yang berlaku dua hari lalu di Berek 12 beberapa rumah hangus terbakar tanpa dapat diselamatkan kerana pili bomba mengalami tekanan air yang rendah adalah satu kejadian yang menyayat hati 2 Bukan sahaja pili bomba ketiadaan ...
10 Pusat Beli Belah Dengan Dekorasi Raya Di Negeri Selangor Edisi Tahun 2022

10 Pusat Beli Belah Dengan Dekorasi Raya Di Negeri Selangor Edisi Tahun 2022

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 303 hits
Gandakan Kemeriahan di Musim Syawal dengan Berkunjung ke Pusat Beli belah yang Menampilkan Dekorasi Hari Raya Di Sekitar Negeri Selangor Syawal menjelang tiba dan musim perayaan ini tentunya sinonim dengan pelbagai hiasan dan dekorasi hari ...
Bantuan Rm1 000 Untuk Bujang Seluruh Malaysia Umur 18 30 Tahun Boleh Mohon

Bantuan Rm1 000 Untuk Bujang Seluruh Malaysia Umur 18 30 Tahun Boleh Mohon

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 733 hits
Berita baik kepada golongan belia yang berumur 18 hingga 30 tahun kerajaan telah mengumumkan bantuan belia sebanyak RM1 000 dalam pembentangan bajet belanjawan 2021 yang lepas Untuk makluman bantuan ini masih lagi berterusan sehingga ke tah...
Tangan Anak 9 Tahun Hancur Dan 4 Orang Luka Bakar Usai Racikan Petasan Tetangga Meledak

Tangan Anak 9 Tahun Hancur Dan 4 Orang Luka Bakar Usai Racikan Petasan Tetangga Meledak

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 148 hits
Kapolres Kediri memastikan 5 orang itu menjadi korban akibat ledakan petasan ini 4 orang diantaranya mengalami luka bakar yang cukup serius Mereka di rawat di RS HVA Toeloengredjo Pare Kabupaten Kediri
Sambutan Hari Jadi Bertukar P1lu Ibu Tergamam Permintaan Anak Usia 11 Tahun Hanya Berserah Kepada Allah

Sambutan Hari Jadi Bertukar P1lu Ibu Tergamam Permintaan Anak Usia 11 Tahun Hanya Berserah Kepada Allah

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 153 hits
PERMINTAAN seorang kanak kanak berusia 11 tahun ketika sambutan hari lahirnya pada 26 April lalu membuatkan seisi keluarganya menitiskan air mata Video berdurasi 1 minit 26 saat yang dikongsikan di laman sosial itu turut mengundang seb4k wa...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City

Menu Tengahari Ikan Talang Goreng Bawang Bendi Tumis Air

Terkahwin Adik Beradik Sendiri Tanpa Sengaja Apa Status Anak Sumbang Mahram