Kelantan Muram Gagal Padam Kebakaran Disebabkan Tekanan Rendah Cukupkah Bekalan Air Di Kelantan Ketika Hari Raya


 
1. Tragedi malang yang berlaku dua hari lalu di Berek 12 – beberapa rumah hangus terbakar tanpa dapat diselamatkan kerana pili bomba mengalami tekanan air yang rendah – adalah satu kejadian yang menyayat hati.
2. Bukan sahaja pili bomba ketiadaan air (tekanan rendah boleh berlaku bila bekalan air tak mencukupi) menyebabkan kerja penyelamatan bomba gagal, bah kan penduduk sekitar telah ketiadaan bekalan air berbelas hari sebelum kejadian. Berdasarkan maklum balas orang ramai di media sosial.
3. Permintaan bekalan air akan memuncak menjelang Hari Raya, yang sepatutnya menjadi sambutan yang menggembirakan.
Anak-Anak Perantau pulang penuh kegembiraan untuk berhari raya bersama keluarga di Bumi kelahiran.
Sebaliknya, ada dari anda semua akan merasai keperitan ketiadaan bekalan air yg sempurna.
Inilah realiti kegagalan Kerajaan Kelantan yg dapat dirasai oleh semua sejak lama.
4. Peristiwa kebakaran yg gagal diselamatkan kerana tekanan air yg rendah @ketiadaan air dan kemarahan membuak rakyat jelata yg lama menderita – sepatutnya menjadi titik berfikir semua Rakyat Kelantan.
Mengkaji punca kegagalan AKSB dalam tugas mereka secara khusus dan kegagalan berterusan Kerajaan Negeri pimpinan Pas.
Ditambah Menteri Air Kerajaan Pusat juga dari Pas.
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) juga adalah se orang Ahli Parlimen Pas.
5. Selain ketiadaan air, sungutan berbangkit juga mengenai mutu air yg sangat mendukacitakan. Kekerapan gangguan bekalan atas masalah loji dan loji-loji di bawah kapasiti yang dirangkakan sekali pun peruntukannya besar.
6. Ada pihak penyokong Pas sendiri mencadangkan supaya pengurusan AKSB dirombak. Dalam reaksi mereka selepas mereka merasai bahang panas kemarahan rakyat ekoran Peristiwa Berek 12.
Cadangan ini lebih bersifat meletakkan beban kepada pengurusan AKSB semata-mata. Walau pun memang AKSB patut menerima beban tanggung jawab itu.
Apa jaminan AKSB akan menjadi lebih cekap dengan rombakan pengurusan semata-mata?
Sedangkan punca masalah sebenar tidak diketahui.
Cadangan itu adalah jalan pintas untuk mengalihkan kemarahan rakyat bagi tujuan politik.
7. Dengan rombakan pengurusan semata-mata, AKSB masih di bawah kelolaan pemimpin Kerajaan Negeri.
Pengerusi Lembaga AKSB adalah YB Dato Azami Mohd Nor yg juga Exco.
Anggota lain ialah Adun Pasir Tumbuh dan perlantikan politik yang lain.
Kegagalan pengurusan AKSB hendaklah dilihat sebagai kegagalan anggota lembaga pengarah, Pengerusi AKSB dan kegagalan Menteri Besar dan seluruh Exco Kerajaan Kelantan juga.
Mustahil untuk MB, TMB, Exco, Pengerusi AKSB dan pelantikan politik dalam lembaga AKSB menerima permintaan untuk mereka meletakkan jawatan atas kegagalan bersama mereka ini.
8. Apa punca kegagalan AKSB ?
Ini yang perlu diketahui sebelum ubat diberikan.
Saya telah katakan, antara punca utama kegagalan ialah unsur salah guna kuasa. Saya telah disaman untuk itu dan Alhamdulillah saya menang saman itu.
Menunjukkan dakwaan saya ada asas.
Jika punca kegagalan terbesar adalah adanya unsur salah guna kuasa, maka jawapan yg tepat bagi mencari punca kegagalan AKSB ialah MENUBUHKAN SEBUAH SURUHANJAYA SIASATAN YG BEBAS.
9. Jika Kerajaan Kelantan sanggup menubuhkan Suruhanjaya ini dan anggotanya dipandang rakyat sebagai benar-benar bebas dan berintegriti – itu tanda mereka jujur dan tidak bercadang menyembunyikan apa-apa.
Jika mereka enggan, menunjukkan ada perkara yg menjadi kerahsiaan gerak kerja mereka selama ini.
10. Tanpa siasatan terperinci yg bebas, selama itulah masalah air Rakyat Kelantan tidak akan selesai.
Pillihan lain, jika Kerajaan Kelantan enggan berbuat demikian ialah Rakyat Kelantan sendiri mesti berani menukar Kerajaan yg ada sekarang bila tiba masanya.
Kerajaan baru tersebut mesti bersetuju menubuhkan Suruhanjaya berkenaan dengan serta merta.
11. Inilah salah satu PIAGAM GERAKAN SAVE KELANTAN yg kami akan cadangkan kepada stake holder yang lain nanti InsyaAllah.
12. Kembali kepada mangsa kebakaran berkenaan, iaitu lima kediaman musnah 100 peratus dan empat kediaman lagi musnah kira-kira 20 peratus dengan jumlah kerugian ratusan ribu ringgit.
AKSB hendaklah dipertanggung jawabkan dengan membayar sejumlah ganti rugi yg menasabah.
Juga sebagai tanda keprihatian dan didikan rasa akauntabiliti kerana AKSB adalah sebuah agensi milik kerajaan walau pun berorientasikan koporat.
13. Saya cadangkan peruntukan ganjaran Ahli Lembaga Pengarah AKSB , terutama bagi Pengerusi AKSB dan Adun yg turut menjadi Ahli Lembaga sejumlah RM 228,918 untuk tahun 2020 dan RM 186, 082 bagi tahun 2019 (berdasarkan Laporan Tahunan Aksb) digunakan untuk membayar ganti rugi tersebut. (Kedua-dua mereka telah pun mempunyai gaji dan elaun tetap berbanding rakyat terlibat yg dhaif dan ditimpa kesusahan).
Kerajaan Negeri boleh menambah jumlah lain sehingga ganti rugi berkenaan memadai.
14. Saya juga ada menerima pandangan dari profesional Anak Kelantan seperti berikut.
Bagi mengelak tragedi seperti ini berulang di masa hadapan, pihak berwajib perlu meneroka kaedah baru menggabungkan teknologi Geographic Information System (GIS), rangkaian paip pintar dan kawalan air bersepadu.
Melalui kaedah ini tekanan air dapat dikawal dari suatu tempat dan disalurkan ke tempat yang memerlukan dengan segera.
(Save Kelantan setiap masa mengalu-alukan pandangan berguna seperti ini dalam meningkatkan peranan Save Kelantan).
15. Saya bagi pihak Save Kelantan merakamkan takziah kepada semua keluarga terlibat.
16. Menjelang Aidilfitri yang semakin hampir, pihak Save Kelantan mencadangkan Kerajaan Negeri menyediakan pelan kontingensi agar bekalan air sentiasa mencukupi sepanjang tempoh perayaan ini.
Husam bin Musa
28 Ramadhan 1443H/
30 April 2022.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/05/kelantan-muram-gagal-padam-kebakaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Air Kelantan Apa Jadi Nak Padam Rumah Terbakar Tak Ada Air Husam

Air Kelantan Apa Jadi Nak Padam Rumah Terbakar Tak Ada Air Husam

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 168 hits
Air Kelantan apa jadi Nak padam rumah terbakar tak ada air Husam Bekas anggota exco kanan negeri Husam Musa menyoal Air Kelantan Sdn Bhd mengenai kejadian didakwa bekalan air terputus dalam kejadian memadam kebakaran Ini selepas penduduk te...
Ppim Nasihat Orang Ramai Waspada Dengan Jerat Scammer Ketika Membeli Di Hari Raya Malakat Tribune 27 04 2022

Ppim Nasihat Orang Ramai Waspada Dengan Jerat Scammer Ketika Membeli Di Hari Raya Malakat Tribune 27 04 2022

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 286 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati hati daripada terkena jerat scammer ketika membeli belah menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi Menurut Ketua Aktivis PPIM Nadz...
Kebakaran Tanpa Air Di Kelantan Perlukan Suruhanjaya Siasatan Bebas

Kebakaran Tanpa Air Di Kelantan Perlukan Suruhanjaya Siasatan Bebas

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 181 hits
HUSAM MUSATragedi malang yang berlaku dua hari lalu di Berek 12 beberapa rumah hangus terbakar tanpa dapat diselamatkan kerana pili bomba mengalami tekanan air yang rendah adalah satu kejadian yang menyayat hati Bukan sahaja pili bomba keti...
Lirik Hari Raya Raya Evo Koh

Lirik Hari Raya Raya Evo Koh

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 212 hits
bergemanya takbir rayadi pagi hari muliaraya yang dinantikan sudah menjelang tibabersalam salamanbermaaf maafan ohhbahagia bersamahari raya raya hari muliaselamat aidilfitrihari raya raya hati gembiracuti rasa banyak happy happy happy hari ...
Tarikh Bayaran Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Penjawat Awam Pesara 2022

Tarikh Bayaran Bantuan Khas Kewangan Hari Raya Penjawat Awam Pesara 2022

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 255 hits
Kepada Penjawat Awam dan juga Pesara Kerajaan kebiasaannya Kerajaan akan memberikan Bantuan khas kewangan sebagai salah satu langkah keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan untuk menyambut Hari Ray...
472 Kawasan Di Lembah Klang Terjejas Bekalan Air

472 Kawasan Di Lembah Klang Terjejas Bekalan Air

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 181 hits
472 kawasan di Lembah Klang terjejas bekalan air Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 3 May 2022 2 59PM
Pm To Hold Hari Raya Open House In Putrajaya On May 8

Pm To Hold Hari Raya Open House In Putrajaya On May 8

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 254 hits
Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob speaks during the launch of the Social Entrepreneurship Action Framework 2030 in Kuala Lumpur April 23 2022 Picture by Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR April 30 Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Y...
Infrastruktur Air Ketinggalan 20 Tahun Punca Gangguan Bekalan Di Kedah

Infrastruktur Air Ketinggalan 20 Tahun Punca Gangguan Bekalan Di Kedah

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 180 hits
Kedah memerlukan sekurang kurangnya tiga tahun lagi bagi membangunkan semula infrastruktur berkaitan bagi menangani masalah gangguan bekalan air di negeri itu kata Menteri Besar Sanusi Md Nor PETALING JAYA Infrastruktur bekalan air di Kedah...
Lirik Selamat Hari Raya Haikal Farid

Lirik Selamat Hari Raya Haikal Farid

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 183 hits
selamat hari rayaaidilfitri muliaampun maaf dipintamensuci hening dosasetahun menghilangsekarang menjelanghari yang bahagiaselamat hari rayaselamat hari rayaaidilfitri muliaampun maaf dimintamensuci hening dosaseruan kitauntuk semuaselamat ...
Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Road To Upkk 2024

Gloomy Tanjung Tembeling

Pas Youth Dap Shouldn T Politicise Our Criticism Of Xmas Celebration

Quit State Govt On Principle Over Cooperation With Dap Akmal Told

Siti Kasim Allow Malaysian Muslims To Choose If They Wish To Come Under Syariah Or Civil Law