Budak 2 Tahun Maut Kebakaran Belum Pasti Punca Bunga Api Atau Sebab Lain


Seorang kanak-kanak lelaki berumur dua tahun ditemukan rentung, manakala lima cedera dalam kebakaran membabitkan dua rumah di Jalan Permatang Badak Perdana 2, Kuantan, awal pagi Khamis (28 April).
Menerusi laporan Metro, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.15 pagi.
Katanya, seramai 18 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas, BBP Kuantan dan BBP Indera Mahkota dikejarkan ke tempat kejadian.
“Empat jentera termasuk dua jentera FRT terbabit dalam operasi terbabit.

“Berdasarkan laporan, kebakaran membabitkan dua rumah jenis semi D separuh kekal, masing-masing hangus 100 peratus dan 90 peratus.
“Enam mangsa terbabit, masing-masing seorang kanak-kanak dua tahun ditemukan rentung, seorang lelaki dewasa melecur 50 peratus dan seorang lelaki pula cedera ringan.
“Dua wanita dewasa dan seorang bayi perempuan berusia lapan bulan turut cedera,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, kebakaran itu juga membabitkan tiga kenderaan terbakar iaitu satu kenderaan hangus, manakala dua kenderaan mengalami kerosakan teruk.
“Setakat ini, punca kejadian dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Sementara itu, menerusi laporan Sinar Harian, siasatan secara menyeluruh akan dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi mengenal pasti punca kejadian kebakaran dan letupan dahsyat melibatkan dua rumah terbabit.
Pengarah JBPM Pahang, Datuk Ir Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata siasatan itu membabitkan dari pelbagai sudut kerana kemusnahan dua rumah semi D itu dipercayai bukannya berpunca daripada kebakaran.
Beliau tidak menolak kemungkinan letupan itu dipercayai berpunca daripada beberapa bahan termasuk mercun dan bunga api.
“Kita akan menyiasat keseluruhan kejadian supaya kita dapat pengesahan punca berlaku letupan. Jika dilihat pada dasarnya kejadian ini, bahan yang berlaku letupan kemungkinan daripada dapur masak gas atau bahan lain yang masih dalam siasatan.
“Berdasarkan tinjauan, saya lihat ada silinder gas dan bunga api. Tapi Kita juga tidak tahu apakah sebenarnya bahan yang menyebabkan letupan.
“Kalau betul letupan itu berpunca daripada bunga api atau mercun, kita perlu tahu berapa banyak jumlah mercun sehingga menyebabkan kejadian letupan teruk dan memusnahkan rumah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan tinjauan di lokasi kebakaran dan letupan itu.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching, Mohd Tarmizi Yahaya.
Wan Mohammad Zaidi menjelaskan kebakaran ini menyebabkan berlaku satu letupan yang sangat kuat yang menyebabkan struktur rumah kedua dua buah rumah ini rosak teruk dan menyebabkan dinding serta bumbung rumah runtuh.
“Berdasarkan kepada laporan saksi semasa kebakaran berlaku adanya letupan yang sangat kuat yang boleh didengari sehingga 10 kilometer,” katanya.
Beliau berkata, kesemua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk rawatan lanjut.
Kredit: Metro & Sinar Harian

Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
The post Budak 2 Tahun Maut Kebakaran. Belum Pasti Punca Bunga Api Atau Sebab Lain appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/budak-2-tahun-maut-kebakaran-belum-pasti-punca-bunga-api-atau-sebab-lain/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Budak 3 Tahun Maut Ususnya Didapati Pecah Disyaki Didera Ibu Bapa Tirinya

Budak 3 Tahun Maut Ususnya Didapati Pecah Disyaki Didera Ibu Bapa Tirinya

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 230 hits
Budak 3 tahun maut ususnya didapati pecah disyaki didera ibu bapa tirinyaPolis menahan sepasang suami isteri kerana disyaki mendera anak perempuan berusia tiga tahun sehingga mati dalam kejadian di rumah mereka di daerah Kubang Pasu Ketua P...
Bapa Menagis Meraung Anak 2 Tahun Maut Rumah Hangus Dijilat Api

Bapa Menagis Meraung Anak 2 Tahun Maut Rumah Hangus Dijilat Api

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 191 hits
Sebentar tadi kita dikahabarkan dengan kematian seorang kanak kanak berusia 2 tahun yang terlibat dalam kebakaran melibatkan 2 buah rumah hangus dijilat api Bapa menangis meraung tak sempat selamatkan anakSatu video tular di Tiktok menunjuk...
Budak Perempuan 4 Tahun Maut Jatuh Tingkat 18 Kondominium

Budak Perempuan 4 Tahun Maut Jatuh Tingkat 18 Kondominium

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 124 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang kanak kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 18 sebuah kondominium di Setapak dekat sini pagi tadi Kejadian disedari jam 2 pagi selepas polis menerima maklumat daripada oran...
Budak 5 Tahun Dikhuatiri Hilang Di Hutan Kampung Malawa Jalan Sepanggar

Budak 5 Tahun Dikhuatiri Hilang Di Hutan Kampung Malawa Jalan Sepanggar

papar berkaitan - pada 16/4/2022 - jumlah : 186 hits
JAYDEN Gabriel Peter dilaporkan hilang di hutan kira kira jam 3 petang tadi FOTO IHSAN JBPM FOTO Ihsan Bomba Kanak Kanak 5 Tahun Dikhuatiri Hilang Di Hutan Kota Kinabalu Kanak kanak autisme berusia lima tahun dilaporkan hilang di hutan Kamp...
Pasar Gembrong Jakarta Timur Kebakaran 19 Damkar Dikerahkan Padamkan Api

Pasar Gembrong Jakarta Timur Kebakaran 19 Damkar Dikerahkan Padamkan Api

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 103 hits
Api melahap kawasan Pasar Gembrong di Jalan Jenderal Basuki Rachmat Prumpung Cipinang Besar Utara Jatinegara Jakarta Timur Minggu 19 Mobil pemadam kebakaran dikerahkan ke lokasi untuk menjinakkan api di pasar yang terkenal dengan penjualan ...
Pm Tak Pasti Pasleaks Sahih Atau Palsu

Pm Tak Pasti Pasleaks Sahih Atau Palsu

papar berkaitan - pada 22/4/2022 - jumlah : 107 hits
PM Tak pasti PASleaks sahih atau palsu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata dia tidak pasti sama ada dokumen PASleaks itu sahih atau palsu Kenyataan naib presiden Umno itu di tengah desakan rakan rakan Ismail dalam parti untuk mendap...
Kanak Kanak Tiga Tahun Maut Didera Ibu Kandung Bapa Tiri

Kanak Kanak Tiga Tahun Maut Didera Ibu Kandung Bapa Tiri

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 156 hits
Gambar hiasan BANDAR BAHARU Seorang kanak kanak perempuan berusia tiga tahun maut dipercayai akibat didera ibu kandung dan bapa tirinya dalam kejadian di rumah mereka di Jitra dekat sini semalam Kanak kanak terbabit dibawa ke Hospital Jitra...
Tinggal Pajero Sarat Muatan Mercun Bunga Api Tepi Jalan

Tinggal Pajero Sarat Muatan Mercun Bunga Api Tepi Jalan

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 296 hits
Mercun dan bunga api yang dirampas selepas polis menahan sebuah Mitsubishi Pajero di tepi jalan dekat Kampung Repek Pasir Mas hari ini PASIR MAS Seorang penyeludup memecut sejauh 10 kilometer ketika memandu sebuah kenderaan pacuan empat rod...
Kumpulan Meme Menantikan Thr Menghibur Diri Sambil Menanti Yang Belum Pasti

Kumpulan Meme Menantikan Thr Menghibur Diri Sambil Menanti Yang Belum Pasti

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 226 hits
Daripada harap harap cemas menanti THR yang belum pasti meme ini bisa menghiburmu
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Memikirkan The Unknown

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Lateefa Koya Negara Sudah Jadi Banana Republic Ketika Kamu Dedah Bualan Pemimpin Negara

Ee Ji Ban Chicken Rice Ball Haniz Zalikha Pernah Makan Kat Ee Ji Ban Ya

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan

Kerana Rasuah Rm100 Pekebun Kena Denda Rm10 000

Effective Market Research On A Budget

Lirik Lagu Sulit Betrand Putra Onsu