Perubahan Kerajaan Negeri Bantut Rancangan Naik Taraf Loji Rawatan Air Kedah Kata Mb


 
Masalah gangguan bekalan air bukan isu baru malah berlarutan sejak bertahun-tahun lalu, kata Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor.PETALING JAYA: Masalah gangguan bekalan air bukan isu baru, malah berlarutan sejak bertahun-tahun lalu susulan loji rawatan air (LRA) dan sistem saluran paip digunakan sudah terlalu lama, termasuk ada yang dibina pada zaman penjajah, kata Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor.
Katanya, keadaan itu bertambah kritikal beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan pertambahan populasi, premis perumahan dan perniagaan serta industri yang berlipat kali ganda di seluruh Kedah.
Katanya, susulan itu kerajaan negeri menyusun pelan menaik taraf sistem bekalan air terutama membabitkan lima LRA utama sejak penubuhan Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) pada 2010. Ini merangkumi pelan jangka pendek dan panjang termasuk mengurangkan kadar air tidak terhasil (NRW) bagi mengatasi masalah bekalan di seluruh negeri.
Bagaimanapun, Sanusi mendakwa perancangan menaik taraf LRA tersebut tertangguh apabila berlaku perubahan kerajaan negeri selepas pilihan raya lalu, sebelum diteruskan semula susulan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) bertukar pada Mei 2020 di Kedah.
Muhammad Sanusi Md Nor.“Jika pelan dasar itu tidak diubah, usaha mengatasi masalah bekalan air di seluruh Kedah dapat dilaksanakan lebih awal dan berkemungkinan tidak berlarutan hingga ke hari ini.
“Hanya setelah berlaku perubahan tampuk kepimpinan kerajaan negeri pada Mei 2020…pelbagai langkah penyelesaian lebih konkrit serta komprehensif dilaksanakan mengikut prosedur dan nasihat daripada Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Air (KASA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN),” katanya.
Katanya, semua projek menaik taraf lima LRA terbabit iaitu LRA Pelubang di (Kubang Pasu), LRA Lubuk Buntar Lama (Bandar Baharu), LRA Sungai Limau (Baling), LRA Jenun Baru (Pendang), dan LRA Bukit Selambau (Kuala Muda) dijangka siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi, dengan kos mencecah RM931 juta.
“Selain itu, kerajaan negeri juga menyusun pelan pengurangan air tidak terhasil (NRW) termasuk pelan penggantian paip di seluruh Kedah yang keseluruhannya menelan kos hampir RM1 bilion,” katanya.
Sanusi berkata, beliau memberikan penjelasan berhubung masalah gangguan air di Kedah bagi menangkis tohmahan pihak yang ingin mengambil kesempatan seolah-olah kerajaan negeri dan SADA tidak mengambil apa-apa tindakan untuk mengatasi masalah berlaku di negeri itu. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/05/perubahan-kerajaan-negeri-bantut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasib Mn Di Selangor Umno Negeri Walak Keputusan Mkt Kata Noh

Nasib Mn Di Selangor Umno Negeri Walak Keputusan Mkt Kata Noh

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 333 hits
freemalaysiatoday com May 12 2022 6 30 PMNoh Omar berkata Umno Selangor akan walak terhadap apa saja keputusan Majlis Kerja Tertinggi berhubung Muafakat Nasional di negeri itu PETALING JAYA Selepas bertungkus lumus mempertahankan Muafakat N...
Husam Musa Loji Mini Kutip Komisyen Atau Selesai Masalah Air

Husam Musa Loji Mini Kutip Komisyen Atau Selesai Masalah Air

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 297 hits
LOJI MINI Kutip Komisyen atau Selesai Masalah Air LOJI MINI pula 1 Mula mula kita lihat jumlah belanja bina LOJI MINI Aksb Projek baru ni Laporan media pada 6 Mei 2020 Pengurus Besar AKSB Dato Dr Ir Azuhan Mohamed memberitahu sebanyak RM 40...
Neelofa Tak Lupa Diri Seorang Anak Luar Biasa Jarang Tunjuk Air Mata Kata Datin Noor Kartini

Neelofa Tak Lupa Diri Seorang Anak Luar Biasa Jarang Tunjuk Air Mata Kata Datin Noor Kartini

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 226 hits
nbsp nbsp Ibu kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Datin Noor Kartini mendedahkan keperibadian Neelofa yang sentiasa memuliakan kedua ibu bapanya dan sentiasa berusaha memajukan diri terutama dalam perniagaan Kartini berkata Neelofa juga...
5 Rentung Kerajaan Negeri Tanggung Urusan Lima Pelajar Usas Rentung Dalam Nahas Video

5 Rentung Kerajaan Negeri Tanggung Urusan Lima Pelajar Usas Rentung Dalam Nahas Video

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 154 hits
5 Rentung Kerajaan Negeri Tanggung Urusan Lima Pelajar USAS Rentung Dalam Nahas VIDEO KUALA KANGSAR Kerajaan negeri Perak akan menanggung segala urusan menguruskan jenazah lima penuntut Universiti Sultan Azlan Shah yang rentung dalam nahas ...
Hiburan Belum Sejam Dah Banjir Air Naik Di Ibu Kota Netizen Pertikai Sistem Pemparitan Negara

Hiburan Belum Sejam Dah Banjir Air Naik Di Ibu Kota Netizen Pertikai Sistem Pemparitan Negara

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 181 hits
Sedia maklum sejak beberapa hari yang lalu cuaca di negara kita tidak terlalu elok kerana hujan lebat tanpa henti telah mengakibatkan berlaku banjir kilat di beberapa kawasan ibu negara Jika lihat di platform media sosial banyak foto foto a...
U Turn Mengenai Guru Tak Divaksin Tunjuk Sikap Tak Konsisten Kerajaan Kata Ahli Parlimen

U Turn Mengenai Guru Tak Divaksin Tunjuk Sikap Tak Konsisten Kerajaan Kata Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 186 hits
Kerajaan mengumumkan bahawa guru yang tidak divaksin akan dibenarkan mengajar secara bersemuka dalam bilik darjah PETALING JAYA Seorang ahli Parlimen memberi peringatan mengenai ketidakpercayaan orang ramai terhadap keputusan kerajaan berik...
Kerajaan Negeri Terengganu Isytihar Cuti Peristiwa Negeri Terengganu Pada Khamis 5 Mei 2022

Kerajaan Negeri Terengganu Isytihar Cuti Peristiwa Negeri Terengganu Pada Khamis 5 Mei 2022

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 210 hits
Terbaru Kerajaan Negeri bersetuju untuk mengisytiharkan cuti peristiwa Negeri Terengganu pada hari Khamis 5 Mei 2022 sekiranya hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Selasa 3 Mei 2022 Tindakan itu diambil oleh Menteri Besar Terengganu Dr Ahma...
Mahkamah Sivil Tak Boleh Semak Keputusan Mahkamah Syariah Kata Kerajaan

Mahkamah Sivil Tak Boleh Semak Keputusan Mahkamah Syariah Kata Kerajaan

papar berkaitan - pada 27/4/2022 - jumlah : 167 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa keputusan yang dibuat oleh mahkamah syariah adalah muktamad dan mahkamah sivil tidak mempunyai kuasa untuk menyemaknya Peguam Persekutuan Sallehuddin Md Ali berkata Perkara 1...
Harga Minyak Masak Dijangka Naik Ahli Parlimen Gesa Kerajaan Tingkatkan Subsidi

Harga Minyak Masak Dijangka Naik Ahli Parlimen Gesa Kerajaan Tingkatkan Subsidi

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 168 hits
PETALING JAYA Ahli Parlimen Bukit Bendera Wong Hon Wai menggesa Jemaah Menteri supaya mempertingkatkan program Skim Rasionalisasi Harga Minyak Masak memandangkan harga minyak masak di negara ini dijangka naik tidak lama lagi Kenaikan harga ...
Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Resipi Kuih Peria Yang Sedap Mudah Tip Bentuk Jadi Cantik Guna Jaring Ini

Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Sharing The Road With Trucks A Safety Guide For Drivers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bila Dah Kahwin Mulut Jangan Puaka Suami Isteri Bergaduh Bila Suka Cakap Lepas

Beruntungnya Penuh Satu Beg Datin Atikah Suhaime Dapat Barang Kemas Dari Mentua

Ini Kata A Kadir Jasin

Pelihara Ayam Penelur Penuhi Keperluan Keluarga

Belasungkawa Tun Abdullah Ahmad Badawi Perginya Permata Negara Di Usia 85 Tahun

Soal Jawab Agama Bawah Sejadah Ada Najis